10 Jus Lobak Terbaik di Malaysia 2022

Jus lobak merah adalah salah satu jus sayuran terbaik. Terdapat beberapa jenis lobak termasuk, lobak karotena, lobak merah, lobak kuning, lobak putih, dan juga lobak hitam. Walau bagaimanapun, yang biasa digunakan untuk membuat jus lobak merah ialah lobak karotena yang mempunyai warna oren.

Jus lobak ini mudah didapati di kedai mahupun pasar raya. Anda juga boleh mendapatkan jus lobak secara dalam talian. Terdapat pelbagai jenis jus lobak yang berada di pasaran. Apa yang penting, anda tahu membuat pilihan yang tepat mengikut selera anda. Jus yang sihat dan enak dapat menceriakan hari anda sekali gus menyegarkan badan anda yang keletihan.

Apakah khasiat jus lobak?

Untuk makluman anda, jus lobak ini banyak khasiatnya. Ia bagus untuk meningkatkan sistem imun selain menambah baik kesihatan mata anda. Selain itu, jus lobak juga mengurangkan risiko penyakit hati yang boleh memudaratkan anda. Jika anda mengambil jus lobak dalam kuantiti yang disarankan oleh doktor setiap hari, kulit anda akan menjadi semakin sihat dan berseri. Selain itu, jus lobak juga membantu anda melancarkan kawalan gula di dalam darah.

Tambahan pula, jus lobak sendiri memiliki nutrien yang diperlukan oleh badan sekali gus memberi kebaikan kepada kesihatan hati anda. Ia juga memiliki beta karotene, lutein dan polyacetylenes yang dapat mengurangkan gejala kanser pada tubuh badan anda. Berikut ialah 10 jus lobak yang terbaik di Malaysia untuk anda cuba.

10 Jus Lobak Terbaik di Malaysia 2022

1. Kagome Carrot Juice

Kagome Carrot Juice
Kredit Gambar: Loco Store

Jus Lobak Merah Kagome tinggi dengan B-Carotene, iaitu 80 kali lebih berkesan daripada Vitamin E. Ia berfungsi untuk  menggalakkan anti-pengoksidaan serta penambahbaikan kulit. Anda boleh minum  jus ini setiap hari untuk menguatkan sistem imun anda sambil mengamalkan diet yang sihat. Nikmatilah jus lobak merah yang sihat ini bersama orang tersayang!

Bahan-bahan: Lobak dan Lemon

Negara Pengeluar: Jepun

Saiz: 200 ml, 280 ml and 720 ml

Harga: RM4.99 (200 ml pek)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Caesar Carrot Orange Juice

Caesar Carrot Orange Juice
Kredit Gambar: Lulu Hypermarket

Caesar Carrot Orange Juice ini diperbuat daripada campuran jus lobak merah dan oren yang lazat. Rasa manis dan kaya lobak merah serta rasa oren dalam minuman ini pasti akan memukau anda! Ia didatangkan  dalam botol kaca yang berfungsi untuk  mengekalkan kualiti dan kesegarannya. Nikmatilah minuman yang lazat ini bersama keluarga anda!

Bahan-bahan: Air, Gula, Orange Juice And Natural Islands Of Orange Center And Carrots, VitaminC

Negara Pengeluar: Arab Saudi

Saiz: 200 ml and 1 Liter

Harga: RM2.99 (200 ml pek botol)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Marigold UHT 100% Carrot & Mixed Fruits Juice

Marigold UHT Carrot Mixed Fruits Juice
Kredit Gambar: MyGroser

Marigold UHT 100% Carrot & Mixed Fruits Juice menggunakan buah-buahan segar yang baru dipetik daripada ladang untuk menyampaikan rasa asli kemanisan buah dan vitamin C kepada anda. Gula tambahan, pengawet mahupun pewarna tiruan tidak digunakan dalam jus ini jadi anda boleh menikmatinya tanpa rasa ragu. Apa kata anda cuba minuman jus yang enak ini sekarang?

Bahan-bahan: Air, Ekstrak Jus Epal, Ekstrak Lobak Merah, Ekstrak Jus Oren dan Vitamin C.

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 200 ml dan 1 Liter

Harga: RM4.99 (1 Liter pek)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Rani Carrot And Orange Fruit Drink

Rani Carrot And Orange Fruit Drink
Kredit Gambar: Rani Juice UAE

Rani ada sesuatu yang istimewa untuk anda! Jika anda mencari minuman ringan yang mempunyai banyak perisa buah, maka cubalah Rani Carrot And Orange Fruit Drink. Jus buah keluaran jenama Rani ini rasanya manis dan menyegarkan. Jus Lobak Merah dan Oren ini ialah minuman campuran lobak merah asli dan jus oren dengan rasa masam lagi manis yang menyegarkan tekak anda. Anda pasti berpuas hati dengan rasa kelazatan jus ini!

Bahan-bahan: Air, Gula, Jus daripada Pati, Asid Sitrik, Nature Identical Apple Flavor, Warna (E150d), Pengatur Keasidan (E331).

Negara Pengeluar: Arab Saudi

Saiz: 200 ml & 1.5 Liter

Harga: RM1.75 (200 ml /botol)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Rabenhorst Organic Carrot Juice

Rabenhorst Organic Carrot Juice
Kredit Gambar: Health Paradise

Rabenhorst Organic Carrot Juice ialah 100% jus lobak merah tulen. Nikmatilah jus segar ini kerana ia mengekalkan mineral dan kebaikan sayuran melalui penyediaan yang teliti. Jus ini mengandungi beta karotena iaitu vitamin yang terdapat dalam tumbuhan dan sayur-sayuran yang terhasil secara semula jadi. Apabila beta karotena dimakan, ia akan berubah menjadi vitamin A, iaitu vitamin larut lemak di dalam badan anda. Jadi, jika anda ingin mengamalkan pemakanan yang sihat, anda boleh bermula dengan jus ini!

Bahan-bahan: Jus Lobak Merah Organik, Jus Lemon Organik.

Negara Pengeluar: German

Saiz: 750 ml

Harga: RM17.86

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Gaya Farm Sicily Carrot Juice

Gaya Farm Sicily Carrot Juice
Kredit Gambar: Shopee

Jus Lobak Sicily Ladang Gaya ialah jus lobak merah premium yang diperbuat daripada lobak merah Sicily. Ia adalah jus sihat yang popular sejak sekian lama. Jus epal ditambah ke dalam minuman ini untuk menambah nutrien dan rasa lobak merah yang menyihatkan. Nikmati jus lobak merah yang lazat ini bersama orang tersayang!

Bahan-bahan: Pati lobak merah (70%) dan pati epal (30%).

Negara Pengeluar: Korea Selatan

Saiz: 180 ml dan 1.5 Liter

Harga: RM21.00 (1.5 Liter bottle)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Pokka Carrot Fruit Juice

Pokka Carrot Fruit Juice
Kredit Gambar: Shopee

Jus Buah Lobak Merah POKKA adalah cara yang lazat untuk menikmati kehidupan. Campuran kelazatan lobak merah dan pelbagai buah-buahan ini pasti menggiurkan anda. Jus Buah Lobak Pokka padat dengan Beta Karotena dan antioksidan semula jadi, Vitamin C dan E. Jus ini mempunyai rasa yang unik dan menyegarkan sehingga titisan terakhir! Bahan pengawet atau pewarna tidak digunakan dalam produk ini.

Bahan-bahan: Air, Pati Jus Lobak Merah, Pati Jus Oren, Pati Jus Epal, Sukrosa, Asid Sitrik, Vitamin C, Vitamin E.

Negara Pengeluar: Jepun

Saiz: 250 ml, 300 ml, 500 ml and 1 Liter

Harga: RM58.80 (24 tin x 300 ml)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Voelkel Carrot Juice

Voelkel Carrot Juice
Kredit Gambar: Why Not® – Organic

Rasa luar biasa Jus Lobak Merah Voelkel mencerminkan kesegaran dan kualitinya, dengan tekstur yang licin dan rasa manis yang menyenangkan. Ia adalah penawar yang berkesan untuk kanser dan penyakit berkaitan penuaan. Untuk memastikan kesegaran optimum, lobak merah yang baru dituai terus dijadikan jus dan dibotolkan untuk dijual. Jus lobak ini adalah 100% tulen dan ia tidak mempunyai gula tambahan, pewarna, atau pengawet.

Bahan-bahan: Jus Lobak Merah (99.5%) dan Jus Lemon (0.5%)

Negara Pengeluar: German

Saiz: 700 ml

Harga: RM26.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. Beutelsbacher Organic Carrot Juice

Beutelsbacher Organic Carrot Juice
Kredit Gambar: Lazada

Jus Lobak Organik Beutelsbacher diperbuat daripada lobak merah dan epal  yang segar dan dipilih dengan teliti untuk dijadikan jus semula jadi yang lazat. Buah-buah ini dipetik dari ladang biodinamik yang dijaga rapi untuk menjaga kualitinya. Rasa buah epal ini sebati dengan rasa manis lobak merah bagi menghasilkan jus yang tinggi beta karotena dan lazat.

Bahan-bahan: Jus Epal (67 %) dan Jus Lobak Merah (33 %)

Negara Pengeluar: German

Saiz: 750 ml

Harga: RM26.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. Malee Carrot Fruit Juice

Malee Carrot Fruit Juice
Kredit Gambar: Malee

Jus Buah Lobak Malee diperbuat daripada lobak merah yang kaya dengan vitamin C, vitamin A, beta-karoten, dan antioksidan yang membantu sistem imun serta penyerapan zat besi dan kalsium. Jus lobak merah ini merupakan jus yang sihat untuk anda. Nikmatilah secawan jus lobak merah setiap hari untuk badan yang sihat.

Bahan-bahan: Jus Lobak Merah, Jus Oren, Jus Nanas, Jus Epal daripada Pati Jus Sayur-sayuran dan Buah-buahan, Vitamin C dan Vitamin A.

Negara Pengeluar: Thailand

Saiz: 250 ml dan 1 Liter

Harga: RM8.70 (pek 1 Liter)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Semak Harga di shopee

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close