8 Laptop Cooler Terbaik di Malaysia 2022

Kredit Gambar: Mappingmemories.ca

Laptop atau komputer riba dilihat sebagai pemudah cara dalam melakukan tugasan harian termasuk dalam sektor pekerjaan, pelajaran, hiburan (menonton filem atau drama) dan juga bermain permainan e-sports. Sesetengah daripada kita cenderung menggunakan laptop untuk jangka masa yang lama tanpa menyedari bahawa akan berlakunya “over heated” yang membawa kepada kerosakan. Laptop yang selalu dibiarkan “over heated” akan menyebabkan ia menjadi “slow” dan tidak responsif. 

Laptop cooler merupakan peranti yang akan menyalurkan udara sejuk ke bahagian bawah laptop anda bagi menghalang laptop daripada terlalu panas. Terdapat pelbagai jenis laptop cooler yang boleh anda dapati di pasaran pada hari ini. Berikut ialah 8 laptop cooler dengan kualiti terbaik di Malaysia.

Bagaimana hendak memastikan laptop mendapat pengudaraan yang betul?

Mempunyai aliran udara yang betul membolehkan laptop anda berfungsi dengan baik dan dapat mengelakkan sebarang overheating daripada berlaku. Kedudukan yang terbaik untuk meletakkan laptop adalah dengan memastikan laptop anda berada pada sudut tinggi bagi membolehkan penyaluran udara.

Bolehkah sekiranya meletakkan laptop di riba dan di atas katil?

Perkara ini tidak wajar untuk dilakukan kerana jika anda menggunakan laptop anda di atas katil ataupun di riba, suhu laptop akan meningkat. Hal ini kerana, kebanyakan komputer riba mempunyai saluran udara di bahagian bawah peranti menyebabkan lubang-lubang tertutup dan udara tidak dapat disalurkan dengan baik. Udara panas boleh merosakkan bahagian dalaman peranti. 

8 Laptop cooler Terbaik di Malaysia

1. Maxgear 5x Laptop Cooler

Maxgear x Laptop Cooler
Kredit Gambar: Shopee

Maxgear 5x Laptop Cooler mempunyai beberapa tahap kecuraman yang boleh diubah mengikut keselesaan anda. Ia sesuai digunakan oleh laptop yang memiliki saiz dari 12 hingga 17 inci. Laptop cooler ini dilengkapi dengan kelajuan kipas boleh laras untuk menyesuaikan tahap penyejukan yang diperlukan untuk laptop anda. Tambahan pula, penggunaan bahan metal mesh menghasilkan kesan penyejukkan yang lebih baik.

Spesifikasi:

  • Bahan: HIPS dan Metal Mesh
  • Berat: 680G
  • Voltan: 5V DC
  • Kelajuan: 1100 +/- 200RPM
  • Aliran udara: 65 CFM
  • Negara pengelua: Malaysia
  • Saiz: 44.5 x 31 x 3cm (5 kipas), 38 x 27 x 3cm (3 kipas)

Kelebihan:

Ringan
Nipis
Kelajuan kipas boleh laras

Harga: RM34.90 – RM62.27

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

2. NUBWO Cooling Pad

NUBWO Cooling Pad
Kredit Gambar: Lazada

NUBWO Cooling Pad menyediakan aliran udara yang cekap dan efektif yang akan memastikan suhu laptop anda pada tahap yang sempurna. Cooler ini dilengkapi dengan kipas anti-bunyi yang mampu mengurangkan bunyi pusingan kipas di samping menyejukkan laptop. Ia juga dilengkapi dengan USB yang dikuasakan dengan suis untuk kemudahan anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: Polimer Organik
  • Warna: Shiron, Quatro, Armor
  • Voltan Dinilai: DC 5V
  • Input kuasa: 1.15W
  • Kelajuan Kipas: 700 +- 100 rpm
  • Aliran Udara Maks: 73.41 CFM
  • Berat bersih: 550g
  • Negara pengeluar: China
  • Saiz: 345 x 275 x 35 mm

Kelebihan:

Aliran udara
Kipas anti bunyi
Dikuasakan USB dengan suis hidup/mati

Harga: RM16.20 – RM68.43

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

3. SuoHuang USB Laptop Cooler

SuoHuang USB Laptop Cooler
Kredit Gambar: Shopee

SuoHuang USB Laptop Cooler boleh digunakan pada kebanyakan saiz laptop dan diperbuat daripada bahan yang ringan menjadikannya sesuai untuk dibawa ke tempat kerja. Cooler ini mempunyai 4 pelarasan bagi kelajuan kipas yang boleh disesuaikan mengikut suhu yang diperlukan oleh laptop anda.

Spesifikasi:

  • Kuasa Input: 1.75W
  • Voltan Input: 12V
  • Isipadu Udara: 75.35CFM
  • Kelajuan Kipas: Versi 5V (1500 RPM – 3200 RPM)
  • Negara pengeluar: China
  • Saiz: 8.3cm x 16.8cm

Kelebihan:

Serasi dengan kebanyakan saiz laptop
4 pelarasan bagi kelajuan kipas
Mengeluarkan bunyi yang perlahan

Harga: RM15.84 – RM26.88

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

4. Cooler Master I100 NotePal Laptop Cooler Pad

Cooler Master I NotePal Laptop Cooler Pad
Kredit Gambar: ECT Online

Cooler Master I100 NotePal Laptop Cooler Pad hanya seberat 0.69kg dan memiliki bentuk yang ultra nipis dan ringan selain memudahkan penyimpanan pada ruang yang kecil atau sempit seperti beg laptop. Cooler ini mempunyai reka bentuk ergonomik yang sangat sesuai untuk sudut menaip dan melihat skrin laptop. Selain itu, di bahagian bawahnya mempunyai ruang khas untuk menyimpan kabel dan menggunakan kipas anti-bunyi.

Spesifikasi:

  • Bahan: Jaring Logam, Plastik
  • Warna: Hitam
  • Berat: 0.69kg
  • Kelajuan Kipas: 1200 RPM ± 10%
  • Pelarasan Kelajuan: 38 CFM (tanpa hab)
  • Kuasa: USB 5V DC
  • Penggunaan Kuasa: 1.1W
  • Negara pengeluar: Malaysia
  • Saiz: 350 x 250 x 23~39 mm

Kelebihan:

Reka bentuk ultra slim
Kipas anti-bunyi
Reka bentuk ergonomik

Harga: RM59.00 – RM68.90

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

5. llano Laptop Cooler 2600RPM

llano Laptop Cooler RPM
Kredit Gambar: Shopee

llano Laptop Cooler 2600RPM dilengkapi dengan 3 pelarasan gear yang membolehkan anda menyesuaikan kelajuan kipas. Laptop cooler ini turut dilengkapi dengan tikar anti-gelincir yang menghalangnya daripada bergerak. Penggunaan kipas tanpa bilah membantu menghilangkan haba dengan lebih cepat, dengan itu, over heated dapat dielakkan.

Spesifikasi:

  • Bahan: Aloi aluminium+plastik Kejuruteraan
  • Warna: Hitam Sejuk
  • Berat: 525g
  • Bekalan Kuasa: 80cm (tanpa sambungan
  • Kelajuan angin: 3 fail(L,M,H)
  • Kelajuan putaran: 1900-1600RPM
  • Voltan: 5VDC
  • Isipadu udara: 34- 38CFM
  • Negara pengeluar: China

Kelebihan:

Kipas tanpa bilah
Tiga pelarasan gear
Alas anti-slip

Harga: RM96.90 – RM151.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

6. Llano V6 Laptop Cooler

Llano V Laptop Cooler
Kredit Gambar: Shopee

Llano V6 Laptop Cooler dilengkapi dengan kipas turbo 7025 yang mengandungi lebih banyak isipadu udara. Cooler ini mempunyai reka bentuk sudut berganda yang boleh digunakan untuk menyalurkan angin ke hadapan dari belakang laptop dan sebaliknya. Bukan itu sahaja, ia juga mengandungi turbin berkembar yang berputar pada kelajuan tinggi tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.

Spesifikasi:

  • Bahan: ABS
  • Berat: 1.18kg
  • Voltan: DC 5V
  • Isipadu Udara: 170 CFM
  • Nilai Arus: 0.85A -+10%
  • Kelajuan kipas: 2000-3000 RPM-10%
  • Negara pengeluar: China
  • Saiz: 420mm x 338mm x 55mm

Kelebihan:

Turbin berkembar tanpa bunyi
Reka bentuk sudut berganda
Kipas turbo

Harga: RM99.98

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

7. Mikuso Cooling Pad NCP-063

Mikuso Cooling Pad NCP
Kredit Gambar: Appleme.Ik

Mikuso Cooling Pad NCP-063 merupakan cooler yang paling murah dan sesuai untuk mereka yang ingin memiliki laptop cooler tetapi masih ingin menjaga bajet. Ia mempunyai reka bentuk yang ringan namun masih mampu menampung berat laptop anda. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan turbin yang menghasilkan pengudaraan yang baik ke laptop anda tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Mempunyai reka bentuk ergonomik dan permukaan anti-gelincir memberikan keselesaan dan keyakinan kepada anda tentang keselamatannya ketika anda meletak laptop di atasnya.

Spesifikasi:

  • Bahan: Jaring besi + Plastik kejuruteraan
  • Warna: Perak, Hitam
  • Berat: 529g
  • Voltan Dinilai: 5V DC
  • Nilai Arus: 0.13 ± 10% A
  • Kuasa Input: 0.65W
  • Kelajuan Maksimum Kipas: 1000 ± 10% RPM
  • Isipadu Udara Maksimum: 47.35CFM
  • Negara pengeluar: Jepun
  • Saiz: 25 x 33 x 2.4cm

Kelebihan:

Ringan
Turbin tanpa bunyi
Reka bentuk ergonomik

Harga: RM11.30 – RM15.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

8. Original Xiaomi HAGIBIS Cooling Pad

Original Xiaomi HAGIBIS Cooling Pad
Kredit Gambar: Shopee

Original Xiaomi HAGIBIS Cooling Pad ialah cooler yang berbentuk silinder yang menyejukkan peranti anda dengan berkesan. Cooler ini mempunyai permukaan anti-gelincir yang membolehkan anda meletakkannya pada laptop anda. Selain itu, ia tidak mengeluarkan bunyi yang kuat dan sesuai digunakan ketika melakukan kerja atau bermain permainan dalam talian.

Spesifikasi:

  • Bahan: Aloi aluminium +
  • Warna Silikon: Kelabu, Perak
  • Negara pengeluar: China
  • Saiz: 40mm x 40mm x 19.5mm

Kelebihan:

Reka bentuk silinder
Anti-gelincir
Bebas hingar

Harga: RM24.45 – RM24.89

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close