10 Kafe Tema Semulajadi Terbaik di KL & Selangor 2022

Kehijauan alam semula jadi boleh menjadi perkara yang amat memberi impak yang baik, sama ada dari aspek fizikal mahupun mental. Hal ini kerana ia dapat membantu anda untuk menghilangkan tekanan dari tempat kerja, sekolah dan kehidupan peribadi. Jadi, berehat sebentar sambil ditemani keindahan flora semestinya penawar terbaik untuk anda sekali gus berupaya menenangkan fikiran anda daripada kekusutan.

Malaysia adalah sebuah negara yang sangat kaya dengan kehijauan alam semula jadi. Justeru, ia adalah tidak asing lagi sekiranya terdapat kafe yang menerapkan elemen kehijauan ini dalam dekorasi atau hiasan mereka. Selain itu, kafe yang bertemakan alam semula jadi ini seringkali menawarkan menu yang biasa anda dapati di mana-mana kafe. Apa yang menjadikan kafe ini menarik adalah anda akan dapat menikmati makanan anda sambil cuci mata dengan kekayaan dan keindahan pokok-pokok serta bunga-bungaan yang menyejukkan pemandangan anda. Berikut adalah 10 Kafe Tema Semula Jadi Terbaik di KL dan Selangor.

Apakah yang perlu di pertimbangkan ketika memilih kafe yang bertemakan semula jadi? 

Terdapat beberapa aspek yang perlu anda teliti sebelum singgah di mana-mana kafe bertemakan alam semula jadi ini. Contohnya, menu, lokasi, dan bajet. Memandangkan terdapat pelbagai pilihan kafe sebegini di sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, jadi, memperincikan maklumat tersebut dapat membantu memendekkan senarai anda. 

  1. Menu 

Setiap kafe pasti menawarkan pilihan menu yang berbeza. Hal ini bergantung pada permintaan atau menu yang digemari oleh para pelanggan mereka. Anda boleh melihat pilihan menu yang ada melalui laman media sosial kafe tersebut. 

  1. Lokasi

Anda sebaik-baiknya perlu mengetahui terlebih dahulu lokasi kafe yang anda ingin tuju. Hal ini bertujuan untuk melancarkan urusan perjalanan anda ke kafe tersebut. Seterusnya, anda bukan sahaja boleh menjimatkan masa bahkan juga kegunaan minyak petrol pada masa yang sama.

  1. Bajet

Anda sewajarnya menetapkan bajet anda supaya dapat mengelakkan anda berbelanja dengan berlebihan.

10 Kafe Tema Semula Jadi Terbaik di KL & Selangor 2022

1. Pokok KL

Pokok KL
Kredit gambar: Pokok KL
Pokok KL
Kredit gambar: Pokok KL
Pokok KL
Kredit gambar: Pokok KL

Tarikan utama di Pokok KL adalah gaya rekaan yang bercirikan rumah kaca dengan tingkap yang tinggi hingga mencecah ke siling. Antara hidangan yang sering menjadi pilihan di hati para pelanggan adalah Nasi Lemak Platter, Big Breakfast dan Seafood Aglio Olio. Selain itu, sekiranya anda berkesempatan untuk singgah di sini, jangan sia-siakan peluang untuk mencuba secangkir kopi atau matcha bersama sepotong kek. Anda boleh memilih perisa kek yang anda gemari seperti Burnt Cheesecake, Apam Balik Cake dan Classic Carrot Cake. Pokok KL juga memberikan kebebasan kepada pelanggan mereka untuk memilih tempat duduk, sama ada di bahagian dalam atau luar kafe tersebut. Sekiranya anda memilih untuk duduk di bahagian luar, anda akan disajikan bukan sahaja dengan makanan yang enak, tetapi pemandangan yang penuh kehijauan di samping menenangkan anda.

Waktu Operasi: 10.00 pagi – 9.00 malam (Isnin – Ahad)

Alamat: MAHSA Avenue (Jalan Universiti Campus), Block B, Level 1 Jalan Ilmu, off, Jln Profesor Diraja Ungku Aziz, 59100 Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti sekarang

Google Reviews: Di sini

LAMAN WEB

2. FEEKA Coffee Roasters

FEEKA Coffee Roasters
Kredit gambar: FEEKA Coffee Roasters
FEEKA Coffee Roasters
Kredit gambar: FEEKA Coffee Roasters
FEEKA Coffee Roasters
Kredit gambar: FEEKA Coffee Roasters

Kehijauan pokok-pokok dan pokok renek dapat dilihat dengan jelas di halaman kafe FEEKA Coffee Roaster. Ia memberikan gambaran umpama adanya sebuah kafe di tengah-tengah kawasan hutan daripada luar. Suasana yang amat selesa. Tambahan pula, anda juga akan melihat variasi pilihan makanan di menu kafe ini bermula daripada menu untuk sarapan hingga ke pasta dan salad. Contohnya, Basil Pesto, Brulee French Toast dan Summer Salad.

Waktu Operasi: 8.00 pagi – 10.00 malam (Isnin – Ahad)

Alamat: 19, Jln Mesui, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti sekarang

Google Reviews: Di sini

LAMAN WEB

3. Tujoh

Tujoh
Kredit gambar: Tujoh
Tujoh
Kredit gambar: Tujoh
Tujoh
Kredit gambar: Tujoh

Menu di kafe Tujoh ini memperlihatkan gabungan antara makanan Barat dan Asia. Contohnya, Portobello Benedict, Scrambled Eggs, Smoked Duck, Chicken Chorizo dan Avocado Toast. Bagi makan tengah hari dan makan malam pula, terdapat pelbagai pilihan makanan yang menarik seperti pasta, burger, sandwich. Manakala, sajian yang ada bagi pilihan di waktu petang adalah Lamb Shank bersama lemak ikan dan kerepek nipis. Rekaan dalaman kafe ini telah menjadikan ia sebagai salah sebuah kafe yang amat mengagumkan dan mengujakan sesiapa sahaja yang datang. Lebih-lebih lagi jika anda seorang yang gemar akan fotografi dan media sosial.

Waktu Operasi

11.00 pagi – 10.00 malam (Isnin – Khamis & Ahad)

10.00 pagi – 12.00 malam (Jumaat – Sabtu)

Alamat: 617, Jalan 17/10, Seksyen 17, 46400 Petaling Jaya, Selangor

Google Map: Ikuti sekarang

Google Reviews: Di sini

LAMAN WEB

4. Bestow

Bestow
Kredit gambar: EatDrinkKL
Bestow
Kredit gambar: EatDrinkKL
Bestow
Kredit gambar: EatDrinkKL

Bestow adalah sebuah kafe yang amat menonjol dengan dikelilingi oleh pokok-pokok tinggi lagi menenangkan. Hal ini sekali gus memberikan rasa tenang dan santai kepada para pelanggan. Laluan kafe ini memiliki rekaan yang unik, cantik dan terdedah kepada cahaya matahari ini secara tidak langsung akan menarik perhatian anda sekali gus memberikan rasa nostalgik dengan menyeluruh. Selain itu, restoran ini turut menyediakan menu sarapan yang pasti menggugat selera anda, iaitu Home-cured Salmon Toast dan Mediterranean Baked Eggs (Shakshuka dengan Beef Bacon). Untuk pengetahuan anda, kafe ini baru sahaja memulakan perniagaan, jadi, jangan lupa untuk singgah di sini jika ada masa!

Waktu Operasi

10.00 pagi – 10.00 malam (Selasa – Khamis & Ahad)

10.00 pagi – 12.00 malam (Jumaat – Sabtu)

Tutup (Isnin)

Alamat: 82, Lorong 1/77a, Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti sekarang

Google Reviews: Di sini

LAMAN WEB

5. Neutrals.ttdi

Neutrals.ttdi
Kredit gambar: Neutrals.ttdi
Neutrals.ttdi
Kredit gambar: Neutrals.ttdi
Neutrals.ttdi
Kredit gambar: Neutrals.ttdi

Sebaik sahaja anda melangkah masuk ke kafe Neutrals.ttdi, anda akan disambut mesra dengan barisan tumbuh-tumbuhan yang pelbagai seperti pokok paku pakis yang digantung daripada siling kafe tersebut, tumbuhan ara berdaun rebab dan staghorn yang bercabang keluar daripada dinding. Persekitaran di kafe ini pasti akan menyegarkan serta memberikan anda suasana yang santai dan tenang. Anda boleh menikmati udara yang segar di samping biasan cahaya matahari yang menembusi tingkap kafe ini. Selain itu, anda boleh merasai secawan kopi bersama sandwich bergaya Jepun yang amat enak!

Waktu Operasi

8.00 pagi – 8.00 malam (Isnin – Ahad)

Tutup (Rabu)  

Alamat: 30A, Persiaran Zaaba, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti sekarang

Google Reviews: Di sini

LAMAN WEB

6. Sipping Corner Cafe

Sipping Corner Cafe
Kredit gambar: Sipping Corner Cafe
Sipping Corner Cafe
Kredit gambar: Sipping Corner Cafe

Sipping Corner Cafe adalah sebuah tempat makan rahsia yang dihiasi dengan suasana dek kehijauan hutan dengan variasi tumbuhan dan dedaunan. Kafe ini terletak di belakang kedai bunga Plant & Pot Studio. Kafe ini tidak seperti kebanyakan kafe moden yang pernah anda kunjungi. Hal ini kerana kafe ini tidak menyediakan khidmat WiFi sesuai dengan individu yang inginkan masa untuk menikmati ‘me time’ tanpa sebarang gangguan. Selain itu, anda juga boleh lepak di sudut bacaan dengan membaca novel kegemaran anda dengan selesa. Tambahan pula, anda dapat menikmati variasi kroisan, termasuk French Butter, Nutella, dan Chicken Ham & Cheese. Kafe ini secara khususnya dikenali dengan hidangan kopi artisanal dan gula-gula.

Waktu Operasi: 9.00 pagi – 6.00 petang (Isnin – Ahad)

Alamat: 78G, Jalan Puteri 5/5, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor

Google Map: Ikuti sekarang

Google Reviews: Di sini

LAMAN WEB

7. Foliage Coffee

Foliage Coffee
Kredit gambar: Foliage Coffee
Foliage Coffee
Kredit gambar: Foliage Coffee

Sekiranya anda pernah bersiar-siar di kawasan sekitar Taman Desa, Kuala Lumpur, anda pasti akan perasan dengan kewujudan sebuah lagi kafe yang bertemakan alam semula jadi, iaitu Foliage Coffee. Kafe ini memberi tumpuan kepada suasana makan ‘outdoor’ kepada para pelanggan. Dengan ini, anda akan berasa seolah-olah anda sedang menikmati hidangan di taman bunga memandangkan setiap sudut ruang makan dihiasi dengan tumbuh-tumbuhan, sama ada tumbuhan yang bergantung di bahagian dalam mahupun luar siling. Tambahan pula, anda boleh cuci mata anda dengan melihat tumbuhan di kedai sebelah sambil menunggu pesanan anda siap. Hal ini kerana kedua-dua kafe dan nurseri tersebut berkongsi kawasan perniagaan yang sama.

Waktu Operasi: 9.00 pagi – 6.00 petang (Isnin – Ahad)

Alamat: 9-11, Jalan Desa Utama, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti sekarang

Google Reviews: Di sini

LAMAN WEB

8. Fine Coffee and Flowers

Fine Coffee and Flowers
Kredit gambar: Fine Coffee and Flowers
Fine Coffee and Flowers
Kredit gambar: Fine Coffee and Flowers

Kafe Fine Coffee and Flowers adalah pilihan yang terbaik untuk anda sekiranya anda seorang pencinta pastri dengan hiasan yang cantik. Selain itu, kafe ini memiliki pondok dengan rekaan estetik yang dihiasi dengan tumbuhan dan bunga-bungaan. Di samping itu, kafe ini turut menawarkan pelbagai pilihan kopi yang menarik dan sedap. Malah, anda berpeluang untuk menikmati makanan dan pastri seperti  Smoked Salmon sandwiches, French Toast, Grilled Cheese Sandwich, Taro Cake, Chocolate Gateau, Burnt Cheesecake dan macam-macam lagi. Jadi, tunggu apa lagi! Rancang jadual anda untuk singgah ke Kafe Fine Coffee and Flowers sekarang!

Waktu Operasi: 9.00 pagi – 6.00 petang (Isnin – Ahad)

Alamat: C2, Jalan Ampang Utama 1/1, Tmn, Taman Ampang Utama, 68000 Ampang Jaya, Selangor

Google Map: Ikuti sekarang

Google Reviews: Di sini

LAMAN WEB

9. Transparent Coffee

Transparent Coffee
Kredit gambar: Transparent Coffee
Transparent Coffee
Kredit gambar: Transparent Coffee

Transparent Coffee, sebagaimana namanya, ia adalah sebuah kafe yang tidak memaparkan sebarang papan tanda meskipun ia dilitupi dengan kehijauan tumbuhan yang banyak. Selain ini, kafe ini menampilkan ciri yang amat unik; ia beroperasi sebagai sebuah kafe pada waktu tengah hari manakala ia menjadi sebuah Coley Cocktail Bar menjelang waktu malam. Jadi, anda boleh menghabiskan masa sehari suntuk di tempat yang sama. Di samping itu, kafe ini memiliki gabungan rekaan yang amat baik dengan keadaan persekitarannya. Menu di sini juga tidak kurang hebatnya, iaitu mereka menyediakan Chicken/Ribeye Steak Baguette, Soft Scrambled Brioche and Costa Rica Caturra dan banyak lagi!

Waktu Operasi: 8.00 pagi – 5.00 petang (Isnin – Ahad)

Alamat: Sam Mansion Flat, Jalan Tuba, Kampung Attap, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti sekarang

Google Reviews: Di sini

LAMAN WEB

10. Planter Chin

Planter Chin
Kredit gambar: Planter Chin
Planter Chin
Kredit gambar: Planter Chin
Planter Chin
Kredit gambar: Planter Chin

Planter Chin adalah sebuah tempat yang bagus untuk bersantai dengan rakan anda. Anda dapat menikmati hidangan lazat bersama secawan kopi. Suasana dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan yang indah dan kucing kecil yang comel sekali gus ia menjadikan kafe ini berasa seperti suasana di rumah. Anda boleh mencuba makanan mereka seperti Creamy Mushroom Pasta, Beef Pastrami Toastie dan Breakfast Muffintop. Selain itu, anda berpeluang untuk menikmati  kombucha bermusim mereka jika anda lebih suka minum sesuatu selain kopi.

Waktu Operasi

10.00 pagi – 5.00 petang (Selasa – Ahad)

Tutup (Isnin)  

Alamat: 6a, Jalan Kemuja, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti sekarang

Google Reviews: Di sini

LAMAN WEB

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close