Kerajaan Selangor Arah PBT Kenal Pasti Longkang Tersumbat Punca Banjir

Baru-baru ini, Klang dan Shah Alam dinaiki air akibat hujan tidak henti pada hari Selasa lalu. Susulan daripada ini, banyak tempat dinaiki air dan mengakibatkan ramai penduduk terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) yang ditubuhkan bagi membantu mangsa banjir.

Sementara itu, kerajaan Selangor telah meminta semua pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengenal pasti kawasan perumahan dan kawasan ‘hotspot’ banjir yang mengalami masalah longkang tersumbat agar masalah ‘backlog’ aliran air di longkang dapat diatasi sepenuhnya.

Banjir-

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata pihaknya telah menerima laporan daripada Pengarah Bomba Selangor, iaitu Norazam Khamis, yang menyatakan bahawa salah satu punca banjir kilat adalah longkang tersumbat. Inilah merupakan punca terjadinya banjir kilat di beberapa buah tempat di negeri ini. 

Menteri Besar Selangor itu berkata bahawa pihaknya kini lebih sedia untuk menghadapi bencana banjir khususnya dari segi pengurusan khidmat sokongan kesihatan dan kecemasan. Selain itu, pasukan mencari dan menyelamat juga telah bersedia untuk membantu mangsa banjir yang terkandas di beberapa tempat.

Banjir-

Setakat jam 10.00 malam tadi, seramai 211 mangsa telah ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara iaitu di Sekolah Kebangsaan Kampung Johan Setia, Sekolah Kebangsaan Binjai di Meru, Kapar, daerah Klang dan juga di Masjid Al-Falah di Kampung Budiman di daerah Petaling.

Berdasarkan kes covid yang kian meningkat kini, terdapat 3 mangsa banjir yang disahkan positif covid di Masjid Al-Falah. Ketiga-tiga mangsa tersebut sudah dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Kampung Budiman untuk mendapatkan rawatan lanjut dan menjalani proses kuarantin. 

Berbalik kepada kenyataan Menteri Besar Selangor, setakat ini pihaknya belum menerima laporan berhubung dengan kejadian banjir di lokasi lain melainkan tiga tempat berkenaan. Oleh hal demikian, situasi banjir di Selangor masih lagi terkawal. Namun begitu, pihaknya akan terus berjaga-jaga dan membuat pemantauan di kawasan banjir untuk menyelamatkan mangsa yang terkandas. 

Beberapa kawasan di Klang dan Shah Alam dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat tidak henti dan longkang tersumbat. Antara kawasan yang terlibat adalah Jalan Meru 3, Persiaran Hamzah Alang, Jalan Kasban, Jalan Kenangan, Taman Daya, Jalan Khamis, Jalan Jabar, Sekolah Menengah Kebangsaan Meru dan juga Taman Setia Warisan Seksyen U6.

Banjir-

Selain itu, Jalan Haji Abdul Manan, Taman Seri Puteri, Jalan Limau di Meru, Taman Seri Sementa, Klang Sentral, SUngai Kapar Indah, Persiaran Hamzah Alang Kapar, Bandar Puteri Klang, dan Persiaran Mokhtar Dahari berdekatan Alam Budiman, Seksyen U10 turut dinaiki air.

Berbalik pada pilihan raya ke-15 yang bakal berlangsung tidak lama lagi,Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari telah mengeluarkan kenyataan bahawa 18 November ini merupakan cuti umum untuk persediaan pilihan raya. Cuti ini diberikan kepada rakyat Malaysia bagi melancarkan perjalanan pulang ke kampung halaman dan menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi dengan selesa. Dalam masa yang sama, berharap orang awam boleh bersedia dengan kejadian yang bakal berlaku pada hari mengundi. 

Berkenaan mangsa banjir, bantuan kecemasan dan kelengkapan diberikan untuk membantu mangsa banjir kilat yang terjejas. Diharapkan mangsa banjir dapat bersabar atas ujian yang menimpa dan pihak-pihak terlibat akan menghulurkan bantuan secukupnya kepada mangsa banjir agar dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi banjir?

 Sumber: Berita Harian

Apa pendapat anda? Dah baca, share dan like, ok!

Perhatian: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Jadi, segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri. 

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close