10 Jus Lemon Terbaik di Malaysia 2022

Buah lemon berasal dari pokok limau iaitu tumbuhan sitrus yang boleh didapati di kawasan subtropika dan tropika. Lemon mempunyai pelbagai kegunaan, daripada kulinari sehinggalah kepada perubatan kerana ia mempunyai banyak khasiat. Malah kulitnya boleh digunakan untuk memasak dan baking. Jus lemon adalah sumber yang kaya dengan vitamin C dan fitokimia. Selain daripada meminumnya dan menambahnya ke dalam makanan dan minuman anda, ia juga digunakan dalam pewangi, sabun dan banyak lagi!

Kini, terdapat pelbagai jenis jus lemon yang boleh anda rasai di pasaran. Sama ada secara fizikal mahupun secara dalam talian, anda boleh memilih jus lemon kegemaran anda dengan mudah. Apa yang penting, anda harus tahu jenis jenama apa yang anda sukai dan kena dengan selera anda. Artikel kali ini akan membincangkan 10 jus lemon terbaik di Malaysia yang boleh anda dapati dengan harga yang berpatutan.

Apakah kebaikan jus lemon?

Sebenarnya, terdapat banyak kebaikan jus lemon yang anda mungkin tidak ketahui. Jus lemon sebenarnya dapat mengelakkan anda daripada terkena sembelit selain membantu anda menurunkan berat badan. Selain itu, ia juga dapat memperbaiki kulit anda supaya menjadi berseri-seri dan sihat.

Jus lemon baik untuk hidrasi selain membantu anda menurunkan tekanan darah tinggi. Ia juga mampu mengurangkan risiko penyakit strok dan kardiovaskular. Jus lemon mempunyai vitamin C yang tinggi sekali gus membantu anda melindungi sel daripada dirosakkan oleh radikal bebas. Untuk kesihatan yang baik, anda perlu mengambil jus lemon mengikut saranan doktor. Bersedia untuk merasai keenakan jus lemon? Berikut adalah 10 jus lemon terbaik di Malaysia.

10 Jus Lemon Terbaik di Malaysia 2022

1. Lakewood Organic Pure Lemon

Lakewood Organic Pure Lemon
Kredit Gambar: Lakewood Organic

Setiap botol Lakewood Organic Pure Lemon mengandungi 26-30 lemon organik yang diperah segar untuk menjadikan jus lemon tulen yang menarik. Hanya terdapat satu bahan sahaja dalam jus ini, iaitu lemon organik! Tiada pemanis, pengawet atau bahan tambahan dalam produk ini. Jus lemon ini dibotolkan dalam bekas kaca yang bebas toksik, BPA, BPS dan juga DEHP. Selamat untuk diminum bersama keluarga!

Bahan-bahan: Lemon organik

Negara Pengeluar: Amerika Syarikat

Saiz: 946 ml

Harga: RM18.70

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Nutrifres Lemon Fruit Juice Concentrate

Nutrifres Lemon Fruit Juice Concentrate
Kredit Gambar: Tesco

Nutrifres Lemon Fruit Juice Concentrate telah dibangunkan khas untuk memberikan hidangan dan minuman aroma buah lemon yang segar dan menarik. Memandangkan produk ini mengandungi vitamin dan mineral, ia boleh digunakan untuk membuat pelbagai minuman menyegarkan, sos, topping dan inti yang berkhasiat. Apabila anda menambah minuman jus pekat ini ke dalam makanan dan minuman, anda dapat rasakan tekstur makanan dan minumannya terasa licin dan lembut.

Bahan-bahan: Gula Tebu, Ekstrak Lemon, Asid Askorbik, Mengandungi Pengawal Selia Keasidan, Pengemulsi, Penstabil, Bahan Perisa dan Pengawet.

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 1 Liter

Harga: RM10.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. FARS 100% Natural Lemon Juice

FARS Natural Lemon Juice
Kredit Gambar: Shopee

FARS 100% Natural Lemon Juice diperbuat daripada jus lemon yang baru diperah. Jus lemon ini mempunyai banyak manfaat kesihatan termasuk mengimbangi tahap pH badan anda, membantu dalam penurunan berat badan, dan menghalang pembentukan kedutan dan jerawat. Anda boleh memasukkan jus lemon ini ke dalam hidangan dan minuman lain untuk rasai keenakannya yang berganda.

Bahan-bahan: 100% Jus lemon asli

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 375 ml

Harga: RM13.40

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Robo Lemon Juice

Robo Lemon Juice
Kredit Gambar: Shopee

Robo Lemon Juice diperbuat daripada jus lemon yang baru diperah yang mempunyai rasa pedas dengan sedikit rasa manis. Lemon ini ditanam secara sihat dari ladang di Itali. Hanya lemon berkualiti tinggi sahaja yang digunakan untuk membuat jus ini. Jus lemon ini boleh digunakan untuk membuat jus, koktel, salad atau anda boleh menambahnya ke dalam pelbagai hidangan.

Bahan-bahan: Jus Lemon

Negara Pengeluar: Itali

Saiz: 1 Liter

Harga: RM18.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Rauch Culinary Lemon Juice

Rauch Culinary Lemon Juice
Kredit Gambar: Rauch Fruchtsäfte

Rauch Culinarya Lemon Juice adalah jus buah 100% tulen. Kesegaran dan kehalusan jus ini seimbang dengan kegunaannya. Jus lemon ini adalah pilihan tukang masak amatur atau profesional dalam seni kulinari. Anda boleh menikmati jus ini sebagai minuman yang ringkas dengan mencampurkannya dengan soda atau air kosong.

Bahan-bahan: 100% daripada pati jus lemon

Negara Pengeluar: Austria

Saiz: 1 Liter

Harga: RM15.12

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Polenghi Organic Lemon Juice

Polenghi Organic Lemon Juice
Kredit Gambar: shopee

Polenghi Organic Lemon Juice merupakan jus lemon yang diperah terus daripada lemon Sicily yang baru dituai dan ditanam secara organik. Ia merupakan sumber vitamin C yang sangat baik. Jus lemon ini membantu menggalakkan penghidratan, memperbaiki kulit anda, menyokong penurunan berat badan dan menyegarkan nafas anda. Anda boleh menambah beberapa titis jus ini ke dalam air suam pada setiap pagi untuk memulakan hari anda.

Bahan-bahan: 100 % jus lemon

Negara Pengeluar: Itali

Saiz: 250 ml

Harga: RM10.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Condy Lemon Juice Extract

Condy Lemon Juice Extract
Kredit Gambar: Shopee

Condy Lemon Juice Extract ialah komponen fleksibel yang boleh digunakan dalam pelbagai cara, termasuklah memasak, minuman dan banyak lagi. Anda boleh menghidangkan salad hijau berkhasiat dengan saus madu lemon yang enak. Rasanya sungguh lazat dan segar. Anda boleh campurkan madu, lemon, herba dan perasa lain ke dalam mangkuk, kemudian tuangkan ke atas salad. Cubalah, ia sangat sedap!

Bahan-bahan: Air, Asid: Asid Sitrik; Bahan pengawet; Potassium Metabisulphite dan 20% pati daripada Jus Lemon

Negara Pengeluar: Itali

Saiz: 200 ml dan 500 ml

Harga: RM9.20 (200 ml botol)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Lemon Squash Lemon Juice Lemon Concentrate

Lemon Squash Lemon Juice Lemon Concentrate
Kredit Gambar: Shopee

Mulai hari ini, anda tidak perlu memerah mana-mana buah lemon segar kerana anda boleh terus menggunakan Lemon Squash Lemon Juice Lemon Concentrate. Anda boleh mencipta minuman anda atau menggunakannya untuk kegunaan lain. Jus pekat ini boleh digunakan untuk membuat minuman lemon seperti teh lemon sejuk, lemon madu dan lain-lain. Anda juga boleh menggunakannya untuk membuat pastri. Pasti rasanya lazat!

Bahan-bahan: Jus Lemon, Maltosa, Air, Asid Sitrik, Gula, Natrium Sitrat, Perisa dan Gula Xanthan.

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 400 g dan 5 kg

Harga: RM6.99 (400 g botol)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. Dimes Feel More Lemonade Juice

Lemon Squash Lemon Juice Lemon Concentrate
Kredit Gambar: DİMES

Dimes Feel More Lemonade Juice ini mempunyai rasa masam manis yang semula jadi tanpa bahan tambahan. Jus ini diperah daripada buah lemon yang segar tumbuh sekitar musim panas. Rasa jus ini boleh mengingatkan anda betapa hangatnya hari anda sekali gus menceriakan mood anda yang kelam.

Bahan-bahan: Tidak dinyatakan

Negara Pengeluar: Turki

Saiz: 250 ml, 330 ml dan 1 Liter

Harga: RM5.34 (250 ml botol)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. Robinsons Lemon Squash No Added Sugar

Robinsons Lemon Squash No Added Sugar
Kredit Gambar: Sainsbury’s

Robinsons Lemon Squash No Added Sugar ialah minuman skuasy yang lazat dan menghidratkan yang dicipta dengan 100% jus buah-buahan asli dan tanpa gula tambahan. Ia adalah minuman yang lazat dan ringkas untuk dinikmati seisi keluarga! Minuman lemon ini diluluskan oleh Persatuan Vegetarian.

Bahan-bahan: Air, Buah Lemon daripada pati (10%), Asid (Asid Sitrik), Pengatur Keasidan (Natrium Sitrat), Perisa Semula jadi, Pengawet (Kalium Sorbat, Natrium Metabisulfit), Pemanis (Aspartam, Sakarin), Penstabil (Gum Selulosa) .

Negara Pengeluar: Ireland

Saiz: 1 Liter

Harga: RM13.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Semak Harga di shopee

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close