10 Micellar Water Terbaik di Malaysia 2022

Micellar Water diperbuat daripada ‘micelles’ iaitu molekul berukuran kecil yang berfungsi sebagai magnet untuk menyedut segala kotoran, minyak serta sisa solekan di wajah. Namun, jangan pula keliru, micellar water ini bukanlah ‘toner’, ‘milk cleanser’ mahupun pembersih wajah.

Jadi, mengapa anda memerlukan micellar water? Tidakkah pembersih wajah mempunyai fungsi yang sama? Micellar water merupakan air yang digunakan ketika proses pembersihan kotoran seperti solekan dan minyak tanpa menggunakan sebarang sabun. Hal ini dapat membantu dalam menjaga keseimbangan fisiologi kulit wajah anda. Berikut adalah 10 micellar water terbaik Malaysia pada tahun 2022.

Berikut adalah panduan penggunaan untuk rujukan anda:

  1. Penggunaan

Rendamkan pad kapas di dalam micellar water untuk memudahkan anda menanggalkan solekan atau membersihkan wajah anda. Kemudian, titiskan sedikit micellar water pada tangan anda untuk dijadikan sebagai toner bagi menambah kelembapan pada wajah anda.

  1. Masa

Anda boleh menggunakannya pada waktu siang dan malam atau bila-bila masa yang anda perlukan untuk membersihkan kotoran dan solekan dengan teliti.

  1. Jenis kulit

Micellar water selamat digunakan untuk semua jenis kulit seperti kulit normal, kering, sensitif, berjerawat dan berminyak. Walau bagaimanapun, perlu diingati untuk mengelakkan micellar water yang mengandungi alkohol, paraben, dan minyak pati. 

10 Micellar Water Terbaik di Malaysia 2022

1. Garnier Micellar Water

Garnier Micellar Water
Kredit gambar: Brivane

Garnier Micellar Water ini merupakan produk yang sangat efektif untuk menghapuskan solekan, membersihkan kotoran sekali gus menyegarkan wajah dengan 1 sentuhan. Produk ini sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif. Bukan itu sahaja, produk ini juga telah diuji secara dermatologi dan disahkan halal. Selain itu, perlu diingati juga untuk menggunakan pelembap selepas membersihkan muka anda dengan micellar water. 

Spesifikasi:

  • Isi padu: 400 ml   
  • Bahan: Aqua, Hexylene Glycol, Gliserin, Disodium Cocoamphodiacetate, Disodium Edta, Poloxamer 184, Polyaminopropyl Biguanide
  • Negara Pengeluar: Perancis 

Harga: RM 22.33

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. AIKEN Prebiotic Hydra Micellar Water

AIKEN Prebiotic Hydra Micellar Water

Kredit gambar: Watsons

AIKEN Prebiotic Hydra Micellar Water ini sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. Micellar Water ini mengandungi ekstrak air beras yang mampu membersihkan muka anda dengan lembut dan menyeluruh sekali gus melegakan wajah daripada sebarang kerengsaan. Ia juga diformulasikan dengan prebiotik bagi menjadikan kulit anda lebih bersih, cerah serta mengekalkan kelembapan kulit.

Spesifikasi:

  • Isi padu: 300 ml   
  • Bahan: Air, Propanediol, PEG-6 Caprylic/​Capric Gliseride, PEG-7 Glyceryl Cocoate, Minyak Zaitun PEG-7 Ester, Betaine, Sodium PCA, Gliserin, Disodium EDTA, Sodium Citrate, Xanthan Gum, Sodium Hyaluronate, Citric Acid, Butylene Glycol, Alpha-Glucan Oligosaccharide, Polymnia Sonchifolia Root Juice, Aspergillus Ferment, Maltodextrin, Lactobacillus, Phenoxyethanol, Chlorphenesin
  • Negara Pengeluar: Malaysia 

Harga: RM 17.52

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

3. SIMPLE Micellar Cleansing Water

SIMPLE Micellar Cleansing Water
Kredit gambar: Watsons

SIMPLE Micellar Cleansing Water ini dirumus khas untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif dan berjerawat. Ia diperkaya dengan bahan-bahan multivitamin seperti ‘Chamomilla Recutita Flower’, Niacinamide serta vitamin B3 dan vitamin C yang menjadikan kulit anda bersih dengan sempurna. Selain itu, ia juga tidak perlu dibilas serta dapat meningkatkan kualiti dan hidrasi kulit anda sehingga 90%. 

Spesifikasi:

  • Isi padu: 400 ml   
  • Bahan: Aqua, Hexylene Glycol, Gliserin, PEG-6 Caprylic/Capric Gliserides, Phenoxyethanol, Cetrimonium Chloride, Tetrasodium EDTA, Propylene Glycol, Citric Acid, Cetylpyridinium Chloride, Sodium Chloride, Niacoramide Chloride , Panthenol 
  • Negara Pengeluar: British 

Harga: RM 25.60

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Maybelline Micellar Water Makeup Remover

Maybelline Micellar Water Makeup Remover
Kredit gambar: Watsons

Maybelline Micellar Water Makeup Remover ini bertindak sebagai ejen penyingkiran kotoran serta melindungi kulit anda daripada pencemaran dan kekeringan. Produk ini mampu menghapuskan semua jenis solekan dengan intensif tanpa meninggalkan rasa pedih pada wajah. Anda tidak perlu risau kerana micellar water ini bebas daripada pewarna dan alkohol. 

Spesifikasi:

  • Isi padu: 400 ml   
  • Bahan: Aqua / Air,hexylene Glycol,glycerin,bht,disodium Cocoamphodiacetate, Disodium Edta,poloxamer 184,polyaminopropyl Biguanid
  • Negara Pengeluar: Amerika Syarikat 

Harga: RM 30.51

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Wardah Lightening Oil-Infused Micellar Water

Wardah Lightening Oil Infused Micellar Water
Kredit gambar: Shopee

Wardah Lightening Oil-Infused Micellar Water dihasilkan dengan asas minyak untuk membersih secara mendalam, menanggalkan mekap jenis ‘waterproof’ serta membersihkan liang pori yang tersumbat akibat sisa kotoran solekan, minyak dan habuk. Ia juga mengandungi formula ‘pH-balanced’ yang dapat mengimbangi tahap pH semula jadi kulit serta mengekalkan kelembapan semula jadi kulit. Micellar water ini boleh digunakan untuk semua jenis kulit.

Spesifikasi:

  • Isi padu: 100 ml   
  • Bahan: Aqua, Cyclopentasiloxane, Isohexadecane, Dicaprylyl Carbonate, Hexylene Glycol, Niacinamide, Minyak Zaitun PEG-7 Ester, Minyak mineral (Paraffinum Liquidum), Natrium Klorida, Phenoxyethanol, Cyclotetrasiloxane, Prunus Amygdalin, Prunus Amygdalin , Benzalkonium Chloride, Disodium EDTA, Ethylhexylglycerin, Propylene Glycol, Cucumis Sativus Fruit Extract, Decyl Glucoside, Macadamia Ternifolia Seed Oil, Glycine Soja (Soya) Oil, Persea Gratissima (Avocado) Oil, Simmondsia Chinensis (Jedojogrance Oil), Simmondsia Chinensis (Jedojogrance Oil) , Isobornyl Acetate, Ekstrak Bunga Calendula Officinalis, Ekstrak Bunga Chamomilla Recutita (Matricaria), Ekstrak Fucus Vesiculosus, Ekstrak Dedak Triticum Vulgare (Gandum), BHT, Asid Linoleik, Tocopherol, CI 61565
  • Negara Pengeluar: Indonesia 

Harga: RM 10.60

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

6. NIVEA Face Care Micellar Water

NIVEA Face Care Micellar Water
Kredit gambar: Carousell

NIVEA Face Care Micellar Water ini dapat berfungsi dengan sempurna sebagai pembersih asas solekan. Ia berkesan dalam menghilangkan kotoran, debu dan solekan di wajah terutamanya kawasan mata dan bibir tanpa perlu membilas atau menggosoknya dengan kasar. Selain itu, ia juga diformulasikan untuk melembapkan, menyegarkan kulit,  merawat masalah kulit kusam dan mengecilkan liang pori anda.

Spesifikasi:

  • Isi padu: 200 ml   
  • Bahan: Aqua, Minyak Kastor Terhidrogenasi PEG-40, Minyak Biji Vitis Vinifera, Panthenol, Gliserin, Sorbitol, Decyl Glucoside, Poloxamer 124, Pantolactone, Polyquaternium-10, Disodium Cocoyl Glutamat, Asid Sitrik, Sodium Chloride Sulfate, Propylene Glycol, 1,2-Hexanediol, Trisodium EDTA, Phenoxyethanol
  • Negara Pengeluar: Jerman 

Harga: RM 17.52

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. L’Oreal Paris Micellar Water Moisturizing Makeup Remover

LOreal Paris Micellar Water Moisturizing Makeup Remover
Kredit gambar: Watsons

Ingin menanggalkan kesan solekan yang tebal dan kalis air dengan mudah? Cubalah L’Oreal Paris Micellar Water Moisturizing Makeup Remover ini. Ia dirumus khas daripada ekstrak ‘french rose’ yang membantu dalam mengekalkan kelembapan pada kulit serta melembutkan kulit. Ia memerangkap segala kotoran dan habuk di wajah dengan 4 cara iaitu membersihkan, menghidratkan, menenangkan dan menyerikan kulit. Hasilnya, kulit anda akan kelihatan lebih bersih, lembut dan segar tanpa minyak.

Spesifikasi:

  • Isi padu: 250 ml   
  • Bahan: Aqua / Air, Hexylene Glycol, Gliserin, Ekstrak Bunga Rosa Gallica, Sorbitol, Poloxamer 184, Disodium Cocoamphodiacetate, Disodium Edta, Propylene Glycol, BHT, Polyaminopropyl Biguanide
  • Negara Pengeluar: Perancis 

Harga: RM 22.43

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Bioderma Sensibio H2O Micellar Water

Bioderma Sensibio HO Micellar Water
Kredit gambar: Watsons

Bioderma Sensibio H2O Micellar Water didatangkan khas untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif dan kombinasi. Micellar water ini berkesan untuk menanggalkan kesan solekan dan melembutkan kulit tanpa mengeringkan kulit. Selain membersihkan wajah, Bioderma Sensibio ini juga dapat menenangkan dan melembapkan kulit wajah.

Spesifikasi:

  • Isi padu: 500 ml   
  • Bahan: Aqua/​ Air/ ​Eau, Peg-6 Caprylic/​Capric Gliserida, Fructooligosaccharides, Mannitol, Xylitol, Rhamnose, Cucumis Sativus (Timun) Ekstrak Buah, Propylene Glycol, Cetrimonium Bromita
  • Negara Pengeluar: Perancis 

Harga: RM 121.00 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. SOMEBYMI AHA.BHA.PHA Calming Truecica Micellar Cleansing Water

SOMEBYMI AHA.BHA .PHA Calming Truecica Micellar Cleansing Water
Kredit gambar: IPPUNI

SOMEBYMI AHA.BHA.PHA Calming Truecica Micellar Cleansing Water merupakan pembersih asas solekan pelbagai fungsi. Dengan hanya beberapa titis, anda dapat membersihkan, menenangkan serta mengimbangi pH kulit anda dengan lembut dan mendalam. Hal ini kerana, micellar water ini mengandungi AHA, BHA, PHA dan Truecica yang berfungsi untuk menggalakkan perlindungan kulit. 

Spesifikasi:

  • Isi padu: 300 ml   
  • Bahan: Air, Melaleuca Alternifolia (Pokok Teh) Air Daun(20 %), Propanediol, 1,2-Hexanediol, Niacinamide, C12-14 Pareth-12, Betaine, Polyglyceryl-4 Caprate, Allantoin, Decyl Glucoside , Ethylhexylglycerin, Dipotassium Glycyrrhizate, Minyak Daun Rosmarinus Officinalis (Rosemary), Disodium EDTA, Natrium Hyaluronate, Ekstrak Kulit Salix Alba (Willow)(10 ppm), Asid Hyaluronic, Capryloyl Salicylic Acid, Salicylic Acid, Glucone(10 ppm), Asid Salisilik 10 ppm), Asid Sitrik(10 ppm), Air Laut, Penapaian Lactobacillus, Gliseril Glukosida, Gliserin, Ekstrak Bunga Bunga Raya Sabdariffa(2,500 ppb), Dipropilena Glikol, Butilena Glikol, Lesitin Terhidrogenasi, Poligliseril-10 Oletik, Panthenol(20, Asia Oleticoside ppb), Glukosa, Cetearyl Alcohol, Sorbitan Stearate, Glyceryl Stearate, Madecassic Acid(150 ppb), Asiatic Acid(150 ppb), Ceramide NP, Salvia Officinalis (Sage), Ekstrak Daun Origanum Majorana, Ocimum Leaf Basilicum (Basil) Ekstrak, Portulaca Ekstrak Oleracea, Ekstrak Centella Asiatica(10 ppb), Ekstrak Artemisia Capillaris(10 ppb), Madecassoside(1 ppb), Glycine, Serine, Asid Glutamat, Asid Aspartik, Leucine, Alanine, Lysine, Arginine, Tyrosine, Phenylalanine, Valine , Proline, Isoleucine, Histidine, Methionine, Cysteine
  • ​​Negara Pengeluar: Korea Selatan  

Harga: RM 54.57

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. Hada Labo Micellar Water

Hada Labo Micellar Water
Kredit gambar: Hada Labo Malaysia

Hada Labo Micellar Water ini diformulasikan dengan formula 3 dalam 1 yang berfungsi untuk menghilangkan kesan solekan dan kotoran pada kulit dengan lembut. Selain itu, micellar water ini bebas alkohol, pewangi dan minyak pati yang menjadikannya sesuai untuk kulit sensitif. Ia juga mengandungi 2 jenis asid Hyaluronik asid untuk memastikan kulit anda sentiasa lembap, lembut dan tidak kering sepanjang hari. 

Spesifikasi:

  • Isi padu: 30 ml   
  • Bahan: Air, Gliserin, PEG-7 Caprylic/​Capric Gliseride, Propanediol, PEG-6 Caprylic/​Capric Gliseride, Sodium Cocoamphoacetate, Chlorphenesin, PEG/​PPG/​Polybutylene Glycol-8/ ​3 Gliserin, Xylitylglucoside, Polyaminopropyl Biguanide, Sodium Chloride, Anhydroxylitol, Disodium EDTA, Xylitol, Sodium Hyaluronate, Phytic Acid, 3-O-Ethyl Ascorbic Acid, Salicylic Acid, Potassium Azeloyl Diglycinate, Dexmylene Butteclinant, Dexylylopectinant 1,2-Hexanediol, Phenoxyethanol, Pentylene Glycol, Polyquaternium-10, Hydrolyzed Sodium Hyaluronate, Ekstrak Biji Moringa Pterygosperma, Biosaccharide Gum-4, Disodium Phosphate, Potassium Chloride, Citric Acid, Caprylyl Glycol.0
  • Negara Pengeluar: Jepun

Harga: RM6.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di supp[email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close