8 Pemegang Kad Lanyard Terbaik di Malaysia 2022

Di sesetengah tempat seperti pejabat atau universiti memerlukan anda untuk mempamerkan kad pengenalan anda pada setiap masa supaya mereka  boleh mengetahui status anda sama ada anda seorang kakitangan atau pelawat. Kebanyakan universiti, tempat kerja dan tetapan profesional lain menggunakan lanyard sebagai alternatif untuk mempamerkan kad pengenalan. Pemegang kad lanyard membolehkan anda mengikut protokol sambil kekal bergaya.

Memandangkan produk lanyard telah menjadi salah satu keperluan masyarakat, banyak jenama utama telah mengambil peluang untuk mencipta pemegang kad lanyard mereka termasuklah Kickers, Country Hide dan Hush Puppies. Terdapat pelbagai jenis dan jenama pemegang kad lanyard di pasaran yang boleh menjadikan anda keliru untuk memilih yang terbaik Berikut adalah 8 pemegang kad lanyard terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia.

Tips untuk memilih pemegang kad lanyard yang terbaik.

Ketika memilih pemegang kad lanyard atau mana-mana produk, anda perlulah menyemak butiran produk terlebih dahulu. Untuk lanyard, anda disarankan untuk menyemak panjang tali, bahan dan reka bentuk.

  1. Panjang tali

Setiap jenis dan jenama lanyard mempunyai kepanjangan tali yang berbeza ekoran ketinggian pembeli juga berbeza. Oleh itu, anda perlulah memilih lanyard dengan panjang tali yang sesuai dengan ketinggian anda. 

  1. Bahan

Memilih lanyard dengan bahan yang betul adalah penting untuk mendapatkan lanyard yang berkualiti dan memberikan keselesaan yang maksimum. Lanyard perlulah diperbuat daripada bahan tahan lama supaya ia boleh digunakan dalam jangka masa yang lama.

  1. Reka bentuk

Lanyard akan menjadi sebahagian daripada pakaian anda setiap hari. Oleh itu, adalah penting untuk memilih reka bentuk yang bersesuaian dengan kebanyakan pakaian. Anda juga boleh membeli lanyard dengan warna yang berbeza. 

8 Pemegang Kad Lanyard Terbaik di Malaysia 2022

1. 6AM Lanyard Card Holder

AM Lanyard Card Holder
Kredit Gambar: Shopee

Pemegang kad lanyard daripada 6AM ini didatangkan dalam bentuk kartun dan watak-watak animasi comel yang mungkin anda sukai. Lanyard ini sesuai digunakan di sekolah, pejabat dan kolej. Selain itu, ia dilengkapi dengan tali yang lebar sekaligus memberikan keselesaan kepada anda walaupun selepas memakainya dalam jangka masa yang lama.

Spesifikasi:

  • Panjang: 46cm
  • Reka bentuk: Beruang kutub, lembu, kucing hitam, beruang hitam, beruang bergaya, beruang garis bergaya, arnab bergaya, raksasa awan kecil, raksasa hitam kecil, gadis kecil, anak anjing kecil, beruang biskut, arnab gelembung, grid persegi, beruang label hitam, lucu, bunga hitam, bunga berwarna-warni, pasangan, pasangan ungu, kucing piyama, beruang, gadis piyama, kucing hitam, kucing merah jambu, tembikai, susu, strawberi, pelayar, arnab luna, beruang, anak anjing, mickey, minnie, selamat hari raya, hitam ( jalur menegak), putih menegak, putih mendatar, kelabu (jalur menegak), kelabu (jalur mendatar), anak patung kucing, beruang grizzly doll
  • Bahan: Plastik

Kelebihan:

50 Reka bentuk
Selesa
2 saiz

Harga: RM5.89 – RM14.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

2. Silicone Lanyard Card Holder

Silicone Lanyard Card Holder
Kredit Gambar: Shopee

Lanyard ini diperbuat daripada silikon berkualiti tinggi, kukuh, tahan lasak serta anti-calar yang dapat melindungi kad anda daripada sebarang kerosakan. Tambahan pula, ia menampilkan rekaan yang elegan dengan reka bentuk yang menarik. Selain itu, ia dipasarkan dengan 1 pilihan warna sahaja.

Spesifikasi:

  • Panjang: 45 cm
  • Warna: Hitam
  • Bahan: Silikon

Kelebihan:

Anti-calar
8 Reka bentuk

Harga: RM5.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

3. Kickers Leather Lanyard Card Holder

Kickers Leather Lanyard Card Holder
Kredit Gambar: Shopee

Jika anda mencari pemegang kad lanyard dengan reka bentuk yang profesional, pemegang kad lanyard daripada Kickers ini pilihan terbaik untuk anda. Lanyard ini diperbuat daripada kulit tulen yang menjadikannya tahan lama dan tahan lasak. Ia didatangkan dengan 3 pilihan warna asas untuk anda pilih. Lanyard ini sesuai digunakan di pejabat dan kolej. 

Spesifikasi:

  • Panjang: 42 cm
  • Warna: Hitam, merah, coklat
  • Bahan: Kulit asli

Kelebihan:

3 jenis reka bentuk
Tahan Lama

Harga: RM28.41

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

4. Flowery Lanyard Card Holder

Flowery Lanyard Card Holder
Kredit Gambar: Shopee

Jika anda sedang mencari lanyard yang comel, elegan dan bergaya untuk kad anda, maka pemegang kad lanyard ini sesuai untuk anda. Lanyard ini diperbuat daripada kulit PVC serta didatangkan dengan 2 pilihan warna untuk anda pilih. Bukan itu sahaja, ia juga dipasarkan pada harga yang berpatutan.

Spesifikasi:

  • Panjang: 43 cm
  • Warna: Merah jambu, Biru
  • Bahan: PVC

Kelebihan:

2 jenis reka bentuk
Tahan Lama

Harga: RM8.60 – RM8.61

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

5. Country Hide Lanyard Card Holder

Country Hide Lanyard Card Holder
Kredit Gambar: Shopee

Pemegang kad lanyard Country Hide ini menampilkan rupa yang premium dengan kombinasi warna yang menarik. Ia didatangkan dengan 6 pilihan warna yang menarik untuk anda pilih. Bukan itu sahaja, ia juga diperbuat daripada kulit lembu asli yang menjadikannya tahan lama dan tahan lasak.

Spesifikasi:

  • Panjang: 43 cm
  • Warna : Hitam, biru, gangsa, kopi, coklat gelap, olive
  • Bahan: Kulit tulen

Kelebihan:

6 pilihan warna
Tahan Lama

Harga: RM49.95

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

6. Personalised Name Lanyard Card Holder

Personalised Name Lanyard Card Holder
Kredit Gambar: Shopee

Lanyard ini direka secara eksklusif untuk kad anda, lanyard ini juga menawarkan perlindungan yang menyeluruh kepada kad daripada sebarang kerosakan. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mencetak nama anda di bahagian bawah pemegang kad. Lanyard ini dilengkapi dengan tali sepanjang 45 cm serta didatangkan dalam 4 pilihan warna untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Panjang: 45 cm
  • Warna: Hitam, coklat, merah jambu, biru tua
  • Bahan: Kulit PU

Kelebihan:

Boleh mencetak nama di bawah pemegang kad

Harga: RM39.00 – RM54.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

7. Hush Puppies Liyana Tag

Hush Puppies Liyana Tag
Kredit Gambar: Shopee

Selain daripada menghasilkan kasut berkualiti tinggi, jenama Hush Puppies juga tidak ketinggalan dalam mengeluarkan produk lanyard. Hush Puppies mengeluarkan lanyard dengan reka bentuk yang ringkas dan bergaya serta boleh dipakai oleh lelaki dan perempuan. Selain itu, ia juga didatangkan dengan 4 pilihan warna yang boleh dipadankan dengan pelbagai gaya dan warna pakaian.

Spesifikasi:

  • Panjang: 25 cm
  • Warna: Coklat, navy, kelabu dan merah
  • Bahan: Kulit asli

Kelebihan:

Tahan lasak
Reka bentuk premium

Harga: RM127.20

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Charles & Keith Lanyard Card Holder

Charles Keith Lanyard Card Holder
Kredit Gambar: Charles & Keith

Charles & Keith mengeluarkan reka bentuk lanyard yang eksklusif disertakan zip keemasan di bahagian sisi menyerlahkan lagi rupa lanyard. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan ruang bahagian kad dan duit syiling. Lanyard ini sesuai digunakan di pejabat dan kolej.

Spesifikasi:

  • Panjang: 24 cm
  • Warna: Hitam, merah jambu, maroon, hijau
  • Bahan: Kulit asli

Kelebihan:

Tahan lasak
Reka bentuk premium

Harga: RM29.80

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close