8 Kotak Muzik Terbaik di Malaysia 2022

Memilih hadiah yang sesuai untuk orang tersayang bukanlah mudah, selalu kena perah kepala memikirkan hadiah apa yang boleh diberi selain kebiasaan hadiah seperti bakul buah atau bunga tiruan. Hadiah yang sempurna haruslah mempunyai kesan yang berkekalan pada penerima, seperti sesuatu yang direka bentuk secara khusus dan unik.  Nasib baik, kotak muzik mempunyai kedua-dua kriteria ini.

Kotak muzik ialah alat muzik automatik, yang terkandung di dalam kotak yang menghasilkan nota muzik dengan menggunakan satu set pin yang diletakkan pada silinder berputar atau cakera untuk  memetik gigi yang ditala (atau lamellae ) dari sikat keluli. Lazimnya kotak muzik tidak memerlukan sebarang bateri atau elektrik untuk beroperasi kerana menggunakan rakaman jenis analog. Jadi, berikut adalah 8 kotak muzik terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia.

Bagaimana hendak memilih kotak muzik yang sesuai?

Memilih kotak muzik boleh menjadi rumit terutamanya jika anda tidak pasti yang mana yang paling sesuai dengan penerima. Jadi, anda mungkin boleh mempertimbangkan aspek seperti lagu, reka bentuk dan harga sebelum membuat pembelian.

  1. Lagu

Kotak muzik hanya boleh membawa satu lagu pada satu masa sahaja, melainkan ia mempunyai ‘detachable tune teeth’ namun ia agak sukar dijumpai. Jadi, anda haruslah memilih kotak muzik yang mempunyai melodi kesukaan penerima. 

  1. Reka Bentuk

Kotak muzik boleh didapati dalam pelbagai bentuk selain bentuk segi empat sama atau segi empat tepat. Oleh itu, anda harus memilih reka bentuk yang disukai oleh anda atau penerima.

3. Harga

Memandangkan kotak muzik adalah antara pilihan hadiah yang popular, ia boleh didapati dalam pelbagai hargai, daripada harga yang murah sehinggalah kepada harga yang mahal, bergantung pada kualiti dan jenama kotak muzik tersebut. Oleh itu, anda perlu merancang perbelanjaan semasa membeli kotak muzik supaya anda tidak membazir. 

8 Kotak Muzik Terbaik di Malaysia 2022

1. Vintage Hand-Cranked Music Box

Vintage Hand Cranked Music Box
Kredit Gambar: Shopee

Vintage Hand-Cranked Music Box merupakan hadiah yang sesuai untuk diberi pada majlis perkahwinan, ulang tahun dan majlis istimewa, terutamanya jika penerima ialah peminat filem seperti Harry Potter, La La Land dan Pirates of the Caribbean. Kotak muzik ini mengandungi 20 buah pilihan lagu yang berbeza. Sudah pasti anda boleh menjumpai melodi yang anda gemari.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kayu
  • Warna: Natural
  • Jenis: Manual

Kelebihan:

Bahan kayu
Hand-cranked
Saiz mini

Harga: RM8.85 – RM8.95

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

2. Merry Go Round Music Box

Merry Go Round Music Box
Kredit Gambar: Shopee

Merry Go Round music box ini sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah majlis ulang tahun. Didatangkan dengan dua warna utama iaitu merah jambu dan biru, jadi anda boleh memberinya kepada lelaki ataupun perempuan berdasarkan pilihan warna yang ada. Kotak muzik ini menggunakan bateri, jadi anda tidak perlu risau mengenai fungsi “Hand-cranked” setiap kali anda ingin memutarkan lagu. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan lampu berkelip. Anda juga boleh menggunakannya sebagai hiasan topping kek untuk menghasilkan kelainan pada kek anda ekoran saiz dan beratnya sesuai untuk diletakkan di atas kek.

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik
  • Warna: Merah jambu, merah jambu muda, biru
  • Jenis: Automatik

Kelebihan:

Menggunakan Bateri
Lampu berkelip
Karusel berputar

Harga: RM16.90 – RM19.90

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

3. Classic Art 1980r Music Box

Classic Art r Music Box
Kredit Gambar: Shopee

Classic Art 1980r Music Box dikendalikan secara manual supaya anda dapat menikmati alunan kotak muzik tradisional. Ia mempunyai mekanisma pengengkol kecil untuk memainkan lagu sementara penari kecil yang berada di atas kotak ini akan bergerak. Kotak muzik ini boleh didapati dalam dua warna klasik.

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik, logam
  • Warna: Putih, burgundy
  • Jenis: Manual

Kelebihan:

Tradisional
Penari berputar
Mempunyai bentuk laci

Harga: RM34.22 – RM35.19

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

4. Portable Music Box

Portable Music Box
Kredit Gambar: Shopee

Portable Music Box mempunyai rupa luaran yang lutsinar membolehkan anda menyaksikan semua komponen kotak muzik berfungsi untuk memproses lagu-lagu tersebut. Ia mempunyai mekanisme cranking atau pengengkol kecil di sisi supaya anda boleh memainkannya dengan mudah pada bila-bila masa yang anda mahukan. Kotak muzik ini mempunyai saiz yang ideal untuk dibawa ke mana-mana sahaja.

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik, logam
  • Warna: Lutsinar
  • Jenis: Manual

Kelebihan:

Lutsinar
Penampilan unik
Mudah Alih

Harga: RM7.69

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

5. Dancing Ballerina Girl Music Box

Dancing Ballerina Girl Music Box
Kredit Gambar: Shopee

Anda mencari kotak muzik dengan rupa yang mewah, mengalunkan muzik klasik dan boleh menyimpan barang kemas? Dancing Ballerina Girl Music Box adalah pilihan terbaik untuk anda. Kotak Muzik dilengkapi dengan cermin dan laci membolehkan anda bersiap sambil mendengar lagu yang menenangkan. Kotak muzik ini dipasarkan dengan tiga pilihan warna. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik
  • Warna: Kayu merah, merah jambu, kelabu keemasan
  • Jenis: Manual

Kelebihan:

Penutup cermin
Laci
Patung Penari

Harga: RM23.40 – RM24.19

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

6. Classical Carousel Horse Music Box

Classical Carousel Horse Music Box
Kredit Gambar: Shopee

Classical Carousel Horse Music Box mempunyai reka bentuk klasik dengan kuda berputar di bahagian atas. Ia memainkan lagu ‘Castle in the Sky’ daripada filem terkenal Studio Ghibli, Spirited Away. Kotak muzik ini diperbuat daripada resin sintetik dengan ukiran halus, menjadikannya produk tahan lasak sementara mengekalkan butiran warna pada badannya. Ia sangat sesuai dijadikan sebagai hadiah kepada anak-anak, rakan-rakan dan pencinta muzik.

Spesifikasi:

  • Bahan: Resin sintetik
  • Warna: Pelbagai warna
  • Jenis: Automatik

Kelebihan:

Menggunakan Bateri
Didatangkan dengan lampu
Reka bentuk premium

Harga: RM145.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

7. Mechanical Metal Music Box

Mechanical Metal Music Box
Kredit Gambar: Shopee

Mechanical Metal Music Box mempunyai reka bentuk yang lutsinar membolehkan anda melihat mekanisme kotak muzik berfungsi di dalamnya. Didatangkan dengan saiz kotak muzik yang agak kecil yang boleh dijadikan hiasan keychain pada beg, kunci atau telefon anda. Ia juga dikendalikan secara manual dan tidak memerlukan bateri untuk berfungsi. Kotak muzik ini sesuai diberikan kepada kanak-kanak kerana ia tahan lasak.

Spesifikasi:

  • Bahan: Zink aloi, ABS
  • Warna: Lutsinar
  • Jenis: Manual

Kelebihan:

Ringan
Boleh dijadikan keychain
lutsinar

Harga: RM7.74

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

8. Castle In The Sky Collector’s Edition Wooden Music Box

Castle In The Sky Collectors Edition Wooden Music Box
Kredit Gambar: Shopee

Castle In The Sky Collector’s Edition Wooden Music Box adalah salah satu kotak muzik yang sangat sesuai dijadikan hadiah. Dengan rupa bentuknya yang klasik, kotak muzik ini mempunyai variasi kesemua lagu latar filem anime terkenal seperti “Spirited Away”, “One Love” dan Kisah dongeng. Selain itu, ia juga menawarkan beberapa lagu terkenal daripada lagu klasik sepanjang zaman, seperti “My Heart Will Go On” oleh Celine Dion dan “I Will Always Love You’ oleh mendiang Whitney Houston.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kayu, logam
  • Warna: Coklat
  • Jenis: Manual

Kelebihan:

Pilihan lagu yang banyak
Tahan Lama

Harga: RM159.34

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close