10 Kerusi Kereta Bayi Terbaik di Malaysia 2023

Setiap hari ada sahaja kemalangan yang melibatkan kecederaan serta nyawa anak-anak kecil. Ada yang tercampak keluar daripada kenderaan, ada yang tercampak di dashboard kereta. Ada sesetengah ibu bapa yang memakaikan tali pinggang keledar di badan anak-anak mereka, tetapi adakah anda pasti bahawa tali pinggang keledar kenderaan itu sesuai atau tidak untuk mereka?

Tahukah anda bahawa penggunaan kerusi kereta bayi atau lebih dikenali sebagai baby car seat adalah penting untuk keselamatan bayi kerana dapat mengelak daripada impak yang teruk sekiranya kemalangan. Kerusi kereta bayi dengan pelbagai jenis kegunaan dan rekaan mampu melindungi bayi anda serta memudahkan anda untuk memantau bayi ketika memandu. Jadi, inilah 10 kerusi kereta bayi kereta terbaik yang anda boleh dapatkan di Malaysia.

Bagaimana hendak memilih kerusi kereta bayi yang baik?

Terdapat pelbagai jenis dan jenama kerusi kereta bayi di pasaran boleh menjadikan anda keliru untuk memilih yang terbaik untuk anda. Oleh itu, anda disarankan untuk mempertimbangkan bahan, harga dan ulasan sebelum membuat sebarang pembelian.  

1. Bahan

Bayi akan menggunakan kerusi kereta ini dalam masa yang lama. Oleh itu, memilih kerusi kereta dengan bahan yang betul adalah penting untuk mendapatkan kerusi yang berkualiti dan memberikan keselesaan yang maksimum. Kerusi juga perlulah diperbuat daripada bahan tahan lama supaya ia boleh digunakan dalam jangka masa yang lama.

2. Harga

Kerusi kereta bayi boleh menjadi agak mahal bergantung pada jenamanya. Jadi, adalah lebih baik untuk sentiasa merujuk kepada belanjawan anda untuk mengelakkan perbelanjaan secara berlebihan.

3. Ulasan.

Membaca dan menganalisis ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu merupakan cara yang berkesan untuk mendapatkan jangkaan yang realistik terhadap produk. Ini bukan sahaja akan memberikan anda maklumat tambahan, tetapi ia juga akan meningkatkan keyakinan anda untuk membeli produk tersebut terutamanya dalam talian.

10 Tempat Duduk Kereta Bayi Terbaik di Malaysia 2023

1. BabyGo Newborn Baby Car Seat

BabyGo Newborn Baby Car Seat
Kredit Gambar: Shopee

Produk dari BabyGo ini sesuai digunakan untuk bayi yang baru lahir hingga 15 bulan. Kerusi bayi ini juga dilengkapi dengan 5 sistem keselamatan serta 3 tali pinggang keselamatan utama untuk melindungi bayi anda. Selain itu, kerusi kereta ini juga didatangkan dengan 2 variasi iaitu 311 dan 315 yang boleh anda pilih berdasarkan umur anak anda. Bukan itu sahaja, produk ini juga telah diperakui oleh banyak organisasi seperti MICROS dan JPJ CTA dan CTE.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kapas, PP, Mesh 
  • Berat: 5.8 kg
  • Berat maksimum: 18 kg

Kelebihan:

Sudut boleh laras
5-point harness keselamatan
Menepati Standard Keselamatan ECE R44/04

Harga: RM229.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Mikubi Baby Car Seat LM211

Mikubi Baby Car Seat LM
Kredit Gambar: Shopee

Mikubi Baby Car Seat LM211 didatangkan dengan 5 sistem keselamatan bersama 1 pelarasan bagi memudahkan anda untuk mengendalikannya. Kerusi ini mempunyai ciri perlindungan hentakan dengan sayap sisi yang empuk dan lembut sekaligus dapat menghalang bayi daripada melantun ke sisi. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan kusyen lembut yang boleh ditanggalkan dan dibasuh.

Spesifikasi:

  • Bahan: Fabrik kapas, Mesh
  • Berat: 5.9 kg
  • Berat maksimum: 18 kg

Kelebihan:

Mendapat kelulusan MICROS
Perlindungan hentakan
3 posisi baring

Harga: RM199.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Little One Armstrong CSA Baby Car Seat

Little One Armstrong CSA Baby Car Seat
Kredit Gambar: Shopee

Little One Armstrong CSA Baby Car Seat merupakan kerusi kereta bayi serba guna yang didatangkan dengan reka bentuk yang ringkas dan ringan. Hal ini memudahkan anda untuk membawanya ke mana sahaja. Kerusi ini mempunyai pelbagai fungsi dan boleh juga digunakan sebagai rocker dan carrier bayi. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan bahagian kepala yang boleh dilaraskan mengikut keselesaan bayi anda. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Kain, Mesh, PP
  • Berat: 2.4 kg
  • Berat maksimum: 13 kg

Kelebihan:

Ringan
Pelbagai kegunaan
bahagian kepala boleh laras

Harga: RM194.88

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Prego Class 777 Baby Car Seat

Prego Class Baby Car Seat
Kredit Gambar: Shopee

Prego Class 777 Baby Car Seat ini sesuai digunakan untuk bayi yang baru lahir hingga 3 tahun. Ia boleh menampung berat maksimum sehingga 18 kg. Kerusi ini dilengkapi dengan kusyen yang tebal bagi memberikan keselesaan yang maksimum kepada anak anda. Bukan itu sahaja, ia juga diperbuat daripada fabrik Mesh yang membolehkan pengudaraan berlaku dengan baik.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kusyen, mesh
  • Berat: 4.8kg
  • Berat maksimum: 18 kg

Kelebihan:

Kusyen boleh ditanggal
Sesuai untuk umur 0-3 tahun.
Kain lembut

Harga: RM208.89

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Sweet Cherry Infant Baby Car Seat LB303

Sweet Cherry Infant Baby Car Seat LB
Kredit Gambar: Shopee

Sweet Cherry Infant Baby Car Seat LB303 merupakan antara kerusi kereta bayi pilihan ramai. Kerusi ini didatangkan dengan kusyen boleh tanggal bagi memudahkan anda untuk meletakkanya mengikut keselesaan anak anda. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan ciri penyerapan impak (shock absorption) dan kusyen perlindungan impak di bahagian sisi serta tali pinggang keledar.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kusyen, mesh, PP
  • Berat: 5.2 g
  • Berat maksimum: 18 kg

Kelebihan:

3 posisi boleh laras
Produk tempatan
Kusyen boleh tanggal

Harga: RM289.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Quinton OneSpin+ 360 Safety Car Seat

Quinton OneSpin Safety Car Seat
Kredit Gambar: Shopee

Quinton OneSpin+ 360 menawarkan tempat duduk dengan putaran 360 darjah serta dilengkapi dengan teknologi ISOFIX yang memberikan keselesaan yang optimum kepada bayi anda. Selain itu, kerusi ini diperbuat daripada fabrik Mesh dan plastik berkualiti tinggi sekaligus menjadikannya tahan lama dan tahan lasak. Kerusi ini sesuai digunakan untuk bayi yang baru lahir hingga 2 tahun.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kusyen, Plastik, Mesh
  • Berat: 3.6 kg
  • Berat maksimum: 15 kg

Kelebihan:

Mampu menampung berat sehingga 15 kg
Teknologi ISOFIX
Pengudaraan yang baik

Harga: RM769.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. BNB Chicco Unico Plus Spin Isofix Baby Car Seat

BNB Chicco Unico Plus Spin Isofix Baby Car Seat
Kredit Gambar: Shopee

BNB Chicco Unico Plus Spin Isofix Baby Car Seat merupakan pelaburan yang sangat baik kerana ia boleh digunakan untuk bayi seawal baru lahir hingga kanak-kanak berumur 6 tahun! Bukan itu sahaja, kerusi ini juga dilengkapi dengan teknologi ISOFIX serta boleh berputar 360 darjah. Hal ini, secara tidak langsung memudahkan anda untuk memerhatikan anak anda ketika memandu. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Kusyen, Fabrik , PP
  • Berat: 8.8 kg
  • Berat maksimum: 36 kg

Kelebihan:

Berat maksimum sehingga 36 kg
Teknologi ISOFIX
5-point harness keselamatan

Harga: RM899.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. OSUKI Baby Safety Car Seat Portable

OSUKI Baby Safety Car Seat Portable
Kredit Gambar: Shopee

OSUKI Baby Safety Car Seat Portable merupakan salah satu produk kerusi kereta bayi mampu milik yang dilengkapi dengan reka bentuk ergonomik serta ciri boleh dilipat. Hal ini membolehkannya disimpan di dalam bonet kereta anda sekiranya anda tidak menggunakannya. Kerusi kereta bayi ini sesuai digunakan untuk kanak-kanak berumur 9 bulan hingga 4 tahun.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kusyen, Poliester, Mesh
  • Berat: 1.2 kg
  • Berat maksimum: 20 kg

Kelebihan:

Murah
Ringan
Pelbagai guna

Harga: RM34.40

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. Prego Airmax Newborn Baby Carrier 

Prego Airmax Newborn Baby Carrier
Kredit Gambar: Shopee

Prego Airmax Newborn Baby Carrier didatangkan dengan reka bentuk yang kukuh dan stabil, sesuai untuk bayi yang baru lahir hingga 2 tahun (dapat menampung berat sehingga 13 kg). Bagi keselesaan bayi, kerusi bayi ini dilengkapi dengan kusyen tebal dan lembut serta kanopi yang melindungi bayi daripada sinaran matahari dan hujan. Kerusi ini juga telah diperakui oleh ECE dan CTA.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kusyen, PP
  • Berat: 2.4 kg
  • Berat maksimum: 13 kg

Kelebihan:

Pelbagai guna
Kanopi besar
Ringan

Harga: RM169.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. Maxi-Cosi Priafix Isofix Car Seat

Maxi Cosi Priafix Isofix Car Seat
Kredit Gambar: Shopee

Maxi-Cosi Priafix Isofix Car Seat didatangi dengan kusyen kalis air untuk menghalang air kencing atau tumpahan susu anak anda daripada tembus sehingga ke bahagian dalam kerusi. Selain itu, kerusi ini juga dilengkapi dengan ciri penyerapan impak (shock absorption) dan kusyen perlindungan impak di bahagian sisi serta tali pinggang keledar untuk keselamatan tambahan.

Spesifikasi:

  • Bahan: Fabrik, Mesh, PP
  • Berat: 3 kg
  • Berat maksimum: 25 kg

Kelebihan:

Selesa
Kain mesra kulit
Penyerapan impak

Harga: RM1399.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close