Pendedahan Maklumat, Polisi Dan Polisi Hak Cipta

Pendedahan Maklumat, Polisi & Polisi Hak Cipta

Terma dan polisi kami yang perlu dipatuhi pada setiap masa.

Polisi Pendedahan Maklumat

Pasukan kami meluangkan masa berjam-jam untuk memilih dan mengatur cadangan-cadangan ini dengan sebaik mungkin. Matlamat kami adalah untuk mencuba dan menguji atau sedaya upaya menyelidiki suatu produk atau perkhidmatan itu sendiri supaya kami boleh mengesyorkannya kepada anda. Selain itu, kami juga hanya mengesyorkan produk dan peruncit yang kami percayai untuk dibeli atau dipercayai berdasarkan penyelidikan kami.

Sesetengah pautan pada laman web, e-mel, media sosial dan juga kumpulan kami merupakan pautan yang telah digabungkan. Jadi, sekiranya anda melakukan pembelian menerusi laman web kami, kami mungkin akan mendapat sedikit komisen. Hal ini dapat memastikan laman web kami terus beroperasi dan menerusi cara ini juga, kami akan terus memberikan anda kandungan artikel yang berguna dan eksklusif.

Jika anda telah membeli produk daripada rakan kongsi kami melalui saluran kami, kami sangat berterima kasih dan bersyukur atas sokongan yang anda berikan. Kami sangat menghargai bantuan dan kepercayaan anda terhadap kami. Misi kami adalah untuk menghasilkan nilai yang baik menerusi kandungan artikel kami. Jika anda mempunyai soalan, anda boleh kemukakannya kepada kami.

Jika anda tidak pasti atau ragu dengan ulasan/ kualiti mahupun proses pembuatan mana-mana produk atau vendor yang telah kami cadangkan dalam kandungan artikel kami, anda boleh menghubungi kami di [email protected] Kami bersedia menerimanya.

Polisi Privasi

My Weekend Plan Sdn Bhd (“MWP” atau “kami”) memandang serius tentang privasi maklumat anda. Polisi Privasi ini terguna pakai dalam laman web www.myweekendplan.asia (“Laman Web”) dan media sosial. Polisi ini akan mengawal pengumpulan, pemprosesan dan penggunaan data mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Malaysia (“PDPA”). 

Kami menghormati privasi anda dan kami sama sekali tidak mengumpul data anda untuk sebarang pengedaran, penjualan atau pertukaran tanpa kebenaran dengan mana-mana pihak ketiga. Kami hanya mengumpul maklumat peribadi tertentu di laman web kami seperti nama dan e-mel anda sebagai pertukaran untuk kandungan tambahan atau muat turun kami. Maklumat anda hanya akan digunakan untuk kami menghubungi anda dan menghantar lebih banyak kemas kini atau maklumat tentang kandungan artikel kami yang anda telah daftarkan, seperti surat berita. Sekiranya anda berasa maklumat peribadi anda telah disalahguna, sila hubungi kami di [email protected]

Maklumat Yang Dikumpul Dari Semua Pelawat Laman Web Kami

Apabila anda mengakses laman web kami, kami dan rakan kongsi pihak ketiga kami secara automatiknya akan mengumpul maklumat tertentu tentang lawatan anda menggunakan alat seperti ‘cookies’, suar web dan teknologi lain yang serupa dengannya. Maklumat yang akan dikumpul secara automatik apabila anda melawat laman web kami adalah alamat IP anda, ciri sistem pengendalian anda, maklumat tentang penyemak imbas dan tetapan sistem anda, data tentang komputer atau peranti mudah alih yang anda gunakan untuk mengakses laman web, pengecam peranti unik, data aliran klik (yang menunjukkan laluan halaman demi halaman  semasa anda menyemak imbas laman web kami). Kami atau rakan kongsi pihak ketiga kami mungkin menggabungkan maklumat yang setiap daripada kami kumpulkan secara automatik dengan maklumat lain tentang anda, termasuklah maklumat yang anda pilih untuk diberikan kepada kami.

Cookie’ ialah fail kecil yang digunakan oleh laman web dan perkhidmatan dalam talian lain untuk menyimpan maklumat tentang pengguna ke dalam komputer pengguna sendiri. Laman web ini mungkin menggunakan ‘cookie’ (seperti ‘cookie’ HTTP dan HTML5), serta jenis storan tempatan yang lain. Untuk maklumat lanjut tentang ‘cookie’, anda boleh melayari http://www.allaboutcookies.org

Untuk menguruskan pengumpulan data automatik kami, kami mungkin meletakkan tag (sering dirujuk sebagai “suar web”) pada halaman di laman web atau dalam e-mel yang kami hantar kepada anda. Suar web ialah fail kecil yang memautkan halaman web ke pelayan web tertentu dan ‘cookie’ mereka, dan ia boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, seperti mengira bilangan pelawat ke laman web, menganalisis cara pengguna menavigasi di sekitar laman web, menilai berapa banyak e-mel yang kami hantar telah dibuka oleh pelawat, dan artikel atau pautan mana yang dilihat oleh pelawat.

Kami juga menggunakan perkhidmatan analitis web pihak ketiga, seperti Analitis Google, di laman web untuk memberikan kami statistik dan maklumat lain tentang pelawat ke laman web kami. Akhir sekali, syarikat yang menyediakan aplikasi, alatan, widget dan pemalam pihak ketiga tertentu yang mungkin muncul di laman web (contohnya, butang “Suka” Facebook), juga boleh menggunakan cara automatik untuk mengumpul maklumat mengenai interaksi anda dengan ciri tersebut. Pengumpulan maklumat ini tertakluk kepada dasar privasi atau notis pembekal tersebut.

Cara Kami Menggunakan Maklumat Yang Diperolehi

Kami mungkin menggunakan maklumat yang dikumpul di My Weekend Plan Asia untuk pelbagai tujuan, termasuklah tujuan yang disenaraikan di bawah. Sebagai contoh, jika anda menghubungi kami dengan soalan dan memberikan alamat e-mel anda, kami akan menggunakan alamat e-mel yang anda berikan untuk menjawab pertanyaan anda. Selain itu, kami menggunakan maklumat yang kami kumpulkan daripada anda dan melalui laman web kami untuk:

  1. Menyediakan produk dan perkhidmatan yang anda minta (contohnya, ketika anda mendaftar untuk menerima e-mel surat berita daripada kami).
  2. Membalas permintaan, soalan, dan komen, serta memberikan sokongan lain kepada para pengguna;
  3. Menawarkan produk dan perkhidmatan kepada anda melalui komunikasi pemasaran, atau mengarahkan anda ke bahagian laman web ini atau tapak web lain, yang kami percaya mungkin menarik minat anda;
  4. Untuk menyampaikan pengiklanan, kandungan dan tawaran kepada anda berdasarkan minat dan aktiviti dalam talian anda, daripada kami atau pihak ketiga;
  5.  Berkomunikasi dan mengendalikan  penyertaan anda di dalam acara, program, pertandingan dan tawaran atau promosi lain;
  6. Menjalankan, menilai dan menambah baik perniagaan kami (yang mungkin termasuk membangunkan ciri baharu untuk laman web; menganalisis dan meningkatkan pengalaman pengguna di laman web; menilai keberkesanan pemasaran dan pengiklanan kami; dan menguruskan komunikasi kami);
  7. Mengumpul data secara sistematik tentang penggunaan laman web  (termasuk penyelidikan pasaran dan pelanggan, analisis trend, dan analisis kewangan;
  8. Mengawal, mengenal pasti dan mencegah penipuan dan aktiviti jenayah lain, tuntutan dan liabiliti lain; dan
  9. Mematuhi keperluan undang-undang yang berkenaan, permintaan penguatkuasaan undang-undang dan dasar syarikat kami.

Bukan Pendedahan

My Weekend Plan tidak menjual, menyewa, memajak atau mengeluarkan Maklumat Peribadi anda kepada pihak ketiga. My Weekend Plan boleh, dari semasa ke semasa, menghubungi anda bagi pihak rakan kongsi perniagaan luar tentang tawaran tertentu yang mungkin akan menarik minat anda. Dalam hal ini, Maklumat Peribadi anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga tanpa mendapat kebenaran yang jelas daripada anda. Selain itu, My Weekend Plan mungkin akan berkongsi data dengan rakan kongsi yang dipercayai untuk membantu kami melakukan analisis statistik, menghantar e-mel kepada anda atau memberikan sokongan kepada pelanggan. Semua pihak ketiga tersebut dilarang menggunakan Maklumat Peribadi anda kecuali untuk menyediakan perkhidmatan ini kepada My Weekend Plan dan mereka dikehendaki mengekalkan kerahsiaan Maklumat Peribadi anda.

Pendedahan Maklumat Peribadi

My Weekend Plan akan mendedahkan atau berkongsi Maklumat Peribadi anda, tanpa notis, hanya jika dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang atau dengan niat baik bahawa sebarang tindakan sedemikian adalah perlu untuk: (a) mematuhi sebarang keperluan undang-undang; (b) melindungi dan mempertahankan hak atau harta My Weekend Plan; dan (c) bertindak dalam keadaan mendesak untuk melindungi keselamatan peribadi pengguna theweddingvowsg.com, atau orang awam.

Kami mungkin mendedahkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga: (a) sekiranya kami menjual atau membeli sebarang perniagaan atau aset, dalam hal ini kami mungkin mendedahkan data peribadi anda kepada bakal penjual atau pembeli perniagaan atau aset tersebut; dan (b) jika myweekendplan.asia atau sebahagian besarnya, semua aset syarikat ini diperolehi oleh pihak ketiga, dalam hal ini data peribadi yang dipegang oleh syarikat ini mengenai pelanggannya akan menjadi salah satu aset yang akan dipindahkan.

Penggunaan “Cookie”

Laman web kami menggunakan ”cookie” untuk membantu dan memudahkan anda semasa melayari internet. “Cookie” ialah fail teks yang diletakkan pada pemacu anda oleh pengendali halaman web. “Cookie” tidak boleh digunakan untuk menjalankan program atau menghantar virus ke komputer anda. “Cookie” diperuntukkan secara unik kepada anda dan hanya boleh dibaca oleh pengendali web dalam domain yang mengeluarkan “cookie” kepada anda.

“Cookie” di laman web boleh digunakan untuk memastikan pengalaman pengguna berjalan dengan lancar, melakukan analisis dan untuk memaparkan iklan yang berkaitan. Sila ambil perhatian bahawa pihak ketiga (seperti perisian analitik) juga boleh menggunakan “cookie” dan ia adalah dibawah kawalan kami. “Cookie” ini mungkin bersifat analitik, berprestasi atau bersasar. Laman web kami menggunakan Google Analitis. Sila rujuk http://www.google.com/policies/privacy/partners untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara Google menggunakan data anda apabila anda menggunakan laman web kami dan cara mengawal maklumat yang akan dihantar kepada Google.

Kebanyakan pelayar web akan menerima “cookie” secara automatik, tetapi anda juga boleh mengubah suai tetapan penyemak imbas anda untuk menolak dan menghalang “cookie” jika anda mahu. Jika anda memilih untuk menolak “cookie”, anda mungkin tidak dapat mengakses semua atau sebahagian daripada laman web kami atau  mengalami ciri interaktif bagi perkhidmatan TWV atau laman web yang anda layari.

Cara Kami Melindungi Data Peribadi Anda

Kami kekal melindungi pentadbiran, teknikal dan fizikal data bagi memastikan data peribadi yang anda berikan itu tidak disalahguna sama ada melalui kemalangan, kehilangan, kemusnahan tanpa kebenaran, kesalahgunaan terhadap undang-undang, pendedahan, pengaksesan atau penggunaan secara tidak sengaja atau mana-mana yang berkaitan dengan hal ini. Meskipun begitu, kami tidak dapat menjamin keselamatan maklumat yang anda berikan secara dalam talian dan hal ini membuat anda berpotensi untuk menanggung risiko tentang keselamatan data dan maklumat yang anda berikan melalui mana-mana laman web, termasuklah laman web kami. Jika anda mempunyai soalan berkenaan keselamatan data anda, anda boleh menghubungi kami di [email protected]

Polisi Hak Cipta

Kandungan dalam My Weekend Plan bertujuan untuk kegunaan dan ekspresi peribadi melainkan dinyatakan sebaliknya. Semua kandungan dalam My Weekend Plan adalah hak milik pemilik laman web melainkan ia dinyatakan sebaliknya, dan dilindungi oleh undang-undang hak cipta Malaysia dan antarabangsa. Tidak akan ada penyalinan, pengedaran, pengubahsuaian, paparan, pengeluaran semula atau pertindihan tanpa kebenaran mana-mana bahan atau foto tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik laman web ini.

Semua gambar akan diberikan kredit kepada sumber asal melainkan ianya diperoleh daripada penulis artikel itu sendiri. Kami tidak mempunyai sebarang niat untuk mengeksploitasi atau menyalahgunakan gambar atau bahan yang dimiliki oleh seseorang individu untuk tujuan komersial dan sekiranya terdapat individu atau organisasi yang bimbang mengenai privasi mana-mana foto atau bahan yang kami telah gunakan, sila e-mel kepada kami di [email protected]

Laman web ini menerima bentuk tajaan, sisipan berbayar atau bentuk pampasan lain. Oleh itu, pemilik laman web ini diberi pampasan untuk menawarkan pendapat tentang produk, perkhidmatan, laman web dan pelbagai subjek lain mengenai perkara itu. Walau bagaimanapun, pendapat dan perspektif yang dipaparkan di laman web ini adalah milik penulis semata-mata. Sebarang tuntutan produk, petikan, statistik atau perwakilan lain tentang produk atau perkhidmatan hendaklah dipastikan dan disahkan dengan pengilang, peruncit atau pihak yang berkenaan.

Laman web ini bertindak mengikut standard pemasaran yang bersesuaian, yang mana para pembaca berkongsi maklumat yang dibaca dari laman web kami kepada orang lain. Kami ambil maklum tentang pampasan yang diterima mungkin mempengaruhi kandungan iklan, subjek atau artikel yang diterbitkan dalam laman web ini. Walaupun pemilik laman web ini menerima pampasan bagi artikel atau iklan yang kami terbitkan pada laman web kami, kami sentiasa memberikan cadangan, pendapat  atau pengalaman yang telus terhadap subjek atau produk tersebut. Kami menghargai dan percaya dalam penyampaian maklumat yang betul kepada para pembaca tanpa mengira hubungan.

Sila e-melkan kepada kami di [email protected] untuk maklumat lanjut.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close