10 Kuih Bulan Terbaik di Malaysia 2022

Kuih bulan ialah produk bakeri Cina yang dijual dan dimakan secara tradisional semasa Pesta Kuih Bulan. Kuih bulan sering dikongsi bersama keluarga dan rakan semasa meraikan perayaan dan dianggap sebagai makanan istimewa. Terdapat pelbagai jenis kuih bulan yang tersedia dan salah satu yang paling popular ialah Kuih Bulan Lotus Double Yolk.

Memandangkan kuih bulan diperbuat daripada pes teratai, kacang merah, atau inti kacang, ia agak mengenyangkan dan biasanya dimakan dalam bahagian kecil sahaja disertai dengan teh. Ia juga menjadi kebiasaan untuk menghadiahkan keluarga, rakan atau rakan kongsi perniagaan dengan kuih bulan sebagai hadiah semasa Pesta Kuih Bulan. Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut tentang 10 kuih bulan terbaik di Malaysia.

Apakah legenda di sebalik Kuih Bulan?

Perayaan Pertengahan Musim Luruh ini dikaitkan dengan mitos legenda Dewi Bulan Cina, Chang’e, yang terkenal kerana mencuri elixir keabadian daripada suaminya Hou Yi, dan memakannya. Chang’e kemudian mula terapung ke langit dan mendarat di bulan. Legenda mengatakan bahawa anda boleh melihat sosok Chang’e yang berada di bulan semasa Festival Kuih Bulan. Chang’e dikatakan berada di bulan  selama-lamanya dan merana selepas kehilangan cintanya. Semasa Perayaan Kuih Bulan, orang Cina dahulu akan menyembah bulan dan memberi penghormatan kepada Dewi sebagai sebahagian daripada perayaan mereka.

Satu lagi mitos Festival Kuih Bulan yang menarik ialah berkenaan seorang lelaki bernama Wu Gang yang telah melakukan kesilapan di syurga dan dibuang ke bulan kerana memotong pokok Laurel. Bagaimanapun, setiap kali Wu Gang menebang pokok itu, ia akan tumbuh semula. Perkara ini telah menjadi hukuman bagi Wu Gang buat selama-lamanya.   Legenda mengatakan bahawa jika anda melihat bulan dengan teliti semasa Pesta Kuih Bulan, anda boleh melihat bayang hitam di atasnya yang dikatakan sebagai Wu Gang.

10 Kuih Bulan Terbaik di Malaysia 2022

1. Huat Huat Kouping Double Yolk Pandan Traditional Mooncake 

Huat Huat Kouping Double Yolk Pandan Traditional Mooncake
Kredit Gambar: Shopee

Huat Huat Kouping Double Yolk Pandan Traditional Mooncake ini diisi dengan Teratai Pandan bersama kuning telur yang wangi dan berkrim. Kuih bulan ini dibuat segar, bebas pengawet dan direka mahir oleh chef terlatih. Selain daripada Double Yolk Pandan, Huat Huat Kouping juga mempunyai pilihan perisa lain seperti Teh Hijau, Durian, Pes Habbatus Sauda, ​​dan juga Kopi.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Pes Teratai Pandan, Kuning Telur Masin, Gula, Minyak, Tepung, Telur, Air
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: 1 biji

Kelebihan:

Wangi
Baru dibuat
Tanpa bahan pengawet

Harga: RM8.00 – RM17.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Ming Yue Confectionery Red Bean Mooncake 

Ming Yue Confectionery Red Bean Mooncake
Kredit Gambar: Shopee

Ming Yue Confectionery Red Bean Mooncake merupakan kuih bulan yang segar dibakar dan menonjolkan rasa aromatiknya melalui kulit kuih ini. Terdapat biji tembikai di dalam kuih bulan kacang merah ini. Anda boleh merasai rasa asli kacang merah melalui kuih ini kerana tiada perasa tiruan yang digunakan. Kuih bulan ini tidak berminyak seperti kuih bulan biasa yang menjadikannya pilihan yang lebih sihat untuk mereka yang menjaga kesihatan.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Kacang Adzuki Merah, Minyak, Gula, Maltosa, Tepung, Telur, Air, Biji Tembikai
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: 2 biji, 4 biji

Kelebihan:

Kurang berminyak
Segar dibakar
Tiada perisa tiruan

Harga: RM39.80 – RM72.80

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Hui Xin Handmade Vegetarian Mooncake 

Hui Xin Handmade Vegetarian Mooncake
Kredit Gambar: Shopee

Setiap keping Hui Xin White Lotus Single Yolk Handmade Vegetarian Mooncake ini dibuat teliti dengan menggunakan tangan dan bahan-bahan yang segar. Tiada perasa atau pewarna tiruan digunakan dan setiap kuih bulan ini dibakar segar dengan sempurna. Kuih bulan ini dibuat khas untuk vegetarian, yakni tiada lemak babi yang digunakan dalam proses pembuatan kuih bulan ini. Di samping itu, kuih bulan ini juga  bebas daripada bahan pengawet.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Pes Teratai, Gula, Minyak Sayur Boleh Dimakan, Tepung, Air
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: 1 biji, 2 biji, 1 kotak

Kelebihan:

Segar dibakar
Bebas bahan pengawet
Tiada perisa tiruan

Harga: RM13.00 – RM72.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. JMM Premium White Lotus Double Yolk Mooncake 

JMM Premium White Lotus Double Yolk Mooncake
Kredit Gambar: Shopee

JMM Premium White Lotus Double Yolk Mooncake adalah salah satu kuih bulan yang popular. Kuih bulan ini dibuat dengan menggunakan pes teratai terbaik dan 2 hidangan kuning telur masin yang lazat. Tiada bahan pengawet atau pewarna tiruan yang digunakan dalam proses pembuatan kuih bulan ini sekaligus ia boleh dijadikan snek sihat untuk anda. Ia juga merupakan produk 100% Halal dan mempunyai pensijilan MESTi. Selain itu, kuih bulan yang lazat ini juga boleh dijadikan hadiah yang sesuai untuk keluarga dan rakan-rakan.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan:  Tepung Gandum, Gula, Minyak Masak, Biji Tembikai, Pes Teratai Putih dan Kuning Telur Masin
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: 1 biji

Kelebihan:

Halal
Tiada bahan pengawet
Tiada pewarna tiruan

Harga: RM21.42

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. JMM White Lotus Single Yolk Mooncake 

JMM White Lotus Single Yolk Mooncake
Kredit Gambar: Shopee

JMM White Lotus Single Yolk Mooncake merupakan produk Halal dan memiliki pensijilan MESTi. Kuih bulan ini dibuat menggunakan tepung gandum, gula, minyak masak, biji tembikai, pes teratai putih, dan kuning telur masin, dan tanpa pengawet atau pewarna tiruan. Kuih bulan ini baru dibakar segar. Setiap suapannya berasa  berkrim dan nikmat kerana rangupnya disebabkan oleh  biji tembikai.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan:  Tepung Gandum, Gula, Minyak Masak, Biji Tembikai, Pes Teratai Putih dan Kuning Telur Masin
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: 1 biji

Kelebihan:

Halal
Dibakar segar
Tiada bahan pengawet

Harga: RM19.62

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. JMM Pure Lotus Mooncake 

JMM Pure Lotus Mooncake
Kredit Gambar: Shopee

JMM Pure Lotus Mooncake merupakan kuih bulan yang dibuat menggunakan bahan semula jadi yang bebas daripada bahan pengawet seperti tepung gandum, gula, minyak masak, biji tembikai dan pes teratai tulen. Tambahan pula, tiada sebarang pewarna tambahan yang digunakan dalam proses pembuatan kuih bulan ini. Bagi yang tidak tahu, kuih bulan ini merupakan 100% produk Halal dan mendapat pensijilan MESTi. Ia juga bebas lemak haiwan dan sesuai untuk mereka yang mengamalkan gaya pemakanan vegetarian.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Tepung Gandum, Gula, Minyak Masak, Biji Tembikai, Pes Teratai Tulen
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: 1 biji

Kelebihan:

Tiada bahan pewarna
Tiada bahan pengawet
Sesuai untuk vegetarian

Harga: RM18.72

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. JMM Mixed Nuts Mooncake  

JMM Mixed Nuts Mooncake
Kredit Gambar: Shopee

JMM Mixed Nuts Mooncake ini sesuai untuk dimakan oleh semua termasuklah vegetarian. Kuih bulan ini diperbuat daripada tepung gandum, gula, minyak masak, dan pes kacang campuran (badam, bijan, biji tembikai, dan macadamia). Selain itu, ia adalah produk Halal dan mendapat pensijilan MESTi. Seperti semua Kuih Bulan JMM, ia bebas pengawet dan pewarna serta dibuat menggunakan bahan-bahan semula jadi yang menjadikannya sihat dan lazat untuk dinikmati.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan:  Tepung Gandum, Gula, Minyak Masak, Pes Kacang Campuran (Badam, Bijan, Biji Tembikai, Macadamia)
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: 1 biji

Kelebihan:

Bebas daripada bahan pengawet
Bebas daripada bahan pewarna
Sesuai untuk vegetarian

Harga: RM21.42

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Halal Mooncakes (Set Eggyolk) By Mimilala  

Halal Mooncakes Set Eggyolk By Mimilala
Kredit Gambar: Shopee

Halal Mooncakes (Set Eggyolk) By Mimilala ini boleh datang dengan 2 variasi iaitu sekotak mempunyai 2 biji atau 6 biji kuih bulan. Selain set Kuning Telur, terdapat banyak perisa lain yang boleh dipilih seperti Redbean, Pandan, Dauyong, Chocolate, Pandan Kuaci, dan Redbean Kuaci. Tambahan pula, semua kuih bulan adalah buatan tangan dan halal. Kuih bulan ini bebas pengawet dan boleh bertahan sehingga sebulan jika disimpan dalam pembungkusannya dan diletakkan di tempat yang sejuk.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan:  Gula, Minyak, Tepung, Telur, Air, Pes Teratai, Kuning Telur Masin
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: 2 biji, 6 biji

Kelebihan:

Halal
Buatan tangan
Tiada bahan pengawet

Harga: RM22.00 – RM37.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. Lotus Yolk Homemade Shanghai Mooncake  

Lotus Yolk Homemade Shanghai Mooncake
Kredit Gambar: Shopee

Lotus Yolk Homemade Shanghai Mooncake ini akan dibakar pada setiap kali pesanan masuk bagi memastikan kesegarannya. Selain itu, kuih bulan ini mengandungi sedikit gula, tiada daging babi dan diperbuat daripada mentega asli premium. Setiap kuih bulan ini dibungkus secara individu dan setiap kotak yang ada tertakluk kepada ketersediaannya. Oleh kerana kuih bulan ini diperbuat daripada semula jadi, anda dinasihatkan untuk makan kuih bulan ini dalam masa 2 minggu dari tarikh pembelian untuk memastikan kesegarannya.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Pes Lotus, Biji Tembikai, Kuning Telur Masin, Gula, Mentega Premium Tulen, Tepung, Telur, Air
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: 4 biji, 6 biji

Kelebihan:

Kurang gula
Semua bahan semula jadi
Diperbuat daripada mentega asli premium

Harga: RM40.00 – RM54.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. Baker’s Cottage Pure Lotus Double Yolk Mooncake 

Bakers Cottage Pure Lotus Double Yolk Mooncake
Kredit Gambar: Shopee

Baker’s Cottage Pure Lotus Double Yolk Mooncake dipenuhi dengan biji teratai Hunan terbaik dari kawasan Hunan, China. Selain itu, ia menggunakan telur berkualiti tinggi dan bahan-bahan segar. Kuih bulan ini juga mengandungi minyak masak tanpa kolesterol dan tiada bahan pengawet tambahan. Kuih bulan ini adalah Halal dan mematuhi sistem pengurusan kualiti ISO 9001:2015, sistem pengurusan keselamatan makanan ISO 22000 dan standard keselamatan makanan antarabangsa HACCP. Selain daripada kuih bulan Pure Lotus Double Yolk, terdapat juga varian lain untuk dipilih. Kuih bulan ini sesuai untuk diberi sebagai hadiah kepada rakan atau orang tersayang.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: 100% Pes Teratai Tulen, Kuning Telur Masin, Gula, Minyak Masak Tanpa Kolesterol, Tepung, Telur, Air, Biji Tembikai
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: 2 biji, 4 biji

Kelebihan:

Menggunakan minyak masak tanpa kolesterol
Menggunakan biji teratai Hunan yang berkualiti
Menepati syarat ISO 9001:2015 quality management system, ISO 22000 food safety management system, and HACCP international food safety standard

Harga: RM28.00 – RM61.62

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close