10 Minuman 3 dalam 1 Terbaik Di Malaysia 2022

Tiada siapa dapat menolak minuman 3 dalam 1 yang merupakan satu kepuasan luar biasa buat mereka yang menggemarkan minuman serba pantas dalam menjalani kehidupan mereka sehari-hari. Minuman 3 dalam 1 ini terdapat dalam pelbagai perisa seperti kopi, coklat, teh dan sebagainya. Cara penggunaannya juga mudah sekali, hanya tambahkan air panas ke dalam minuman 3 dalam 1 dan kacaunya sehingga sebati.

Penggunaan minuman 3 dalam 1 ini seringkali digunakan di pejabat atau di rumah bagi memudahkan jadual mereka yang serba sibuk. Kini terdapat banyak pilihan minuman jenis ini di pasaran. Anda hanya tinggal pilih sahaja minuman kegemaran anda kerana ia mudah didapati dan harganya juga berpatutan. Jika anda inginkan minuman 3 dalam 1 yang lazat, apa kata anda lihat senarai di bawah yang telah kami kongsikan di sini.

Di manakah saya boleh mendapatkan minuman 3 dalam 1?

Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan minuman 3 dalam 1 di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan minuman 3 dalam 1, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu,minuman 3 dalam 1 seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!

Apakah yang perlu diperhatikan semasa memilih minuman 3 dalam 1?

Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli minuman 3 dalam 1 ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis minuman 3 dalam 1 yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Semakan tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.

10 Minuman 3 dalam 1 Terbaik di Malaysia

1. EVERYDAY Matcha Latte Single Pack 

EVERYDAY Matcha Latte Single Pack
Kredit Gambar: Shopee

EVERYDAY matcha latte adalah minuman 3 dalam 1 halal yang mempunyai jumlah 15 pek tunggal dalam satu bungkusan. Nikmati matcha latte ini dengan pencuci mulut kegemaran anda tatkala anda sedang bersantai bersama keluarga. Minuman ini 25% kurang manis, sesuai untuk mereka yang suka minuman ringan, licin dan berkrim.

Bahan-bahan: Krim bukan tenusu (Sirap Glukosa, Lemak sayuran, Protein Susu (Kaseinat), Serbuk Whey, Penstabil (E340ii, E451i), Pengemulsi (E471, E472c), Agen Antikekek (E551), Garam), Gula, Serbuk Matcha, dan Susu Tepung Skim.

Saiz: 20 g x 15 sachet

Harga: RM10.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. AIK CHEONG Teh Tarik 3 in1 (Classic)

AIK CHEONG Teh Tarik in Classic
Kredit Gambar: Triways Marketing

Teh tarik, juga dikenali sebagai seni “menarik teh”, adalah minuman kebangsaan kegemaran Malaysia. Orang ramai biasanya menikmati teh tarik sebagai sarapan pagi atau minuman snek lewat di kedai mamak. Dengan keluaran teh tarik versi segera 3 dalam 1 ini, orang ramai juga boleh membuat secawan teh tarik di rumah sekarang. Minumanlah teh tarik segera AIK CHEONG ini dan rasai budaya Malaysia.

Bahan-bahan: Krim Bukan Tenusu [Sirap Glukosa, Minyak Sayur-sayuran, Sodium Caseinate ( Mengandungi Protein Susu ), Pengemulsi E471, Penstabil E340, Agen Anti-Caking E554, Beta-Carotene E160a ], Gula dan Teh Segera.

Saiz: 600 g (40 g x 15 sachets) 

Harga: RM11.30

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. SUPER TEA INFUSION Honey Chrysanthemum Tea 

SUPER TEA INFUSION Honey Chrysanthemum Tea
Kredit Gambar: Lazada

SUPER TEA INFUSION the kekwa madu dibuat dengan Botani dan ramuan Asia. Campuran ini adalah memuaskan yang dapat menyegarkan fikiran anda tatkala stres dengan jadual yang sibuk. Nikmatilah secawan rasa bunga yang dimaniskan dengan teh kekwa madu dan snek kegemaran anda.

Bahan-bahan: Krim Bukan Tenusu [Sirap Glukosa, Minyak Sayur-sayuran, Sodium Caseinate ( Mengandungi Protein Susu ), Pengemulsi E471, Penstabil E340, Agen Anti-Caking E554, Beta-Carotene E160a ], Gula dan Teh Segera.

Saiz: 360 g (18 g x 20 sachets) 

Harga: RM12.22

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Boh 3 In1 Instant Tea Mix Original 30 packets

Boh In Instant Tea Mix Original packets
Kredit Gambar: Shopee

Campuran teh segera 3-dalam-1 BOH ialah cara paling mudah untuk merasai rasa kaya BOH. Hanya tambahkan gula atau krimer dan air panas untuk mendapatkan teh BOH yang menyegarkan. Ia mempunyai 30 stick pek yang mudah disediakan dan boleh diminum pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Bahan-bahan: Krim [mengandungi Natrium Caseinate (Protein Susu)], Gula dan Teh Segera.

Saiz: 30 stick pek x 20 g

Harga: RM14.35

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. OLDTOWN White Coffee 3-in-1 Instant Premix White Coffee Less Sugar

OLDTOWN White Coffee in Instant Premix White Coffee Less Sugar
Kredit Gambar: Shopee

Kopi putih OLD TOWN merupakan salah satu jenama kopi terkenal yang dinikmati oleh generasi di Malaysia. Kopi putih kurang gula ini kaya, berkrim dan aromatik. Ia boleh membuatkan anda ketagih setelah suapan pertamanya. Anda boleh mengambilnya sebagai minum petang bersama snek atau biskut kegemaran anda.

Bahan-bahan: Krim Bukan Tenusu (Sirap Glukosa, Minyak Inti Sawit, Penstabil Dibenarkan [E340, E451], Sodium Caseinate, Pengemulsi [E471, E481i], Garam, Ejen Mengalir Bebas [E551]) (60%), Maltodekstrin (17% ), Gula (13%), Kopi Segera (10%).

Saiz: 35 g x 15 stick

Harga: RM14.43

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Nescafe Latte Caramel Coffee

Nescafe Latte Caramel Coffee
Kredit Gambar: Tesco

Jika anda menggemari kopi, anda pasti tidak boleh ketinggalan jenama NESCAFÉ. Kopi karamel NESCAFÉ Latte ialah kopi lazat yang diselitkan dengan perisa karamel. Ia mempunyai rasa yang kaya tanpa kepahitan yang anda mungkin suka. Ia adalah minuman 3-dalam-1 yang disahkan halal yang membolehkan semua orang menikmatinya. Ia mudah untuk dihidangkan kerana semuanya dibungkus dalam satu sachet hidangan.

Bahan-bahan: Gula, Krimer [Sirap Glukosa, Minyak Inti Sawit Terhidrogenasi, Sodium Caseinate (Protein Susu), Garam. Mengandungi Penstabil, Pengemulsi dan Ejen Anticaking sebagai perapi makanan yang dibenarkan. Mengandungi Perisa yang dibenarkan.], Kopi Segera, Maltodekstrin, Garam. Mengandungi Perisa yang dibenarkan, Semua bahan tambahan adalah asal tumbuhan atau sintetik.

Saiz: 25 g x 20 stick

Harga: RM12.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Cadbury Hot Chocolate Drink 3 in 1

Cadbury Hot Chocolate Drink in
Kredit Gambar: Shopee

Jika anda peminat coklat, anda mesti mencuba coklat panas Cadbury. Ia adalah minuman panas yang sempurna yang boleh memanaskan anda pada hari yang sejuk. Untuk pengambilan coklat panas ini dengan sempurna, anda boleh taburkan kira-kira 3 sudu teh coklat panas Cadbury ini ke dalam secawan susu.

Bahan-bahan: Krim gula (mengandungi susu, gandum). Penstabil serbuk koko, garam dan perisa.

Saiz: 450 g (15 sachet x 30 g)

Harga: RM14.40

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. NUTRIGOLD Instant Chocolate Malt Drink

NUTRIGOLD Instant Chocolate Malt Drink
Kredit Gambar: Shopee

Nutrigold coklat malt dibuat daripada biji koko premium yang berasal dari wilayah Borneo. Ia mengandungi lebih 55% mentega koko. Dengan kandungan mentega koko yang tinggi dan rasa yang lembut, ia boleh memuaskan keinginan anda. Anda boleh meminum minuman ini bersama biskut untuk rasa yang optimum.

Bahan-bahan: Krim Bukan Tenusu [Sirap Glukosa, Minyak Sayur Terhidrogenasi, Penstabil (E340ii, E452i), Sodium Caseinate (mengandungi Protein Susu), Pengemulsi (E471), Agen Anticaking (E551)], Gula, Serbuk Koko, Ekstrak Malt ), Serbuk whey, Maltodextrin, Serbuk Susu Seluruh, Garam, Mengandungi Bahan Perisa yang Dibenarkan (Serbuk Vanila).

Saiz: 400 g

Harga: RM9.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. Hei Hwang 3 in 1 White Coffee

Hei Hwang in White Coffee
Kredit Gambar: Hei Hwang

Kopi putih Hei Hwang diperbuat daripada biji kopi premium dengan krimer bukan tenusu yang memberikan rasa yang licin. Ia adalah satu kepuasan luar biasa yang dapat memuaskan keinginan kopi anda. Anda boleh mengambil kopi ini sewaktu sarapan untuk memulakan hari anda dengan ceria.

Bahan-bahan: Krim bukan tenusu, Serbuk Kopi Putih Segera dan Serbuk Kopi dikisar mikro.

Saiz: 600 g (40 g x 15 sachet)

Harga: RM12.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. Horlicks 3 in 1 Sachet Pack Original Powdered Malt Drink

Horlicks in Sachet Pack Original Powdered Malt Drink
Kredit Gambar: Shopee

Minuman malt Horlicks adalah minuman yang disahkan halal dari India. Ia mengandungi vitamin, kalsium, zat besi dan lebih banyak nutrien yang boleh menyokong pertumbuhan anda setiap hari. Ia adalah minuman yang sesuai untuk vegetarian. Anda disyorkan untuk menyimpan minuman ini di tempat kering selepas bungkusannya dibuka bagi mengekalkan kualliti minuman ini.

Bahan-bahan: Tepung Gandum, Barli Malted, Pepejal Susu, Gula, Mineral (Kalsium Karbonat, Ferrik, Pirofosfat, Magnesium Oksida, Magnesium Klorida, Kalium Iodat, Zink Sulfat, Kuprum Sulfat), Garam, Pengatur Keasidan (Kalium Bikarbonat), Vitamin (Vitamin pracampuran, asid askorbik), Perisa.

Saiz: 28 g (10+2 stick)

Harga: RM10.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close