9 Minuman Jenama China Terbaik di Malaysia

Jika anda berfikir tentang China, mereka menikmati masa santai mereka dengan pelbaga minuman termasuklah teh, sama ada bersama makanan mahupun tidak. Selain teh, mereka juga menikmati banyak jenis minuman seperti yogurt, alkohol, soda yang boleh anda dapati di pasar raya.

Anda juga boleh menemui minuman jenama China ini di pasaran kerana ia digemari ramai dan mempunyai keunikannya tersendiri. Jadi, jika anda meminati minuman ini, maka anda boleh teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui 10 minuman jenama China yang terbaik di Malaysia.

Di manakah saya boleh mendapatkan minuman jenama China?

Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan minuman jenama China di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan minuman jenama China, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, minuman jenama China seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!

Apakah yang perlu diperhatikan semasa memilih minuman jenama China?

Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli minuman jenama China ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis minuman jenama China yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Semakan tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.

10 Minuman Jenama China Terbaik di Malaysia

1. Nongfu Spring Cha Pai Peach Oolong Tea 

Nongfu Spring Cha Pai Peach Oolong Tea
Kredit Gambar: Lazada

Diselit dengan 100% ekstrak teh dan jus buah segar, Tea TT mempunyai rasa yang indah dan mempunyai reka bentuk yang bergaya. Tea TT mempunyai lima perisa inovatif, iaitu Grapefruit Jasmine, Peach Oolong, Rose Lychee Black Tea, Citrus Green Tea dan Lemon Black Tea. Ia digemari oleh golongan muda Cina yang mementingkan kesihatan ‘Dalam Mengejar Kesempurnaan’.

Bahan-bahan: Air, Sirap Glukosa, Gula, Teh Oolong (6%), Jus Pic Pekat (3%), Pengatur Keasidan (E330, E331), Perisa.

Saiz: 500 ml

Harga: RM2.85

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Master Kang Suanmei Tang

Master Kang Suanmei Tang
Kredit Gambar: Shopee

Minuman Plum Kang Shi Fu adalah penting dalam setiap pengembaraan makanan! Diperbuat daripada kulit plum, hawthorn dan oren, ia dibancuh selama berjam-jam dan jus yang diekstrak mempunyai rasa yang menyegarkan. Ia membantu dalam mengurangkan minyak dalam makanan. Setiap botol mengandungi 500 ml.

Bahan-bahan: Air, gula putih, kayu hitam, dsb.

Saiz: 500 ml

Harga: RM3.80

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. 安慕希希腊酸奶 Anmuxi yogurt / Ambrosial Greek Yogurt

Anmuxi yogurt Ambrosial Greek Yogurt
Kredit Gambar: Shopee

Yogurt berperisa Greek dipasteurisasi dan dirawat dengan haba. Ia mempunyai rasa yang sangat kaya dan 35% lebih protein. Muxi adalah satu kemestian untuk sarapan pagi yang sihat dan berkhasiat! Nikmati makanan yang lazat dan berkhasiat ini. Ia juga meningkatkan sistem imun untuk membantu mengekalkan kesihatan anda.

Bahan-bahan: Susu mentah, sos buah , gula putih, serbuk protein whey, fosfat distarch asetilasi, pektin, agar-agar, gusi gellan, bacillus susu bulgaria dan Streptococcus termofilik.

Saiz:  205 g

Harga: RM3.80

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. 伊利优酸乳酸奶 Yili Yogurt

Yili Yogurt
Kredit Gambar: Shopee

Yili You Yogurt memilih sumber susu pastur dengan teliti dan menegaskan kualiti yang lebih baik. Setiap tegukan rasanya manis dan masam. Rasa ini akan memberikan anda penuh tenaga. Ia juga boleh memberi anda rasa keriangan tatkala meminumnya. Kongsikan minuman indah ini bersama keluarga mahupun rakan anda.

Bahan-bahan: Air, susu mentah, gula, serbuk lemak penuh, serbuk protein whey, sos buah, Jus epal pekat, gusi xanthan, asid laktik, asid sitrik, natrium sitrat, asid lemak digliserin dan lain-lain.

Saiz:  250 ml / 250 g

Harga: RM1.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Want Want WangZai Milk

Want Want WangZai Milk
Kredit Gambar: Shopee

Susu Wang Zai adalah minuman susu terlaris di China. Ia adalah yang paling enak di antara susu dan paling berkhasiat di antara minuman lain. Ia juga sesuai diminum oleh kanak-kanak dan juga orang dewasa. Mulakan pagi anda dengan minuman berkhasiat ini. Pasti hari anda lebih ceria dengannya.

Bahan-bahan: Air, Susu Tepung Seluruh(8%), Susu Pekat(6%), Gula, Pengemulsi (monogliserida asid lemak /471, Sukrosa ester asid lemak/473), Rasa susu pekat.

Saiz:  125 ml

Harga: RM1.85

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Vitasoy Soya Bean Series

Vitasoy Soya Bean Series
Kredit Gambar: Shopee

Minuman Soya Asli Vitasoy adalah alternatif yang sihat dan berkhasiat kepada susu. Jika anda ingin memulakan hari anda dengan penuh ceria, nikmatilah minuman yang lazat ini. Minuman ini bukan sahaja sihat dan berkhasiat, ia juga sesuai bagi mereka yang mengamalkan pemakanan yang sihat dalam kehidupan mereka.

Bahan-bahan: Air, Kacang Soya, Gula, Fruktosa dan Garam.

Saiz: 250 ml

Harga: RM2.48

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Xiang Piao Piao Milk Tea (wheat flavor)

Xiang Piao Piao Milk Tea wheat flavor
Kredit Gambar: zjxpp

Campuran wangian gandum dan aroma seperti susu ini bakal mengingatkan anda pada zaman kanak-kanak. Minuman ini sebenarnya menjadi salah satu minuman yang digemari ramai di China. Ia bukan sahaja mempunyai rasa yang unik, malah ia juga berpatutan. Anda patut mencubanya.

Bahan-bahan: Beg Serbuk Teh Susu: Krimer bukan tenusu [Sirap Glukosa, Minyak Kelapa Sawit, Serbuk Susu, Pengemulsi [Natrium Caseinate, E471], Antioksidan: [E340ii], Ejen Anti-pecak [E551, E341]], Gula, Teh Segera Serbuk [4%], Tepung Susu Skim [3%], Serbuk Biji Cassia, Tepung Gandum [0.5%].

Saiz: 80 g

Harga: RM2.89

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. U Loveit Instant Milk Tea (coffee flavor)

U Loveit Instant Milk Tea coffee flavor
Kredit Gambar: Shopee

Xizhilang U-Loveit ialah minuman teh susu segera dengan Nata De Coco. Paling menarik, minuman ini berperisa kopi. Ia boleh menjadi minuman yang anda perlukan tatkala anda memerlukan minuman bertenaga bagi menyelesaikan tugasan harian anda. Minuman ini juga lazat dan enak, terutama jika dinikmati bersama sandwic atau snek kegemaran anda.

Bahan-bahan: Beg Serbuk Teh Susu: Krimer Bukan Tenusu (Sirap Glukosa (Jagung), Minyak Kelapa Terhidrogenasi, Serbuk Whey (Susu), Casein (Susu), Pengemulsi (E471, E472e), Humectant (E340ii, E451i), Ejen Anticaking ( E551)), Gula (Sulfit), Glukosa (Jagung), Serbuk Kopi Segera (3.4%), Serbuk Teh Hitam Segera (3%), Serbuk Susu (2%), Ejen Anticaking (E551), dan Perisa Kopi (0.5% ).

Saiz: 22 g (setiap peket)

Harga: RM0.88

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. Fruit Meet Tea – Shake Milk Tea Vigorously (Milk Tea Solid Drink)

Fruit Meet Tea Shake Milk Tea Vigorously Milk Tea Solid Drink
Kredit Gambar: WHOLESALEMALL2U

Nikmati teh susu panggang ini sama ada panas atau sejuk kerana ia akan menceriakan hari anda. Dengan perisa yang unik, minuman ini lebih menyerlah dan menghilangkan kehausan anda dengan segera. Cara penyediaannya mudah sahaja, anda hanya perlu tambahkan air panas ke dalam bungkusan dan goncangkannya sehingga sebati. Lebih menyeronokkan jika anda menikmatinya di dalam perjalanan ke tempat kerja mahupun sekolah.

Bahan-bahan: Dibuat dengan krimer bukan tenusu, gula putih dan teh hijau melati.

Saiz: 53 g

Harga: RM3.59

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close