8 Meja Belajar Terbaik di Malaysia 2022

Anda mengalami kesukaran untuk fokus dalam pembelajaran? Mungkin sudah tiba masanya untuk mempertimbangkan persekitaran belajar yang lebih selesa. Bermula dengan membeli meja belajar baharu kerana sesetengah meja belajar direka bentuk secara ergonomik untuk membuatkan anda selesa. Tambahan pula, tidak dinafikan proses pembelajaran boleh menjadi bosan dan kita lebih cenderung untuk banyak berfikir apabila kita semakin dewasa. Oleh itu, anda memerlukan kawasan yang selesa di mana anda boleh meletakkan buku dan komputer. Ruang ini haruslah diletakkan di ruangan bebas gangguan supaya anda boleh menumpukan perhatian pada pembelajaran atau kerja anda.

Mempunyai meja belajar yang baik untuk digunakan semasa belajar memberi manfaat kepada kesihatan anda dan membantu anda mencapai keputusan yang lebih baik. Dengan pelbagai jenis meja belajar di pasaran, bagaimana anda hendak memilih meja belajar yang sesuai? Kami telah menyenaraikan 8 Meja Belajar Terbaik dan berkualiti yang boleh anda dapatkan di Malaysia.

Bagaimana Hendak Memilih Meja Belajar yang Sesuai Untuk Anda?

Meja belajar direka khas untuk memberi keselesaan dan kemudahan semasa anda sedang menyiapkan tugasan anda. Disarankan kepada anda untuk mempertimbangkan beberapa faktor penting yang akan membantu anda dalam pemilihan meja belajar yang sesuai serta berkualiti tinggi seperti saiz, ketinggian dan kapasiti penyimpanan.

1. Saiz

Jika anda mempunyai ruang yang kecil, meja belajar berbentuk linear adalah pilihan yang ideal. Ia akan menjimatkan ruang anda. Meja ini boleh diletakkan di dinding atau di bahagian penjuru bilik. 

Kita mempunyai banyak alternatif dalam mencari meja yang sesuai mengikut ruang. Anda boleh memilih meja berbentuk U atau L sekiranya anda mempunyai anak yang ramai ekoran bentuknya yang luas dapat memuatkan 4 atau 5 orang dalam satu meja.

2. Ketinggian

Ketinggian meja adalah aspek yang amat penting untuk diambil kira. Saiz yang sesuai untuk anak anda ialah antara 26 inch hingga 30 inci. Ini adalah ketinggian yang ideal untuk anak anda berasa selamat dan terjamin. 

3. Kapasiti Penyimpanan

Anda harus mempertimbangkan kapasiti penyimpanan meja belajar sebelum membelinya. Alat tulis, kraf dan buku anak anda semuanya harus diletakkan di atas meja. Mendapatkan meja dengan laci yang lebih dalam ialah pilihan yang baik untuk menyimpan lebih banyak item dan memastikan meja sentiasa kemas.

Meja belajar yang baik menawarkan ruang kerja yang selesa serta ruang penyimpanan yang sesuai. Laci meja hendaklah boleh diakses tanpa kesukaran.

8 Meja Belajar Terbaik di Malaysia 2022

1. THE Study Desk Writing Desk Office

THE Study Desk Writing Desk Office
Kredit Gambar: Shopee

Meja belajar ini sangat ideal untuk anda jika anda sedang mencari meja yang mempunyai pelbagai fungsi. Meja ini boleh digunakan sebagai meja belajar, meja kerja, atau meja menulis. Selain itu, rekaannya yang mempunyai ruangan khas di tepi boleh digunakan untuk meletakkan buku atau barang menulis. Dengan ini, ruangan di atas meja akan sentiasa kemas. Meja ini juga mempunyai kualiti yang tinggi selain dijual pada harga yang berpatutan.

Spesifikasi:

  • Dimensi: 120cm (L) x 40cm (W) x 110cm (H)
  • Reka bentuk: 1 reka bentuk
  • Warna: Kayu Coklat 

Kelebihan:

Berkualiti tinggi
Harga Mampu Milik

Harga: RM149.99

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

2. DONNA Series Study Desk

DONNA Series Study Desk
Kredit Gambar: Shopee

DONNA Series Study Desk mengeluarkan meja belajar inovatif bertahap tinggi dengan harga berpatutan. Reka bentuknya yang kukuh dan mempunyai ruangan penyimpanan memberikan anda keselesaan semasa belajar atau bekerja. Oleh itu, produk ini antara meja belajar yang harus anda pertimbangkan untuk dibeli.

Spesifikasi:

  • Dimensi: W1195 X D490 X H720mm
  • Reka bentuk: 1 Reka bentuk
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Warna: Putih

Kelebihan:

Berkualiti tinggi
Mampu Milik

Harga: RM99.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

3. Simple Modern Computer Desk Study Table

Simple Modern Computer Desk Study Table
Kredit Gambar: seetracker

Jika anda inginkan permukaan meja yang ringkas, kukuh, berkapasiti besar, permukaan licin dan keras untuk menulis, membaca dan bekerja, ini adalah meja belajar terbaik untuk anda. Meja ini dipasarkan dengan satu warna sahaja iaitu putih.

Spesifikasi:

  • Dimensi: 80cm (L) x 40cm (W)*72(H) ,100cm (L) x 45cm (W)*73(H),120cm (L) x 45cm (W)*73(H)
  • Reka Bentuk: 1 Reka bentuk
  • Negara pengeluar: Malaysia
  • Warna: Putih 

Kelebihan:

Berkualiti tinggi
Harga Mampu Milik

Harga: RM69.00 – 129.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

4. MF DESIGN MIX 1 Gaming Table

MF DESIGN MIX Gaming Table
Kredit Gambar: Shopee

Ini adalah pilihan terbaik jika anda sedang mencari meja belajar serba guna pada harga yang berpatutan. Reka bentuknya yang ringkas melengkapkan ruang dengan konsep minimalis yang membuatkan ruang anda kelihatan elegan dan kemas.

Spesifikasi:

  • Dimensi: L120cm x W55cm x H72cm(atas meja), ketinggian rak 110 cm.
  • Reka bentuk: 1 Reka Bentuk
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Warna: Putih 

Kelebihan:

Berkualiti Tinggi
Mampu Milik

Harga: RM135.00 – RM179.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

5. Zimeng 3D Professional Self Adhesive Eyelashes

Zimeng D Professional Self Adhesive Eyelashes
Kredit Gambar: Shopee

Jika anda sedang mencari meja belajar dengan rak penyimpanan yang terasing, meja ini merupakan pilihan yang terbaik. Selain rak buku di bahagian atas meja, meja ini juga mempunyai ruang penyimpanan pada bahagian bawah meja. Ia juga dipasarkan pada harga yang berpatutan.

Spesifikasi:

  • Dimensi: 100cm (L) x 48cm (W) x 136cm (H)
  • Reka bentuk: 1 reka bentuk
  • Negara pengeluar: Malaysia
  • Warna: Maple

Kelebihan:

Berkualiti tinggi
Ruang kerja kecil

Harga: RM409.90

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

6. Modern Simple Computer Desk

Modern Simple Computer Desk
Kredit Gambar: Shopee

Kebanyakan meja pejabat di pasaran tidak mempunyai ruang simpanan. Untuk kemudahan anda, meja ini mempunyai ruang penyimpanan di bawah meja yang boleh anda gunakan. Ruang simpanan tersebut membolehkan anda menyimpan bahan pembelajaran. Selain itu, meja ini juga mempunyai laci yang boleh menyimpan pelbagai buku, alat tulis, hiasan dan barangan lain untuk mudah diakses.

Spesifikasi:

  • Dimensi: 120cm (L) x 60cm (W) x 72cm (H)-140cm (L) x 60cm (W) x 72cm (H)
  • Reka bentuk: 1 reka bentuk
  • Negara pengeluar: Malaysia
  • Warna: Maple Sakura , Light Walnut 

Kelebihan:

Berkualiti tinggi
Dua warna
Ruang simpanan

Harga: RM399.00 – RM499.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

7. Standard Computer Desk

Standard Computer Desk
Kredit Gambar: Shopee

Meja komputer standard mempunyai asas reka bentuk yang menarik dan lengkap berfungsi selain sesuai untuk sebarang persekitaran. Meja ini didatangkan dengan saiz standard membolehkannya diletakkan di pelbagai ruangan rumah. Tambahan pula, harganya yang sangat murah menjadikannya antara pilihan meja belajar yang paling disukai oleh para pembeli.

Spesifikasi:

  • Dimensi: 87cm(W) ​​x 73cm(H) x 50cm(L)
  • Reka bentuk: 1 reka bentuk
  • Negara Pengeluar: Malaysia

Kelebihan:

Berkualiti tinggi
Ruang simpanan
Harga Mampu Milik

Harga: RM89.99

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

8. Multi Compartments Writing Table Computer Desk

Multi Compartments Writing Table Computer Desk
Kredit Gambar: Shopee

Reka bentuknya ringkas, moden dan sesuai digunakan di pelbagai lokasi termasuk bilik tidur, ruang tamu, ruang belajar, bilik komputer, dan pejabat. Ia boleh digunakan sebagai meja belajar, meja komputer, meja kerja, atau meja menulis. Meja ini mempunyai beberapa bahagian penyimpanan. Selain itu, meja ini dipasarkan dengan 2 pilihan warna dan ditawarkan pada harga yang berpatutan.

Spesifikasi:

  • Dimensi: 120cm (L) x 45cm (W) x 92cm (H)
  • Reka bentuk: 1 reka bentuk
  • Negara Asal: Malaysia
  • Warna: Putih, Coklat Muda dan Coklat

Kelebihan:

Berkualiti tinggi
Ruang simpanan

Harga: RM109.90

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close