7 Kafe Terbaik di Pandan Indah 2022

Jika anda adalah seorang ‘food hunter’, anda mesti akan teruja setiap kali tibanya waktu hujung minggu. ‘Food hunting’ pasti merupakan salah satu aktiviti yang termasuk dalam perancangan anda. Anda boleh menikmati pelbagai hidangan dan minuman hebat di samping merakam gambar dan video untuk dimuat naik di laman media sosial anda. Bak kata pepatah, ‘sambil menyelam, sambil minum air’! Sebelum itu, kami ada rahsia yang ingin kami kongsikan kepada anda. Tahukah anda bagaimana untuk menjadikan aktiviti jelajah makanan anda lebih menarik? Ajak keluarga anda untuk turut serta dalam aktiviti ini bagi menjadikan detik ini sesuatu yang lebih bermakna.

Pandan Indah merupakan satu tempat yang terletak di antara Ampang dan Cheras. Ia juga merangkap kawasan perbandaran bagi Ampang, Kuala Lumpur. Terdapat beberapa kafe yang boleh anda temui di sini. Anda boleh singgah ke kafe-kafe tersebut bersama insan kesayangan anda sekiranya anda berpeluang berada di Pandan Indah atau kawasan sekitarnya. Ketahui lokasi 7 Kafe Terbaik di Pandan Indah 2022 sekarang!

Apakah jangkaan pelanggan terhadap sesebuah kafe?

Jika anda pernah memasang angan-angan untuk mengusahakan sebuah kafe, perkara utama yang perlu anda ingat adalah apa yang dijangkakan oleh para pelanggan tentang kafe anda. Sebilangan besar orang akan terpikat dengan menu, pengalaman, dan suasana persekitaran yang terdapat di kafe anda.

  1. Menu

Kebanyakan kafe di seluruh dunia menawarkan variasi pilihan makanan dan minuman di menu. Hal ini termasuk hidangan untuk makanan panas, sarapan, brunch, kopi, teh, dan banyak lagi. Jelaslah bahawa semakin menarik menu yang anda tawarkan, semakin banyak pelanggan yang akan tertarik untuk datang ke kafe anda.

  1. Pengalaman

Pengalaman pertama menjejaki kaki di kafe yang anda kunjungi buat ulung kalinya pastinya memberikan anda rasa teruja. Sekiranya anda merupakan seorang ‘cafe hunter’ anda pasti akan merekodkan detik tersebut untuk dimasukkan dalam catatan memori anda. Setiap kafe menawarkan pengalaman yang berbeza. Jadi, anda perlu mencipta suatu pengalaman yang membuatkan para pelanggan anda sentiasa terkenang-kenang untuk kembali ke kafe anda.

  1. Suasana

Hmm~ bagaimanakah cara untuk menghidupkan suatu pengalaman yang sukar dilupakan oleh pelanggan anda? Jawapannya mudah dan ringkas. Anda mesti menyediakan suasana persekitaran yang selesa yang tenang. Selain itu, anda juga harus sentiasa ‘update’ dengan cita rasa muzik yang sesuai dengan pelanggan anda. Di samping itu, aspek kebersihan dan servis layanan yang mesra merupakan kunci untuk memenangi hati pelanggan anda. 

7 Kafe Terbaik di Pandan Indah 2022

1. Quan Ice Cream & Coffee House

Quan Ice Cream Coffee House
Kredit gambar: Chillout, Soulout & Freakout
Quan Ice Cream Coffee House
Kredit gambar: Chillout, Soulout & Freakout

Quan Ice Cream & Coffee House adalah sebuah kafe yang menampilkan ciri ‘family-friendly’ dengan suasana yang amat menenangkan. Kafe ini memiliki variasi hidangan yang anda boleh pilih mengikut cita rasa anda. Antara menu yang wajib anda cuba adalah Salted Egg Chicken Rice, Fried Banana with Ice Cream dan Waffle with Ice Cream. Namun begitu, sekiranya anda telah menetapkan bajet anda, tiada perkara yang perlu anda risaukan kerana anda masih berpeluang untuk menikmati sajian enak yang lain. Hal ini termasuklah hidangan utama, sup, minuman dan aiskrim. Jadi, anda tidak ada sebarang alasan lagi untuk tidak menyerbu kafe ini sekarang!

Alamat: 8G, Jalan Pandan Indah 4/33, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 11:00 pagi – 11:00 malam (Setiap hari)

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

2. Eddie & Co. Coffee House

Eddie Co. Coffee House
Kredit gambar: Top-Rated.Online
Eddie Co. Coffee House
Kredit gambar: Eddie & Co. Coffee House

Eddie & Co. Coffee House adalah antara salah satu tempat makan yang mesti anda kunjungi. Lebih-lebih lagi jika anda seorang yang memiliki ‘soul’ apabila bercakap soal minuman. Hal ini kerana anda berpeluang untuk menikmati pelbagai jenis minuman yang tersedia di sini seperti Flat White, Caramel Latte dan Cappucino. Selain itu, anda turut akan menemui wafel dengan variasi topping yang menarik sekali gus menjadikannya pencuci mulut yang ideal untuk anda. Tambahan pula, anda boleh kongsikan keenakan pencuci mulut itu bersama yang tersayang! Seterusnya, kafe ini mempunyai persekitaran yang selesa dan membolehkan para pelanggan untuk meluangkan masa untuk ‘catch-up’ dengan lebih banyak di sini. 

Alamat: 3-G, Jalan Pandan Indah 4/33, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi:

1:00 petang – 10:00 malam (Sabtu – Khamis)

Tutup (Jumaat)

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

Facebook: https://www.facebook.com/eddiecoffeehouse 

Instagram: https://www.instagram.com/eddiecoffeehouse/ 

3. Maison Boulangerie & Patisserie

Maison Boulangerie Patisserie
Kredit gambar: Chillout, Soulout & Freakout
Maison Boulangerie Patisserie
Kredit gambar: Maison Boulangerie & Patisserie

Maison Boulangerie & Patisserie, atau turut dikenali sebagai Ficelle merupakan sebuah ‘bakery slash cafe’ dengan hiasan dalaman ala-ala Inggeris. Anda boleh mendapatkan variasi pilihan pencuci mulut dan makanan panas seperti Cream Puff, Tuna Mushroom Croissant dan Pulled Chicken. Nikmati secangkir Rose Latte bersama Almond Tiramisu Cake untuk suasana petang yang lebih ‘ummpphh’. Namun, anda harus ingat bahawa ruang parkir kenderaan di kawasan kafe ini agak terhad. Jadi, anda harus rancang waktu untuk datang ke sini dengan sebaik-baiknya bagi mengelakkan anda menunggu lama dan berasa tertekan dek mencari parkir yang tidak kosong-kosong. Hehe~ 

Alamat: 25-G, Jalan Pandan Indah 4/6a, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 8:00 pagi – 6:00 petang (Setiap hari)

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

Facebook: https://www.facebook.com/Ficelle-Boulangerie-Patisserie-Pandan-Indah-/

4. Heartbeans Coffee

Heartbeans Coffee
Kredit gambar: Malaysian Flavours
Heartbeans Coffee
Kredit gambar: Heartbeans Coffee

Heartbeans Coffee adalah sebuah kafe yang menampilkan elemen santai di mana anda boleh menjamu selera anda dengan pelbagai pilihan sajian Barat. Namun, anda tidak perlu risau kerana kafe ini begitu memahami selera masyarakat sejati Asia Tenggara yang hanya akan ‘kenyang’ apabila adanya nasi. Jadi, Heartbeans Coffee menyediakan beberapa menu dengan gabungan nasi yang boleh anda pesan mengikut cita rasa dan selera anda. Sekiranya anda berpeluang untuk singgah ke sini, rebut peluang untuk merasai Grilled Chicken Chop, Signature Nasi Pandan Ayam dan Tropical Waffle yang ‘top’ di sini! Harga yang mereka tawarkan juga amat berpatutan, malah tidak setimpal dengan keenakan makanan yang akan anda nikmati!

Alamat: 8, Jalan Pandan Indah 4/6a, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi:

10:00 pagi – 8:30 malam

Tutup (Isnin) 

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

Facebook: https://www.facebook.com/heartbeans 

Instagram: https://www.instagram.com/heartbeans/ 

5. Limpeh Kopi

Limpeh Kopi
Kredit gambar: Limpeh Kopi
Limpeh Kopi
Kredit gambar: Limpeh Kopi

Jadikan hujung minggu anda lebih bermakna dengan berkunjung ke Limpeh Kopi. Limpeh Kopi mengetengahkan ciri dekorasi yang ringkas tetapi menonjol dengan elemennya yang tersendiri. Apa yang menariknya adalah kafe ini hanya menggunakan bahan-bahan yang segar dan terbaik. Setiap hidangan dihasilkan pada waktu mereka beroperasi bagi mengekalkan rasa dan kesegaran hidangan tersebut kepada para pelanggan. Antara sajian yang bakal memikat selera anda di sini adalah Red Bean Bao, Curry Noodle and Nasi Lemak Chicken Curry. Memandangkan kafe ini beroperasi sehingga jam 10 malam, anda boleh menjadikannya sebagai port lepak baru untuk anda dan rakan-rakan!

Alamat: No. 3A & 5, Jalan Perubatan 2, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi:

10:00 pagi – 10:00 malam (Isnin – Jumaat)

8:00 pagi – 10:00 malam (Sabtu – Ahad)

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

Facebook: https://www.facebook.com/LimpehKopiRestaurant/ 

LAMAN WEB

6. GOOGOO GAAGAA COFFEE

GOOGOO GAAGAA COFFEE
Kredit gambar: Eat Drink KL
GOOGOO GAAGAA COFFEE
Kredit gambar: GOOGOO GAAGAA COFFEE

GOOGOO GAAGAA COFFEE akan memukau anda dengan hiasan dalaman ‘one-of-a-kind’ yang ditonjolkan. Kafe ini juga menampilkan penggunaan warna-warna yang terang yang membantu anda untuk meninggalkan jejaknya dalam memori anda! Dengan pilihan nama yang kreatif dan ‘catchy’ menjadikannya lebih mudah untuk menempah tempat di ruang ingatan sesiapa sahaja yang melangkah masuk ke sini. Kafe ini menggunakan ruang yang dimiliki dengan sepenuhnya, di mana bahagian hadapan dan belakang kafe adalah ruang tempat duduk ‘outdoor’. Ruang makan ‘outdoor’ ini sesuai bagi anda yang inginkan suasana yang lebih terbuka. Tunggu apa lagi? Cuba menu pilihan sarapan di  ‘GOOGAA Big Breakfast’ dengan segelas Iced Caramel Latte untuk memulakan hari anda dengan senyuman!

Alamat: 88, Jalan Pandan Indah 4/6b, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi:

9:00 pagi – 6:00 petang (Ahad – Rabu)

9:00 pagi – 10:30 malam (Khamis – Sabtu)

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

Facebook: https://www.facebook.com/COFFEEGOOGOOGAAGAA/ 

Instagram: https://www.instagram.com/googoogaagaacoffee/ 

7. Sweet Life Cafe

Sweet Life Cafe
Kredit gambar: Sweet Life Cafe
Sweet Life Cafe
Kredit gambar: Sweet Life Cafe

Sweet Life Cafe merupakan tempat makan yang berbaloi untuk anda pergi jika anda sedang inginkan semangkuk Bingsu yang menyegarkan. Opps, pilihan anda sudah pasti tidak akan hanya terhad pada Bingsu sahaja. Malah, anda turut boleh memuaskan selera anda dengan menu yang lebih mengenyangkan anda seperti Bacon Carbonara Spaghetti, Fried Pork Chop dan Yangzhou Fried Rice dengan harga luar biasa! Dekorasi ringkas dan persekitaran yang sunyi menjadikannya pilihan ideal bagi anda yang sedang bekerja dari rumah (WFH) untuk cuci mata anda dengan keindahan panorama sementara menyiapkan kerja.

Alamat: 4/6b, Jalan Pandan Indah 2/10, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur, Selangor

Waktu Operasi:

11:30 pagi – 9:00 malam (Khamis – Selasa)

Tutup (Rabu) 

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

Facebook: https://www.facebook.com/Sweet-Life-Cafe-102941013625380/

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close