8 Katil Khemah Terbaik di Malaysia 2022

Rehat adalah penting, terutamanya jika anda berada di luar rumah. Rehat yang betul  membolehkan anda menjalankan aktiviti perkhemahan dengan berkesan yang telah anda rancangkan untuk hari-hari mendatang. Oleh itu, mempunyai ruang yang selesa untuk tidur adalah sama pentingnya dengan mendapatkan khemah yang boleh selesa dan selamat Walau bagaimanapun,ia bukanlah idea yang baik jika anda membawa tilam dan meletakkannya di tengah-tengah tapak perkhemahan kerana ia bukan sahaja berat malah ruangan juga terhad. 

Oleh sebab itu, anda patut mendapatkan katil khemahan. Berbeza daripada beg tidur, katil khemah menawarkan anda permukaan yang tinggi untuk berbaring, dan bukannya berbaring di atas satu lapisan pada permukaan tanah. Katil khemah sememangnya berguna kerana anda akan berasa selesa, selamat dan mempunyai lebih banyak ruang jika menggunakannya. Hal ini kerana ruangan di dalam khemah terhad jadi penggunaan katil khemah membolehkan anda  meletakkan pelbagai barang di bawahnya. Jadi, inilah 8 katil khemah terbaik yang anda boleh dapatkan di Malaysia.

Bagaimanakah memilih katil khemah yang sesuai?

Pemilihan katil khemah boleh menjadi agak sukar kerana ia berbeza dalam pelbagai faktor. Jadi,anda perlu mempertimbangkan katil khemah berdasarkan  harga, bahan dan kapasiti maksimumnya.

1. Harga

Harga katil khemah yang memuaskan terdapat dalam pelbagai lingkungan harga, daripada tinggi sehinggalah kepada rendah. Semuanya bergantung kepada saiz, bahan dan kadangkala, jenama. Jadi, adalah lebih baik untuk mengetahui belanjawan anda sebelum membelinya.

2. Material

Memandangkan anda berkemungkinan berbaring di atas katil khemah tanpa sebarang selimut sebagai lapisan tambahan, adalah penting untuk anda membeli katil khemah yang diperbuat daripada bahan tahan lasak dan lembut. Ini bukan sahaja dapat memastikan anda menggunakan produk ini dalam jangka masa yang lama, ia juga dapat menambah pengalaman anda dalam perkhemahan.

3. Kapasiti Maksimum

Secara amnya, katil khemah tidak kukuh seperti rangka katil biasa memandangkan strukturnya lebih ringkas dan diperbuat daripada bahan yang lebih ringan. Jadi, sebaiknya anda perlu ketahui kapasiti maksimum katil khemah yang anda inginkan sebelum membelinya.

8 Katil Khemah Terbaik di Malaysia 2022

1. Camouflage Foldable Camping Bed

Camouflage Foldable Camping Bed
Kredit Gambar: Shopee

Camouflage Foldable Camping Bed ini sesuai digunakan untuk aktiviti luar. Ia datang dalam 5 warna berbeza yang boleh anda pilih. Salah satu pilihan warnanya ialah berupa penyamaran. Katil ini mempunyai struktur kukuh dengan fabrik Oxford 600D untuk masa tidur anda yang selesa.

Spesifikasi:

  • Material: 600D Oxford fabric
  • Saiz: 190 cm x 64 cm x 42 cm
  • Kapasiti maksimym: 160 kg
  • Warna: Camouflage, navy blue, hijau gelap, beige, hitam

Kelebihan:

Pelbagai pilihan warna
Selesa

Harga: RM129.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Green Foldable Camping Bed

Green Foldable Camping Bed
Kredit Gambar: Shopee

Green Foldable Camping Bed ini dilengkapi dengan reka bentuk dwi-palang silang yang mudah dipasang dan ditanggalkan kepada saiz yang padat untuk penyimpanan mudah alih. Katil ini datang dalam warna hijau gelap yang sesuai dengan aktiviti luar.

Spesifikasi:

  • Material: 600D PVC Oxford cloth 
  • Saiz: 190 cm x 64 cm x 42 cm
  • Kapasiti Maksimum: 180kg
  • Warna: Hijau

Kelebihan:

Kukuh
Didatangkan bersama beg penyimpanan

Harga: RM98.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Portable Camping Folding Relax Bed

Portable Camping Folding Relax Bed
Kredit Gambar: Shopee

Portable Camping Folding Relax Bed ini diperbuat daripada cadar yang selesa dan berlapis dua untuk pengalaman tidur yang terbaik. Ia mempunyai kedua-dua paip plastik dan keluli sebagai bingkai, menjadikannya tahan lama namun ringan. Ia boleh didapati dalam dua warna.

Spesifikasi:

  • Material: 1200D+600D Oxford fabric 
  • Saiz: 190 cm x 67 cm x 35 cm
  • Kapasiti Maksimum: 150 kg
  • Warna: Kelabu, biru

Kelebihan:

Ringan
2 lapisan cadar

Harga: RM99.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Decathlon Camping Bed

Decathlon Camping Bed
Kredit Gambar: Shopee

Decathlon Camping Bed ini mempunyai ciri pemasangan yang mudah sehinggakan anda boleh memasangnya sendirian. Ia mempunyai bingkai yang diperbuat daripada bahan yang ringan sekaligus menjadikannya mudah alih dan boleh dibawa ke mana-mana. Katil ini boleh didapati dalam warna biru.

Spesifikasi:

  • Material: Poliester
  • Saiz: 185cm x 60cm x 20 cm
  • Kapasiti Maksimum: 110 kg
  • Warna: Biru

Kelebihan:

Ringan
Jenama yang dipercayai

Harga: RM149.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Premium Quality Folding Lounge Chair

Premium Quality Folding Lounge Chair
Kredit Gambar: Shopee

Premium Quality Folding Lounge Chair ini boleh diratakan sepenuhnya untuk menjadi katil mudah alih bagi keperluan perkhemahan anda. Ia mempunyai reka bentuk ergonomik pada bahagian leher untuk mengurangkan sakit leher dan sakit otot. Kapasiti maksimum katil khemah ini juga sangat tinggi.

Spesifikasi:

  • Material: 600D Oxford fabric
  • Saiz: 194cm x 63cm x 30cm 
  • Kapasiti Maksimum: 200kg
  • Warna: Biru gelap, Kelabu

Kelebihan:

Pelbagai fungsi
Boleh menampung beban yang berat

Harga: RM95.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Foldable Camping Bed

Foldable Camping Bed
Kredit Gambar: Shopee

Foldable Camping Bed ini menyediakan semua perkara asas untuk berehat, tidur siang dan tidur di luar rumah. Ia menawarkan bingkai aluminium bersilang tiga yang membantu anda untuk mengukuhkan ketahanan katil ini. Selain itu, fabrik katil ini terdiri daripada permukaan selesa yang diperbuat daripada fabrik Oxford 600D. Produk ini menawarkan empat variasi warna untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Material: 600D Oxford fabric
  • Saiz: 186cm x 62cm x 43cm
  • Kapasiti Maksimum: 120 kg
  • Warna: Camouflage, sky blue, biru, hijau

Kelebihan:

4 pilihan warna
Rekaan yang ringkas

Harga: RM113.75

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Foldable Bed Single Office Siesta Bed

Foldable Bed Single Office Siesta Bed
Kredit Gambar: Shopee

Foldable Bed Single Office Siesta Bed ini akan membuatkan anda tidur lena walaupun anda berada di dalam hutan belantara. Ia mempunyai pad tebal yang sangat selesa, khusus buat mereka yang ingin berasa selesa seperti berada di rumah. Ia didatangkan dalam warna kelabu gelap yang sesuai dengan kebanyakan bahagian dalam khemah.

Spesifikasi:

  • Material: 1300D Oxford fabric
  • Saiz: 198cm x 68cm x 20cm
  • Kapasiti Maksimum: 125 kg
  • Warna: Kelabu gelap

Kelebihan:

Sangat selesa
Pad yang tebal
Pelbagai fungsi

Harga: RM165.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Naturehike Foldable Camping Bed

Naturehike Foldable Camping Bed
Kredit Gambar: Shopee

Naturehike Foldable Camping Bed ini menawarkan penyelesaian yang premium apabila beg tidur bukanlah pilihan yang sesuai buat anda. Katil khemah ini diperbuat daripada poliester yang breathable, selesa dan ringan. Bingkai katil ini pula diperbuat daripada aloi aluminium yang ringan dan mudah dibawa ke mana-mana. Bingkai katil ini juga tahan lama dan tahan karat.Anda tidak perlu risau tentang ketahanannya.

Spesifikasi:

  • Material: 1300D Oxford fabric
  • Saiz: 190cm x 65cm x 38cm
  • Kapasiti Maksimum: 150kg
  • Warna: Hitam, khaki

Kelebihan:

Premium
Jenama yang dipercayai

Harga: RM375.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close