8 Pek Permainan The Sims 4 Terbaik di Malaysia 2022

The Sims 4 ialah permainan video simulasi kehidupan yang menawarkan anda kebebasan untuk mencipta dan mengawal avatar anda sendiri. Permainan ini memberikan kebebasan kepada anda untuk menyerlahkan kreativiti serta kemahiran anda dalam membina kehidupan bersosial bersama avatar yang lain. Sejak ia dilancarkan, The Sims 4 telah mengeluarkan pelbagai kandungan yang boleh dimuat turun (DLC) mengikut 3 kategori iaitu Pek Expansion, Pek Permainan dan Pek Stuff.

Pek Permainan The Sims 4 mempunyai julat yang lebih kecil berbanding Pek Expansion, tetapi lebih besar daripada Pek Stuff. Berikut adalah 8 pek permainan The Sims 4 terbaik yang anda boleh dapati di Malaysia

Bagaimanakah cara untuk memilih pek permainan The Sims 4 yang sesuai?

Tidak dinafikan memilih pek permainan yang sesuai dengan anda boleh mengelirukan apatah lagi terdapat pelbagai jenis pek permainan yang ditawarkan di pasaran. Sebelum anda membuat pembelian atau pilihan, terdapat beberapa aspek penting yang anda perlu mengambil kira seperti harga, tema permainan, dan ulasan pembeli terdahulu.

1. Harga

Semua pek permainan The Sims 4 mempunyai harga yang sama, tidak kira jenis kandungan dan tema. Walau bagaimanapun, Electronic Arts yang merupakan pembangun permainan ini sering mengadakan jualan dalam talian pada harga yang lebih murah dari semasa ke semasa. Jadi, sudah pasti anda dapat menjimatkan perbelanjaan sekiranya anda dapat melakukan pembelian sewaktu jualan murah sedang diadakan.

2. Tema

Setiap pek permainan mempunyai tema yang berbeza untuk kepelbagaian dalam  permainan. Jadi, adalah penting untuk anda memilih pek permainan yang boleh anda nikmati untuk jangka masa panjang.

3. Ulasan

Untuk mendapatkan sedikit maklumat berkaitan permainan, anda boleh membaca ulasan yang telah ditulis oleh pembeli terdahulu. Dengan itu, anda dapat  membeli pek permainan yang sesuai dengan jangkaan anda serta dapat mengelakkan kerugian.

8 Pek Permainan The Sims 4 Terbaik di Malaysia 2022

1. The Sims 4: Vampires

The Sims Vampires
Kredit gambar: The Sims Wiki

Pek Permainan The Vampires membolehkan anda untuk mencipta watak pontianak anda sendiri. Dengan memiliki pek permainan ini, anda dapat menikmati suasana kejiranan dengan gaya “gothic” yang merupakan ciri baharu yang diperkenalkan dalam The Sims 4. Bukan itu sahaja, permainan ini juga menawarkan hiasan dan pakaian yang bertemakan gothic. Secara tidak langsung, ia memberikan anda suasana seperti di dunia Twilight!

Spesifikasi:

  • Pemaju: Maxis, The Sims Studio
  • Penerbit: Electronic Arts
  • Platform: Microsoft Windows, Classic Mac OS
  • Tahun keluaran: 2017

Pros:

Watak Pontianak
Pelbagai aktiviti paranormal
Hiasan zaman Victoria

Harga: RM89.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. The Sims 4: Parenthood

The Sims Parenthood
Kredit gambar: The Sims Wiki – Fandom

Pek Permainan The Parenthood menawarkan ciri baharu seperti peluang untuk membina keluarga dan membesarkan anak anda sendiri. Permainan ini melatih anda dalam memikirkan strategi dan pilihan terbaik yang perlu dibuat sepanjang membesarkan anak. Ia adalah elemen tambahan yang sangat menarik terutamanya jika anda meminati permainan video yang berkonsepkan keluarga.

Spesifikasi:

  • Pemaju: Maxis, The Sims Studio
  • Penerbit: Electronic Arts
  • Platform: Microsoft Windows, Classic Mac OS
  • Tahun keluaran: 2017

Kelebihan:

Cabaran sebagai ibu bapa
Keseronokan baharu
Permainan bergenerasi

Harga: RM109.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

3. The Sims 4: Dream Home Decorator

The Sims Dream Home Decorator
Kredit gambar: The Sims Wiki

Pek Permainan Dream Home Decorator berfokus kepada kerjaya interaktif baharu, di mana watak Sims anda boleh mengambil komisen untuk membuat reka bentuk semula pada rumah Sims yang lain. Permainan ini juga membolehkan anda untuk menyalurkan dan memperluaskan kreativiti anda ketika membaiki reka bentuk kediaman tersebut.

Spesifikasi:

  • Pemaju: Maxis, The Sims Studio
  • Penerbit: Electronic Arts
  • Platform: Microsoft Windows, Classic Mac OS
  • Tahun keluaran: 2021

Kelebihan:

Menghiasi rumah NPC
Kerjaya baharu

Harga: RM109.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. The Sims 4: Realm of Magic

The Sims Realm of Magic
Kredit gambar: Best Buy

The Realm of Magic memberikan peluang kepada Sims anda untuk menjadi ahli sihir yang hebat dengan melengkapkan pelbagai misi yang menarik. Kuasa sihir dan animasi yang luar biasa pastinya sangat menyeronokkan untuk ditonton dan dimainkan. Anda boleh memilih untuk menjadi pakar dalam salah satu daripada 3 jenis sihir, atau anda juga boleh menjadi pakar dalam kesemua jenis sihir dalam masa yang sama

Spesifikasi:

  • Pemaju: Maxis, The Sims Studio
  • Penerbit: Electronic Arts
  • Platform: Microsoft Windows, Classic Mac OS
  • Tahun keluaran: 2019

Kelebihan:

Berpeluang menjadi ahli sihir
Permainan dengan kuasa ajaib
Dunia baharu

Harga: RM109.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

5. The Sims 4: Dine Out

The Sims Dine Out
Kredit gambar: GameStop

Pek permainan Dine Out diibaratkan seperti impian menjadi kenyataan bagi mereka yang bercita-cita untuk memiliki dan menguruskan restoran sendiri. Dalam pek permainan ini, anda boleh mengadakan pelbagai acara di restoran anda seperti makan malam, janji temu, majlis bersama keluarga dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, anda juga perlu menjana pendapatan bagi membantu dalam meningkatkan kualiti hidup Sims anda.

Spesifikasi:

  • Pemaju: Maxis, The Sims Studio
  • Penerbit: Electronic Arts
  • Platform: Microsoft Windows, Classic Mac OS
  • Tahun keluaran: 2016

Kelebihan:

Memiliki restoran anda sendiri
Bangunan baharu
Permainan melibatkan kecekapan dalam pengurusan

Harga: RM109.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

6. The Sims 4: Outdoor Retreat

The Sims Outdoor Retreat
Kredit gambar: store.playstation

Jika anda sedang mencari permainan video yang bertemakan pengembaraan dan perkhemahan, maka The Sims 4 Outdoor Retreat ini pilihan terbaik untuk anda. Permainan ini memerlukan anda untuk meneroka hutan, memancing dan bertemu Sims yang lain. Kawasan baharu yang diperkenalkan di Outdoor Retreat ialah Air Terjun Granite dan ia merupakan sebuah bandar Sims yang menyeronokkan, unik dan kreatif. Ia menampilkan tapak perkhemahan, jenis kabin yang berbeza, dan hutan untuk diterokai.

Spesifikasi:

  • Pemaju: Maxis, The Sims Studio
  • Penerbit: Electronic Arts
  • Platform: Microsoft Windows, Classic Mac OS
  • Tahun keluaran: 2015

Kelebihan:

Mendekati alam semula jadi
Dunia percutian baharu
Tema berinspirasikan alam semula jadi

Harga: RM109.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. The Sims 4: Jungle Adventure

The Sims Jungle Adventure
Kredit gambar: EA

The Jungle Adventure akan membawa Sims anda melancong ke Selvadorada. Permainan video ini didatangkan dengan jalan cerita yang menarik serta pelbagai misi yang mencabar. Menariknya, anda boleh memainkan 3 watak berbeza secara bergilir-gilir. Selain itu, permainan ini juga mempunyai 2 mod iaitu mod pemain tunggal dan mod dalam talian.

Spesifikasi:

  • Pemaju: Maxis, The Sims Studio
  • Penerbit: Electronic Arts
  • Platform: Microsoft Windows, Classic Mac OS
  • Tahun keluaran: 2018

Kelebihan:

Menyeronokkan
Dunia percutian baharu
Tema berinspirasikan alam semula jadi

Harga: RM109.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. The Sims 4: Spa Day

The Sims Spa Day
Kredit gambar: Steam

Spa Day kembali dengan ciri, watak dan grafik yang lebih realistik dan menarik. Permainan ini memfokuskan keadaan di sebuah spa. Anda boleh memilih atau mencipta watak anda sendiri untuk ditampilkan sebagai kakitangan atau pelanggan di spa tersebut. Permainan ini dibangunkan dan diterbitkan oleh Electronic Arts untuk Microsoft Windows dan Classic Mac OS.

Spesifikasi:

  • Pemaju: Maxis, The Sims Studio
  • Penerbit: Electronic Arts
  • Platform: Microsoft Windows, Classic Mac OS
  • Tahun keluaran: 2015

Kelebihan:

Berlatarkan sebuah bandar
Permainan yang menenangkan
Boleh mencipta kerjaya baharu

Harga: RM109.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close