8 Mesin Pencukur Laser Terbaik di Malaysia 2024

Penggunaan kaedah penyingkiran bulu dengan laser mungkin menjadi pilihan yang baik sekiranya anda penat menggunakan teknik yang biasa. Mesin pencukur laser adalah satu alat teknologi yang membolehkan anda untuk menghalang pertumbuhan bulu. Ia boleh digunakan untuk menyingkirkan bulu-bulu halus daripada muka, peha, dagu, bahagian belakang badan, lengan, ketiak, ‘bikini line’, dan kawasan-kawasan yang lain. Ia mengambil 6 hingga 9 sesi bagi mendapatkan hasil yang memuaskan. Selain itu, rawatan atau proses ini dilakukan sekali dalam tempoh sebulan.

Anda akan mendapati kawasan yang terlibat akan menjadi semakin cerah dengan penggunaan yang konsisten. Selain itu, pertumbuhan bulu juga akan menjadi semakin perlahan. Justeru, kami amat teruja untuk kongsikan kepada anda 8 Mesin Pencukur Laser Terbaik di Malaysia yang sesuai untuk lelaki mahupun wanita!

Adakah mencukur menggunakan laser sesuatu yang sakit?

Ya, penggunaan kaedah laser ini tidak dinafikan sememangnya akan menyebabkan ketidakselesaan. Namun, pendekatan ini kurang menyakitkan berbanding penggunaan cara lain, iaitu mencukur dan ‘waxing’. Anda perlu membuat pilihan yang terbaik bagi memastikan produk yang yang pilih sesuai dengan anda. Anda disarankan untuk menggunakan mesin pencukur yang dilengkapi dengan tetapan ‘ice-cool’ bagi menambahkan keselesaan anda ketika proses tersebut!

Apakah kesan selepas menggunakan laser? 

Haba laser berfungsi untuk melemahkan folikel bulu. Jadi, kulit anda mungkin akan menjadi kemerah-merahan dan lebam selepas rawatan tersebut. Selain itu, anda mungkin akan mengalami sensasi ‘sunburn’ yang biasa. Namun, anda tidak perlu risau kerana kesan tersebut akan hilang dalam masa beberapa jam sahaja.

8 Mesin Pencukur Laser Terbaik di Malaysia 2024

Advertise With My Weekend Plan

1. Ulike Diamond Air+ IPL Laser Hair Removal

Ulike Diamond Air IPL Laser Hair Removal
Kredit gambar: Shopee

Ulike Diamond Air+ IPL Laser Hair Removal adalah salah satu produk yang laku keras di pasaran Shopee. Hal ini dipercayai kerana ia memiliki ciri ‘infinite flash’ yang membolehkan anda menggunakannya sepanjang hayat tanpa perlu risau tentang penggunaannya. Produk ini dilengkapi dengan mod ‘ice-cooling’, sekali gus membolehkan anda untuk menjalani proses rawatan tersebut tanpa rasa atau kesan ‘sunburn’.

Spesifikasi:

  • Flashes: Infinite flash
  • Tahap tenaga: 5 tahap
  • Warna: Hijau

Kelebihan:

Infinite flash
Dilengkapi teknologi penyejukan ais Sapphire
Rawat seluruh badan dalam masa 10 minit

Harga: RM1199.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. SweetPeachier Premium IPL Laser Hair Removal Handset

SweetPeachier Premium IPL Laser Hair Removal Handset
Kredit gambar: Sweet Peachier

SweetPeachier Premium IPL Laser Hair Removal Handset dihasilkan dengan ciri 300,000 ‘flashes’. Ia memiliki jangka hayat selama sekitar 10 tahun. Jadi, anda boleh menggunakan mesin pencukur ini untuk jangka masa yang lama. Tambahan pula, ia mempunyai waranti selama 1 tahun yang membolehkan anda untuk membuat tuntutan sekiranya alat pencukur tersebut tidak berfungsi dengan baik. Apa yang mengujakan tentang produk ini adalah ia sesuai untuk digunakan ke atas semua jenis kulit dan jantina!

Spesifikasi:

  • Flashes: 300,000 flashes
  • Tahap tenaga: Tidak dinyatakan
  • Warna: Putih mutiara, rose gold

Kelebihan:

Sesuai untuk semua jenis kulit
Tidak perlukan pengecasan
Menyingkirkan bulu dengan berkesan

Harga: RM365.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Skillano Pro IPL Laser Hair Removal Machine

Skillano Pro IPL Laser Hair Removal Machine
Kredit gambar: Lazada

Skillano Pro IPL Laser Hair Removal Machine adalah pilihan ideal jika anda berkeinginan untuk membeli mesin mencukur dengan bajet yang terhad. Meskipun ia menawarkan harga yang lebih murah berbanding produk jenama lain, fungsi Skillano Pro IPL Laser Hair Removal Machine sangat ‘top’ dan hebat. Hal ini kerana ia memiliki 500,000 ‘flashes’ di mana membolehkan anda untuk menggunakan mesin pencukur ini sehingga tempoh 5 tahun. Mesin pencukur ini juga membenarkan anda untuk menggunakan tahap tenaga yang berbeza serta mod ‘falshing’ yang auto atau manual untuk kawasan tersebut. Perkara ini membantu untuk melicinkan dan mencerahkan kawasan yang terlibat dengan lebih baik!

Spesifikasi:

  • Flashes: 500,000 flashes
  • Tahap tenaga: 5 tahap
  • Warna: Hitam matte, putih glossy

Kelebihan:

Mampu milik
Mesra alam
Menyingkirkan bulu dengan berkesan

Harga: RM489.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Skillano Pro Ice Cool Ipl Hair Removal Machine 

Skillano Pro Ice Cool Ipl Hair Removal Machine
Kredit gambar: Shopee

Skillano Pro Ice Cool Ipl Hair Removal Machine terdiri daripada 1,000,000 ‘flashes’ yang boleh tahan sehingga tempoh 10 tahun. Anda hanya perlu menyambungkan plug pada alat tersebut apabila ingin menggunakannya. Ia tidak memerlukan bateri atau sebarang pengecasan yang lain. Tambahan pula, Skillano Pro Ice Cool Ipl Hair Removal Machine mempunyai mod ‘ice-cool’ yang memberikan kesan sejuk sepanjang proses atau rawatan tersebut sedang berlangsung. 

Spesifikasi:

  • Flashes: 1,000,000 flashes
  • Tahap tenaga: 5 tahap
  • Warna: Putih mutiara, phantom black

Kelebihan:

Dilengkapi mod ‘ice-cool’
Menyingkirkan bulu dengan berkesan dan kekal
Mesra alam

Harga: RM749.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Lescolton Newest IPL Icecool Laser Hair Removal

Lescolton Newest IPL Icecool Laser Hair Removal
Kredit gambar: Lescolton

Lescolton Newest IPL Icecool Laser Hair Removal terdiri daripada lima tahap kuasa yang berbeza. Anda boleh menetapkan tahap tenaga itu mengikut sensitiviti kulit anda. Selain itu, mesin pencukur laser ini mempunyai ‘cold compression’ bagi mengurangkan suhu kulit. Hal ini bertujuan untuk memastikan anda melaksanakan proses atau rawatan tersebut dengan mood yang baik. Jadi, anda tidak perlu terlampau takut akan rasa sakit atau ‘overheated’ semasa berlakunya proses tersebut.

Spesifikasi:

  • Flashes: 400,000 flashes
  • Tahap tenaga: 5 tahap
  • Warna: Hijau

Kelebihan:

Selesa dan tidak sakit
Super cooling
Mampu milik

Harga: RM425.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Ulike Diamond Rose IPL Laser Machine Hair Removal 

Ulike Diamond Rose IPL Laser Machine Hair Removal
Kredit gambar: Shopee

Ulike Diamond Rose IPL Laser Machine Hair Removal merawat kulit dengan cahaya ‘pulse’ yang kuat (IPL); di mana tenaga cahaya berubah menjadi haba, merosakkan struktur regeneratif folikel rambut. Hasilnya, ia boleh menghalang perkembangan rambut, menyebabkan rambut mengecut dan gugur. Apa yang paling penting, anda boleh menggunakannya seumur hidup kerana ia mempunyai ‘unlimited flash’.

Spesifikasi:

  • Flashes: Tidak terhad
  • Tahap tenaga: Tidak dinyatakan
  • Warna: Hitam

Kelebihan:

Tidak sakit
Flash tidak terhad
Amat berkesan

Harga: RM1829.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. CkeyiN 999900 Flashes IPL Permanent Hair Removal Device

CkeyiN Flashes IPL Permanent Hair Removal Device
Kredit gambar: Lazada

CkeyiN 999900 Flashes IPL Permanent Hair Removal Device memudahkan rawatan anda. Hal ini kerana anda hanya perlu untuk menekan butang yang disediakan bagi menetapkan intensiti yang anda inginkan. Anda boleh menggunakan mesin pencukur laser ini pada semua bahagian badan, iaitu di lengan, peha, ketiak, bibir, ‘bikini area’ dan banyak lagi. Tambahan pula, ia datang dengan 2 mod, iaitu mod manual dan automatik sekali gus menjadikan proses melicinkan kulit anda dengan lebih efisien dan menjimatkan masa.

Spesifikasi:

  • Flashes: 500,000 flashes
  • Tahap tenaga: 5 tahap
  • Warna: Hijau

Kelebihan:

Mampu milik
Mudah digunakan
Mudah alih

Harga: RM102.34

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Lescolton Sapphire Freezing Point Laser Hair Removal Instrument

Lescolton Sapphire Freezing Point Laser Hair Removal Instrument
Kredit gambar: Lazada

Lescolton Sapphire Freezing Point Laser Hair Removal Instrument berkesan untuk menyingkirkan bulu dengan sensasi ‘cool icy’ bagi mengelakkan rasa ketidakselesaan anda. Tambahan pula, ia mempunyai sensor tona kulit yang automatik, di mana ia berfungsi untuk mengenal pasti jenis warna kulit dan menetapkan intensiti gelombang cahaya bagi memberikan hasil yang memuaskan hati anda!

Spesifikasi:

  • Flashes: 400,000 flashes
  • Tahap tenaga: 5 tahap
  • Warna: Hitam, putih

Kelebihan:

Dilengkapi sensor kulit automatik
Sensasi rasa sejuk
Menyingkirkan bulu dengan berkesan

Harga: RM499.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close