10 Kentang Goreng Terbaik di Malaysia 2022

Anda suka akan kentang goreng? Nah, di sinilah tempatnya untuk anda ketahui kentang goreng terbaik di Malaysia. Ramai yang tertanya-tanya akan asal usul kentang goreng ini. Ada yang kata dari Perancis kerana ia dinamakan French Fries, ada juga yang mengatakan ia datangnya dari Eropah. Pendek kata, suka untuk menyatakan kentang goreng ini berasal daripada mana kerana banyak tempat yang menjadikannya sebagai makanan sampingan sejak zaman berzaman.

Kentang goreng sebenarnya merupakan snek sampingan yang boleh kita dapati daripada makanan segera seperti burger, fish and chips and juga makanan lain. Seringkali kita melihat kanak-kanak dan remaja menyukai kentang goreng ini kerana ia mudah disediakan, senang dijumpai dan juga mengenyangkan. Jika anda mencari kentang goreng terbaik di Malaysia, ikutilah artikel ini.

Di manakah saya boleh mendapatkan kentang goreng?

Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan kentang goreng di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan kentang goreng, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, kentang goreng seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!

Apakah yang perlu diperhatikan semasa memilih kentang goreng?

Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli kentang goreng ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis kentang goreng yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Semakan tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.

10 Kentang Goreng Terbaik di Malaysia 2022

1. Simplot Straight-Cut French Fries 

Simplot Straight Cut French Fries
Kredit Gambar: Tesco

Dibakar atau digoreng, rasa kentang goreng ini sungguh lazat dan sesuai dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. Rasanya yang sedikit berperisa membuatkan kentang goreng ini lain daripada lain. Inilah salah satu kentang goreng sejuk beku terbaik yang boleh anda beli untuk keluarga anda. Diperbuat daripada kentang berkualiti, dijamin kepuasan pelanggan.

Bahan-bahan: Kentang, Minyak Sayuran (Kacang Soya, Canola, Biji Kapas, Dan/Atau Bunga Matahari), Mengandungi Kurang Daripada 2% Dextrose, Disodium Dihydrogen Pyrophosphate (Untuk Mengekalkan Warna Semula jadi).

Negara Pengeluar: Amerika Syarikat

Saiz: 1 kg

Harga: RM15.99 (Shopee) | RM13.80 (Lazada)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Emborg Shoestring French Fries

Emborg Shoestring French Fries
Kredit Gambar: Jaya Grocer

Emborg Shoestring French Fries diperbuat daripada kentang Eropah sebenar. Kentang-kentang ini dicuci, dihiris dan digoreng terlebih dahulu untuk memberi anda hidangan sampingan yang mudah dan lazat. Sediakan kentang goreng ini dengan hanya memasaknya di dalam ketuhar, atau menggorengnya dalam airfryer untuk rasa yang lazat dan sempurna.

Bahan-bahan: Kentang, Minyak Sawit

Negara Pengeluar: Denmark

Saiz: 1 kg

Harga: RM9.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

SEMAK HARGA DI SHOPEE

3. Ramly Crinkle Cut Fries

Ramly Crinkle Cut Fries
Kredit Gambar: SELDEC

Rasai keenakan kentang goreng keluaran Ramly ini. Anda boleh menikmatinya bersama-sama keluarga pada waktu lapang. Datang dan cubalah hari ini. Anda pasti tidak menyesal kerana mencubanya!

Bahan-bahan: Kentang dan Lemak Sayuran

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 1 kg

Harga: RM8.80 (Shopee) | RM9.90 (Lazada)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Kawan Shoestring French Fries

Kawan Shoestring French Fries
Kredit Gambar: Lulu Hypermarket

Makanan popular ini lazimnya dihidangkan panas, sama ada lembut atau rangup, kentang goreng telah terbukti menjadi makanan kegemaran di Malaysia serta banyak tempat di dunia. Kawan french fries telah dihasilkan menggunakan bahan yang berkualiti. Jadikan ia sebagai sajian sampingan yang lazat di meja atau sebagai snek! Nikmatilah ia hari ini!

Bahan-bahan: Kentang, Minyak Sawit, Bantuan Pemprosesan: Penstabil E450i

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 1 kg

Harga: RM7.80 (Shopee) | RM10.90 (Lazada)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. HyFun Crinkle Cut French Fries

HyFun Crinkle Cut French Fries
Kredit Gambar: Shopee

Digoreng hingga keemasan, nikmati kerangupan kentang goreng yang dibawakan oleh HyFun ini. Rangup yang sempurna terutamanya apabila ia segar boleh membuatkan sesiapa sahaja mendambakan snek yang lazat ini!

Bahan-bahan: Kentang (92%), Minyak Sayuran Boleh Dimakan (Minyak Palmolein Ditapis)

Negara Pengeluar: India

Saiz: 1 kg

Harga: RM5.70

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Bumimas Straight Cut French Fries

Bumimas Straight Cut French Fries
Kredit Gambar: KIM YAM

Nikmati kerangupan apabila anda mencuba kentang goreng Bumimas. Masak dengan sempurna supaya anda mendapat kerangupan yang maksima dalam setiap kentang goreng! Cubalah hari ini!

Bahan-bahan: Kentang, Minyak Sayur.

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 1 kg

Harga: RM7.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Talley’s Shoestring French Fries

Talleys Shoestring French Fries
Kredit Gambar: Eng Meng

Shoestring Fry klasik, rangup pada saiz yang sempurna. Ia adalah hasil tanaman daripada kentang terbaik di Pulau Selatan. Datang dan cubalah Talley’s Shoestring French Fries hari ini!

Bahan-bahan: Kentang, Minyak Sayuran (Canola), Garam Mineral (450), Dextrose.

Negara Pengeluar: New Zealand

Saiz: 1 kg

Harga: RM8.50 (Shopee) | RM8.80 (Lazada)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. CB Brand Shoestring French Fries

CB Brand Shoestring French Fries
Kredit Gambar: Shopee

Kentang goreng jenama ini sungguh memuaskan hati para suri rumah. Bukan sahaja ia lazat, kerangupannya turut memikat hati ramai pengguna. Apatah lagi apabila ia digoreng, warna keemasannya terpancar indah dan menarik ramai untuk merasainya. Cubalah kentang goreng ini bersama seisi keluarga.

Bahan-bahan: Kentang, Minyak Sawit

Negara Pengeluar: EU

Saiz: 1 kg

Harga: RM8.20

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. Chef’s Excellence Premium French Fries

Chefs Excellence Premium French Fries
Kredit Gambar: Shopee

Kentang goreng bersalut premium yang mudah disediakan ini menjadi kegemaran ramai kanak-kanak dan remaja. Sesuai dijadikan snek di waktu lapang. Hanya perlu menggoreng sekitar 5 minit sahaja, dan siap. Kentang goreng ini sesuai untuk mereka yang mahukan snek yang cepat atau dapur yang serba pantas. Puaskan keinginan rangup anda dengan Chef’s Excellence Premium French Fries hari ini!

Bahan-bahan: Kentang

Negara Pengeluar: Belgium

Saiz: 2.5 kg

Harga: RM16.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

SEMAK HARGA DI SUPPLY BUNNY

10. Fusipim Shoestring Cut French Fries

Fusipim Shoestring Cut French Fries
Kredit Gambar: Interfood

Rasa kebaikan kentang dibawakan kepada anda dalam beg ini. Kentang goreng Fusipim shoestring pasti menjadikan ia sebagai kentang goreng yang paling lazat di luar sana. Datang dan cubalah sendiri hari ini!

Bahan-bahan: Kentang, Minyak Sawit, Dextrose.

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 1 kg

Harga: RM6.60 (Shopee) | RM8.20 (Lazada)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close