8 K-Drama Terbaik untuk Ditonton 2022

Hallyu atau Korean Wave (Gelombang Korea) adalah istilah yang diberikan untuk menyebarkan budaya pop Korea (K-Pop dan drama) secara global di peringkat antarabangsa. Kesannya, Hallyu telah memicu banyak orang di negara yang terlanda dengan demam ini untuk mempelajari bahasa dan kebudayaan Korea. Tidak dinafikan pengaruh Korea di Malaysia  pada hari ini semakin mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat terutama golongan remaja. Kita dapat lihat pengaruh Korea dari aspek muzik, drama, filem, fesyen dan makanan.

Drama Korea atau lebih dikenali sebagai K-Drama tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Malaysia tanpa mengira umur. Jalan ceritanya yang sering menarik perhatian merupakan antara penyebab peminat tidak pernah bosan untuk menonton siri drama Korea setiap kali ia ditayangkan. Kepada yang baru sahaja hendak berjinak-jinak dalam dunia K-Drama ataupun yang sedang mencari drama yang boleh ditonton pada hujung minggu, berikut merupakan 8 K-Drama Terbaik sepanjang masa!

Bagaimana Hendak Memastikan K- Drama Yang Anda Tonton Tidak Membosankan?

Terdapat beberapa perkara yang perlu anda ketahui sebelum terjun ke dunia drama Korea. Memang tidak dapat dinafikan bahawa pelakon siri, penilaian dan akhir sekali, nilai estetika visual merupakan aspek yang perlu anda perhatikan sebelum anda mula menonton drama.

  • Pelakon

Sesetengah mungkin menganggap mempunyai pelakon yang tampan dan cantik dalam sesebuah drama sudah cukup untuk menjamin jalan cerita yang bagus. Walau bagaimanapun,  anda harus berhati-hati dalam memilih drama, jangan hanya berdasarkan penampilannya kerana anda mungkin akan membuang masa anda dengan menonton drama yang tidak berbaloi.

  • Penilaian

Perkara lain yang perlu diambil perhatian ialah rating drama tersebut. Jika drama tersebut telah tular di media sosial, anda tidak perlu risau kerana ia pasti mempunyai rating yang tinggi.  

  • Nilai Estetika Visual 

Seterusnya, sebaiknya anda menonton drama yang mempunyai nilai estetika visual yang baik. Contohnya, penempatan sudut tangkapan kamera yang menarik, latar belakang, prop dan sebagainya.

 8 K-Drama Terbaik untuk Ditonton 2022

1. Twenty-Five Twenty-One

Diarahkan oleh: Jung Ji Hyun

Dibintangi : Kim Tae Ri, Nam Joo Hyuk, Bona, Choi Hyun Wook, Lee Joo Myung, Kim Hye Eun, Choi Tae Jun, Choi Myung Bin, Seo Jae Hee, Bang Eun Jong, Yoon Joo Man, Choi Min Young.

Tarikh Tayangan: 12 Februari 2022

Genre: Percintaan

Sinopsis: Drama ini berkisarkan kisah seorang atlet pedang yang terpaksa menunda cita-citanya ekoran krisis ekonomi yang dihadapi Korea Selatan. Disebalik itu, terdapat seorang pemuda yang cuba memperbaiki kehidupannya yang berubah 360 darjah semenjak krisis tersebut berlaku. Mereka bertemu pada usia 22 dan 18 tahun, dan perasaan cinta mula berputik pada usia 25 dan 21 tahun.

2. A Business Proposal

Diarahkan oleh: Park Sun Ho

Dibintangi: Ahn Hyo Seop, Kim Se Jeong, Seol In Ha, Kim Min Kyu, Choi Byung Chan, Song Won Seok, Woo Hee, Seo Hye Won, Lee Deok Hwa, Kim Hyun Sook, Hwang Bo Ra, Yoon Sang Jeong. 

Tarikh Tayangan: 28 Februari 2022

Genre: Romantik, Komedi

Sinopsis: Sebuah drama Korea yang diadaptasi daripada webtoon (The Office Blind Date). Drama ini berkisarkan tentang seorang pekerja pejabat (Shin Ha-Ri) yang pergi ke ‘blind date’ untuk menggantikan rakannya. Namun situasi mula berubah apabila Ha-Ri menyedari pasangan ‘blind datenya’ ialah CEO di syarikatnya. Shin Ha-Ri terpaksa menyembunyikan identitinya.

3. Juvenile Justice

Diarahkan oleh: Hong Jong-Chan

Dibintangi: Kim Hye-soo, Kim Moo-yeol, Lee Sung-min

Tarikh Tayangan: 25 Februari 2022

Genre: Jenayah, Siasatan, Bilik Mahkamah

Sinopsis: Sim Eun-Seok (Kim Hye-Soo) ialah seorang hakim elit dengan personaliti yang dingin. Sim Eun-Seok ditugaskan ke mahkamah juvana tempatan. Di sana, dia telah melanggar adat dan mentadbir mengikut caranya tersendiri untuk menghukum pesalah.

4. The Sound of Magic

Diarahkan oleh: Kim Sung Yoon

Dibintangi: Ji Chang-Wook, Choi Sung-Eun, Hwang In-Youp, Ji Hae Won, Nam Da Reum, Kim Hye Eun, Yoo Jae Myung, Hong Seo Hui, Park Ha Na, Ryu Kyung Soo, Jeo Han Chul

Tarikh Tayangan: 6 Mei 2022

Genre: Fantasi, Muzikal, Isu Sosial, Remaja

Sinopsis: Drama ini diadaptasi daripada webtoon dengan tajuk yang sama, mengisahkan seorang gadis bernama Yoon Ah Yi (Choi Sung Eun) yang kehilangan impiannya di tengah kepayahan hidup, dan Na Il Deung (Hwang In Yeop), seorang lelaki yang tertekan untuk mencapai impiannya. Kedua-duanya bertemu dengan seorang ahli silap mata misteri bernama Rieul (Ji Chang Wook). 

5. Vincenzo

Diarahkan oleh: Kim Hee-won

Dibintangi: Song Joong Ki, Jeon Yeo Bin, Ok Taecyeon, Kwak Dong Yeon, Kim Sung Cheol, Kim Yoon Hye, Hwang Chan Sung, Kim Yeo Jin, Yoo Jae Myung, Choi Young Joon , Jo Han Chul, Yang Kyung Won

Tarikh Tayangan: 20 Februari 2021

Genre: Mafia, Isu Sosial, Komedi

Sinopsis: Pada usia lapan tahun, Park Joo-Hyung (Song Joong-ki) telah pergi ke Itali selepas menjadi anak angkat keluarga Itali. Dia kemudiannya menyertai mafia, di mana dia menjadi anak angkat kepada Don Fabio iaitu pengerusi keluarga mafia Cassano. Park Joo-Hyung telah dinamakan semula sebagai Vincenzo Cassano dan menjadi seorang peguam Itali, consigliere untuk mafia, dan orang kanan Don Fabio. Selepas Fabio meninggal dunia, Paolo yang merupakan anak kandung Fabio serta ketua baru Keluarga Cassano cuba untuk membunuh Vincenzo.

6. All of Us are Dead

Diarahkan oleh: Lee JQ dan Kim Nam-Su

Dibintangi: Park Ji-hu, Yoon Chan-young, Cho Yi-Hyun, Lomon, Yoo In-soo, Lee Yoo-mi, 

Kim Byung-chul , Lee Kyu-hyung, dan Jeon Bae-soo

Tarikh Tayangan: 28 Januari 2022

Genre: Seram;Zombie Apocalypse

Sinopsis: Membawa genre thriller, plot cerita dalam drama ini bermula apabila seorang pelajar di sebuah sekolah menengah di pinggir bandar mengalami gejala aneh. Virus misteri itu mula merebak dan semakin tidak terkawal dalam kalangan pelajar. Virus ini juga telah tersebar di seluruh bandar sehingga menyebabkan keadaan menjadi huru-hara. Hal ini menyebabkan pihak berkuasa mengisytiharkan bandar tersebut dalam keadaan darurat.

7. Squid Game

Diarahkan oleh: Lee Jung-Jae

Dibintangi: Lee Jung-Jae, Park Hae-soo, Wi Ha-Joon, Jung Ho-Yeon, Lee Yoo Mi, Lee Byung Hun, O Young Su, Anupam Tripathi, Kim Joo Ryeong, Heo Sung Tae, Lee Ji Ha

Tarikh Tayangan: 17 September 2021

Genre: Fiksyen aksi, Thriller, Survival

Sinopsis: Terdapat 456 orang yang kesemuanya berdepan dengan masalah kewangan yang meruncing dalam hidup. Mereka ditawarkan untuk bermain dalam sebuah pertandingan misteri yang terdiri daripada permainan kanak-kanak namun berbahaya. Mereka perlu mempertaruhkan nyawa mereka untuk bersaing dan merebut hadiah ₩45.6 bilion. Hadiah tersebut hanya akan dimenangi oleh seorang pemenang sahaja.

8. Tomorrow

Diarahkan oleh: Kim Tae-Yoon, Sung Chi-

Dibintangi: Lee Rowoon, Lee Soo Hyuk, Kim Hee Sun, Yoon Ji On, Kang Seung Yoon, Kim Chae Eun, Kim Hae Sook, Kim Si Eun, N    

Tarikh Tayangan : 1 April 2022

Genre: Fantasi, Bunuh Diri

Sinopsis: Jika anda mengemari drama legenda seperti Goblin, anda patut menonton drama ini. The Reapers of Tomorrow adalah drama yang berkisarkan pasukan pengurusan krisis yang mempunyai misi untuk menyelamatkan individu yang ingin mati. Drama ini dibintangi oleh pelakon hebat seperti Rowoon dari SF9 daripada The King’s Affection, Kim Hee-sun daripada Alice, dan Lee Soo-hyuk daripada Doom at Your Service.


Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda Di Sini

Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close