Lahad Datu Cemas, Penduduk Gempar dengan Letusan Lumpur Gunung Berapi

c
Kredit Gambar: hmetro.com.my

Kelmarin di Taman Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu, gempar dengan letusan lumpur gunung berapi yang dikatakan hampir setinggi 20 kaki. Video letusan lumpur gunung berapi yang dimuat naik oleh Encik Rafel Suzie Rachel di media sosial menjadi tular dan dikongsi oleh ramai pengguna sosial media.

Apabila dirujuk kepada pakar geologi Sabah, iaitu Professor Dr. Felix Tongkul, beliau mengatakan fenomena ini merupakan perkara biasa berlaku kerana terjadinya lumpur yang meningkat di dalam perut bumi dan ia perlu dilepaskan ke luar. Menurut beliau lagi, fenomena ini berulang kali terjadi apabila tekanan terkumpul pada sesuatu masa tertentu. Lebih-lebih lagi kejadian letusan lumpur gunung berapi ini akan aktif berlaku semasa terjadinya kejadian gempa bumi.

Berikut adalah video letusan lumpur gunung berapi terbabit yang dikongsi oleh Tiktok Utusan TV Official:

@utusantvofficial

#SABAH Kejadian dirakam kira-kira pukul 10.05 pagi tadi. 📽️ Sbn Hamit #trendingnewsmalaysia #fyp #beritaditiktok

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Fenomena ini dikaitkan dengan berlakunya gempa bumi memandangkan kejadian gegaran semula jadi sudah menjadi perkara biasa di Sabah, terutamanya selepas gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 skala Richter yang berpusat di Gunung Kinabalu berlaku pada tahun 2015.

Dikatakan kewujudan letusan lumpur gunung berapi ini sudah menjadi perkara biasa di Sabah dan ia menjadi tarikan utama pelancongan apabila lopak lumpur ini dijadikan kawasan mandi lumpur sesudah lumpur sejuk. Sesetengah pihak berpendapat mandi lumpur ini boleh menyihatkan kulit dan menyingkirkan sel-sel kulit mati.

Lahad Datu Cemas Penduduk Gempar dengan Letusan Lumpur Gunung Berapi
Kredit Gambar: cnnindonesia.com

Antara tempat yang pernah menjadi letusan lumpur gunung berapi ialah Pulau Tiga yang kini menjadi tarikan pelancongan di Sabah. Pulau ini dipercayai terbentuk daripada letusan gunung berapi lumpur pada  tahun 1897 berikutan gempa bumi di Mindanao, selatan Filipina. Selain itu, kawasan lain yang dikesan wujudnya lumpur gunung berapi ialah di Kampung Tanjung Aru, Menumbok dan di Kampung Tenambak, Sabah, yang jaraknya kira-kira 40 kilometer dari Kampung Tanjung Aru, Kunak dan juga Tabin di Lahad Datu.

commeny
Kredit Gambar: tiktok.com/@utusantvofficial

Melihat kepada komen-komen pengguna Tiktok, ramai yang meluaskan rasa cemas. Tetapi tidak kurang juga yang tenang apabila menghadapi berita seperti ini. Menurut komen Addy Saridi, beliau mengaitkan fenomena lumpur gunung berapi ini dengan gempa bumi kuat yang berlaku di Taiwan. Manakala menurut komen AzrEe_A&M pula, beliau mengatakan fenomena ini sudah lama berlaku dan ia merupakan salah satu tarikan pelancong untuk mandi lumpur di Tabin Wildlife Resort, Lahad Datu. Komen beliau turut disokong oleh pengguna Tiktok bernama Petit yang menyatakan lumpur gunung berapi itu boleh dibuat ‘mask’ untuk kecantikan.

Aktiviti mandi lumpur semenangnya terkenal di seluruh dunia. Khasiat lumpur yang dikeluarkan daripada perut bumi bukan sahaja dapat menjaga kecantikan kulit bahkan ia juga memelihara kesihatan kulit. Diharapkan fenomena yang berlaku ini tidak menjadi serius lebih-lebih lagi sekarang musim gempa bumi yang kian berlanjutan. 

Marilah kita doakan yang baik-baik sahaja dengan fenomena yang berlaku di negara kita pada hari ini dan masa akan datang. Apa pula pendapat netizen? 

Sumber: hmetro.com.my / malaysiadateline.com / tiktok.com/@utusantvofficial / cnnindonesia.com

Apa pendapat anda? Dah baca, share dan like, ok!

Perhatian: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Jadi, segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close