10 Pelembap Terbaik Untuk Kulit Berminyak di Malaysia 2022

Kebanyakan kita sering mengalami masalah kulit berminyak di bahagian T-Zone yang meliputi kawasan hidung dan dahi. Oleh sebab itu, ramai yang mengelak untuk menggunakan pelembap. Namun, tahukah anda bahawa pelembap muka merupakan antara rutin penjagaan yang penting? Hal ini kerana, memakai pelembap yang betul juga dapat membantu mengawal penghasilan minyak dan sebum berlebihan pada kulit wajah.  

Jadi bagaimana caranya hendak memilih pelembap muka yang bersesuaian dengan kulit agar tidak berminyak? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan pelembap terbaik untuk kulit berminyak. 

10 Pelembap Terbaik Untuk Kulit Berminyak di Malaysia 2022

1. Neutrogena Hydro Boost Water Gel

Neutrogena Hydro Boost Water Gel
Kredit gambar: Shopee

Neutrogena Hydro Boost Water Gel merupakan pilihan pelembap terbaik untuk kulit berminyak. Ia diperkaya dengan asid hyaluronik yang padat dengan nutrien dan kelembapan untuk memastikan kulit anda terhidrat dan bebas minyak sepanjang hari. Pelembap muka ini tidak mengandungi sebarang alkohol dan tidak akan menyebabkan liang pori tersumbat. Selain itu, ia juga cepat meresap ke dalam kulit dan tidak meninggalkan sebarang kesan berminyak.

Spesifikasi:

  • Bahan: Air, Dimethicone, Gliserin, Dimethicone/Vinyl Dimethicone Crosspolymer, Phenoxyethanol,Cetearyl Olivate, Polyacrylamide, Sorbitan Olivate, C13-14 Isoparaffin, Dimethicone Crosspolymer,Trehalose, Dimethicesinol, Dimethicesinol, Chloroxylamine, Chlorhexinol, Chlorhexinolol Wangian, Laureth-7, C12-14 Pareth-12, Sodium Hydroxide, CI 42090
  • Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
  • Saiz: 50 ml

Kelebihan & Keburukan:

Harga berpatutan
Mengembalikan kesihatan kulit
Penghidratan 72 jam
❌ Perlu disimpan jauh daripada cahaya matahari

Harga: RM42.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

2. Aiken Tea Tree Oil Moisturizer

Aiken Tea Tree Oil Moisturizer
Kredit gambar: Shopee

AIKEN Tea Tree Oil Moisturiser ini dirumus dengan minyak tea tree yang terbukti berkesan dalam mengawal pengeluaran sebum yang berlebihan serta membantu kulit agar bebas daripada jerawat. Tambahan pula, krim pelembap muka ini tidak mengandungi sebarang pewarna, alkohol dan paraben yang menjadikannya sesuai untuk anda mempunyai kulit sensitif. Ia juga mudah meresap ke dalam kulit serta melembapkan kulit agar kulit wajah anda kelihatan lebih segar dan sihat.

Spesifikasi:

  • Bahan: Air, Ethylhexyl Palmitate, Cyclopentasiloxane, Dimethicone Crosspolymer, Cyclohexasiloxane, Dimethicone, Gliserin, Cyclodextrin, 4-Terpineol, Sodium Polyacrylate, C18-C21 Alkane, TridecylethylC21 Alkana, TridecylethylCholoxane, Methicone, Ethylhexyl 1 30 Alkil Akrilat Crosspolimer, Karbomer, Melaleuca Alternifolia (Pokok Teh) Minyak Daun, Glycyrrhiza Glabra (Likuoris) Ekstrak Akar, Methyl Metacrylate Crosspolymer, Biosaccharide Gum-1, Pewangi, Disodium EDTA, Phenoxyethanol 5
  • Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
  • Saiz: 75 ml

Kelebihan & Keburukan:

Tekstur ringan
Mengelakkan jerawat
Membaiki pelindung kulit
❌ Perlu disimpan jauh daripada cahaya matahari

Harga: RM12.67

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

3. Cosrx Oil-Free Ultra Moisturizing Lotion

Cosrx Oil Free Ultra Moisturizing Lotion
Kredit gambar: Shopee

Cosrx Oil-Free Ultra Moisturizing Lotion ini merupakan pelembap yang terbaik untuk anda yang memiliki kulit berjerawat dan berminyak. Hal ini kerana, ia didatangkan dengan tekstur yang ringan, mudah meresap dan tidak berminyak pada kulit wajah. Pelembap ini juga mengandungi ‘Birch Sap’ yang berfungsi untuk membaiki kerosakan kulit akibat penghasilan minyak berlebihan.  

Spesifikasi:

  • Bahan: Ekstrak Betula Platyphylla Japonica, Butylene Glycol, Gliserin, Dimethicone, Betaine, Cetearyl Alcohol, 1,2-Hexanediol, Cetearyl Olivate, Sorbitan Olivate, Hydroxyethyl Acrylate/Sodium Acryloyldimethyl Taurate Limoxymer, Ethyl Dimetil Taurat Kopolimer, Elektrolit Kopolimer Minyak, Allantoin, Panthenol, Xanthan Gum, Sodium Lactate, Sodium Hyaluronate, Ethyl Hexanediol, Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Minyak Daun
  • Negara Pengeluar: Korea Selatan
  • Saiz: 100 ml

Kelebihan:

Mengimbangi tahap penghidratan kulit
Menenangkan kulit daripada kerengsaan
Tekstur ringan

Harga: RM76.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

4. The Ordinary Natural Moisturizing Factors + HA Moisturizer

The Ordinary Natural Moisturizing Factors HA Moisturizer
Kredit gambar: Galeries Lafayette Doha

The Ordinary Natural Moisturizing Factors + HA Moisturizer ini agak istimewa kerana ia bukan sahaja mengandungi bahan humektan seperti asid hyaluronik, emolien dan cetyl alkohol malah, ia juga diperkaya dengan asid amino yang berfungsi untuk pengeluaran molekul yang mendorong penghidratan kulit. Selain itu, ia juga didatangkan dengan teknologi ‘Natural Moisturising Factors’ yang membantu untuk mengurangkan pengeluaran minyak serta memastikan lapisan kulit anda dilindungi. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Aqua (Air), Caprylic/Capric Triglyceride, Cetyl Alcohol, Propanediol, Stearyl Alcohol, Gliserin, Sodium Hyaluronate, Arginine, Aspartic Acid, Glycine, Alanine, Serine, Valine, Isoleucine, Proline, Hislalanidine, Pheineine, Proline, Threonine Glukosa, Maltosa, Fruktosa, Trehalosa, Natrium PCA, PCA, Natrium Laktat, Urea, Allantoin, Asid Linoleik, Asid Oleik, Fitosteril Canola Gliserida, Asid Palmitik, Asid Stearik, Lesitin, Triolein, Tokoferol, Karbomer, Isosetet-20 , Sodium Chloride, Citric Acid, Trisodium Ethylenediamine Disuccinate, Pentylene Glycol, Triethanolamine, Sodium Hydroxide, Phenoxyethanol, Chlorphenesin
  • Negara Pengeluar: Kanada
  • Saiz: 30 ml, 100 ml

Kelebihan & Keburukan:

Mengekalkan penghidratan kepada kulit
Melindungi kulit
Tidak berminyak
❌ Perlu digunakan selepas serum

Harga: RM37.50 – RM56.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

5. Clinelle Purifying Gel Moisturizer

Clinelle Purifying Gel Moisturizer
Kredit gambar: Shopee

Clinelle Purifying Gel Moisturizer adalah pilihan terbaik untuk anda yang mempunyai masalah kulit seperti parut jerawat, kulit berminyak dan jeragat. Pelembap ini juga merawat kulit anda secara intensif dan membentuk sel-sel kulit yang baru. Ia juga mempunyai tekstur yang ringan dan mudah meresap tanpa meninggalkan sebarang kesan berminyak. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Aqua (Air), Caprylic/Capric Triglyceride, Cetyl Alcohol, Propanediol, Stearyl Alcohol, Gliserin, Sodium Hyaluronate, Arginine, Aspartic Acid, Glycine, Alanine, Serine, Valine, Isoleucine, Proline, Hislalanidine, Pheineine, Proline, Threonine Glukosa, Maltosa, Fruktosa, Trehalosa, Natrium PCA, PCA, Natrium Laktat, Urea, Allantoin, Asid Linoleik, Asid Oleik, Fitosteril Canola Gliserida, Asid Palmitik, Asid Stearik, Lesitin, Triolein, Tokoferol, Karbomer, Isosetet-20 , Sodium Chloride, Citric Acid, Trisodium Ethylenediamine Disuccinate, Pentylene Glycol, Triethanolamine, Sodium Hydroxide, Phenoxyethanol, Chlorphenesin
  • Negara Pengeluar: Hong Kong
  • Saiz: 30 ml

Kelebihan & Keburukan:

Memudarkan parut jerawat
Menghilangkan jeragat
Mengurangkan pengeluaran sebum
❌ Jangka hayat singkat

Harga: RM31.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

6. La Roche Posay Effaclar Duo Moisturizer

La Roche Posay Effaclar Duo Moisturizer
Kredit gambar: La Roche-Posay Malaysia

La Roche Posay Effaclar Duo Moisturizer ialah pelembap yang terbaik untuk kulit berjerawat dan berminyak. Ia direka khas untuk melegakan kulit daripada kerengsaan dan jerawat sambil memberikan kelembapan yang berpanjangan pada kulit wajah anda. Ia juga diformulasikan dengan ‘Dimethicone’ yang berfungsi untuk menghapuskan kotoran serta menjadikan wajah anda tampak lebih lembut dan licin. Selain itu, ia didatangkan dengan tekstur yang tidak melekit.

Spesifikasi:

  • Bahan: Aqua/​Air, Gliserin, Dimethicone, Isocetyl Stearate, Niacinamide, Isopropyl Lauroyl Sarcosinate, Silica, Ammonium Polyacryloyldimethyl Taurate, Methyl Methacrylate Crosspolymer, Potassium Cetyl Phosphate, Zincryl Pyxades Hydrochloride, Zincryl Psorbitate Hydrochloride, SEdecryl Phenolic acid , Myristyl Myristate, 2-Oleamido-1,3-Octadecanediol, Aluminium Starch Octenylsuccinate, Mannose, Poloxamer 338, Disodium EDTA, Capryloyl Salicylic Acid, Caprylyl Glycol, Vitreoscilla Ferment, Xanthan8​, Polysorymethyl Acrylamide Asid, Piroctone Olamine, Parfum/​Wangian
  • Negara Pengeluar: Perancis
  • Saiz: 40 ml

Kelebihan & Keburukan:

Melegakan kerengsaan
Mengelakkan jerawat berulang
Tekstur tidak melekit
❌ Mengandungi wangian yang lembut (bagi mereka yang sensitif terhadap wangian)

Harga: RM79.92

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

7. Olay Regenerist Whip Face Moisturizer

Olay Regenerist Whip Face Moisturizer
Kredit gambar: Watsons

Olay Regenerist Whip Face Moisturizer ini mempunyai tekstur yang sangat ringan dan mudah untuk digunakan. Pelembap ini diperkaya dengan kompleks amino-peptida yang berfungsi untuk menganjalkan kulit serta mengurangkan jerawat. Ia juga didatangkan dengan formula tidak berminyak agar kulit anda tidak menghasilkan minyak secara berlebihan. Selain itu, pelembap ini juga membantu dalam memperbaharui lapisan permukaan kulit dengan sempurna. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Air, Vinyl Dimethicone/​Methicone Silsesquioxane Crosspolymer, Gliserin, Niacinamide*, Isohexadecane, Isopropyl Isostearate, Panthenol**, Palmitoyl Pentapeptide-4***, Ceratonia Siliqua (Carob) Ekstrak Buah, Sodium Hyathiconete, Sodium HyathiconeteFragrine, PEG-100 Stearate
  • Negara Pengeluar: Afrika Selatan
  • Saiz: 50 ml

Kelebihan & Keburukan:

Mempunyai SPF 30+
Tekstur ringan
Menganjalkan kulit
❌ Mengandungi wangian lembut (bagi mereka yang sensitif terhadap wangian)

Harga: RM109.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

8. Kiehl’s Ultra Facial Oil-Free Gel Cream

Kiehls Ultra Facial Oil Free Gel Cream
Kredit gambar: Shopee

Kiehl’s Ultra Facial Oil-Free Gel Cream merupakan pelembap yang berasaskan gel yang diformulasi secara khusus untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak. Ia mengandungi ekstrak ‘Imperata Cylindria’ yang membantu menjadikan kulit anda lebih anjal dan lembut. Pelembap ini juga diformulasikan dengan glikoprotein Glasial yang diperoleh daripada Glasier Laut Antartika. Ramuan ini berfungsi untuk melindungi kulit anda daripada kotoran yang disebabkan oleh persekitaran serta mengecilkan liang pori anda. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Air, Gliserin, Alkohol Denat, Dimethicone, Isononyl Isononanoate, Carbomer, Ekstrak Akar Imperata Cylindrica, Dimethiconol, Caprylyl Glycol, Chlorphenesin, Sodium Hydroxide, Xanthan Gum, Pseudoalteromonas Topic, Pseudoalteromonas Ferment Extract, Tetracetophenol, Tetracetophenol Biosaccharide Gum-1, Acrylates/​C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer
  • Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
  • Saiz: 50 ml

Kelebihan & Keburukan:

Bebas daripada pewarna dan paraben
Melindungi kulit daripada sebarang kotoran
Menjadikan kulit lebih lembut dan anjal
❌ Perlu disimpan jauh daripada cahaya matahari

Harga: RM142.40

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

9. Sukin Oil Balancing Mattifying Facial Moisturizer

Sukin Oil Balancing Mattifying Facial Moisturizer
Kredit gambar: Farmers

Sukin’s Oil Balancing Mattifying Facial Moisturizer ini mengandungi serbuk beras yang berfungsi untuk mengekalkan kelembapan kulit dan menghalang kulit daripada berminyak sepanjang hari. Ia diperkaya dengan antioksidan seperti teh rooibos, moringa dan ekstrak willowherb bagi menggalakkan pemulihan dan kesegaran kulit wajah. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai campuran ekstrak Aloe Vera dan Chamomile untuk membantu menenangkan kulit anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: Air (Aqua), Jus Daun Aloe Barbadensis, Minyak Biji Sesamum Indicum (Bijan), Alkohol Cetearyl, Gliserin, Alkohol Cetyl, Ceteareth-20, Serbuk Oryza Sativa (Beras), Ekstrak Daun Cydonia Oblonga (Kuin), Cocos Ekstrak Buah Nucifera (Kelapa), Ekstrak Daun Moringa Oleifera, Ekstrak Daun Aspalathus Linearis (Rooibos), Ekstrak Bunga Chamomilla Recutita (Matricaria) (Chamomile), Ekstrak Epilobium Angustifolium (Willowherb), Ekstrak Buah Vaccinium Myrtillus (Bilberi), Cucumis Satimbervus ) Ekstrak Buah, Ekstrak Buah Punica Granatum (Delima), Theobroma Cacao (Koko) Mentega Biji, Butyrospermum Parkii (Shea Butter), Minyak Cocos Nucifera (Kelapa), Coco-Caprylate, Tocopherol (Vitamin E), Citrus Nobilis (Oren Mandarin) Minyak Kupas, Minyak Lavandula Angustifolia (Lavender), Minyak Citrus Aurantifolia (Lime), Citrus Aurantium Amara (Oren Pahit) Daun/​Minyak Ranting (Petitgrain), Minyak Daun Backhousia Citriodora (Lemon Myrtle), Asid Sitrik, Phenoxyethanol, Benzyl Alcohol, Limonene*, Linalool*
  • Negara Pengeluar: Australia
  • Saiz: 125 ml

Kelebihan & Keburukan:

Dipenuhi dengan ekstrak herba dan bahan semula jadi
Menggebukan kulit
Menenangkan kulit
❌ Jangka hayat singkat ekoran diperbuat daripada bahan semula jadi

Harga: RM29.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

10. Cetaphil Pro Oil Absorbing Moisturizer

Cetaphil Pro Oil Absorbing Moisturizer
Kredit gambar: Shopee

Cetaphil Pro Oil Absorbing Moisturizer didatangkan dengan formula 3 dalam 1 yang berfungsi untuk mengawal penghasilan minyak, menghidrat dan melindungi kulit wajah daripada sinaran UV. Pelembap ini telah terbukti secara klinikal dapat menyerap minyak pada kulit secara efektif. Ia juga bertekstur ringan, tidak berminyak serta dilengkapi dengan teknologi Micropearl untuk meninggalkan efek ‘matte’ pada wajah. Pelembap ini sesuai untuk anda yang mengalami masalah jerawat. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Bahan Aktif: Avobenzone (3%), Octisalate (5%), Octocrylene (7%). Bahan Tidak Aktif: Air, Isopropyl Lauroyl Sarcosinate, Gliserin, Dimethicone, Diisopropyl Sebacate, Silica, Polymethyl Methacrylate, Aluminium Starch Octenylsuccinate, Sucrose Tristearate, Dimethiconol, Pentylene Glycol, Polysorbate 61, Capylictacyl Glycol, Plysorbate 61, Toxyetholypherylly Acetylphenyl, Phenoxyethanol Glycol, P. , Panthenol, Triethanolamine, Allantoin, Carbomer, Potassium Sorbate, Zink Glukonat, Xanthan Gum, Disodium EDTA, Hydroxypalmitoyl Sphinganine (Ceramide)
  • Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
  • Saiz: 118 ml

Kelebihan & Keburukan:

‘Eliminates shine’
Memberi penghidratan
Menyerap minyak berlebihan
❌ Perlu disimpan jauh daripada cahaya matahari

Harga: RM110.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

Senaraikan di atas merupakan 10 pelembap terbaik untuk kulit berminyak di Malaysia. Sebelum anda membuat pilihan, anda perlulah mempertimbangkan beberapa aspek seperti manfaat pelembap, harga dan bahan.  

  1. Manfaat

Sesetengah pelembap mempunyai manfaat tambahan selain mengurangkan penghasilan minyak di wajah, jadi anda disarankan untuk memilih pelembap yang mempunyai manfaat untuk masalah kulit lain seperti  jerawat, kekeringan atau jeragat. Pemilihan tersebut boleh dibuat berdasarkan masalah kulit yang anda hadapi. 

  1. Harga

Anda boleh mendapatkan pelembap dalam pelbagai julat harga daripada murah hingga mahal. Walau bagaimanapun, adalah lebih baik untuk sentiasa merujuk kepada belanjawan anda untuk mengelakkan perbelanjaan secara berlebihan.

  1. Bahan

Setiap pelembap mengandungi bahan yang berbeza bergantung kepada tujuan penghasilannya sama ada ia dikhususkan untuk kulit berminyak, kering atau sensitif. Oleh itu, anda disarankan untuk memeriksa bahan yang digunakan sebelum membeli pelembap agar ia bersesuaian dengan kondisi kulit anda.

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close