Pelamin Bajet Bawah RM 300 untuk Anda

Anda sedang mencari pelamin bajet yang harganya bawah RM 300? Kami boleh membantu anda. Artikel kali ini akan berkongsi tentang pelamin bajet yang cantik, menarik dan berpatutan. Jangan risau, pelamin-pelamin yang bakal kami kongsikan nanti mungkin menepati bajet anda.

Majlis perkahwinan anda semakin hampir dan anda menjadi tidak keruan kerana masih belum menemui pelamin bajet yang diidamkan. Jangan risau. Anda boleh baca artikel kami dan mungkin anda akan jumpa apa yang anda cari.

Mengapakah pelamin penting untuk majlis perkahwinan atau pertunangan?

Adakah anda pernah terfikir tentang ini? Sebenarnya, boleh dikatakan pelamin merupakan salah satu elemen yang penting dalam urusan perkahwinan atau pertunangan. Hal ini kerana pelamin akan dijadikan tempat untuk ahli keluarga dan rakan-rakan mengambil gambar bersama para pengantin. Bukankah menarik jika latar belakang anda indah dan lawa sempena hari bahagia anda?

Kalau dahulu, pelamin boleh mencecah ribuan ringgit hanya untuk kelihatan menarik pada pandangan mata kasar tetamu dan juga di dalam gambar. Namun kini, ramai yang memilih pelamin bajet untuk menjimatkan kos perkahwinan supaya wang yang selebihnya boleh digunakan untuk keperluan lain. Pelamin bajet tidak kurang hebatnya kerana selain menawarkan harga yang berpatutan, ia juga mempunyai konsep yang ringkas, menarik dan juga elegan. Maka, sebab itulah ramai yang mencari pelamin bajet. Berikut adalah himpunan 10 pelamin bajet bawah RM 300 yang boleh anda dapati untuk majlis perkahwinan anda.

10 Pelamin Bajet bawah RM 300 untuk Anda

1. Pelamin Bunga Cream

Pelamin ini kelihatan cantik dan ringkas dengan bertemakan warna putih sebagai warna latar. Dedaun hijau dan bunga kuning berjaya menyerikan pelamin ini. Lampu yang dipasang memberikan aura keserian buat para pengantin yang bakal bersanding nanti.

Harga: RM 250

2. Pelamin Bunga Merah

Warna bunga yang merah berjaya menangkap perhatian para tetamu yang memandangnya. Walaupun warna latarnya adalah putih, hiasan bunga yang berwarna merah ini berupaya menaikkan seri pengantin ketika majlis nanti. 

Harga: RM250

3. Pelamin Bunga Pink dan Pic

Hiasan bunga yang berwarna pic dan dedaun yang hijau kelihatan segar dan hidup. Rekaan pelamin ini kelihatan mewah dan minimalis, menonjolkan sosok raja sehari yang menawan. 

Harga: RM 280

4. Pelamin Bunga Biru

Jika anda sukakan biru, maka pelamin ini mungkin menjadi pilihan anda. Warna biru melambangkan ketenangan dan sesiapa yang memandang dekorasi ini pasti berasa aman dan tenang.

Harga: RM 250

5. Pelamin Pink Gelap dan Cream

Hiasan bunga di dalam pasu kelihatan menarik dan ceria. Aturan langsir dan lampu juga memainkan peranan yang penting bagi menyerikan raja sehari. Biasa cahaya akan menonjolkan ketampanan dan kecantikan para pengantin ketika bersanding di pelamin ini.

Harga: RM 250

6. Pelamin Bunga Putih

Jika anda sukakan konsep minimalis dan flora, pelamin ini mungkin untuk anda. Dengan dekorasi bunga yang besar di bahagian kiri pelamin, ia menonjolkan aura ringkas dan mewah yang dapat menambat hati anda. 

Harga: RM 250

7. Pelamin Bunga Pink Cerah dan Cream

Pelamin ini sesuai untuk majlis pertunangan anda. Di bahagian kiri dan kanan, terdapat dekorasi bunga yang berwarna pastel yang dapat menaikkan seri wajah dan pemakaian anda pada waktu itu.

Harga: RM 250

8. Pelamin Bunga Biru Cerah dan Cream

Aturan langsir di belakang kerusi dilihat kreatif dan menarik. Hiasan bunga-bungaan yang berwarna biru ini dilihat dapat memberikan aura tenang dan damai kepada tetamu yang memandangnya. Selain itu, warna bunga juga menaikkan seri pelamin dan berupaya menghasilkan suasana gambar yang menarik.

Harga: RM 300

9. Pelamin Bunga Pink Gelap

Jika warna tema perkahwinan anda ‘striking’ dan terang, mungkin pelamin ini sesuai untuk anda. Di samping warna latarnya yang putih, ia menonjolkan sosok pemakaian anda pada majlis persandingan anda nanti.

Harga: RM 280

10. Pelamin Bunga Pink Cerah

Akhir sekali, pelamin ini sesuai untuk majlis pertunangan anda. Dengan lampu yang mewah dan dekorasi bunga yang ceria, pelamin ini mampu memberikan imej suasana yang indah apabila anda bergambar di sini.

Harga: RM 300

Anda sudah melihat pelamin-pelamin bajet yang kami kongsikan di sini? Diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda dalam menentukan pelamin untuk majlis pertunangan atau perkahwinan anda.

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close