12 Kedai Gunting Rambut Terbaik di Penang 2022

Adakah anda rimas rambut anda terlalu cepat panjang? Rambut yang panjang seringkali sesuatu yang dikatakan sebagai selekeh bagi para jejaka di luar sana. Tambahan pula, ia adalah agak sukar untuk menemui tukang gunting rambut yang profesional serta memuaskan kehendak hati anda.

Lazimnya, seorang tukang rambut pasti memiliki kedai gunting rambut. Hal ini kerana tempat tersebut boleh menjadi ruang buat para peminat gaya rambut berkumpul dan berkongsi idea dan lepak. Jika anda melihat seseorang itu kelihatan kemas, mereka mungkin mendapatkan potongan rambut di kedai gunting rambut. Hal ini kerana jika anda pernah berkunjung ke kedai gunting rambut, anda pasti dapat melihat bahawa sentuhan yang  akan diberikan sangat kemas dan halus. Justeru, kami senaraikan cadangan 12 Kedai Gunting Rambut Terbaik di Pulau Pinang untuk anda kunjungi!

Bolehkan wanita mendapatkan potongan rambut di kedai gunting rambut?

Meskipun majoriti jantina yang berkunjung ke kedai gunting rambut adalah lelaki, tetapi wanita juga boleh mendapatkan khidmat potongan rambut di sini. Namun, anda perlu ketahui bahawa kedai gunting rambut tidak menawarkan servis-servis yang khusus untuk wanita. Contohnya rawatan spa rambut, rawatan keratin dan banyak lagi!

Manakah pilihan yang lebih baik: salon atau kedai gunting rambut?

Jika anda ingin mendapatkan potongan rambut yang biasa dengan harga yang pastinya berpatutan, maka, kedai gunting rambut adalah tempat yang patut anda tuju. Namun, jika anda ingin mendapatkan bantuan berkaitan potongan rambut tertentu dan penggayaan rambut, anda disarankan untuk memilih salon rambut.

12 Kedai Gunting Rambut Terbaik di Penang 2022

1. Captain’P Barber Shop

CaptainP Barber Shop
Kredit gambar: The World

Rasai pengalaman untuk mendapatkan potongan rambut di kedai gunting rambut Captain’P. Pemilik kedai ini dikenali dengan sifatnya yang mesra dan peramah. Jadi, anda tidaklah terlalu bosan menunggu. Menurut para pelanggan, anda pasti akan berpuas hati dengan hasil yang bakal anda lihat. Hal ini kerana kedai gunting rambut ini dibarisi oleh penggunting rambut yang memiliki kemahiran yang tidak diragui lagi!

Waktu Operasi: 10 pagi – 9:30 malam (Setiap hari)

Alamat: Desa Intan Block 7A, 01-07, Thean Tek Hwy, Desa Intan, 11500 Air Itam, Penang

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

Hubungi: 0164419036

2. Verlarz Classic Barber

Verlarz Classic Barber
Kredit gambar: Verlarz Classic Barber

Verlarz Classic Barber merupakan kedai gunting rambut dengan suasana dan persekitaran yang bercirikan vintaj. Jadi, anda boleh menikmati setiap masa tersebut dengan santai sementara menunggu. Selain itu, kedai gunting rambut ini mendapat kadar penilaian sebanyak 5 bintang daripada para pelanggannya. Hal ini kerana bukan sahaja mereka menawarkan servis yang ‘top’, tetapi aspek kebersihan di sini turut dipelihara. Apatah lagi jika bercakap soal kualiti. Nyatakan sahaja apa-apa jua keinginan anda, mereka pasti akan turutkan! Serahkan kepercayaan anda kepada mereka. Anda pasti akan berpuas hati dengan hasil akhir di Verlarz Classic Barber!

Waktu Operasi: 11 pagi –8 malam (Setiap hari)

Alamat: No 69, Lebuh Ah Quee, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

Hubungi: 0124696956

3. Suitsup Barbershop

Suitsup Barbershop
Kredit gambar: Suitsup Barbershop

Suitsup Barbershop menawarkan persekitaran yang selesa. Jadi, anda boleh menikmati masa giliran anda dengan santai dan tenang. Tambahan pula, anda tidak perlu ragu-ragu lagi dengan kemahiran tukang gunting rambut di sini. Hal ini kerana mereka telah memenangi hati sesiapa sahaja yang singgah ke sini dengan sentuhan akhir yang mampu membuat anda tersenyum lebar. Sekiranya anda pernah berkunjung ke kedai Suitsup Barbershop, mereka akan ingat cita rasa gaya rambut kegemaran anda! Pendek kata, tunggu apa lagi? Datang jangan tak datang! Hehe~ 

Waktu Operasi:

10 pagi –5 petang (Isnin – Jumaat)

10 pagi –2 petang (Sabtu)

Tutup (Ahad)

Alamat: 27, Jalan Chow Thye, Road, 10050 George Town, Pulau Pinang

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

Instagram: https://www.instagram.com/suitsupbarbershop/ 

Hubungi: 0174429095

4. Bruno Barbershop 

Bruno Barbershop
Kredit gambar: Bruno Barbershop

Bruno Barbershop adalah sebuah kedai gunting rambut yang tidak memerlukan anda untuk membaca ulasan yang panjang lebar. Hal ini kerana sebaik sahaja anda melalui kawasan kedai ini, anda akan melihat barisan para pelanggan yang setia menunggu giliran mereka untuk tiba. Apa yang menariknya, tukang gunting rambut di sini memiliki kemahiran bukan sahaja untuk potongan gaya rambut yang tradisional, malah mereka turut berkebolehan dalam potongan gaya rambut moden. Serahkan rambut anda kepada mereka, dan anda bakal pulang dengan rasa puas hati dan lebih berkeyakinan!

Waktu Operasi:

12 tengah hari – 9 malam (Selasa, Khamis, Sabtu – Isnin)

3 petang – 9 malam (Jumaat)

Tutup (Rabu) 

Alamat: 521, Chulia St, Georgetown, 10200 George Town, Penang

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

Hubungi: 0108224781

5. Adhimaatra Barber Shop 

Adhimaatra Barber Shop
Kredit gambar: Adhimaatra Barber Shop

Adhimaatra Barber Shop bertempat di aras pertama Komtar. Apa yang membezakan kedai gunting rambut ini dengan kedai gunting rambut yang lain adalah mereka turut menjual produk rambut berkualiti tinggi. Servis yang mereka tawarkan amat memuaskan. Selain itu, mereka menyediakan kemudahan WiFi percuma dan minuman kepada anda sementara menunggu giliran atau rambut anda siap sepenuhnya. Jelaslah bahawa mereka sentiasa memastikan para pelanggan mendapat hanya yang terbaik daripada Adhimaatra Barber Shop!

Waktu Operasi

11 pagi – 7 malam (Isnin)

11 pagi –8 malam (Rabu – Ahad)

Tutup (Selasa)   

Alamat: B1-2-27, KOMTAR (1st Floor, 10000 George Town, Penang

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

Hubungi: 046096388

LAMAN WEB

6. Son & Dad Barbershop 

Son Dad Barbershop
Kredit gambar: Keith Low

Son & Dad Barbershop terdiri daripada 6 orang tukang gunting rambut yang profesional. Mereka akan menganalisis bentuk kepala anda dan tekstur rambut terlebih dahulu sebelum memberikan saranan kepada anda. Suasana di Son & Dad Barbershop sangat menarik, di mana tukang gunting rambut akan berbual dengan anda ditemani musik yang santai ketika anda menunggu. Walau bagaimanapun, anda sebaik-baiknya membuat tempahan terlebih dahulu sebelum datang bagi mengelakkan membuang masa dengan menunggu. 

Waktu Operasi:

10 pagi – 8 malam (Ahad – Sabtu)

10 pagi –7 malam (Selasa)

10 pagi –8 malam (Rabu – Khamis)

10 pagi –1 petang, 3 petang – 8 malam (Jumaat)

Tutup (Isnin) 

Alamat: 49, Lebuh Acheh, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

Hubungi: 042263661

LAMAN WEB

7. Bois Hair Design

Bois Hair Design
Kredit gambar: Christopher Choong

Bois Hair Design benar-benar merupakan permata tersembunyi di tengah-tengah bandar Pulau Pinang. Mereka menawarkan servis penggayaan rambut yang ‘cun’ pada harga yang terbaik dari ladang. Tukang rambut di sini memiliki kemahiran dan kepakaran dalam ‘hair tattooing’. Jadi, anda boleh serahkan rambut anda untuk diuruskan oleh mereka. Percayalah anda pasti berpuas hati dengan hasil akhirnya!

Waktu Operasi: 10 pagi – 8 malam (Setiap hari)

Alamat: 98-G-1, Taman Pelangi Indah, Lintang Sungai Pinang, 11600 George Town, Pulau Pinang

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

Hubungi: 0164078442

8. Huang Koong Barber Shop

Huang Koong Barber Shop
Kredit gambar: Janet Tong

Cat pudar di Kedai Gunting Rambut Huang Koong memaparkan sejarah kedai gunting rambut. Suasana retronya akan membuatkan anda suka terkenang ke tahun 70-an atau 60-an. Memandangkan ia telah lama bertapak, tukang gunting rambut sangat berpengalaman dalam mengguting rambut. Apa yang paling mengujakan hati para pengunjung adalah pemilik dan pekerja amat baik dan harga yang dikenakan amat berpatutan.

Waktu Operasi:

10 pagi – 7 malam (Setiap hari)

Tutup (Ahad) 

Alamat: 76 B, Jalan Hutton, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

Facebook: https://www.facebook.com/huangkoongbarbershop/ 

9. Matsaleh Barber Batu Lanchang

Matsaleh Barber Batu Lanchang
Kredit gambar: Matsaleh Barber

Tukang gunting rambut di Matsaleh Barber Batu Lanchang sangat berpengalaman dalam menggayakan rambut. Mereka  akan mengesyorkan gaya rambut yang paling sesuai kepada anda. Anda boleh menikmati pengalaman potongan rambut yang baik dan cucian terapeutik di sini yang pasti akan menceriakan hari anda. Secara keseluruhannya, ia disyorkan oleh pelanggan kerana perkhidmatan mereka yang hebat dengan harga yang sangat berpatutan.

Waktu Operasi:

12 tengah hari –10 malam (Selasa – Khamis)

2:30 petang –10 malam (Jumaat)

12 tengah hari –10 malam (Sabtu – Ahad)

Alamat: 125, Jln Tan Sri Teh Ewe Lim, Taman Sri Damai, 11600 Jelutong, Pulau Pinang

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

Hubungi: 0192500805

10. Min’s Barber Cafe 

Mins Barber Cafe
Kredit gambar: Min’s Barber Cafe

Min’s Barber Cafe menawarkan potongan rambut profesional dan membekalkan produk penjagaan rambut yang hebat pada harga yang berpatutan. Selain itu, ia mempunyai reka bentuk dalaman minimalis dan menyediakan persekitaran yang hebat untuk menikmati potongan rambut dan bercukur dengan lebih santai. Tarikan di sini adalah mereka menyediakan kerusi ergonomik yang sangat selesa dan empuk. Jadi, anda boleh berbaring dengan selesa sambil menikmati potongan rambut!

Waktu Operasi:

12 tengah hari –8 malam (Setiap hari)

Tutup (Jumaat) 

Alamat: Block KN-G, 06, Taman Free School, 10460 George Town, Penang

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

Hubungi: 0175875907

11. Saiyan Barbershop Penang

Saiyan Barbershop Penang
Kredit gambar: Yong WJ

Saiyan Barbershop terletak berhampiran dengan Lintang Sungai Pinang dan menyediakan perkhidmatan rambut yang sangat baik. Ia mempunyai pelbagai pakej, termasuk pencuci muka dan rambut, pada harga yang berpatutan. Anda boleh mencuba scrub mereka selepas potong rambut. Hal ini bertujuan untuk memberikan anda penampilan yang menyegarkan kerana scrub boleh membantu mengelupas sel kulit mati.

Waktu Operasi:

10 pagi –10 malam (Sabtu – Isnin, Selasa – Khamis)

10 pagi –1 petang, 3 petang –10 malam (Jumaat)

Alamat: Sri Wonder Kompleks, 88-G-06, Lintang Sungai Pinang, 10150 George Town, Pulau Pinang

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

Hubungi: 042822611

12. Romeos Studio Barbershop Farlim

Romeos Studio Barbershop Farlim
Kredit gambar: Romeos Studio Barbershop Farlim

Romeos Studio Barbershop Farlim adalah salun lelaki yang menyediakan perkhidmatan potong rambut kelas pertama kepada anda. Selain daripada gunting rambut dan penggayaan, mereka juga menyediakan perkhidmatan lain yang ‘tip top’ seperti rawatan rambut, muka dan penggayaan janggut! Tukang gunting rambut di sini terlatih dan memiliki kemahiran yang hebat. Justeru, mereka akan dapat menonjolkan penampilan terbaik daripada anda melalui potongan dan penggayaan rambut yang sesuai.

Waktu Operasi: 10 pagi – 10 malam (Setiap hari)

Alamat: 29A, Medan Angsana, Bandar Baru Air Itam, 11500 Ayer Itam, Pulau Pinang

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

Hubungi: 0172595484

LAMAN WEB

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close