10 Kitchen Hood Terbaik di Malaysia 2022

Memasak merupakan aktiviti yang sangat menyeronokkan terutamanya jika orang tersayang menikmati masakan anda. Bukan itu sahaja, memasak juga boleh menjadi salah satu cara untuk menjamin kesihatan badan dan mental anda. Akan tetapi, keseronokan itu boleh berubah apabila ruangan dapur dipenuhi dengan bau makanan yang bercampur. Walau bagaimanapun, masalah ini boleh diselesaikan dengan penggunaan hood dapur di rumah anda.  Jadi, anda tidak perlu risau lagi sekiranya ruangan rumah anda dipenuhi asap, berbau pedas,dan sebagainya.  Ini adalah 10 hood dapur terbaik yang anda boleh dapati di Malaysia.

Bagaimana hendak memilih hood dapur yang sesuai?

Hood dapur yang sesuai amat penting untuk memastikan dapur anda sentiasa segar dan bersih. Untuk memilih hood dapur yang sesuai, anda perlu mempertimbangkan beberapa aspek seperti jenis, kuasa sedutan dan jaminan.  

  1. Jenis

Hood dapur mempunyai pelbagai jenis seperti hood yang dilekatkan pada dinding, hood yang dipasang di kabinet dan hood yang diletakkan di atas ‘island’ . Oleh itu, anda disarankan memilih jenis hood dapur berdasarkan kesesuaian ruangan dapur anda.

  1. Kuasa sedutan

Anda perlu memilih hood dapur yang mampu menawarkan kuasa sedutan yang diperlukan bergantung pada penggunaan harian anda. Sebagai contoh, jika anda kerap memasak maka sebaiknya memilih hood dapur dengan kuasa sedutan yang kuat.

  1. Jaminan

Jaminan produk merujuk kepada terma dan syarat, di mana pembaikan atau pertukaran akan dibuat jika produk mengalami sebarang kerosakan. Setiap produk yang berkualiti mestilah mempunyai jaminan supaya dapat meningkatkan kepuasan hati pelanggan.

10 Hood Dapur Terbaik di Malaysia

1. Midea Slim Cooker Hood MCH-76MSS

Midea Slim Cooker Hood MCH MSS
Kredit gambar: Shopee

Midea Slim Cooker Hood MCH-76MSS didatangkan dalam reka bentuk yang agak nipis namun mempunyai daya sedutan yang tinggi iaitu 900m3/jam. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan 2 jenis penapis dengan sistem ‘recirculate’. Ini membolehkan anda untuk memilih saluran asap sama ada disalurkan ke luar rumah atau mengitarkan udara bersih semula ke dalam dapur. Hood ini juga menggunakan kuasa 206W serta mempunyai 2 lampu LED yang memudahkan anda untuk memasak pada waktu malam.

Spesifikasi:

  • Daya sedutan: 900m3/jam 
  • Penapis: 2 Penapis Aluminium & 2 Penapis Arang
  • Dimensi: 75.7cm x 50cm x 14cm
  • Jaminan: 1 tahun + 5 tahun pada motor

Kelebihan:

Penapis aluminium
Penapis arang
Boleh dicuci

Harga: RM295.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Midea Designer Cooker Hood MCH-90MV1

Midea Designer Cooker Hood MCH MV
Kredit gambar: Shopee

Anda sedang mencari hood dapur yang diperbuat daripada keluli tahan karat dan tempered glass? Midea Designer Cooker Hood MCH-90MV1 sesuai untuk anda. Ia dilengkapi dengan 5 lapisan gris yang boleh dikeluarkan untuk dicuci. Selain itu, terdapat juga penapis arang yang membantu menghilangkan asap dan bau dengan berkesan. Untuk pemasangan pula anda disarankan untuk memasang hood dengan jarak sekitar 650-750 cm daripada dapur memasak bagi penyedutan asap yang optimum.

Spesifikasi:

  • Daya sedutan: 333W Penaip
  • penapis: 2 penapis arang
  • Dimensi: 76cm X 40cm x16.5cm
  • Jaminan: 5 tahun

Kelebihan:

Mempunyai 2 penapis arang
Mudah digunakan
Daya sedutan yang kuat

Harga: RM599.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Elba Designer Hood Eterno EH-E9122ST

Elba Designer Hood Eterno EH EST
Kredit gambar: Shopee

Elba Designer Hood Eterno EH-E9122ST didatangkan dengan reka bentuk ‘slanted hood’ dan mempunyai daya sedutan maksimum 1400m3/j membolehkan anda untuk memasak makanan bergoreng dalam kuantiti yang banyak. Selain itu, ia diperbuat daripada keluli tahan karat membolehkan anda untuk mencucinya dengan kerap. 

Spesifikasi:

  • Daya sedutan: 1400 m³/j
  • Penaip: Penapis Arang, Perangkap Minyak
  • Dimensi: 89.8cm x 42.8cm x 99.6-134.3cmm
  • Jaminan: 1 tahun + 5 tahun pada motor

Kelebihan:

Reka bentuk moden
Penapis arang
Perangkap minyak boleh tanggal

Harga: RM759.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Faber Italia Chimney Cooker Hood 90SS 

Faber Italia Chimney Cooker Hood SS
Kredit gambar: Shopee

Faber Italia Chimney Cooker Hood 90SS mempunyai daya sedutan yang kuat iaitu 1000mᶟ/jam yang mampu untuk menghilangkan asap dan bau berminyak dari dapur anda. Ia didatangkan dengan reka bentuk melengkung bagi membantu memerangkap asap dengan lebih berkesan. Selain itu hood ini juga dilengkapi dengan 3 tahap pelarasan bagi kelajuan kipas yang boleh dilaraskan mengikut kehendak anda.  

Spesifikasi:

  • Daya sedutan: 1000mᶟ/jam Penaip
  • Penapis: Penapis Arang Bentuk Bulat
  • Dimensi: 90cm x 50cm x 82cm
  • Jaminan: 3 tahun + 5 tahun (tempered)

Kelebihan:

Daya sedutan kuat
Reka bentuk melengkung
Penapis arang bulat

Harga: RM505.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Elba Infinito 9088 Designer Cooker Hood

Elba Infinito Designer Cooker Hood
Kredit gambar: Shopee

Elba Infinito 9088 Designer Cooker Hood mempunyai reka bentuk melengkung yang membantu memerangkap asap dan minyak dengan berkesan. Hood dapur ini dilengkapi dengan sentuhan sensor yang membolehkan anda mengawalnya dengan satu sentuhan, tanpa butang fizikal. Oleh kerana reka bentuknya yang ringkas, anda boleh membersihkan semua sudut tanpa sebarang kesulitan.

Spesifikasi:

  • Daya sedutan: 1400 m3/jam 
  • Penapis: Penapis Arang
  • Dimensi: 89.5cm x 112.5cm x 41cm
  • Jaminan: 5 tahun pada motor

Kelebihan:

Reka bentuk ringkas
Sentuhan sensor
Daya sedutan kuat

Harga: RM565.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Midea Cooker Hood MCH-90M80AT

Midea Cooker Hood MCH MAT
Kredit gambar: Shopee

Midea Cooker Hood MCH-90M80AT dilengkapi dengan Teknologi Pembersihan Auto-Steam Wash yang membantu anda membersihkan peranti dengan mudah selepas setiap penggunaan. Ia mempunyai daya sedutan yang kuat iaitu 2000m3/jam.  Selain itu, hood ini juga didatangkan dengan teknologi pengendalian menggunakan kawalan “gesture control” dengan hanya melambaikan tangan untuk fungsi “on” dan “off”.  Ini sangat berguna jika tangan anda kotor atau penuh dengan barang.

Spesifikasi:

  • Daya sedutan: 2000 m3/jam 
  • Penapis: Penapis Grease
  • Dimensi: 89.5cm x 49.4cm x 60.9 – 91.9cm
  • Jaminan: 1 tahun + 5 tahun pada motor

Kelebihan:

Teknologi Pembersihan Cucian Auto-Steam
Gesture control
Mudah dibersihkan

Harga: RM1239.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. SENZ IntelClean MultiHood SZ-CH338i Chimney Hood

SENZ IntelClean MultiHood SZ CHi Chimney Hood
Kredit gambar: Shopee

SENZ IntelClean MultiHood SZ-CH338i dilengkapi dengan Chimney Hood serta mempunyai fungsi Turbo Boast yang meningkatkan aliran udara tambahan hingga 1800m3/h. Selain itu hood ini didatangkan dengan Teknologi Pembersihan Auto-Clean yang membantu anda membersihkan peranti dengan mudah selepas setiap penggunaan. Bukan itu sahaja, ia juga tidak mengeluarkan bunyi bising ketika digunakan. 

Spesifikasi:

  • Daya sedutan: 1800 m3/jam 
  • Penapis : Aluminium Mesh dan Penapis Minyak
  • Dimensi: 90cm x 38cm x 95 – 131cm
  • Jaminan: 3 tahun pada motor

Kelebihan:

Mengeluarkan bunyi yang perlahan
Reka bentuk moden
Mesra pengguna

Harga: RM2099.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Teka Cooker Hood DHW 90 TO

Teka Cooker Hood DHW TO
Kredit gambar: Shopee

Teka Cooker Hood DHW 90 TO diperbuat daripada bahan keluli tahan karat membolehkan anda menggunakannya dalam jangka masa yang lama. Ia dilengkapi dengan kawalan sentuh yang membolehkan anda mengawal kelajuan kipas dengan mudah.  Anda tidak perlu risau mengenai sebarang kerosakan kerana penyedut asap dapur Teka ini mempunyai jaminan selama 5 tahun.  

Spesifikasi:

  • Daya sedutan: 1800 m3/jam 
  • Penapis : Penapis Arang
  • Dimensi: Tidak tersedia
  • Jaminan: 5 tahun

Kelebihan:

Mengeluarkan bunyi yang perlahan
✅ Bahan keluli tahan karat
Kawalan sentuh

Harga: RM2600.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. FOTILE EMS9020 Chimney Cooker Hood 

FOTILE EMS Chimney Cooker Hood
Kredit gambar: Shopee

FOTILE EMS9020 Chimney Cooker Hood dilengkapi dengan Inovatif teknologi  ‘Surround Suction’ yang meningkatkan daya sedutan asap dan minyak. Selain itu, hood ini juga didatangkan dengan reka bentuk sisi seperti sayap Fotile W bagi meningkatkan kawasan pengumpulan asap bagi memastikan gris dan asap tidak dapat keluar daripada sisi hood.

Spesifikasi:

  • Daya sedutan: 1400 m3/jam 
  • Penapis: Penapis Beralun
  • Dimensi: 90sm x 52sm x 65 – 94sm
  • Jaminan: 1 tahun + 3 tahun pada motor

Kelebihan:

Teknologi ‘Surround Suction’
Plat Penyedutan Sekeliling Seperti Sayap
Mengeluarkan bunyi yang perlahan

Harga: RM2100.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. RUBINE RCH-BOXLINE X-90SS T-Hood 

RUBINE RCH BOXLINE X SS T Hood
Kredit gambar: Shopee

Penyedut asap jenama Rubine ini merupakan salah satu hood dapur dengan rekaan moden serta dilengkapi panel kawalan sentuh. Hood dapur ini juga dilengkapi dengan pengimbang ion yang membantu membersihkan udara dan menghilangkan bau. Tambahan pula, ia didatangkan dengan teknologi H2 Meltz membolehkan sisa minyak degil disingkirkan dengan mudah. 

Spesifikasi:

  • Daya sedutan: 1450 m3/jam 
  • Penapis: Penapis Sekat SS Pyramid & Penapis Arang,
  • Dimensi: 89.7cm x 51.1cm x 55.8 – 80.8cm
  • Jaminan: 18 bulan + 5 tahun pada motor

Kelebihan:

Daya sedutan yang kuat
Penapis arang
Pengimbang Ion


Harga: RM979.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close