8 Pakaian Sukan Terbaik Di Malaysia 2022

Industri pakaian sukan telah berkembang pesat sejak beberapa tahun kebelakangan ini ekoran peningkatan tahap kesedaran dalam kalangan masyarakat akan kepentingan menjaga kesihatan dan kecergasan diri. Mengekalkan kecergasan fizikal melalui aktiviti luar seperti berjoging, mengangkat berat, yoga, dan banyak lagi, bukan sahaja dapat memberikan kebaikan dari segi fisiologi tetapi ia juga memberikan kesan yang signifikan  kepada mental seseorang. Tetapi adakah anda sedar bahawa pakaian sukan yang sesuai juga memainkan peranan penting sewaktu anda melakukan aktiviti luar? 

Kebanyakan syarikat kini mengamalkan kerja dari rumah (Work from home) menyebabkan pakaian korporat kini semakin kurang dipakai dan digantikan dengan seluar dan pakaian sukan. Hal ini kerana pakaian sukan menawarkan lebih keselesaan. Pakaian sukan juga dijangka akan lebih cemerlang dalam industri fesyen. Berikut adalah 8 pakaian sukan terbaik yang anda boleh dapati di Malaysia.

Bagaimanakah Hendak Memilih Pakaian Sukan Yang Sesuai Dengan Anda?

Apabila anda masuk ke mana-mana kedai pakaian sukan dan keperluan sukan tempatan, anda akan disambut oleh pelbagai jenis pakaian sukan. Tidak dinafikan memilih baju sukan yang sesuai dengan anda boleh mengelirukan apatah lagi terdapat ratusan jenis pakaian sukan ditawarkan di pasaran. Sebelum anda membuat pembelian atau pilihan, terdapat beberapa perkara penting yang anda perlu mengambil kira seperti saiz, dan kawalan peluh. 

1.  Saiz

Semasa membeli pakaian sukan, anda dikehendaki untuk mencuba dahulu pakaian tersebut untuk mengelakkan daripada pakaian yang dibeli terlampau longgar atau ketat. Saiz pakaian yang tidak sesuai akan menyebabkan ketidakselesaan dan membantutkan prestasi anda semasa bersenam.

2. Kawalan Peluh

Semasa membeli pakaian sukan, kadar serapan peluh merupakan antara faktor penting yang perlu dipertimbangkan. Hal ini kerana kain pakaian yang mempunyai pengudaraan yang bagus dan serapan yang baik dapat mengelakkan ketidakselesaan sewaktu bersenam.

8 Pakaian Sukan Terbaik Di Malaysia 2022

1. Fitgear Wind Active Quick Dry Slim Fit Men T-shirt

Fitgear Wind Active Quick Dry Slim Fit Men T shirt
Kredit gambar: Shopee

Wind Active T-Shirts diperbuat daripada microfiber bagi memberikan keselesaan yang maksimum ketika anda melakukan aktiviti sukan. Bukan itu sahaja, ia juga menawarkan fabrik dengan 9 kali lebih pengudaraan dan mengambil masa hanya 2 jam untuk kering. Selain itu, ia juga boleh digunakan sebagai pakaian sukan 2 dalam 1.

Spesifikasi:

  • Saiz: S, M, L, XL, XXL
  • Bahan: 100% Ultra Check Jacquard Microfibre
  • Negara Pengeluar: Tidak dinyatakan
  • Warna: Merah, Biru Laut,Hijau Pine, Hitam dan Ungu Iris 
  • Jantina: Lelaki

Kelebihan:

Kualiti Tinggi
Pelbagai Saiz Dan Warna
9X pengudaraan

Harga: RM80.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian 

2. Fitgear Wind Active Quickdry Slim Fit Women T-shirt

Fitgear Wind Active Quickdry Slim Fit Women T shirt
Kredit gambar: Shopee

Baju ini diperbuat daripada poliester yang menjadikannya ringan dan mempunyai pengudaraan yang baik. Baju ini boleh dipakai ketika melakukan aktiviti seperti berenang, mendaki, berbasikal dan bersenam. Ia dipasarkan dengan 5 warna yang menarik untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Saiz : S, M, L, XL, XXL
  • Bahan: Fabrik, Poliester
  • Warna: Merah, Biru laut, Hijau Pine, Hitam dan Ungu Iris 
  • Jantina: Perempuan

Kelebihan:

Kualiti Tinggi
Pelbagai Saiz Dan Warna
9X pengudaraan

Harga: RM80.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

3. The Curve Modest Active T Shirt

The Curve Modest Active T Shirt
Kredit gambar: Shopee

Curve Modest Active T Shirt mempunyai reka bentuk yang ringkas, selesa, moden dan sesuai dengan gaya pakaian sukan terkini. Pakaian ini sangat ideal untuk dipakai semasa bersenam. Ia menawarkan saiz yang berbeza daripada saiz S hingga XXL.

Spesifikasi:

  • Saiz: S, M, L, XL, XXL
  • Bahan: Microfiber
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Jantina:Perempuan

Kelebihan:

Kualiti Tinggi
Selesa
Mampu milik

Harga: RM45.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian 

4. Wmuncc Legging Women High Waist Fitness Activewear

Wmuncc Legging Women High Waist Fitness Activewear
Kredit gambar: Shopee

Nikmati masa yoga anda sambil memakai High Waisted legging yang mempunyai padanan true-to-size. High Waisted legging ini diperbuat daripada bahan dry-fit yang dapat membantu mempercepatkan proses pengeringan selepas dibasuh. Bukan itu sahaja, ia juga diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi dan dijual pada harga yang mampu milik.

Spesifikasi:

  • Saiz tersedia: S, M, L, XL
  • Bahan: Nilon
  • Negara Pengeluar: China
  • Warna: Kelabu, Ungu dan Dousha
  • Jantina: Perempuan

Kelebihan:

Kualiti Tinggi
Dry Fit
Mampu Milik

Harga: RM51.99

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

5. HI Active Two Piece Set Workout Set

HI Active Two Piece Set Workout Set
Kredit gambar: Shopee

Pakaian sukan ini mempunyai pad boleh tanggal dan butiran yang direka khas untuk meningkatkan kawalan pada bahagian perut dan kaki. Pakaian ini diperbuat daripada nilon yang menjadikannya ringan dan selesa untuk dipakai ketika melakukan aktiviti sukan. Ia didatangkan dengan 8 pilihan warna untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Saiz: S, M, L
  • Bahan: 90% Nilon 10% Likra
  • Negara Pengeluar: China
  • Warna: Kelabu, Ungu, Hitam, Kelabu Cerah, Hijau, Biru Muda, Merah Jambu dan Merah.
  • Jantina: Perempuan

Kelebihan:

Berkualiti tinggi
Cepat kering
Pelbagai warna

Harga: RM99.80

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

6. FINETOO Women’s Seamless Crop Tops Active Sports

FINETOO Womens Seamless Crop Tops Active Sports
Kredit gambar: Shopee

Pakaian sukan ini diperbuat daripada kapas POLIAMID yang memberikan keselesaan serta membenarkan pengudaraan berlaku dengan baik. Pakaian ini sangat sesuai untuk dipakai ketika melakukan aktiviti luar seperti berlari, bersenam dan yoga. Ia didatangkan dalam pelbagai saiz daripada M hingga XXL serta 6 warna berbeza untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Saiz: M, L, XL, XXL
  • Bahan: Kapas POLIAMID
  • Negara Pengeluar: China
  • Warna: Hitam, Putih, Hijau, Wain, Aprikot dan Hijau
  • Jantina: Perempuan

Kelebihan:

Mampu milik
100% Kapas
Pelbagai pilihan warna

Harga: RM20.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

7. Unisex Quick Dry Active/ Sport Wear

Unisex Quick Dry Active Sport Wear
Kredit gambar: Shopee

Jika anda sedang mencari t-shirt sukan dengan reka bentuk yang ringkas dan polos, pakaian sukan ini sesuai untuk anda. Baju ini diperbuat daripada fabrik microfiber yang membolehkan pengudaraan berlaku dengan baik. Baju ini bukan sahaja boleh digunakan ketika bersukan malah ia juga boleh dipakai sebagai pakaian harian.

Spesifikasi:

  • Saiz S, M, L, XL, XXL
  • Bahan: Microfiber
  • Warna: Pelbagai warna
  • Jantina: Unisex

Pros:

Berkualiti tinggi
Pelbagai saiz dan warna untuk dipilih
Mampu milik

Harga: RM10.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

8. Quick Dry Training T Shirt Men Sportswear Women Sportswear

Quick Dry Training T Shirt Men Sportswear Women Sportswear
Kredit gambar: Shopee

Quick Dry Training T Shirt Men Sportswear Women Sportswear ini didatangkan dalam reka bentuk yang bergaya dan kasual yang menjadikannya sesuai untuk dipakai oleh sesiapa sahaja. Baju ini didatangkan dengan julat saiz daripada S hingga XXL. Ia juga didatangkan dengan pelbagai pilihan warna yang menarik.

Spesifikasi:

  • Saiz: S, M, L, XL, XXL
  • Bahan: Ice Silk & Bahan Elastic
  • Warna: Pelbagai warna
  • Jantina: Unisex

Kelebihan:

Berkualiti tinggi
Pelbagai pilihan warna
Mampu milik

Harga: RM29.90

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian 

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close