10 Kerepek Nangka Terbaik di Malaysia 2022

Nangka adalah buah tropika terkenal yang ditanam di Asia. Di bawah kulit yang tebal  itu, anda boleh mendapatkan isi yang mengandungi biji kuning yang boleh anda makan mentah atau dimasak menjadi pelbagai hidangan seperti sandwic nangka, burger nangka, nangka wraps, kerepek nangka dan banyak lagi.

Lebih-lebih lagi, nangka biasanya masak dari bulan Mac hingga Jun. Jika anda sukakan buah nangka, anda juga boleh mencuba snek yang diperbuat daripada buah nangka. Anda boleh dapati  pelbagai jenis jenama snek buah nangka di pasaran. Ia bukan sahaja lazat dan banyak pilihan malah harganya pun berpatutan. Anda boleh menikmati makanan berasaskan nangka sepanjang hari jika anda menyukai snek nangka.

Bagaimanakah memilih snek nangka yang lazat?

  1. Kaedah Pengeringan

Terdapat beberapa kaedah pengeringan buah-buahan iaitu sun-drying, solar drying, freeze-drying dan pengeringan vakum. Setiap kaedah pengeringan memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan kualiti terbaik produk yang ingin dipasarkan. Untuk pengetahuan anda, pengeringan vakum adalah cara terbaik untuk mengekalkan tekstur asal dan rasa makanan tersebut.

  1. Bahan-bahan

Tidak semua pengeluar makanan menggunakan buah-buahan asli. Oleh itu, anda perlu membaca senarai ramuan terlebih dahulu sebelum memilih snek. Adalah disyorkan untuk anda memilih snek yang memiliki buah-buahan asli tanpa gula, minyak dan bahan tambahan. Kerepek nangka kering boleh menjadi alternatif yang lebih sihat untuk penggemar nangka, terutamanya mereka yang berdiet, kerana ia mengandungi lebih banyak serat dan antioksidan. Dengan ini, anda boleh melawan diabetes, penyakit jantung dan penyakit kronik lain sambil menikmati snek kering dan rangup kegemaran anda.

10 Snek Nangka Terbaik di Malaysia 2022

1. Te Hung Jackfruit Chips

Te Hung Jackfruit Chips
Kredit Gambar: Shopee

Jika anda cuba mengingati rasa manis dan pedas buah nangka, kerepek nangka Te Hung adalah salah satu pilihan terbaik untuk anda. Kerepek nangka ini dibuat daripada 100% isi nangka tanpa pengawet makanan, pewarna dan bahan tambahan makanan. Sekarang, anda boleh mengunyah kerepek nangka walaupun selepas musim nangka berakhir.

Saiz: 100g 

Bahan-bahan: 100% buah nangka

Negara Pengeluar: Vietnam 

Harga: RM6.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Green Chips Jackfruit Snacks

Green Chips Jackfruit Snacks
Kredit Gambar: Lazada

Rindu buah Tropicana kegemaran anda, iaitu nangka? Anda boleh memanfaatkannya sebaik mungkin dengan mengunyah kerepek nangka Green Chips. Ia datang dalam pek 500g pada harga RM26.90. Selain itu, pembungkusan Green Chips direka dalam bungkusan ziplock yang memudahkan anda untuk menyimpannya. Jadi, anda boleh mengunyah keropok ini dari semasa ke semasa tanpa risau ia akan lemau.

Saiz: 500g 

Bahan-bahan: 100% isi nangka 

Negara Pengeluar: Vietnam 

Harga: RM26.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Pak Chips Jackfruit Chips

Pak Chips Jackfruit Chips
Kredit Gambar: Lazada

Jika anda masih tidak sabar menunggu musim nangka, kerepek nangka Pak Chips adalah penyelamat anda. Dengan kerepek nangka ini, anda boleh memiliki kerepek nangka paling manis daripada spesies nangka premium, iaitu Nangka Madu atau J33. Tambahan pula, jenama ini didatangkan dengan pek kombo (lima pek dalam satu kotak). Jadi, ia adalah pilihan terbaik untuk anda. Selain itu, anda juga boleh menjadikan pek ini sebagai hadiah.

Saiz: 50g

Bahan-bahan: 100% nangka berkualiti tinggi

Negara Pengeluar: Malaysia

Harga: RM35.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Tokmad Kuji Jackfruit Snack

Tokmad Kuji Jackfruit Snack
Kredit Gambar: Shopee

Snek nangka yang manis dan rangup semula jadi Tokmad Kuji merupakan hidangan terbaik untuk waktu snek anda. Anda boleh menikmati snek nangka terbaik dengan isi nangka yang berkualiti. Rasanya persis buah nangka yang baru dipetik daripada ladang walaupun selain tekstur dan rupanya sedikit berbeza. Dapatkan snek ini sekarang dengan klik pautan di bawah.

Saiz: 220g 

Bahan-bahan: 100% nangka 

Negara Pengeluar: Malaysia  

Harga: RM11.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Signature Market Vacuum-Fried Jackfruit Chips

Signature Market Vacuum Fried Jackfruit Chips
Kredit Gambar: SeeTracker

Anda boleh mendapatkan tahap kemanisan dan nutrien semula jadi yang optimum dengan kerepek nangka goreng vakum Signature Market ini. Bagi memberikan yang terbaik untuk anda, Signature Market memilih dengan teliti setiap Nangka Madu yang segar dan kemudian menggorengnya tanpa menambah sebarang gula dan pengawet. Semuanya kerana ingin memberikan nutrisi sebenar nangka kepada anda.

Saiz: 80g 

Bahan-bahan: Nangka 

Negara Pengeluar: Malaysia  

Harga: RM18.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Osuda Freeze-Dried Jackfruits Chips

Osuda Freeze Dried Jackfruits Chips
Kredit Gambar: Osuda

Kerepek nangka beku-kering Osuda boleh memenuhi keinginan anda untuk buah nangka yang segar. Kerepeknya rangup dan manis  kerana mereka menggunakan teknik pengeringan beku bagi mengekalkan rasa manis secara semula jadi. Jadi, sebelum membungkus kerepek ini, nangka yang digunakan telah dibekukan pada -40°C dan dikeringkan di dalam ruang hampagas untuk memberikan anda rasa asli nangka.

Saiz: 20g 

Bahan-bahan: 100% nangka asli 

Negara Pengeluar: Malaysia 

Harga: RM10.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Vinamit Mit Say Jackfruit Chips

Vinamit Mit Say Jackfruit Chips
Kredit Gambar: Shopee

Vinamit ialah jenama terkenal kerana ia telah menghasilkan snek buah-buahan kering sejak tahun 1988 lagi. Vinamit menggunakan teknologi beku-kering dan vakum untuk menukar buah-buahan organik mereka menjadi kerepek buah-buahan kering yang rangup dan lazat. Kerepek ini juga menawarkan pelbagai perisa, vitamin dan nutrien yang dipelihara dalam snek kering ini.

Saiz: 100g, 210g 

Bahan-bahan: 98% Nangka segar asli, Minyak sayur

Negara Pengeluar: Vietnam  

Harga: RM16.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Fimen Jackfruit Chips

Fimen Jackfruit Chips
Kredit Gambar: Shopee

Jika anda sukar memilih antara snek manis atau rangup, anda sentiasa boleh membeli Fimen Jackfruit Chips. Kerepek rangup ini dibuat menggunakan buah nangka dan minyak sayuran. Jadi, rasanya hampir seperti buah nangka yang segar. Selain itu,  produk kimia seperti perasa dan pewarna tiruan tidak digunakan dalam proses pembuatan snek ini.

Saiz: 50g 

Bahan-bahan: Nangka, Minyak sayur

Negara Pengeluar: Malaysia 

Harga: RM5.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. Kumo Dried Jackfruit Chips

Kumo Dried Jackfruit Chips
Kredit Gambar: Shopee

Kumo Dried Jackfruit Chips menggunakan 100% nangka asli yang lazat. Anda boleh mendapatkan kerepek nangka ini kerana kerepek ini paling manis dan segar tanpa sebarang bahan tambahan makanan, pengawet, pewarna dan perisa tiruan. Klik pautan di bawah untuk mendapatkan kerepek nangka terbaik bagi memenuhi selera anda.

Saiz: 50g 

Bahan-bahan: 100% Nangka asli

Negara Pengeluar: Malaysia 

Harga: RM6.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. Lafooco Jackfruits Chips

Lafooco Jackfruits Chips
Kredit Gambar: Shopee

Lafooco Jackfruits Chips dibungkus dalam beg ziplock. Jadi, anda tidak perlu menghabiskan kerepek nangka yang rangup sekaligus atau risau ia menjadi lemau. Walau bagaimanapun, adalah dinasihatkan anda untuk menghabiskan snek ini sekaligus untuk mendapatkan rasa yang terbaik kerana makanan yang segar adalah terbaik untuk deria rasa anda. Selain itu, snek ini boleh disimpan di tempat yang sejuk dan kering.

Saiz: 50g 

Bahan-bahan: 99% buah nangka, Minyak sayur

Negara Pengeluar: Vietnam 

Harga: RM9.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Urutan jenama produk di dalam artikel ini tidak mempunyai urutan secara spesifiknya. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close