Mengidam Popia Sehingga Bersalin, Buat Abang Popia Terharu

Baru-baru ini di video Tiktok Abang Popia, beliau ada memuat naik satu video yang menunjukkan betapa setianya pelanggan popia di gerainya. Salah seorang pelanggannya, yang digelar Puan Wani mengatakan bahawa ini adalah kali kedua dia merasai popia yang dihasilkan oleh Abang Popia ini. Pertama kali dahulu adalah ketika adik Puan Wani datang ke gerai Abang Popia untuk mencuba popia yang disukai ramai ini.

Berikut adalah video Tiktok yang dimuat turun oleh Abang Popia:

@abgpopia

Haritu adik datang. Ni akak pula datang lepas bersalin. #fyp #fypシ

♬ suara asli – segalasumber – segalasumber

“Sejak saya mengandung sampai bersalin, saya mengidam popia ini,” ujar Puan Wani kepada Abang Popia. Mendengarkan kata-kata pelanggannya itu, Abang Popia berasa terkejut dan terharu dengan sokongan dan sambutan yang diberikan oleh para pelanggannya terhadap popia yang dijual.

Menurut Puan Wani lagi, adiknya pernah viralkan gerai Abang Popia yang sebenarnya diberi nama Popia Tok Leha. Abang Popia pula adalah peniaga yang menjual popia kepada para pelanggan di sana. Untuk makluman anda, gerai popia ini menjalankan perniagaannya di Seksyen 7, Bangi.

Kredit gambar: tiktok.com/@abgpopia

Sebenarnya, Abang Popia sering ‘live’ sewaktu berniaga untuk berinteraksi dengan para pelanggan di media sosial dan juga di gerai tersebut. Beliau juga akan memberitahu keadaan semasa stok popia yang ada di gerai supaya para pelanggan yang jauh tidak datang ke gerainya jikalau stok popia pada waktu itu telah habis. Ini kerana beliau berasa kasihan jika para pelanggan datang dari jauh tetapi tidak dapat merasai popianya kerana habis.

@waneebhrn
Kredit gambar: tiktok.com/@waneebhrn

Boleh dikatakan setiap kali Abang Popia membuka gerainya, ramai pelanggan yang akan beratur dan menunggu giliran mereka untuk membeli popia yang dikatakan sedap ini. Bahkan  ada yang datang dari jauh seperti Ipoh, Sarawak dan juga Sungai Petani untuk merasai popia viral ini. Bahkan pelanggan yang datang ke gerainya ini terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, daripada ibu mengandung sehinggalah kepada kanak-kanak. Semuanya akan kerap berkunjung ke sini untuk mendapatkan popia yang padu.

Peniaga Popia
Kredit Gambar: dailymakan.com / @abgpopia

Gerai Popia Tok Leha ini menjual beberapa set popia yang boleh disesuaikan mengikut kehendak dan cita rasa para pelanggan. Terdapat Set A, Set B dan juga Set C. Set A mengandungi 4 batang popia dengan harganya RM 5.00, Set B pula terdiri daripada 9 batang popia yang berharga RM 10.00. Set C mengandungi 20 batang popia yang berharga RM 20.00. Selain popia, Takoyaki juga turut dijual di gerai ini.

popia
Kredit gambar: tiktok.com/@waneebhrn

Popia yang dijual ini saiznya besar dan padat. Intinya pula padat dengan bahan tambahan seperti sayur. Sos pencicah popia ini dibuat sedikit pekat bagi menonjolkan rasa kemanisan dan kesedapan popia tersebut. Sos pencicah inilah yang menarik ramai pelanggan kerana sosnya lain daripada lain. Kalau anda nak cuba, datanglah ke Seksyen 7, Bangi. Anda pasti tidak menyesal!

a
Kredit Gambar: tiktok.com/@abgpopia 

Menurut komen-komen di Tiktok, ramai yang menyokong perniagaan Abang Popia sepertimana komen daripada Nor Atiqah Othman. Selain itu, komen daripada Jalin Jalin pula bertanya tentang jam berapa Abang Popia akan membuka gerainya kerana isterinya mengidam untuk memakan popia ini.

b
Kredit Gambar: tiktok.com/@abgpopia

Menurut komen daripada Chai_ohsempoi Ayam Slayer pula mendoakan semoga perniagaan popia ini dimurahkan rezeki mereka. Paling menarik, komen daripada mamaieyma2733 ini berkata dirinya berjaya merasa popia daripada Abang Popia selepas habis pantang. Ini menunjukkan popia daripada Abang Popia ini benar-benar menepati cita rasa para pelanggannya.

Buat penduduk yang berdekatan dengan gerai Abang Popia, terutamanya penduduk di sekitar Bangi, apa tunggu lagi? Jom dapatkan Popia Tok Leha ni! Admin pesan, pastikan datang awal dan dapatkan nombor giliran anda agar tidak terlepas peluang untuk dapatkan popia yang sekali makan, pasti nak lagi! #supportabangpopia. Ramai yang suka popia ni, apa pula pendapat netizen lain?

Sumber: tiktok.com/@abgpopia / dailymakan.comtiktok.com/@waneebhrn

Apa pendapat anda? Dah baca, share dan like, ok!

Perhatian: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Jadi, segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close