10 Minyak Wangi Untuk Wanita Terbaik Di Malaysia 2023

Salah satu cara untuk kelihatan hebat adalah dengan mengenakan wangian yang bersesuaian dengan personaliti dan gaya anda. Mencari minyak wangi yang sesuai merupakan salah satu hal yang sukar kerana terdapat wangian pelbagai jenis di pasaran. Oleh sebab itu, anda harus bijak menentukan minyak wangi mana yang sesuai dengan anda. Minyak wangi boleh melambangkan keperibadian anda kepada umum. 

Terdapat beberapa minyak wangi yang boleh didapati di pasaran hari ini dengan bauan unik yang akan membuatkan ramai terpesona dengan anda. Jika anda masih belum menemui bau khas anda, anda tidak perlu risau. Berikut adalah 10 minyak wangi terbaik untuk wanita di Malaysia.

Apakah wangian menggoda yang boleh digunakan? 

Terdapat beberapa bau yang tersedia dan menakjubkan. Namun, bauan yang menggoda dan memikat ialah melati dan ylang ylang. Aroma ini dikaitkan dengan percintaan dan tarikan kerana ia menyenangkan pada deria bau.

Bagaimanakah saya memilih wangian untuk diri saya?

Terdapat beberapa cara yang boleh anda ikuti untuk memilih minyak wangi yang sesuai untuk anda. Anda harus terlebih dahulu mempertimbangkan jenis bauan yang anda suka pakai sama ada bau bunga atau tanah. Anda juga harus mempertimbangkan berapa kerap anda akan memakai minyak wangi dan pada majlis apa anda biasanya memakai minyak wangi.

10 Minyak Wangi Terbaik Untuk Wanita di Malaysia 2023

1. Woman By Ralph Lauren

Woman By Ralph Lauren
Kredit Gambar: Shopee

Woman by Ralph Lauren ialah eau de parfum yang mempunyai bau feminin yang moden dan kaya. Bau ini sesuai untuk dipakai pada waktu siang dan malam. Minyak wangi ini mempunyai bau kayu dan bunga kerana kebanyakan wangian terdiri daripada wangian bunga dan kayu. Wangian atasnya ialah pear, rhubarb, dan blackcurrant. Wangian tengah pula ialah tuberose, bunga oren, dan mawar Turki. Wangian asasnya ialah kayu cendana, hazelnut dan kayu yang terang.

Spesifikasi:

  • Bahan: Alcohol,parfum / Fragrance, Aqua / Water, Benzyl Salicylate, Benzyl Alcohol, Linalool, Limonene, Butyl Methoxydibenzoylmethane, Hydroxycitronellal, Alpha-isomethyl Ionone, Citronellol, Methyl Anthranilate, Geraniol, Isoeugenol, Tris(tetramethylhydroxypiperidinol) Citrate, Citral, Benzyl Benzoate, Farnesol, Ci 14700 / Red 4, Ci 19140 / Yellow 5, Ci 60730 / Ext. Violet 2.972135 5. B209010/2
  • Negara Pengeluar: Amerika
  • Saiz: 100 ml

Kelebihan:

✅ Eau de parfum
✅ Bau bunga dan kayu
✅ Sesuai untuk siang dan malam

Harga: RM289.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. J’adore by Dior

Jadore by Dior
Kredit Gambar: Shopee

J’adore by Dior ialah wangian yang glamor dan terkenal untuk dipakai oleh wanita. Minyak wangi ini dihasilkan adalah bertujuan untuk memberikan sentuhan feminin moden terhadap sesiapa yang memakainya sekali gus menyerlahkan sentuhan keanggunan si pemakai. Wangian atas terdiri daripada pear, melon, magnolia, pic, oren mandarin dan bergamot. Wangian tengah pula mengandungi melati, lily-of-the-valley, tuberose, freesia, rose, orkid, plum dan violet. Wangian asasnya ialah kasturi, vanila, beri hitam dan cedar.

Spesifikasi:

  • Bahan: Alcohol, Parfum (Fragrance), Aqua (Water), Butylphenyl Methylpropional, Benzyl Salicylate, Hexyl Cinnamal, Hydroxycitronellal, Citronellol, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Alpha-Isomethyl Ionone, Limonene, Linalool, Butyl Methoxydibenzoylmethane, Ethylhexyl Salicylate, Geraniol, BHT, Benzyl Benzoate, Citral, Cinnamyl Alcohol, Benzyl Cinnamate, Benzyl Alcohol, Farnesol, Tocopherol, Ci 14700 (Red 4), Ci 19140 (Yellow 5), Ci 60730 (Ext. Violet 2)
  • Negara Pengeluar: Perancis
  • Saiz: 100 ml

Kelebihan:

✅ Eau de parfum
✅ Bau bunga dan segar

Harga: RM229.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Gucci Flora Gorgeous Gardenia

Gucci Flora Gorgeous Gardenia
Kredit Gambar: Shopee

Gucci Flora Gorgeous Gardenia ialah eau de parfum yang bertumpu dan mengambil inspirasi daripada bunga gardenia. Haruman bunga ini segar dan bertenaga yang sesuai digunakan pada hari keluar dan untuk sewaktu bekerja. Wangian atas ialah bunga pir. Wangian tengah pula ialah gardenia dan jasmine. Wangian asas ialah gula perang dan nilam.

Spesifikasi:

  • Bahan: Alcohol Denat, Parfum/​Fragrance, Aqua/​Water/​Eau, Benzyl Salicylate, Hydroxycitronellal, Limonene, Coumarin, Linalool, Farnesol, Benzyl Benzoate, Citronellol, Benzyl Alcohol
  • Negara Pengeluar: Itali
  • Saiz: 100 ml

Kelebihan:

✅ Eau de parfum
✅ Bau bunga dan manis

Harga: RM399.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Legendary-Orchid
Kredit Gambar: Legendary

Minyak Wangi Orkid yang terkenal di Malaysia ini dihasilkan oleh Legendary Perfume di Malaysia. Terdapat lebih daripada 8,000 spesies bunga di seluruh negara, dan 800 jenis adalah spesies orkid. Minyak wangi ini kini merupakan salah satu cenderamata paling popular di Malaysia yang boleh anda berikan kepada keluarga dan rakan anda yang tinggal di luar negara untuk mengingatkan mereka tentang Malaysia.

Legendary Orchid mempunyai wangian semula jadi dan tulen, ia lebih kaya sedikit daripada bau bunga sekali gus mewujudkan perasaan kembali kepada alam semula jadi. Minyak wangi biasanya agak mahal, tetapi Legendary Orchid ini harganya berpatutan. Minyak wangi ini juga boleh dijadikan hadiah romantis untuk pasangan anda kerana ia mewakili cinta, kemewahan dan kekuatan. Anda boleh mendapatkan minyak wangi ini di Sasa, Parkson, Metrojaya, Kedai Bebas Cukai di Lapangan Terbang dan banyak lagi di butik minyak wangi di Malaysia.

Spesifikasi:

  • Bahan: Alcohol Denatured, Parfum, Water, PPG-20 Methyl Glucose Ether, Benzonphenone-3, BHT
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: 30 ml, 50 ml

Kelebihan:

✅ Eau de parfum
✅ Bau bunga dan segar
✅ Sesuai digunakan pada waktu siang dan malam

Harga: RM118.00 – RM238.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Chance Eau Fraiche by Chanel

Chance Eau Fraiche by Chanel
Kredit Gambar: Shopee

Chance Eau Fraiche by Chanel ialah eau de parfum yang mempunyai bauan kayu dan sitrus. Wangian ini segar dan menyegarkan anda pada masa yang sama, jadi anda boleh menggunakan wangian ini selepas bersenam atau pada waktu pagi sebelum anda pergi bekerja. Wangian atas ialah lemon, cedar dan citron. Wangian tengah pula ialah keladi bunting, lada merah jambu dan melati. Wangian asasnya ialah nilam, kasturi putih, vetiver, kayu jati, iris dan ambar.

Spesifikasi:

  • Bahan: Alcohol, Fragrance, Water, Limonene, Linalool, Hydroxycitronellal, Hexyl Cinnamal, Citral, Citronellol, Geraniol, Coumarin, Benzyl Benzoate, Butyl Methoxydibenzoylmethane, Ci 19140 (Yellow 5), Ci 42090 (Blue 1), Il17-1
  • Negara Pengeluar: Perancis
  • Saiz: 100 ml

Kelebihan:

✅ Eau de parfum
✅ Bau buah-buahan dan bunga-bungaan
✅ Sesuai digunakan untuk kegunaan harian

Harga: RM195.30

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Jo Malone English Pear & Freesia

Jo Malone English Pear Freesia
Kredit Gambar: Shopee

Jo Malone English Pear & Freesia ialah wangian ‘juicy’ dan ranum yang mengambil inspirasi daripada landskap dan musim British sepanjang tahun. Wangian ini mempunyai bau buah-buahan yang bagus untuk mereka yang menggemari bau buah-buahan. Wangian atas ialah pear dan melon. Wangian tengah pula ialah freesia dan rose. Wangian asasnya ialah kasturi, nilam, rhubarb dan ambar.

Spesifikasi:

  • Bahan: Alcohol Denat., Water, Fragrance, Limonene, Butylphenyl Methylpropional, Linalool, Geraniol, Hexyl Cinnamal, Benzyl Benzoate, Citronellol.
  • Negara Pengeluar: United Kingdom
  • Saiz: 100 ml

Kelebihan:

✅ Eau de parfum
✅ Bau buah-buahan dan ‘musky’

Harga: RM210.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Gucci Bloom by Gucci

Gucci Bloom by Gucci
Kredit Gambar: Shopee

Gucci Bloom by Gucci ialah wangian bunga yang merangkumi kehijauan yang wujud di alam semula jadi. Pencipta minyak wangi ini diilhamkan oleh taman yang dipenuhi dengan bunga dan tumbuh-tumbuhan kerana dia percaya wanita adalah cantik, liar, berwarna-warni dan pelbagai, sama seperti taman. Wangian atasnya adalah melati, wangian tengah pula adalah tuberose. Wangian asas bagi minyak wangi ini ialah Pokok Akar Dani (rangoon creeper).

Spesifikasi:

  • Bahan: Alcohol Denat., Fragrance, Water, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Diethylamino Hydroxybenzoyl Hexyl Benzoate, Bht, Linalool, Benzyl Alcohol, Cinnamal, Hydroxycitronellal, Citronellol, Geraniol, Eugenol, Isoeugenol, Farnesol, Benzyl Benzoate, Hexyl Cinnamal, Citral.
  • Negara Pengeluar: Itali
  • Saiz: 100 ml

Kelebihan:

✅ Eau de parfum
✅ Bau bunga dan feminin
✅ Sesuai digunakan pada waktu siang dan malam

Harga: RM210.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Versace Bright Crystal

Versace Bright Crystal
Kredit Gambar: Shopee

Versace Bright Crystal ialah wangian bunga dan buah-buahan yang sesuai digunakan untuk keluar rumah pada hujung minggu dan malam janji temu. Minyak wangi ini mempunyai wangian atas yuzu, delima dan ais yang menjadikannya sangat menyegarkan apabila disembur. Wangian tengah pula adalah peony, lotus dan magnolia. Wangian asasnya adalah kasturi, mahoni dan ambar.

Spesifikasi:

  • Bahan: Alcohol, Denat. (Sd Alcohol 39-C), Fragrance, Water, Butylphenyl, Methylpropional, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Hydroxysohexyl 3-Cyclohexene Carboxaldehyde, Linalool, Citronellol, Ethylhexyl Salicylate, Butyl, Methoxydibenzoylmethane, Limonene, Geraniol, Ci 17200 (Red 33), Ci 15985 (Yellow 6).
  • Negara Pengeluar: Itali
  • Saiz: 90 ml

Kelebihan:

✅ Eau de toilette
✅ Sesuai untuk kegunaan siang dan malam
✅ Bau bunga dan buah-buahan

Harga: RM233.40

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. Coach Eau de Parfum for Her

Coach Eau de Parfum for Her
Kredit Gambar: Shopee

The Coach Eau de Parfum for Her diinspirasikan daripada bandar New York yang bertenaga. Harumannya menyegarkan dan sensual pada masa yang sama. Jadi, ini adalah wangian yang sesuai buat wanita yang ingin keluar pada waktu malam untuk lepak atau janji temu. Wangian atas adalah daun raspberi, pir dan lada merah jambu. Wangian tengah pula adalah mawar Turki, gardenia dan cyclamen. Wangian asasnya adalah suede, musk, cashmeran dan cendana.

Spesifikasi:

  • Bahan: Alcohol Denat. (Sd Alcohol 39-C), Parfum (Fragrance), Aqua (Water), Butyl Methoxydibenzoylmethane, Bht, Ci 14700 (Red 4), Ci 19140 (Yellow 5), Benzyl Salicylate, Butylphenyl Methylpropional, Alpha-Isomethyl Ionone, Limonene, Hydroxycitronellal, Citronellol, Hexyl Cinnamal, Geraniol, Linalool, Citral, Eugenol, Benzyl Alcohol.
  • Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
  • Saiz: 50 ml

Kelebihan:

✅ Eau de parfum
✅ Menyegarkan dan sensual
✅ Buah-buahan dan bunga

Harga: RM349.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. Yves Saint Laurent Black Opium

Yves Saint Laurent Black Opium
Kredit Gambar: Shopee

Yves Saint Laurent Black Opium adalah wangian haruman vanila yang menerapkan bauan misteri bagi mereka yang gemarkan bauan jenis misteri. Wangian atas mengandungi pear, lada merah jambu dan bunga oren. Wangian tengah pula adalah kopi, melati, badam pahit dan licorice. Wangian asas adalah vanila, nilam, kayu cedar dan kayu kasmir.

Spesifikasi:

  • Bahan: Alcohol, Water, Benzyl Salicylate, Benzyl Alcohol, Hydroxycitronellal, Butyl Methoxydibenzoylmethane, Hexyl Cinnamal, Limonene, Linalool, Geraniol, Citronellol, Cinnamyl Alcohol, Methyl Anthranilate, Amyl Cinnamal, Citral, Coumarin, Benzyl Benzoate, Ci 15985 / Yellow 6, Ci 17200 / Red 33
  • Negara Pengeluar: Perancis
  • Saiz: 90 ml

Kelebihan:

✅ Eau de parfum
✅ Misteri dan memikat
✅ Sesuai untuk kegunaan malam

Harga: RM349.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close