Mamai Sambil Galas Beg Sekolah, Rupanya Mengigau Waktu Senja

Kredit Gambar: instagram.com (Bros Gang)

Tular video seorang murid sekolah rendah yang mengigau dan meminta ibunya untuk hantar dia ke sekolah pada waktu senja. Namun, rupanya murid berkenaan mengigau dan mengingatkan dirinya sudah terlewat ke sekolah memandangkan waktu senja semasa itu disangkakan awal pagi. Rakaman video itu telah mencuit hati netizen sehinggakan video tersebut viral dan ditonton oleh lebih 5 juta pengguna Tiktok.Hasil perkongsian video oleh pengguna Tiktok, Fauzalina Fauzi, iaitu ibu kepada murid berkenaan, berkata beliau terkesima dan terkejut dengan reaksi anak perempuannya yang begitu bersemangat mahu ke sekolah pada waktu itu sedangkan waktu Maghrib hampir tiba. Berikut adalah videonya:

Rakaman video tersebut memperlihatkan murid berkenaan bergegas menggalas beg dan mahu ke sekolah sambil memegang tudung sekolah di tangannya. Kata si ibu, kejadian ini berlaku sekitar jam 7.30 petang apabila Nur Ameliena Mohd Fathi Kamil yang berusia 12 tahun terjaga daripada tidur dan terus bergegas menyiapkan diri untuk ke sekolah kerana takut terlewat.

Kejadian ini bermula apabila abang kepada murid berkenaan, Muhammad Al Hafiz Kamil, telah menghantar mesej sebelum menelefon adiknya untuk membuka pintu rumah kerana ketika itu si adik berada di rumah sendirian. Kata ibu Nur Ameliena, anak keempatnya yang dipanggil ‘adik’ itu kebiasaannya akan makan dan tidur kerana keletihan sejurus pulang daripada sekolah yang jadualnya padat.

Kredit Gambar: mstar.com.my

Nur Ameliena menyangka panggilan telefon daripada abangnya adalah panggilan telefon untuk mengejutkannya daripada tidur supaya ke sekolah tetapi sebenarnya ia adalah panggilan telefon untuk adiknya membuka pintu rumah. Si ibu yang tiba di rumah pada waktu hampir Maghrib itu hanya mampu mengeleng kepala melihat reaksi anak keempatnya daripada 5 beradik.

Apa yang mengagumkan adalah Nur Ameliena menyatakan bahawa dia tidak dapat berfikir melainkan untuk tiba ke sekolah dengan cepat kerana berasa dirinya sudah lewat untuk ke sana. Ini menunjukkan bahawa Nur Ameliena gemar dan suka berada di sekolah.

Kredit Gambar: mstar.com.my

Abangnya, Hafidz, pula mengusik dan menyatakan jam sudah menunjukkan 7.40 semasa Nur Ameliena sedang bergegas untuk ke sekolah, sekali gus memaksa ibunya untuk menghantar dia ke sekolah pada waktu itu. Setelah beberapa lama dijelaskan, barulah Nur Ameliena tahu dirinya sedang dipermainkan. Lantas dia terus masuk ke bilik dan tidak keluar sehinggalah keesokan hari. 

Ibunya juga mengkhabarkan bahawa Nur Ameliena juga tidak turun makan kerana malu ditertawakan oleh abangnya. Menurut beliau lagi, video yang tular ini turut mendapat perhatian daripada guru dan rakan sekolah Ameliena. Ramai rakan yang tersenyum apabila melihat video kegigihan Nur Ameliena yang ingin ke sekolah pada waktu senja. Berkongsi tentang cita-citanya yang ingin menjadi YouTuber, Nur Ameliena gemar membuat video dan menyanyi di masa lapangnya.

mengigau
Kredit Gambar: tiktok.com/@fauzalinafauzi

Rata-rata komen di Tiktok melihat reaksi Nur Ameliena sebagai salah satu perkara biasa terjadi apabila mengigau. Menurut komen SHAZEiN, beliau juga turut bereaksi begitu apabila beliau bangun daripada tidur pada waktu senja. Gelagatnya yang kelam-kabut untuk ke sekolah itu diketawakan oleh nenek beliau. Menurut komen wan_endurotransporter pula, katanya rakannya juga pernah mengalami kejadian yang sama yang mana sebaik sahaja bangun daripada tidur, rakannya bergegas bersiap dan mengayuh basikal sehingga ke depan pintu sekolah.

Gelagat dan reaksi sebegini kadang-kala mencuit hati kita. Walaupun masih bersekolah rendah, Nur Ameliena jelas menunjukkan bahawa dia gembira ke sekolah untuk menjalani pembelajaran. Reaksi sebegini dapat menghiburkan netizen dikala kesibukan yang melanda. Semoga adik Nur Ameliena berjaya mencapai cita-citanya sebagai seorang YouTuber suatu hari nanti. Apa pendapat anda?

Sumber: tiktok.com/@fauzalinafauzi / mstar.com.my

Apa pendapat anda? Dah baca, share dan like, ok!

Perhatian: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Jadi, segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close