10 Minyak Badan Terbaik di Malaysia 2022

Jika kulit anda masih terasa kering selepas memakai banyak serum dan losyen badan, anda mungkin perlu memilih jenis produk penjagaan kulit badan yang lain, iaitu minyak badan. Seperti namanya, minyak badan adalah minyak yang pekat dan kaya dengan formula serta mempunyai konsistensi berminyak yang akan membentuk lapisan pada kulit tanpa rasa berminyak atau melekit.

Minyak badan adalah produk penjagaan kulit yang cantik dan terbaik untuk mereka yang mempunyai jenis kulit yang dehidrasi atau kawasan kulit mereka yang kering akibat keadaan seperti ekzema. Banyak jenama telah mencipta versi minyak badan, dan anda boleh memilih daripada senarai ini. Berikut adalah 10 minyak badan terbaik di Malaysia.

Adakah minyak badan bagus digunakan setiap hari?

Anda boleh menggunakan minyak badan pada setiap minggu atau setiap hari kerana ia adalah cara terbaik untuk mengekalkan kulit terhidrat dan menyokong kesejahteraan keseluruhan badan. Kulit anda akan licin dan lembut dengan penggunaan minyak badan yang konsisten.

Patutkan saya menyapu minyak pada badan sebelum mandi?

Salah satu cara yang paling berkesan dan berpatutan untuk merawat pelbagai masalah kulit adalah dengan menyapu dan mengurut minyak pada badan sebelum mandi. Sebelum mandi, anda perlu mengurut badan anda dengan minyak badan yang hangat agar ia dapat memaksimumkan manfaat mineral dalam minyak untuk kulit anda.

10 Minyak Badan Terbaik di Malaysia 2022

1. Palmer’s Cocoa Butter Formula Skin Therapy Oil

Palmers Cocoa Butter Formula Skin Therapy Oil
Kredit Gambar: Shopee

Palmer’s Cocoa Butter Formula Skin Therapy Oil ialah produk termaju untuk memberikan keselesaan terhadap kulit badan anda. Gabungan unik bahan aktif dalam produk ini tidak mempunyai bahan pengawet. Ia direka untuk membantu anda mengurangkan tanda regangan, parut, penuaan kulit, kulit rosak, kulit kering, tona kulit tidak sekata, garis halus dan kedutan. Dengan produk eksklusif ini, kulit anda tidak berminyak, kotor, terasa licin dan lembut.

Spesifikasi:

  • Bahan: Canola Oil, Isopropyl Myristate, Cetearyl Ethylhexanoate, Sesamum Indicum (Sesame) Seed Oil, Theobroma Cacao (Cocoa) Seed Butter, Argania Spinosa Kernel Oil, Tocopherol, Helianthus Annuus (Sunflower) Seed Oil, Dimethicone, Rosa Canina Fruit Oil, Fragrance (Parfum)
  • Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
  • Saiz: 25 ml, 60 ml, 150 ml

Kelebihan:

Memperbaiki tanda regangan yang muncul
Terdapat dalam pelbagai saiz
Menghidrat kulit


Harga: RM7.99 – RM23.60

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Bio-Oil Skincare Oil

Bio Oil Skincare Oil
Kredit Gambar: Shopee

Bio-Oil Skincare Oil boleh mengurangkan jerawat, tanda regangan, parut pembedahan dan parut akibat kemalangan. Minyak badan ini selamat digunakan oleh ibu hamil pada perut yang semakin membesar bagi mengelakkan tanda regangan daripada berlaku. Minyak badan ini mengandungi vitamin A, menyokong pengeluaran kolagen yang sihat, menggalakkan pembaharuan kulit serta meningkatkan keanjalan kulit. 82% daripada pengguna telah memperbaiki parut mereka selepas menggunakan minyak ini secara konsisten.

Spesifikasi:

  • Bahan: Paraffinum Liquidum, Triisononanoin, Cetearyl Ethylhexanoate, Isopropyl Myristate, Retinyl Palmitate, Helianthus Annuus Seed Oil, Tocopheryl Acetate, Anthemis Nobilis Flower Oil, Lavandula Angustifolia Oil, Rosmarinus Officinalis Leaf Oil, Calendula Officinalis Extract, Glycine Soja Oil, Bisabolol, Tocopherol, Parfum, Alpha-Isomethyl Ionone, Amyl Cinnamal, Benzyl Salicylate, Citronellol, Coumarin, Eugenol, Farnesol, Geraniol, Hydroxycitronellal, Limonene, Linalool, Ci 26100
  • Negara Pengeluar: Afrika Selatan
  • Saiz: 25 ml, 60 ml, 120 ml, 200 ml

Kelebihan:

Menaikkan seri kulit
Selamat digunakan pada wanita hamil
Boleh digunakan pada tanda regangan dan parut


Harga: RM20.90 – RM55.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Bubble Belly Organic Body Oil

Bubble Belly Organic Body Oil
Kredit Gambar: Shopee

Bubble Belly Oil adalah minyak badan tradisional yang boleh digunakan oleh lelaki dan wanita untuk pelbagai masalah kulit seperti parut, kulit kering, dan juga tanda regangan. Ia juga boleh digunakan untuk mengurut pada mana-mana bahagian badan yang sakit. Minyak ini menggunakan bahan semula jadi yang tidak merengsakan kulit, seperti Kayu Sepang, Akar Tahi Angin dan Akar Sendi. Anda juga boleh menggunakan minyak ini untuk melancarkan peredaran darah dan mengurangkan kembung perut.

Spesifikasi:

  • Bahan: Minyak Lemon, minyak Vitamin E, minyak Aloe Vera, minyak Eucalyptus,oil halia, Lada hitam, Fenugreek, Kayu Sepang, Akar Tahi Angin, Akar sendi, Cabai Pintal
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: 100 ml

Kelebihan:

Melancarkan peredaran darah
Menghilangkan parut dan tanda regangan
Bahan semula jadi


Harga: RM16.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. L’Occitane Almond Supple Skin Oil

LOccitane Almond Supple Skin Oil
Kredit Gambar: Shopee

L’Occitane Almond Supple Skin Oil mempunyai tekstur yang ringan, lembut, namun pekat dengan sebatian unik untuk menangani lima tanda utama penuaan pada badan. Individu yang inginkan kulit yang lebih lembut dan segar boleh menggunakan minyak badan ini. Kulit akan menjadi lembap dan terhidrat selama 48 jam. Selain itu, anda akan berasa kulit anda sangat licin berkat minyak badam dan camelina yang mengandungi omega 3 dan 6. Formula minyak badan ini menambah derivatif silicium, iaitu unsur bahan semula jadi yang menjadikan kulit berasa lebih tegang dan kelihatan lebih licin.

Spesifikasi:

  • Bahan: Minyak Prunus Amygdalus Dulcis (Sweet Almond), Caprylic/​Capric Triglyceride, Oleyl Alcohol, Fragrance, Minyak Camelina Sativa Seed, Minyak Helianthus Annuus (Sunflower) Seed, Tocopherol, Dioleyl Tocopheryl Methylsilanol, Limonene, Coumarin, Linalool, Citral
  • Negara Perancis: Perancis
  • Saiz: 100 ml

Kelebihan:

Boleh digunakan untuk mengurut bahagian badan yang lenguh
Menghidrat kulit
Mengurangkan garis-garis pada badan atau wajah

Harga: RM220.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Clarins Huile “Tonic” Body Treatment Oil

Clarins Huile Tonic Body Treatment Oil
Kredit Gambar: Shopee

Clarins Huile “Tonic” Body Treatment Oil membantu anda mengekalkan kulit yang tegang dan mengelakkan kesan regangan. Hal ini kerana produk ini merupakan rawatan badan yang boleh meningkatkan keanjalan kulit. Tekstur minyak badan yang ringan dan licin ini menyerap dengan cepat ke dalam kulit untuk menyuburkan dan menyerikan kulit secara mendalam. Minyak badan ini terdiri daripada minyak hazelnut, tinggi dengan vitamin A dan E serta minyak pati wangi. Minyak badan ini juga tidak mempunyai pengawet dan pewarna. Wanita hamil dan gadis muda yang melalui akil baligh boleh menggunakan minyak ini untuk menghilangkan tandan regangan yang muncul pada kulit.

Spesifikasi:

  • Bahan: Minyak Corylus Avellana (Hazel) See, Minyak Pelargonium Graveolens Flower, Minyak Rosmarinus Officinalis (Rosemary) Leaf, minyak Aniba Rosaeodora (Rosewood) Wood, minyak Mentha Arvensis Leaf, Linalool, Citronellol, Geraniol, Limonene, Citral, Benzyl Benzoate
  • Negara Pengeluar: Perancis
  • Saiz: 100 ml

Kelebihan:

100% ekstrak daripada tumbuhan asli
Meningkatkan keanjalan
Tanpa pengawet


Harga: RM193.30

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Neutrogena Lightweight Body Oil

Neutrogena Lightweight Body Oil
Kredit Gambar: Shopee

Neutrogena Leighweight Body Oil ialah minyak badan yang menghidratkan kulit anda sekali gus sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kering. Minyak badan ini mempunyai formula ringan yang cepat menyerap dan meluncur dengan lancar ke atas kulit untuk meninggalkan rasa lembut dan berseri. Minyak badan ini mengandungi formula minyak bijan ringan yang berkesan dalam menyuburkan kawasan badan yang kering. Selain itu, ia juga boleh digunakan sebelum atau selepas anda mandi. Minyak badan ini boleh didapati dalam dua versi, iaitu versi asli dan bebas pewangi.

Spesifikasi:

  • Bahan: Isopropyl Myristate, Minyak Sesamum Indicum (Sesame) Seed, PEG-40 Sorbitan Peroleate, Propylparaben, BHT
  • Negara Pengeluar: Amerika Syarikat 
  • Saiz: 473 ml,  250 ml

Kelebihan:

Tekstur yang ringan
Menjadikan kulit lebih berseri
Menyerap lebih cepat ke dalam kulit


Harga: RM79.00 – RM109.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. NUXE Huile Prodigieuse Multi Purpose Dry Oil

NUXE Huile Prodigieuse Multi Purpose Dry Oil
Kredit Gambar: Shopee

NUXE Huile Prodigieuse Multi Purpose Dry Oil ialah produk minyak penjagaan kulit yang boleh digunakan oleh anda pada muka, badan dan rambut, jadi anda tidak perlu membazirkan wang untuk membeli banyak produk untuk hal ini. Minyak yang mewah ini mengandungi tujuh minyak sayuran, dengan 98% kandungannya adalah asal semula jadi. Sebagai contoh, Minyak Borage dan Badam Manis memberikan kehalusan dan kelembutan pada kulit, Minyak Camelia, Macadamia dan Tsubaki pula memberikan penghidratan dan khasiat yang bagus untuk kulit, manakala Minyak Argan dan Hazelnut membantu anda dalam memberikan perlindungan dan pembaikan pada kulit.

Spesifikasi:

  • Bahan: Minyak Coco-Caprylate/​Caprate, Macadamia Integrifolia Seed, Dicaprylyl Ether, Caprylic/​Capric Triglyceride, Minyak Prunus Amygdalus Dulcis (Sweet Almond), Minyak Corylus Avellana (Hazel) Seed, Minyak Camellia Oleifera Seed, Parfum/​Fragrance, Minyak Camellia Japonica Seed, Tocopherol, Minyak Argania Spinosa Kernel, Minyak Borago Officinalis Seed, Tocopheryl Acetate, Minyak Helianthus Annuus (Sunflower) Seed, Rosmarinus Officinalis (Rosemary) Leaf Extract, Polyglyceryl-3 Diisostearate, Ascorbic Acid, Solanum Lycopersicum (Tomato) Fruit Extract, Benzyl Salicylate, Linalool, Limonene, Citronellol, Geraniol, Benzyl Alcohol
  • Negara Pengeluar: Perancis
  • Saiz: 50 ml

Kelebihan:

Pelbagai guna
98 % daripada bahan semula jadi
Tidak meninggalkan kesan berminyak


Harga: RM114.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Burt‘s Bee Mama Bee Nourishing Body Oil

Burt‘s Bee Mama Bee Nourishing Body Oil
Kredit Gambar: Shopee

The Burt’s Bee Mama Bee Nourishing Body Oil ialah minyak badan berkhasiat yang mengekalkan kelembutan kulit jadi ibu mengandung boleh menggunakannya sepanjang kehamilan mereka. Anda akan berasa santai dan segar sepanjang tempoh minyak badan ini digunakan pada kulit anda kerana ia menyejukkan dan menyuburkan kulit tanpa meninggalkan kesan berminyak. Minyak badan ini 100% semula jadi dan tidak mengandungi sebarang bahan kimia berbahaya seperti SLS, petrolatum, phthalates dan paraben.

Spesifikasi:

  • Bahan: Minyak Prunus Amygdalus Dulcis (Sweet Almond), Minyak Citrus Medica Limonum (Lemon) Peel, Minyak Triticum Vulgare (Wheat) Germ, Tocopherol,Rosmarinus Officinalis (Rosemary) Leaf Extract, Minyak Glycine Soja (Soybean), Minyak Canola, Vitamin E
  • Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
  • Saiz: 115 ml

Kelebihan:

Selamat digunakan pada ibu hamil
Bebas daripada petrolatum
Diformulasikan tanpa paraben


Harga: RM55.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. Bath and Body Works Aromatherapy Moisturizing Body Oil

Bath and Body Works Aromatherapy Moisturizing Body Oil
Kredit Gambar: Shopee

The Bath and Body Works Aromatherapy Moisturizing Body Oil didatangkan dalam pelbagai bau, seperti Lavender Mint Tea dan Rose Tangerine Tea yang boleh anda pilih bergantung pada gaya dan aroma pilihan anda. Anda boleh menggunakan minyak ini pada bahagian badan yang terasa tegang dan sakit untuk melegakan tekanan. Anda juga boleh menggunakan minyak badan ini sebagai aromaterapi dan penambah mood semula jadi kerana sifatnya yang menenangkan.

Spesifikasi:

  • Bahan: African Shea Butter, Aloe Barbadensis (Aloe Vera) Leaf Juice, Benzyl Alcohol, BHT, Butylphenyl Methylpropional, Carbomer, Ceteareth-20, Cetearyl Alcohol, Cetyl Alcohol, Diazolidinyl Urea, Dimethicone, Disodium EDTA, Ext. Violet 2, Geraniol, Glycerin, Hexyl Cinnamal, Hydroxycitronellal, Isododecane, Limonene, Linalool, Methylparaben, Neopentyl Glycol Diheptanoate, Panthenol, Perfume, Petrolatum, Propylparaben, Red 33 (Ci 17200), minyak Simmondsia Chinensis (Jojoba) Seed, Sodium Hydroxide, Tetrasodium EDTA, Tocopheryl Acetate, Water Aqua Eau, Yellow 5 (Ci 19140)
  • Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
  • Saiz: 118 ml

Kelebihan:

Melegakan stres
Melegakan sakit-sakit badan
Melembapkan


Harga: RM59.90 – RM115.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. Crabtree & Evelyn Pomegranate & Argan Oil Body Oil

Crabtree Evelyn Pomegranate Argan Oil Body Oil
Kredit Gambar: Shopee

Crabtree & Evelyn Pomegranate & Argan Oil Body Oil ini kaya dengan minyak botani seperti minyak delima, minyak argan dan minyak biji anggur yang bermanfaat untuk melicinkan kulit kering dan dehidrasi. Minyak badan ini mempunyai tekstur lembut yang meluncur dengan mudah pada kulit anda apabila digunakan. Ia juga cepat menyerap ke dalam kulit anda sambil membuatkan kulit anda selembut sutera. Kini, anda boleh menikmati pengalaman spa yang mewah di rumah anda dengan minyak badan ini.

Spesifikasi:

  • Bahan: Minyak Isopropyl Myristate, Vitis Vinifera (Grape) Seed, Hydrogenated Polyisobutene, Neopentyl Glycol Diheptanoate,Caprylic/Capric Triglyceride, Parfum (Fragrance), Minyak Punica Granatum (Pomegranate) Seed, Minyak Argania Spinosa (Argan) Kernel, Limonene, Linalool, Decylene Glycol, Hexyl Cinnamal, BHT, Farnesol, 1,2-Hexanediol, Geraniol, Benzyl Benzoate, Butylphenyl Methylpropional, Citral, Citronellol, Eugenol, Phenoxyethanol
  • Negara Pengeluar: United Kingdom
  • Saiz: 100 ml

Kelebihan:

Diformulasikan dengan minyak botani
Menjadikan kulit lembut seperti sutera
Menjadikan kulit lebih berseri


Harga: RM152.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close