10 Kedai Runcit Terbaik di Subang Jaya 2023

Kedai runcit meningkatkan kualiti hidup penduduk di kawasan kejiranan sekitarnya. Ini kerana penduduk mudah untuk mencari barangan rumah, keperluan harian, dan hasil segar di bawah satu bumbung tanpa perlu pergi jauh dan membuang masa yang berharga. 

Jika anda tinggal di Subang Jaya dan sedang bersedia untuk majlis makan malam, lihatlah promosi, diskaun dan pilihan barangan runcit di 10 kedai runcit terbaik di Subang Jaya ini. Kedai-kedai yang kami senaraikan mempunyai produk segar yang akan menjadikan masakan anda lebih enak.

Apakah Waktu Operasi Kedai Runcit?

Kedai runcit yang lebih kecil dan dimiliki keluarga biasanya di buka awal. Mereka buka sekitar 7:00 pagi – 8:00 pagi. Sebagai perbandingan, kedai runcit di pusat membeli-belah mengikut waktu pusat membeli-belah yang biasanya dari 10:00 pagi – 10:00 malam. Beberapa kedai runcit dibuka 24 jam. Bagaimanapun, kedai runcit yang beroperasi seperti itu telah berkurangan sejak berlakunya pandamik Covid19. 

Mengapa Anda Perlu Mendaftar Untuk Program Kesetiaan?

Anda patut mendaftar untuk program kesetiaan kerana anda boleh mengakses tawaran istimewa dan diskaun melalui program tersebut. Anda juga boleh memperoleh mata ganjaran setiap kali anda membelanjakan wang di kedai atau secara dalam talian. Kemudian, anda boleh gunakan mata ganjaran tersebut untuk membuat pembelian di kedai runcit tersebut atau peruncit bekerjasama dengan kedai tersebut.

Bagaimana Anda Boleh Mengatur Senarai Barangan Anda?

Mengatur senarai barangan adalah penting untuk mengelakkan anda membeli lebihan produk yang anda tidak perlukan. Anda perlu menyimpan senarai barangan yang anda perlukan dari dapur anda. Tulis sahaja barang yang anda perlu atau sudah habis dan simpan senarai tersebut di meja atau peti sejuk. Ia juga membantu untuk mengatur senarai barangan mengikut susun atur umum kedai runcit sekiranya anda sudah biasa dengannya. Lihatlah 10 Item Yang Mesti Ada dalam Senarai Barangan Anda yang boleh membantu anda.

10 Kedai Runcit Terbaik di Subang Jaya 2023

1. Jaya Grocer @ Empire Shopping Gallery

Jaya-Grocer-@-Empire-Shopping-Gallery
Kredit Gambar: Andrew Ang
Jaya-Grocer-@-Empire-Shopping-Gallery-
Kredit Gambar: Jaya Grocer @ Empire Shopping Gallery

Jaya Grocer ialah kedai runcit kejiranan yang turut menawarkan pembelian dalam talian. Kedai runcit ini menawarkan pelbagai jenis produk import, hasil segar dan barangan runcit. Selain itu, terdapat juga produk makanan bermusim dan makanan organik bebas gluten untuk pelanggan yang mementingkan kesihatan. Ini membolehkan mereka mendapatkan produk dan barangan makanan yang berkualiti untuk isi rumah dan memenuhi semua keperluan mereka.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)

Alamat: Jaya Grocer, Empire Shopping Gallery, LG-01, Jalan SS 16/1, Ss 16, 47500 Subang Jaya, Selangor

No. Telefon: 03-5022 2328

Google Map: Ikuti Sekarang 

Google Reviews: Di Sini 

Cawangan lain:
Cawangan SS15 Courtyard (Google Review Di Sini)
Cawangan Main Place Mall (Google Review Di Sini)
Cawangan Da Men (Google Review Di Sini)
Cawangan Sunway Geo Avenue (Google Review Di Sini)

Facebook: https://www.facebook.com/Jaya-Grocer

Instagram: https://www.instagram.com/jayagrocer/?hl=en 

semak laman web di sini

2. Village Grocer @ Subang Parade

Village-Grocer-@-Subang-Parade
Kredit Gambar: Andrew Ang
Village-Grocer-@-Subang-Parade-
Kredit Gambar: Simon Choy

Village Grocer dilahirkan di Bangsar Village dengan pilihan hasil produk yang premium. Sejak itu, mereka terus menawarkan pelanggan mereka dengan hasil segar yang luas dan barangan yang terbaik. Kini, Village Grocer ialah rangkaian kedai runcit premium yang telah lengkap dibangunkan di seluruh Pulau Pinang, Lembah Klang dan Johor Bahru. Kedai runcit ini berjanji untuk menjadi kedai runcit kejiranan anda. Misi mereka hadir dengan semangat untuk memenuhi keperluan barangan runcit pelanggan mereka.

Waktu Operasi: 8:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)

Alamat: Lot LG26 & 26B, Lower Ground Floor, Subang Parade, Jalan Kemajuan Subang, SS16, 47500 Subang Jaya, Selangor

No. Telefon: 03-5611 8002

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/myvillagegrocer/

Instagram: https://www.instagram.com/myvillagegrocer/

semak laman web di sini

3. Go Fresh Market

Go-Fresh-Market
Kredit Gambar: Susan Chow
Go-Fresh-Market-
Kredit Gambar: Nicholas Y

Go Fresh Market percaya bahawa bahan-bahan segar dan makanan berkualiti membawa kepada hidangan yang selamat dan berkhasiat. Oleh itu, mereka hanya mencari hasil segar di pelabuhan perikanan tempatan dan ladang sayur-sayuran di seluruh Malaysia dan dunia. Mereka berpegang teguh pada rejim kualiti mereka yang ketat dan komitmen terus untuk menyokong petani mereka secara langsung tanpa melalui perantara.

Waktu Operasi: 8:00 pagi – 9:00 malam (Setiap hari)

Alamat: Signature SS18, No. 1, Jalan SS 18/1b, Ss 18, 47500 Subang Jaya, Selangor

No. Telefon: 019-577 2216

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/gofreshmarketmy

semak laman web di sini

4. Just Fruits Sdn Bhd @ Taipan

Just-Fruits-Sdn-Bhd-@-Taipan
Kredit Gambar: Hojin Kim
Just-Fruits-Sdn-Bhd-@-Taipan-
Kredit Gambar: Just Fruits Neighbourhood Market

Just Fruits Sdn Bhd menawarkan buah-buahan segar dengan persekitaran yang bersih. Perkhidmatan pelanggan mereka juga sangat baik disebabkan oleh kakitangan mereka yang profesional dan berpengetahuan tentang produk mereka. Tambahan pula, kedai runcit ini mempunyai pelbagai jenis barangan runcit dan sayur-sayuran organik. Bukan itu sahaja, mereka turut menjual produk tenusu, pelbagai jenis kacang dan bakul buah. Perkara yang paling memuaskan adalah harga produk mereka juga berpatutan.

Waktu Operasi: 8:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)

Alamat: Just Fruits Sdn Bhd, 29G, Jalan USJ 10/1, Taipan Business Centre, 47620 Subang Jaya, Selangor

No. Telefon: 018-917 8658

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/justfruitsmalaysia/

Instagram: https://www.instagram.com/justfruitsmalaysia/?hl=en

semak laman web di sini

5. Whole Foods Express

Whole-Foods-Express-
Kredit Gambar: Sha’azza A. Aziz
Whole-Foods-Express--
Kredit Gambar: Adam Gindo

Whole Foods Express ialah kedai runcit yang menjual buah-buahan, sayur-sayuran, makanan laut dan daging yang berkualiti tinggi dengan harga berpatutan. Mereka juga mempunyai peti sejuk yang penuh dengan sosej, burger, ‘fish n chip’, dan banyak lagi. Ini adalah kedai sehenti untuk mendapatkan semua yang anda perlukan bagi menghidangkan makanan yang enak. Di sini, anda boleh bertanya kepada kakitangan pada hari mana barangan segar tiba di kedai. Jika anda bernasib baik, anda boleh membeli banyak ceri yang segar!

Waktu Operasi: 8:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)

Alamat: 27 & 29, 25, Jalan SS 17/1A, Ss 17, 47500 Subang Jaya, Selangor 

No. Telefon: 03-9174 7717

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://m.facebook.com/WholeFoodsExpress/?mibextid=LQQJ4d

6. Seasons Grocer

Seasons-Grocer-
Kredit Gambar: Mr See Seelan
Seasons-Grocer-
Kredit Gambar: Mr See Seelan

Seasons Grocer berbangga dengan kualiti hasil, barangan runcit dan lain-lain yang mereka tawarkan kepada pelanggan mereka yang dihargai. Mereka bermatlamat untuk membina kepercayaan pelanggan mereka terhadap kualiti hasil dan produk mereka. Tambahan pula, mereka percaya perkhidmatan pelanggan yang baik dan operasi yang cemerlang akan membantu mereka memenuhi lebih daripada jangkaan pelanggan mereka. 

Waktu Operasi: 8:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)

Alamat: Seasons Grocer USJ 10, No 2, Jalan USJ 10/1B, Taipan Business Centre, 47620 Subang Jaya, Selangor

No. Telefon: 1-300-13-8009

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/seasonsgrocer/

Instagram: https://www.instagram.com/seasonsgrocer/

semak laman web di sini

7. Family Foods Market @ Taipan

Family-Foods-Market-@-Taipan
Kredit Gambar: Family Foods Market Taipan
Family-Foods-Market-@-Taipan-
Kredit Gambar: Family Foods Market Taipan

Family Foods Market terkenal oleh penduduk tempatan kerana menjual abalon dalam tin dengan harga yang sangat berpatutan. Kedai runcit ini menjual buah-buahan, sayur-sayuran, makanan laut, ayam dan makanan sejuk beku. Hasil produk mereka segar dan berkualiti tinggi. Ini membuatkan pelanggan mereka singgah kembali untuk membeli barangan. Menariknya, anda juga boleh menemui manisan seperti aiskrim mochi dari Jepun di Family Foods Market.

Waktu Operasi: 8:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)

Alamat: Family Foods Market Taipan, 22, Jalan USJ 10/1, Taipan Business Centre, 47620 Subang Jaya, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/familyfoodsmarket.online/

Instagram: https://www.instagram.com/familyfoodsmarket/?hl=en

semak laman web di sini

8. GSC Grocer

GSC-Grocer
Kredit Gambar: yanyu fei
GSC-Grocer-
Kredit Gambar: yanyu fei

GSC Grocer menjual pelbagai hasil segar, seperti oren, epal, nanas, pear, pisang, mangga dan pelbagai sayur-sayuran. Selain itu, anda juga boleh membeli makanan ringan di sini. Produk mereka disusun dengan kemas di rak kedai yang memudahkan pelanggan mereka mencari barang yang mereka inginkan. Terdapat juga tempat letak kereta di hadapan kedai untuk memudahkan pelanggan mereka berkunjung ke sini.

Waktu Operasi: 8:00 pagi – 8:00 malam (Setiap hari)

Alamat: USJ 1, 2A, Jalan USJ 1/1b, Regalia Business Centre, 47620 Subang Jaya, Selangor

No. Telefon: 03-9011 1775

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100054626192754

9. MeFruit Grocer 

MeFruit-Grocer-
Kredit Gambar: Sze Ling Lee
MeFruit-Grocer-
Kredit Gambar: Sze Ling Lee

MeFruit Grocer menjual pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang disusun dengan kemas di seluruh bahagian kedai. Di sini, anda juga boleh mencari produk organik seperti kacang hitam organik, kacang soya, kacang soya hitam, kacang hijau, serbuk, oat, dan minyak berasaskan tumbuhan. Bukan itu sahaja, terdapat juga pelbagai makanan ringan Thai, Korea dan Cina yang boleh anda beli daripada MeFruit Grocer.

Waktu Operasi: 8:00 pagi – 8:00 malam (Setiap hari)

Alamat: MeFruit Grocer, No. 8, Jalan USJ 20/8c, Usj 20, 47630 Subang Jaya, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/people/Mefruit-Grocer

Instagram: https://www.instagram.com/mefruitgrocer/

semak laman web di sini

10. G&M Green Market

GM-Green-Market
Kredit Gambar: G & M Green Market
GM-Green-Market-
Kredit Gambar: Tan KC

G&M Green Market mempunyai pilihan buah-buahan dan sayur-sayuran segar yang mengagumkan. Kedai runcit ini menyediakan pelanggan mereka dengan kemudahan untuk mencari semua yang mereka perlukan bagi menyediakan hidangan yang lazat. Kakitangannya ramah dan akan membantu anda mencari barang dalam senarai runcit anda apabila diminta. Selain itu, harga di kedai runcit ini juga berpatutan.

Waktu Operasi: 8:00 pagi – 8:00 malam (Setiap hari)

Alamat: G&M Green Market, 2a, Jalan USJ 1/1b, Taman Subang Mewah, 47620 Subang Jaya, Selangor

No. Telefon: 018-320 2661 

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/greenmarketfresh

Instagram: https://www.instagram.com/gmgreen_market/

semak laman web di sini

Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close