10 Pembersih Muka Terbaik di Malaysia 2022

Langkah pertama dari mana-mana rutin penjagaan kulit ialah pembersihan. Ini kerana pembersihan muka adalah perlu untuk menghilangkan segala kekotoran  yang terdapat pada permukaan kulit akibat pencemaran alam sekitar di udara. 

Adalah penting untuk anda membersihkan muka dan menanggalkan solekan yang telah anda pakai kerana membiarkan solekan di muka terlalu lama atau semalaman boleh menyumbat pori-pori dan merosakkan ‘penghalang kulit’ (skin barrier).

Adakah kita perlu memakai pencuci muka?

Tanpa penggunaan pencuci muka, kotoran  akan masuk ke dalam pori-pori wajah anda. Ia akan menyebabkan kerengsaan pada kulit yang kemudiannya kulit akan menjadi berjerawat. Terdapat banyak pembersih muka yang telah dicipta dan tersedia untuk dibeli. Berikut adalah 10 pencuci muka terbaik di Malaysia. Memandangkan terdapat pelbagai pilihan yang ditunjukkan dalam senarai ini, adalah baik untuk anda melihat butiran berikut sebelum memilih pembersih muka kegemaran anda:

  1. Jenis Kulit

Adalah penting untuk anda mengenal pasti jenis kulit yang anda miliki kerana setiap orang mempunyai jenis kulit yang berbeza. Hal ini kerana anda perlu menggunakan produk yang sesuai dengan jenis kulit anda. Ini adalah untuk mengelakkan sebarang kerosakan pada kulit.

  1. Bahan

Sebelum memilih pembersih muka pilihan anda, anda harus terlebih dahulu membaca bahan-bahan untuk mengetahui sama ada bahan-bahan tersebut sesuai untuk jenis kulit anda. Selain itu, anda dapat memastikan sama ada produk tersebut boleh  memberi manfaat dalam penjagaan kesihatan kulit anda.

  1. Harga

Anda harus menetapkan bajet untuk pembersih muka yang ingin anda beli bagi mengelakkan pembaziran. Hal ini kerana pembersih muka terdapat pelbagai jenis dan pelbagai harga, daripada murah sehinggalah mahal.

10 Pembersih Muka Terbaik di Malaysia 2022

1. Cosrx Low PH Good Morning Gel Cleanser

Cosrx Low PH Good Morning Gel Cleanser
Kredit Gambar: Watsons

Cosrx Low PH Good Morning Gel Cleanser adalah pembersih yang sesuai untuk mereka yang mempunyai jenis kulit kering dan berminyak. Pembersih muka ini mengandungi minyak pokok teh yang membantu meredakan keradangan dan merawat sebarang jerawat yang aktif. Ia juga mengandungi BHA yang menanggalkan sebarang sel kulit mati dan membersihkan kulit daripada sebarang kotoran yang berada jauh di dalam liang-liang kulit. Ia adalah pembersih muka yang lembut dan terbaik untuk digunakan pada waktu pagi. Hal ini kerana ia mempunyai pH yang rendah dan tidak menghilangkan minyak semula jadi yang ada pada kulit.

Spesifikasi:

  • Bahan: Water, Cocamidopropyl Betaine, Sodium Lauroyl Methyl Isethionate, Polysorbate 20, Styrax Japonicus Branch/​Fruit/​Leaf Extract, Butylene Glycol, Saccharomyces Ferment, Cryptomeria Japonica Leaf Extract, Nelumbo Nucifera Leaf Extract, Pinus Palustris Leaf Extract, Ulmus Davidiana Root Extract, Evening Primrose Flower Extract, Pueraria Lobata Root Extract, Tea Tree Leaf Oil, Allantoin, Caprylyl Glycol, Ethylhexylglycerin, Betaine Salicylate, Citric Acid, Ethyl Hexanediol, 1,2-Hexanediol, Trisodium Ethylenediamine Disuccinate, Sodium Benzoate, Disodium Edta
  • Negara Pengeluar:  Korea Selatan
  • Saiz: 20 ml, 50 ml, 150 ml

Kelebihan:

Merawat jerawat yang aktif
Melegakan kerengsaan
Menyingkirkan sel kulit mati

Harga: RM9.89 – RM21.49

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Hada Labo AHA/BHA Face Wash

Hada Labo AHA BHA Face Wash
Kredit Gambar: Shopee

Pencuci Muka Hada Labo AHA/BHA membersihkan kulit secara mendalam daripada kotoran yang terkumpul di permukaan kulit. Pembersih muka ini mempunyai tekstur yang kaya dan licin yang selesa digunakan semasa anda mencuci muka anda. AHA dan BHA adalah bahan utama dalam pembersih muka ini yang membantu menembusi penghalang kulit untuk membersihkan kulit dari dalam sambil mengeluarkan minyak berlebihan tanpa terlalu mengeringkan kulit.

Spesifikasi:

  • Bahan: Water, Butylene Glycol, Potassium Myristoyl Glutamate, PEG-40, Lauramidopropyl Betaine, Stearic Acid, Glyceryl Stearate, PEG-100 Stearate, Lauramide Dea, Glycolic Acid, Sodium Cocoamphoacetate, Lauric Acid, Glycol Distearate, Hydroxyacetophenone, Potassium Hydroxide, Salicylic Acid, Citrus Paradisi (Grapefruit) Peel Oil, Phytic Acid, Moringa Pterygosperma Seed Extract, Biosaccharide Gum-4, Citrus Aurantium Bergamia (Bergamot) Fruit Oil
  • Negara Pengeluar: Jepun
  • Saiz: 130 ml

Kelebihan:

Membersih secara mendalam
Menyingkirkan kotoran dan habuk
Mengelupas dengan lembut

Harga: RM29.08

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Hy Amino Cleanser
Kredit Gambar: Y.O.U

Pencuci muka yang diperkaya dengan Asid Amino, Asid Hyaluronik dan Biji Moringa yang berfungsi dengan berkesan dalam membersih, mengekalkan kelembapan dan menyuburkan kulit yang segar, licin dan sihat.

1. Formula Asid Amino

Diperkaya dengan 4 jenis Asid Amino untuk membantu anda mengekalkan kelembapan kulit.

2. 5D Hyaluronic Acid

Mengandungi 5 jenis Asid Hyaluronik yang membantu anda memberikan penghidratan dan mengekalkan kelembapan kulit.

3. Biji Benih Moringa

Bahan semula jadi yang membersih dan melembutkan kulit.

Spesifikasi:

  • Berat Produk: 100 g
  • Jenis pembersih muka: 4 Jenis Pembersih Muka (Anti Acne, Oil Control, Brightening, Hydrating) 
  • Negara Pengeluar: China
  • Bahan: Air, Sodium Laureth Sulfate, Cocamidopropyl Betaine, Sodium Lauryl Sulfate, Sekken Soji-K, Sodium Chloride, Glycol Distearate, Decyl Glucoside, Phenoxyethanol, Potassium Laureth Phosphate, PEG-7 Glyceryl Cocoate, Sodium Benzoate, Distearyl Phthalic Acid Amide, Cocamide MEA, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Acrylates Copolymer, PEG-120 Methyl Glucose Dioleate, Parfum, Glycerin, Citric Acid, Disodium EDTA, Propylene Glycol, Hyaluronic Acid, Aloe Barbadensis Leaf Juice, Pentylene Glycol, Moringa Oleifera Seed Extract, Serine, Histidine, Sargassum Pallidum Extract, Honey Extract, Threonine, Aspartic Acid, 1,2-Hexanediol, Sodium Acetylated Hyaluronate, Sodium Hyaluronate, Sodium Hyaluronate Crosspolymer, Hydroxyacetophenone, Hydrolyzed Sodium Hyaluronate, Ethylhexylglycerin, Trehalose, CI 17200.

Harga: RM15.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. innisfree Green Tea Foam Cleanser

innisfree Green Tea Foam Cleanser
Kredit Gambar: Innisfree

innisfree Green Tea Foam Cleanser adalah pembersih yang paling berkesan untuk mereka yang mempunyai kulit kombinasi dan berminyak. Ia adalah pembersih berkrim yang membentuk buih apabila ia bersentuhan dengan air. Bahan utama yang digunakan dalam formula ialah teh hijau Jeju yang membantu dalam membersihkan permukaan kulit secara mendalam sambil menghidratkan kulit. Kulit anda akan berasa licin dan anjal selepas setiap cucian.

Spesifikasi:

  • Bahan: Air /​ Aqua /​ Eau, Glycerin, Myristic Acid, Stearic Acid, Peg-32, Potassium Hydroxide, Palmitic Acid, Lauric Acid, Lauryl Glucoside, Propanediol, Glyceryl Stearate, Peg-100 Stearate, Fragrance /​ Parfum, Polyquaternium-7, 1,2-Hexanediol, Disodium Edta, Sodium Benzoate, Ethylhexylglycerin, Camellia Sinensis Leaf Water, Camellia Sinensis Leaf Extract, Butylene Glycol, Lactic Acid, Alcohol, Camellia Sinensis Root Extract, Phenoxyethanol
  • Negara Pengeluar: Korea Selatan
  • Saiz: 150 ml

Kelebihan:

Membersih secara mendalam
Menghidrasi kulit
Menjadikan kulit terasa lembut dan anjal

Harga: RM41.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. SOMEBYMI Bye Bye Blemish Vita Tox Brightening Bubble Cleanser

SOMEBYMI Bye Bye Blemish Vita Tox Brightening Bubble Cleanser
Kredit Gambar: 24hrsecret Australia

SOMEBYMI Bye Bye Blemish Vita Tox Brightening Bubble Cleanser ialah pilihan pembersih muka yang hebat jika anda ingin mencerahkan kulit anda atau mempunyai jenis kulit yang kusam. Pembersih muka ini adalah produk yang unik kerana ia adalah tekstur gelembung yang membantu menanggalkan sel kulit mati dan melicinkan tekstur kulit. Ramuan ekstrak Yuja, Goheung dan Jeju Green tangerine dapat membantu mencerahkan dan melembapkan kulit.

Spesifikasi:

  • Bahan: Air, Citrus Junos Fruit Extract, Citrus Reticulata (Tangerine) Fruit Extract, Disodium Cocoamphodiacetate, Glycerin, Potassium Cocoyl Glycinate, Coco-Betaine, Methyl Perfluorobutyl Ether,Methyl Perfluorobutyl Ether, Acrylates Copolymer, Salix Alba (Willow) Bark Extract, Citrus Limon (Lemon) Fruit Extract, Hippophae Rhamnoides Fruit Extract, Bacillus/​Folic Acid/​Soybean Ferment Extract (500 Ppb), Sodium Hyaluronate, Butylene Glycol, Mannitol, Sucrose, Panthenol (1,000 Ppm), Ascorbyl Glucoside (10 Ppm), Biotin (10 Ppm), Niacinamide (10 Ppm), Ascorbic Acid (20 Ppm), Tocopheryl Acetate (100 Ppm), Tocopherol (100 Ppm), Glutathione (1,000 Ppb), Ascorbyl Tetraisopalmitate (10 Ppm), Cyanocobalamin (100 Ppm), Menadione (100 Ppb), Linolenic Acid (0.1 Ppb), Pyridoxine Hcl (10 Ppb), Sodium Ascorbyl Phosphate (2 Ppb), Magnesium Ascorbyl Phosphate (2 Ppb), Tetrahexyldecyl Ascorbate (2 Ppb), Sodium Riboflavin Phosphate (2 Ppb), Caprylyl Glycol, Citric Acid, Zea Mays (Corn) Starch, Mannan, Microcrystalline Cellulose, 1,2-Hexanediol, Benzyl Glycol, Ethylhexylglycerin, Raspberry Ketone, Disodium EDTA, Ci 19140, Ci 15985, Iron Oxides(Ci 77492), Titanium Dioxide(Ci 77891), Fragrance, Limonene
  • Negara Pengeluar: Korea Selatan
  • Saiz: 120 ml

Kelebihan:

Menyingkirkan sel kulit mati
Menghidrasi kulit
Mencerahkan tona wajah

Harga: RM43.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Cerave Foaming Facial Cleanser

Cerave Foaming Facial Cleanser
Kredit Gambar: Threebs Malaysia

Cerave Foaming Facial Cleanser adalah pembersih muka yang ideal untuk menyingkirkan minyak berlebihan dan solekan tanpa menegangkan kulit. Pembersih muka ini mempunyai konsistensi gel yang bertukar menjadi buih apabila ia bersentuhan dengan air. Ia sesuai digunakan untuk jenis kulit berminyak dan kombinasi kerana ia cukup lembut tanpa mengganggu halangan pelindung kulit. Formulanya mengandungi niacinamide, asid hyaluronik dan ceramida dapat melegakan kerengsaan dan mengunci kelembapan kulit.

Spesifikasi:

  • Bahan: Air, Cocamidopropyl Hydroxysultaine, Glycerin, Sodium Lauroyl Sarcosinate, PEG-150 Pentaerythrityl Tetrastearate, Niacinamide, PEG-6 Caprylic/​Capric Glycerides, Sodium Methyl Cocoyl Taurate, Propylene Glycol, Ceramide NP, Ceramide AP, Ceramide EOP, Carbomer, Methylparaben, Sodium Chloride, Sodium Lauroyl Lactylate, Cholesterol, Disodium EDTA, Propylparaben, Citric Acid, Tetrasodium EDTA, Hydrolyzed Hyaluronic Acid, Phytosphingosine, Xanthan Gum
  • Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
  • Saiz: 87 ml, 355 ml, 473 ml

Kelebihan:

Menyingkirkan minyak yang berlebihan
Melegakan kerengsaan kulit
Mengunci kelembapan

Harga: RM39.90 – RM139.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Olay Regenerist Revitalizing Cream Cleanser

Olay Regenerist Revitalizing Cream Cleanser
Kredit Gambar: Watsons

Olay Regenerist Revitalizing Cream Cleanser ialah pembersih muka berkrim yang boleh menyahtoksik kulit dengan membaiki sel-sel kulit. Pembersih muka ini membantu anda mempercepatkan pertumbuhan semula sel-sel baru dengan menanggalkan sebarang sel kulit mati yang tertinggal pada kulit. Pembersih muka berkrim ini juga membantu anda mencerahkan kulit sekali gus mempamerkan kulit yang bersih dan sihat.

Spesifikasi:

  • Bahan: Air, PPG-15 Stearyl Ether, Glycerin, Stearyl Alcohol, Cetyl Betaine, Hydrated Silica, Salicylic Acid, Distearyldimonium Chloride, Sodium Lauryl Sulfate, Cetyl Alcohol, Alcohol, Steareth-21, Behenyl Alcohol, Fragrance, PPG-30, Steareth-2, Disodium EDTA, Carnosine, Panthenol, Tocopheryl Acetate, Ascorbic Acid
  • Negara Pengeluar: Afrika Selatan
  • Saiz: 100 ml

Kelebihan:

Memperbaharui lapisan permukaan kulit
Menyahtoksik kulit
Mempercepat pertumbuhan sel-sel kulit baru

Harga: RM12.12

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Vanicream Gentle Facial Cleanser

Vanicream Gentle Facial Cleanser
Kredit Gambar: Shopee

Vanicream Gentle Facial Cleanser adalah pembersih muka yang sesuai untuk mereka yang mempunyai jenis kulit sensitif dan kering. Pembersih muka ini lembut pada kulit dan berkesan dalam menanggalkan minyak, kotoran dan solekan tanpa membuat kulit berasa kering selepas mencuci. Ia tidak mengandungi sebarang pewangi, paraben dan pewarna malah ia sesuai digunakan untuk mereka yang mempunyai masalah kulit yang serius seperti ekzema dan psoriasis.

Spesifikasi:

  • Bahan: Purified Water, Glycerin, Coco Glucoside, Sodium Cocoyl Glycinate, Acrylates Copolymer, Caprylyl Glycol, Mica, Sodium Chloride, 1,2-Hexanediol, Titanium Dioxide, Sodium Hydroxide, Disodium Edta
  • Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
  • Saiz: 237 ml

Kelebihan:

Tidak mengandungi pewangi, paraben, dan pewarna
Sesuai untuk kulit sensitif dan kering
Menghidrasi kulit

Harga: RM59.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. Laneige Moist Cream Cleanser

Laneige Moist Cream Cleanser
Kredit Gambar: Laneige

Laneige Moist Cream Cleanser adalah pembersih muka untuk anda jika anda mempunyai jenis kulit kering. Ini kerana pembersih muka ini padat dengan 14.9% minyak yang terhasil daripada tumbuhan. Pencuci muka ini sangat melembapkan dan membantu anda meningkatkan tahap penghidratan kulit selain dapat menyokong penyerapan item penjagaan kulit anda yang berikutnya. Pembersih muka ini juga membantu anda meningkatkan keanjalan kulit dan menyuburkan kulit daripada sebarang kekeringan.

Spesifikasi:

  • Bahan: Air/​Aqua/​Eau, Limnanthes Alba (Meadowfoam) Seed Oil, Myristic Acid, Lauryl Hydroxysultaine, Lauric Acid, Potassium Hydroxide, Glycerin, Sodium Chloride, Stearic Acid, Acrylates/​C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Fragrance/​Parfum, Polyquaternium-7, PEG-14M, Disodium EDTA, Helianthus Annuus (Sunflower) Seed Oil, Sodium Benzoate, Tocopherol, Silica, BHT
  • Negara Pengeluar: Korea Selatan
  • Saiz: 150 ml

Kelebihan:

Meningkatkan hidrasi pada kulit
Meningkatkan keanjalan kulit
Melembapkan kulit daripada kering

Harga: RM63.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. Fresh Soy Face Cleanser

Fresh Soy Face Cleanser
Kredit Gambar: Bonjour Global EU

Fresh Soy Face Cleanser ialah pembersih wajah kegemaran ramai kerana ia berkesan dan lembut untuk digunakan. Pembersih ini mempunyai formula gel yang lembut pada kulit namun cekap dalam menanggalkan sebarang kotoran pada kulit wajah. Pembersih ini mengandungi ekstrak timun, air mawar dan minyak biji borage yang membantu dalam menenangkan dan melembutkan kulit sekali gus menyerikan wajah yang kusam.

Spesifikasi:

  • Bahan: Air, Coco-Glucoside, Glycerin, Butylene Glycol, PEG-7 Glyceryl Cocoate, Xanthan Gum, Glycine Soja (Soybean) Oil, Helianthus Annuus (Sunflower) Seed Oil, Borago Officinalis Seed Oil, Aloe Barbadensis Leaf Juice, Cucumis Sativus (Cucumber) Fruit Extract, Rosa Damascena Extract, Rosa Damascena Flower Water, Centaurea Cyanus Flower Extract, Glycine Soja (Soybean) Sterols, Panax Ginseng Root Extract, Rosa Damascena Flower Oil, Malva Sylvestris (Mallow) Flower Extract, Tocopherol, Ascorbyl Palmitate, PEG-120 Methyl Glucose Dioleate, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Caprylyl Glycol, Polysorbate 20, Caprylic/​Capric Triglyceride, Silica, Benzoic Acid, Disodium EDTA, Citric Acid, Behenyl Alcohol, Glyceryl Stearate, Lecithin, Pentylene Glycol, Hydrolyzed Soy Protein, Caramel, Sodium Benzoate, Potassium Sorbate, Phenoxyethanol
  • Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
  • Saiz: 150 ml, 200 ml

Kelebihan:

Melegakan kulit
Menyerikan lagi kulit wajah
Melembutkan kulit

Harga: RM132.10

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close