8 Pen Penterjemah Terbaik di Malaysia 2022

Kredit gambar: walmart.com

Terdapat kira-kira 7,100 bahasa yang dituturkan di dunia dan setiap bahasa tersebut mempunyai keunikan dan keistimewaannya tersendiri. Kepelbagaian bahasa menjadi bukti kepada latar belakang bangsa di dunia ini. Terdapat juga sesetengah negara, di mana rakyatnya mampu menguasai lebih daripada satu bahasa. 

Walaupun bahasa merupakan cara komunikasi yang paling efektif, namun masalah ‘miscommunication’ masih berlaku ekoran terdapat perbezaan dari segi bahasa yang dituturkan. Masalah ini boleh diselesaikan dengan penggunaan pen penterjemah. Pen penterjemah mampu menterjemah pelbagai bahasa sekali gus membolehkan anda berinteraksi dengan lebih ramai orang dari pelbagai negara. Berikut adalah 8 pen penterjemah terbaik di Malaysia. 

Apakah tujuan penggunaan pen penterjemah?

Pen penterjemah mempunyai pelbagai fungsi yang boleh anda gunakan bergantung kepada tujuan anda. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan pen penterjemah untuk menterjemah buku yang ditulis dalam bahasa asing. 

Apakah ciri yang perlu ada pada pen penterjemah?

Pen penterjemah yang baik seharusnya dapat menterjemah perkataan dengan efisien dan cepat. Selain itu, reka bentuk pen penterjemah perlulah ringan dan mudah alih supaya ia mudah untuk dibawa ke mana sahaja.. 

8 Pen Penterjemah Terbaik di Malaysia 2022

1. Battiphee Translator Pen P301

Battiphee Translator Pen P
Kredit gambar: Shopee

Battiphee Translator Pen P301 ini mampu melakukan terjemahan imbasan secara dalam talian yang merangkumi 55 bahasa termasuk bahasa Cina dan Melayu. Pen penterjemah ini juga boleh melakukan terjemahan tanpa internet, namun hanya beberapa bahasa sahaja yang boleh diterjemahkan. Antaranya ialah bahasa Cina, Inggeris, Jepun dan Korea. Selain itu, anda juga boleh menggunakan pen penterjemah ini untuk mempelajari cara sebutan sesuatu perkataan dengan betul. 

Spesifikasi:

  • Jaminan: 1 tahun
  • Bahasa Terjemahan Imbasan Tanpa Internet: Cina, Inggeris, Jepun, Korea
  • Bahasa Terjemahan Imbasan Dalam Talian: 55 Bahasa termasuk Bahasa Melayu 
  • Terjemahan Suara Dalam Talian: 112 Bahasa termasuk Bahasa Melayu
  • Kapasiti Memori: 8 GB
  • Negara Pengeluar: : Korea
  • Saiz: 147 mm x 34 mm

Kelebihan:

Imbasan terjemahan dalam talian sebanyak 55 bahasa
Imbasan terjemahan tanpa internet sebanyak 4 bahasa
Dapat mempelajari cara sebutan sesuatu perkataan dengan betul.

Harga: RM339.00 -RM348.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

2. Alpha Egg Model S Dictionary and Translation Pen Q3

Alpha Egg Model S Dictionary and Translation Pen Q
Kredit gambar: Shopee

Alpha Egg Model S Dictionary and Translation Pen Q3 ini merupakan salah satu peranti yang sesuai digunakan untuk mereka yang ingin mempelajari bahasa Cina dengan lancar. Pen penterjemah ini mengandungi data daripada Oxford Advanced Learner’s English-Chinese Dictionary dan 20 buku rujukan yang dapat memudahkan anda untuk mencari terjemahan dengan betul dan tepat. Bukan itu sahaja, pen penterjemah ini juga mempunyai sambungan ‘Bluetooth’ yang boleh disambungkan pada fon telinga anda.

Spesifikasi:

  • Warna: Putih
  • Jaminan: 1 tahun
  • Berat: 0.027 G
  • Memori: 8 G
  • Terjemahan Bahasa: Mandarin, Hokkien, Inggeris
  • Sesuai untuk: Kanak-kanak, Remaja (3-16 tahun)
  • Negara Pengeluar: Malaysia

Kelebihan:

Peranti terbaik untuk mempelajari bahasa Cina
Pangkalan data yang luas
Sambungan ‘Bluetooth’

Harga: RM292.50-RM299.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

3. BOELEO Dictionary Translation Pen

BOELEO Dictionary Translation Pen
Kredit gambar: Lazada

BOELEO Dictionary Translation Pen ini membolehkan anda menterjemah dokumen anda dengan hanya menggunakan gambar. Cara penggunaannya sangat mudah, anda perlu mengambil gambar teks yang ingin anda terjemahkan, kemudian teks yang telah diterjemahkan akan dipaparkan. Pen penterjemah ini mampu menterjemah 116 bahasa melalui terjemahan imbasan dalam talian. Bukan itu sahaja, pen penterjemah ini juga boleh berfungsi tanpa internet.

Spesifikasi:

  • Warna: Hitam
  • Bahasa Terjemahan Imbasan Dalam Talian: 116 bahasa 
  • Bahasa Terjemahan Imbasan Tanpa Internet: 11 bahasa
  • Terjemahan Suara: 116 jenis bahasa
  • Kuasa: 5 V 100 mAh
  • Bateri: 1800 mAh 
  • Memori: 1 GB + 8 GB
  • Berat: 90 g
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz: 15 cm x 4.5 cm x 1.2 cm

Kelebihan:

Penterjemah melalui gambar
116 bahasa terjemahan dalam talian
11 bahasa terjemahan tanpa internet

Harga: RM329.00 -RM345.52

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

4. Spirgo P3 Pro Kamus BM-BC Smart Translation Dictionary Pen

Spirgo P Pro Kamus BM BC Smart Translation Dictionary Pen
Kredit gambar: Shopee

Spirgo P3 Pro Kamus BM-BC Smart Translation Dictionary Pen merupakan pen penterjemah yang efektif serta boleh menterjemah sehingga 112 bahasa. Secara tidak langsung, ia dapat membantu anda untuk mempelajari pelbagai bahasa dalam satu masa. Pen penterjemah ini juga boleh disambungkan pada WiFi dan Bluetooth.

Spesifikasi:

  • Warna: Biru, Hitam
  • Voltan: 5 V / 0.5 A ~ 1.0 A
  • Berat:80 g
  • Bateri: 1200 mAh
  • Ketepatan: 98%
  • Bahasa Terjemahan: 112 bahasa 
  • Tetapan Bahasa: Cina/ Inggeris/ Jepun/ Korea/ Sepanyol/ Perancis/ Jerman/ Itali
  • Negara Pengeluar: Amerika Syarikat

Kelebihan:

Sambungan ke WiFi dan Bluetooth
112 bahasa
Sebutan tulen British dan Amerika

Harga: RM599.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

5. GAI G1 Pro Max Dictionary and Translator Pen

GAI G Pro Max Dictionary and Translator Pen
Kredit gambar: Shopee

GAI G1 Pro Max Dictionary and Translator Pen mempunyai kelajuan terjemahan sepantas  0.5 saat yang menjadikan proses penterjemahan dokumen anda lebih pantas dan mudah. Pen penterjemah ini boleh digunakan sehingga 8 jam sebelum ia perlu dicas semula. Pen penterjemah ini boleh digunakan pada tangan kanan dan kiri mengikut keselesaan anda.

Spesifikasi:

  • Jaminan: 1 tahun
  • Bahasa Terjemahan: 116 bahasa
  • Memori: 16 GB
  • Bateri: 1500 mAh
  • Ketepatan: 98%
  • Negara Pengeluar:: China

Kelebihan:

Kelajuan terjemahan 0.5 saat
Boleh digunakan sehingga 8 jam
Sesuai untuk tangan kiri dan kanan

Harga: RM750.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

6. AERLANG Translator Pen

AERLANG Translator Pen
Kredit gambar: Shopee

AERLANG Translator Pen ini mempunyai skrin yang lebih besar berbanding pen penterjemah yang lain sekali gus memudahkan anda untuk mengendalikannya. Pen penterjemah ini boleh digunakan untuk menterjemah bahasa Cina dan Inggeris. Bukan itu sahaja, pen penterjemah ini juga cukup ringan untuk dibawa ke mana sahaja.

Spesifikasi:

  • Jaminan: 1 tahun
  • Bahasa Terjemahan: Bahasa Cina & Bahasa Inggeris
  • Memori: 8 GB
  • Negara Pengeluar: China

Kelebihan:

Ringan
Skrin besar
Boleh menterjemah bahasa Cina dan Inggeris

Harga: RM295.00 – RM359.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

7. Youdao Dictionary Pen 2 Pro

Youdao Dictionary Pen Pro
Kredit gambar: Ubuy

Youdao Dictionary Pen 2 Pro mampu menterjemah sehingga 60 perkataan dalam masa seminit sahaja. Pen penterjemah ini dilengkapi dengan sistem ‘USB’, ‘Bluetooth’ dan ‘Type-C’ yang boleh digunakan untuk mengecas peranti anda. Pen penterjemah ini juga mempunyai skrin yang pantas dan responsif.

Spesifikasi:

  • Jaminan: 12 bulan
  • Tetapan Bahasa: 4 bahasa
  • Bahasa Terjemahan: Cina, Inggeris, Korea, Jepun
  • Memori: 16 GB
  • Ketepatan: 98%
  • Negara Pengeluar: China

Kelebihan:

Skrin responsif
Menterjemah 60 perkataan dalam seminit
Dilengkapi sambungan Bluetooth dan kabel ‘Type-C’

Harga: RM489.00 -RM499.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

8. Youdao Dictionary Pen 3 Pro

Youdao Dictionary Pen Pro
Kredit gambar: Shopee

Youdao Dictionary Pen 3 Pro mempunyai sistem tindak balas yang responsif sekali gus membolehkan proses penterjemahan berlaku dengan pantas. Pen penterjemah ini juga dilengkapi dengan tesaurus yang mempunyai lebih daripada 1 juta perkataan. Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan dengan 2 mod iaitu mod ‘speaking’ dan mod ‘listening’.

Spesifikasi:

  • Jaminan: 1 tahun
  • Bahasa Terjemahan: Cina, Inggeris, Jepun, Korea
  • Memori: 32 GB
  • Negara Pengeluar:: China

Kelebihan:

Masa tindak balas pantas
Mod ‘speaking’ dan mod ‘listening’
Dilengkapi dengan tesaurus 1 juta perkataan

Harga: RM1049.00 – RM1099.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close