10 Mentega Terbaik Untuk Baking di Malaysia 2022

Mentega ialah produk tenusu yang kaya dengan lemak dan protein yang penting untuk pelbagai jenis makanan. Walaupun mentega diperbuat daripada susu lembu yang boleh didapati secara meluas, namun mentega yang diperbuat daripada kambing, biri-biri, kerbau dan yak agak sukar untuk didapati di pasar raya. Mentega juga boleh digunakan dalam masakan seperti baking, memasak, menggoreng dan sebagai sapuan pada roti.

Terdapat dua jenis mentega yang boleh didapati di pasaran fizikal dan dalam talian iaitu mentega masin dan mentega tanpa garam. Pilihan ini membolehkan orang ramai mencuba pelbagai resipi kerana setiap jenis mentega menawarkan hasil yang berbeza. Jika anda masih keliru mengenai mentega apa yang sesuai untuk ‘baking’, jangan risau kerana ini merupakan senarai 10 mentega terbaik untuk baking yang anda boleh dapati di Malaysia. 

Apa yang Boleh Anda Makan Dengan Mentega?

Kebanyakan orang mengatakan bahawa setiap makanan yang menggunakan mentega secara automatik akan lebih enak. Hal ini disokong oleh fakta bahawa mentega diperlukan dalam penyediaan pelbagai jenis makanan, termasuk roti, biskut, kek, dan pastri. Terdapat juga minuman yang dipanggil Butter Coffee yang menggunakan mentega tanpa garam untuk rasa berkrim dan boleh membuatkan anda berasa kenyang untuk tempoh yang lama. 

Apakah Kelebihan Mentega?

Selain daripada rasanya yang berkrim dan lazat, mentega juga mempunyai beberapa manfaat kesihatan yang harus diketahui. Mentega tinggi dengan nutrien yang boleh membantu anda menguatkan tulang dan mengurangkan risiko obesiti serta penyakit jantung. Oleh kerana sebatian karbohidrat rendah dalam mentega, ia juga sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Diingatkan bahawa, mentega perlu diambil dalam kuantiti sederhana ekoran ia masih tinggi kalori dan mengandungi lemak tepu.

10 Mentega Terbaik Untuk Baking di Malaysia 2022

1. Seri Pelangi Margarine

Seri Pelangi Margarine
Kredit Gambar: Shopee

Marjerin Seri Pelangi ialah marjerin berkrim yang diperbuat daripada minyak kelapa sawit dan bebas bahan kimia, menjadikannya selamat untuk dimakan. Ia sesuai untuk membakar pelbagai jenis pencuci mulut seperti kek, roti dan pastri. Anda juga boleh menggunakan marjerin ini untuk menambah rasa dan pewangi pada nasi anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: Minyak Sawit, Stearin Sawit, Minyak Inti Sawit, Air, Garam, Lesitin Soya, Perisa, Perapi Makanan, Pengawet, Antioksidan, Pewarna yang dibenarkan
  • Berat: 1 kg

Kelebihan:

Berperisa
Mudah didapati di pasaran

Harga: RM8.30

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Anchor Unsalted Butter

Anchor Unsalted Butter
Kredit Gambar: Anchor Dairy

Anchor Unsalted Butter diperbuat daripada susu tulen dari New Zealand. Mentega ini kaya dengan rasa lemak berkrim dan sempurna untuk disapu pada roti bakar. Mentega ini juga mengeluarkan rasa yang optimum dalam adunan dan masakan. Rasanya yang lazat menjadikan hidangan anda lebih menarik dan menjadi pilihan mentega yang paling digemari oleh seisi keluarga.

Spesifikasi:

  • Bahan: Krim Pasteur (daripada susu lembu)
  • Berat: 227 gm

Kelebihan:

Mentega tulen
Lemak berkrim

Harga: RM10.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Anchor Salted Butter Pat 

Anchor Salted Butter Pat
Kredit Gambar: Anchor Dairy

Anchor Salted Butter Pat diperbuat daripada krim pasteur berkualiti tinggi dan mempunyai warna keemasan semula jadi. Selain itu, mentega ini juga bebas daripada bahan tambahan, pengawet dan pewarna. Mentega ini sangat sesuai digunakan untuk membuat pencuci mulut, kek, biskut, aising dan sos. Mentega ini boleh didapati dengan mudah di pasaran fizikal dan dalam talian.

Spesifikasi:

  • Bahan: Krim Pasteur, Air, Garam
  • Berat: 250 gm

Kelebihan:

Mudah untuk didapatkan
Bahan-bahan berkualiti tinggi

Harga: RM12.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Buttercup Luxury Spread Salted Butter

Buttercup Luxury Spread Salted Butter
Kredit Gambar: Bake With Yen

Buttercup Luxury Spread Salted Butter merupakan antara mentega yang menjadi pilihan ekoran ia boleh didapati di setiap pasar raya dan kedai bekalan roti. Mentega ini merupakan komponen perasa tambahan yang digunakan pada beberapa makanan seperti stik, roti ataupun campuran sayuran. Teksturnya yang lembut dan masin serta dilengkapkan dengan rasa kekacang yang lembut menjadikannya sesuai untuk membakar, memasak atau sapuan pada roti bakar.

Spesifikasi:

  • Bahan: Minyak Sawit, Minyak pati Sawit, Lemak Susu, Susu Tepung, Garam, Lesitin Soya, Mengandungi Pengemulsi yang Dibenarkan, Perisa (mengandungi Susu), Pewarna (Beta Karotena)
  • Berat: 250 gm

Kelebihan:

Harga berpatutan
Tidak mengandungi trans lemak

Harga: RM7.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. QBB Pure Ghee 

QBB Pure Ghee
Kredit Gambar: Shopee

QBB Pure Ghee dihasilkan daripada lemak susu tulen yang terdiri daripada nutrisi semula jadi. Ia mempunyai tekstur yang agak pekat dan berkrim serta mempunyai takat pembakaran yang tinggi, menjadikannya sesuai untuk digunakan pada beberapa makanan seperti Roti Canai, cip coklat dan kek.

Spesifikasi:

  • Bahan: Lemak Susu Tulen (Butterfat) 
  • Berat: 150 gm

Kelebihan:

Bebas laktosa
Menawarkan beberapa vitamin

Harga: RM14.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. OKI ButterRich Margarine

OKI ButterRich Margarine
Kredit Gambar: SNF Cake

OKI ButterRich Marjerin ialah mentega baking seberat 1 kg yang mempunyai kualiti premium serta dijual pada kadar harga yang rendah sekaligus menjadikannya pilihan yang terbaik untuk dijadikan mentega baking. Ia mempunyai tekstur yang lembut dan halus, jadi ia sesuai digunakan sebagai sapuan atau ‘spread’, bahan masakan, menggoreng ataupun ‘baking’.

Spesifikasi:

  • Bahan: Minyak Sawit, Minyak Inti Sawit, Lemak Susu, Garam
  • Berat: 1 kg

Kelebihan:

Tahan lama
Bagus untuk mereka yang mempunyai bajet yang sedikit

Harga: RM13.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Masters From Europe Real Salted Butter

Masters From Europe Real Salted Butter
Kredit Gambar: Shopee

Master From Europe Real Salted Butter ialah mentega berkualiti premium dari negara Eropah. Ia dihasilkan daripada susu lembu yang diberi makan rumput segar. Oleh itu, mentega ini bebas daripada bahan tambahan, pengawet dan pewarna. Ia sesuai untuk pelbagai jenis masakan termasuklah membuat kuih, sapuan di atas roti dan juga untuk menggoreng.

Spesifikasi:

  • Bahan: Krim Pasteurisasi (lemak susu lembu), Pemula Laktik, Garam
  • Berat: 250 gm

Kelebihan:

Dihasilkan daripada lembu yang diberi makan rumput segar
Tahan lebih daripada 3 bulan

Harga: RM9.60

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. SCS Salted Butter

SCS Salted Butter
Kredit Gambar: NTUC FairPrice

SCS Salted Butter diperbuat daripada 100% susu lembu yang diberi makan rumput segar. Mentega ini mempunyai nutrisi yang lebih tinggi dan lebih sihat berbanding mentega biasa. Mentega masin SCS ini merupakan produk keluaran Australia yang lazimnya dihidangkan bersama roti bakar, wafel serta boleh digunakan ketika baking.

Spesifikasi:

  • Bahan: Krim Pasteurisasi, Air, Garam (min. 80% Lemak Susu)
  • Berat: 250 gm

Kelebihan:

Tekstur yang licin dan lembut
Pilihan ramai

Harga: RM14.25

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. Lurpak Unsalted Butter

Lurpak Unsalted Butter
Kredit Gambar: Lurpak

Lurpak Unsalted Butter mempunyai rasa segar yang lazat dan sesuai digunakan untuk memasak dan baking. Ia juga boleh dijadikan sapuan pada roti ekoran rasa masinnya tidak menenggelamkan rasa mentega sebenar. Mentega ini diperbuat daripada susu segar dan garam dalam memastikan kehalusan dan kesegaran berkualiti tinggi.

Spesifikasi:

  • Bahan: Mentega (Susu), Kultur Laktik (Susu)
  • Berat: 250 gm

Kelebihan:

Tanpa serat lemak
Menawarkan hasil yang lebih rangup

Harga: RM9.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. Masters From Europe Real Unsalted Butter

Masters From Europe Real Unsalted Butter
Kredit Gambar: Open Taste

Mentega ini merupakan satu lagi jenis mentega keluaran Masters From Europe. Bahan-bahannya dipilih dengan teliti untuk menawarkan mentega baking yang berkualiti tinggi dengan rasa yang lazat. Mentega tanpa garam ini dihasilkan daripada susu lembu yang diberi makan rumput segar bagi menjamin kesihatan dan kualitinya.

Spesifikasi:

  • Bahan: Krim Pasteurisasi (lemak susu lembu), Pemula Laktik
  • Berat: 250 gm

Kelebihan:

100% Semula jadi
Tanpa garam

Harga: RM9.60

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close