Melaka Bakal Buka Disneyland Pada 2027 Nanti

Menurut sidang media pada 15 November baru-baru ini, Melaka dikhabarkan akan membuka taman tema Disney yang digelar Disney City berkeluasan 150 hingga 200 ekar di daerah Jasin, Melaka. 

Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka, iaitu Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata taman tema Disney ini akan menjadi taman tema pertama di ASEAN. 

Kalau ikutkan di luar, Amerika Syarikat telah pun ada Disneyland, selain daripada China, Hong Kong, Perancis dan juga Jepun. Kini, Malaysia bakal mempunyai Disneyland yang akan menarik ramai pelancong untuk datang ke Malaysia dan menikmati percutian ajaib mereka di Taman Disney.

Disney-
Disney-

Dengan adanya Taman Tema Disneyland ini, jumlah pelancong dijangka akan mencapai sasaran 20 juta dalam tempoh 3 tahun sepertimana pada tahun 2019 yang mencatatkan 18.7 juta pelancong di Malaysia. 

Untuk makluman anda, Taman Disney terbesar yang pernah ada terletak di Orlando, Florida, Amerika Syarikat, iaitu dengan keluasan 25,000 ekar manakala Tokyo Disneyland yang terletak di Urayasu Chiba, Jepun pula berkeluasan 115 ekar. Dengan adanya Taman Disney di Malaysia, jumlah pelancong dijangka akan mengalami peningkatan dari semasa ke semasa.

Disney-

Malaysia bukan sahaja kaya dengan makanan yang pelbagai, tetapi budaya dan bahasa juga pelbagai. Tempat bersejarah dan tarikan juga dijangka akan menjadikan percutian ke Malaysia lebih menarik dan berinformatif.

Terkini, kerajaan Melaka turut merancang untuk membangunkan sistem ‘Maglev’ sepanjang 22 kilometer untuk menghubungkan kawasan tumpuan pelancongan Melaka. Dengan adanya sistem pengangkutan ini, aktiviti melancong ke Melaka menjadi lebih mudah dan lancar.

Bagi yang tidak tahu, ‘Maglev’ merupakan pengangkutan kereta api yang menggunakan elekrtomagnet. Nilai pelaburan bagi talian ‘Maglev’ dianggarkan berjumlah USD200 juta (kira-kira RM 900 juta) sepertimana yang dilaporkan oleh BERNAMA. 

Muhammad Jailani membuat pengumuman tersebut selepas beliau menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi projek yang dicadangkan itu.

Disney-

Selepas ini, industri pelancongan Malaysia bakal berterusan menjadi antara sektor utama yang menyumbang kepada pendapatan negara. Para pelancong pasti akan memilih Malaysia untuk menikmati percutian mereka memandangkan Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai ‘syurga makanan’ di Asia Tenggara ini. Apa pendapat anda?

Sumber: New Strait Times

Apa pendapat anda? Dah baca, share dan like, ok!

Perhatian: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Jadi, segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close