8 Pemotong Kuku Kucing Terbaik di Malaysia 2022

Bagi pemilik kucing, pastinya tidak asing lagi dengan cakaran kuku kucing. Apa tidaknya, sofa kesayangan yang baru dibeli mungkin telah menjadi mangsa cakaran kuku kucing ini. Makin dilarang, makin galak pula si comel ini mengeluarkan kuku mereka. Sebenarnya, mencakar dengan kuku merupakan tabiat semula jadi si kucing ini. Namun, anda boleh membantu memastikan kuku kucing anda bukan sahaja berada dalam keadaan sihat dan juga selamat di rumah.

Walaupun nampak remeh, kuku kucing sebenarnya memainkan peranan penting dalam habitat semula jadi mereka. Kuku mereka yang tajam akan membantu mereka menumpaskan mangsa dan memburu. Namun, bagi kucing sekarang yang kebanyakannya lebih banyak meluangkan masa di dalam rumah, mereka akan mencakar apa jua barangan di dalam rumah bagi menunjukkan tabiat semula jadi mereka.  Anda boleh menggunakan scratching post atau tiang pencakar sebagai salah satu cara mengurangkan cakaran, namun penjagaan rutin kuku kucing (memotong kuku)  ini juga boleh membantu anda dalam mengawal tabiat si comel anda. Berikut adalah 8 pemotong kuku kucing terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia.

Apa Yang Perlu Dipertimbangkan Dalam Mencari Pemotong Kuku Kucing Terbaik?

Sebagai pemilik kucing, anda perlu mempertimbangkan untuk membeli pemotong kuku kucing bagi memastikan kuku kucing anda pendek dan bersih untuk mengekalkan kesihatan mereka. Jadi, bagaimana hendak mencari pemotong kuku kucing yang terbaik? Jangan bimbang, kerana perkara seperti ciri, kualiti dan harga boleh membantu anda dalam mencari pemotong kuku kucing yang terbaik.

1. Ciri

Terdapat banyak pemotong kuku kucing yang boleh didapati di kedai fizikal dan dalam talian yang mempunyai ciri tersendiri. Oleh itu, anda perlulah membaca kesemua ciri produk tersebut untuk mencari pemotong kuku kucing yang terbaik dan mengikut keselesaan si comel anda. 

2. Kualiti

Ia juga penting untuk memilih pemotong kuku kucing berkualiti tinggi yang dilengkapi dengan bilah yang kuat dan tajam supaya ia boleh membantu anda memotong kuku kucing anda tanpa sebarang kecederaan. 

3. Harga

Setiap pemotong kuku menawarkan pelbagai harga, oleh itu disarankan kepada anda untuk membandingkan harga bagi beberapa produk pemotong kuku terlebih dahulu. Ini juga boleh membantu anda menjimatkan wang dan berbelanja dengan bijak.

8 Pemotong Kuku Kucing Terbaik di Malaysia 2022

1. Pastel Coloured Cat Nail Clipper With Nail Filer

Pastel Coloured Cat Nail Clipper With Nail Filer
Kredit Gambar: Shopee

Pemotong kuku ini didatangkan dalam 2 saiz berbeza iaitu kecil dan besar yang membolehkan anda untuk memilih pemotong kuku yang bersesuaian dengan kucing anda. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan pengikir kuku supaya anda boleh menumpulkan kesan potongan pada kuku kucing anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli Tahan Karat
  • Warna: Biru, Merah Jambu
  • Saiz: Kecil, Besar

Kelebihan:

Tahan lasak
Praktikal
Warna pastel

Harga: RM4.20 – RM5.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Cat Nail Clipper With Nail Filer

Cat Nail Clipper With Nail Filer
Kredit Gambar: Joom

Pemotong kuku ini diperbuat daripada keluli tahan karat sekaligus menjadikannya tahan lama dan tahan lasak. Selain itu, pemotong kuku ini juga mempunyai bilah yang tajam bagi membolehkan anda memotong kuku kucing anda dengan mudah. Pemotong kuku ini bukan sahaja sesuai untuk kucing malah ia juga boleh digunakan untuk anjing kecil, arnab dan guinea pig.

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli Tahan Karat
  • Warna: Biru, merah jambu

Kelebihan:

Mudah dibersihkan
Keluli tahan karat
Berbaloi

Harga: RM4.51

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Assorted Colours Cat Nail Clipper With Nail Filer

Assorted Colours Cat Nail Clipper With Nail Filer
Kredit Gambar: Shopee

Pemotong kuku ini mempunyai reka bentuk yang padat dan mudah untuk dipegang semasa memotong kuku kucing. Selain itu, pemegang pemotong ini diperbuat daripada plastik dan getah bagi memberikan cengkaman tambahan semasa anda memotong kuku kucing. Bukan itu sahaja, pemotong kuku ini juga didatangkan dengan 4 pilihan warna untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli Tahan Karat,
  • Warna: Biru, Merah Jambu, Merah, Hitam

Kelebihan:

Mudah dikendalikan
Tahan lasak
Potongan tepat

Harga: RM4.50 – RM7.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Mini Cat Nail Clipper

Mini Cat Nail Clipper
Kredit Gambar: eBay

Pemotong kuku bersaiz mini ini diperbuat daripada keluli tahan karat yang membolehkan anda menggunakannya dalam jangka masa yang lama. Selain itu, ia juga didatangkan dengan bentuk seperti gunting yang sesuai digunakan pada anak kucing atau kucing yang memiliki kuku yang lembut. Hal ini kerana pemotong bentuk ini dapat mengelakkan gelinciran dan mudah untuk dikendalikan.

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli Tahan Karat
  • Warna: Biru

Kelebihan:

Cengkaman yang baik
Tahan lama
Mudah disimpan

Harga: RM5.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Easy-To-Hold Cat Nail Clipper

Easy To Hold Cat Nail Clipper
Kredit Gambar: Shopee

Pemotong kuku ini mempunyai pemegang yang besar bagi memudahkan anda untuk mengendalikannya semasa memotong kuku kucing anda. Selain itu, ia juga menawarkan 3 pilihan warna yang mewah untuk anda pilih. Bukan itu sahaja, sebagai peringatan untuk menjaga kualiti pemotong ini, anda tidak boleh mencucinya dengan menggunakan air panas serta tidak digalakkan untuk meletakkannya berhampiran dengan petrol atau alkohol.

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli Tahan Karat
  • Warna: Hitam, Biru, Merah Jambu

Kelebihan:

Berpatutan
Pemegang yang selesa
Warna yang menarik

Harga: RM3.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. M&M Affordable Cat Nail Clipper

MM Affordable Cat Nail Clipper
Kredit Gambar: Shopee

Jika anda mencari pemotong kuku kucing yang tahan lasak dan selesa digunakan, M&M Affordable Cat Nail Clipper ini terbaik untuk anda. Pemotong kuku ini dilengkapi dengan mata bilah yang sangat tajam serta pemegangnya diperbuat daripada getah dan plastik yang berkualiti bagi memastikan cengkaman anda tidak licin. Hal ini dapat mengelakkan sebarang kemungkinan kemalangan daripada berlaku.

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli Tahan Karat, Plastik, getah
  • Warna: Pelbagai

Kelebihan:

Pemegang besar
Berpatutan
Selesa untuk dipegang

Harga: RM3.29

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Daiso’s Cat Nail Clipper

Daisos Cat Nail Clipper
Kredit Gambar: SeeTracker Malaysia

Pemotong kuku ini merupakan produk keluaran jenama yang boleh dipercayai iaitu Daiso yang terkenal dengan penjualan pelbagai produk pada harga yang berpatutan. Pemotong kuku ini diperbuat daripada keluli tahan karat yang menjadikannya tahan lama serta kalis air. Ia didatangkan dalam reka bentuk bersaiz kecil dan menawarkan 2 warna neutral untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli Tahan Karat, Plastik Polipropilena
  • Warna: Pelbagai

Kelebihan:

Jenama yang boleh dipercayai
Padat
Berpatutan

Harga: RM5.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Soft Grip Cat Nail Clipper

Soft Grip Cat Nail Clipper
Kredit Gambar: Joom

Pemotong kuku ini dilengkapi dengan pemegang ergonomik yang diperbuat daripada keluli tahan karat dan ABS yang telah dijamin kualitinya. Pemotong kuku ini sesuai untuk kucing yang berumur 3 bulan dan keatas. Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan dengan 3 pilihan warna untuk anda pilih. Walaupun ia agak mahal berbanding pemotong kuku yang lain, tetapi kualiti yang ditawarkan pasti memuaskan hati anda!

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli Tahan Karat, ABS
  • Warna: Hitam, Hijau, Merah Jambu

Kelebihan:

Berkualiti tinggi
Selesa
Penampilan moden

Harga: RM6.98

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close