8 Pengering Pakaian Mudah Alih Terbaik di Malaysia 2022

Kredit gambar: Shopee

Kerap kali pakaian yang telah dibasuh tidak kering sepenuhnya apabila dijemur terutamanya ketika musim hujan? Anda mempunyai ruang menyidai baju yang terhad? Anda terpaksa berebut ampaian baju ketika duduk di asrama? Jangan bimbang, masalah ini boleh diselesaikan dengan penggunaan pengering pakaian mudah alih. Pengering pakaian mudah alih ialah alatan yang membantu untuk mengeringkan pakaian anda dalam masa yang singkat. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai reka bentuk yang ringan bagi memudahkan anda untuk membawanya ke mana sahaja. Berikut adalah 8 pengering pakaian mudah alih terbaik yang anda boleh dapati di Malaysia.

Berapa lamakah masa yang diambil oleh pengering pakaian mudah alih untuk mengeringkan pakaian?

Pengering pakaian mudah alih mengambil masa kira-kira 2 hingga 4 jam untuk pakaian anda kering sepenuhnya. Walau bagaimanapun, ia juga bergantung kepada bahan pakaian yang ingin dikeringkan kerana pakaian yang dibuat daripada bahan yang lebih tebal akan mengambil masa yang lebih lama untuk kering. 

Adakah pengering pakaian mudah alih memerlukan saluran udara?

Kebanyakan pengering mudah alih sudah dilengkapi dengan salur udara, jadi anda tidak perlu membeli salur udara yang berasingan untuk pengering mudah alih anda. Anda juga boleh meletakkan pengering pakaian mudah alih anda di tempat yang mempunyai aliran udara yang mencukupi bagi mempercepatkan proses pengeringan. 

8 Pengering Pakaian Mudah Alih Terbaik di Malaysia 2022

1. Deroma V10 Clothes Dryer

Deroma V Clothes Dryer
Kredit Gambar: Deroma Official Website

Deroma V10 Clothes Dryer merupakan salah satu pengering pakaian yang efisien dalam mengeringkan pakaian anda secara menyeluruh dengan menggunakan sistem rotasi berkelajuan tinggi. Selain itu, pengering pakaian mudah alih ini mempunyai ciri pengeringan yang mencapai 70 darjah celsius bagi memastikan pakaian anda kering tanpa meninggalkan sebarang tompok basah. Bukan itu sahaja, pengering pakaian mudah alih ini juga membantu menyingkirkan 99% hama dan bakteria daripada pakaian anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: Nilon,
  • Warna: Biru
  • Penggunaan Kuasa: 1000 W
  • Kapasiti: 10 L 
  • Masa Maksimum: 1,800 minit
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: 70 cm x 45 cm x 148 cm

Kelebihan:

Sistem rotasi berkelajuan tinggi
Pengeringan mencapai 70 darjah celsius
Menyingkirkan 99% hama dan bakteria pada pakaian

Harga: RM189.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Babyzoo Portable Clothes Dryer

Babyzoo Portable Clothes Dryer
Kredit Gambar: Shopee

Pengering Pakaian Mudah Alih Babyzoo mempunyai ciri pengeringan yang mampu mengeringkan pakaian anda dalam masa yang singkat sekaligus menjadikannya sesuai untuk mereka yang mempunyai jadual harian yang padat. Selain itu, pengering pakaian ini juga dilengkapi dengan sistem pemasa yang membolehkan anda meletakkan had masa mengikut kehendak anda. Pengering pakaian mudah alih ini didatangkan dengan penyangkut baju yang diperbuat daripada keluli tahan karat dan sistem saluran udara bagi mengelakkan udara sejuk daripada memasuki ruang pengering pakaian.

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli tahan karat
  • Warna: Kuning, Biru
  • Voltan Input: 220 V
  • Penggunaan Kuasa: 450 W
  • Berat: 1kg
  • Kapasiti Maksimum: 5 kg
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz:
    • Kecil: 26 cm x 18 cm x 15 cm
    • Besar: 24 cm x 32 cm x 24 cm

Kelebihan:

Mempunyai ciri pengeringan pantas
Mempunyai pemasa
Penyangkut diperbuat daripada keluli tahan karat

Harga: RM99.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Uringo Clothes Dryer

Uringo Clothes Dryer
Kredit Gambar: Alexnld

Pengering Pakaian Uringo ini mampu mengeringkan 3 hingga 5 helai pakaian pada satu masa dalam tempoh masa yang pantas ekoran ia dilengkapi dengan sistem pengeringan pantas. Pengering pakaian mudah alih ini dilengkapi dengan ruang penyangkut pada bahagian atas dan bawah bagi memudahkan anda untuk meletakkan pakaian anda. Selain itu, pengering ini juga menggunakan ‘sensor dry technology’ yang berfungsi untuk mengesan kelembapan pada pakaian serta dapat mengurangkan kadar penggunaan elektrik semasa proses pengeringan.

Spesifikasi:

  • Warna: Putih , Merah Jambu
  • Penggunaan Kuasa: 400 W
  • Voltan Input: 220 V
  • Masa Maksimum: 0.5 jam- 3.5 jam
  • Kapasiti Berat: 3-5 kg
  • Negara Pengeluar: China 
  • Saiz: 520 mm x 60 mm x 732mm (Saiz ketika dibuka), 280 mm x 60 mm (Saiz ketika dilipat)

Kelebihan:

Mengeringkan 3 hingga 5 helai baju dalam satu masa
Mempunyai kain pelindung
Mempunyai ruang penyangkut di atas dan di bawah

Harga: RM179.00 – RM209.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Amoi Clothes Dryer

Amoi Clothes Dryer
Kredit Gambar: AliExpress

Amoi Clothes Dryer tidak mengeluarkan sebarang bunyi ketika mengeringkan pakaian sekaligus membolehkan anda menggunakannya tanpa memberi gangguan kepada orang lain. Pengering pakaian mudah alih ini mempunyai sistem pemanasan dan pengeringan tiga dimensi yang membenarkan pengagihan haba secara sekata ke seluruh pakaian anda. Pengering pakaian ini dilengkapi dengan ciri boleh dilipat yang membolehkannya disimpan di tempat atau ruangan yang sempit seperti di bawah katil atau di dalam almari anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: Aloi aluminium 
  • Warna: Biru
  • Voltan Input: 220V
  • Penggunaan Kuasa: 501 W – 900 W 
  • Berat: 6 kg
  • Kapasiti Berat: 10 kg – 15 kg
  • Masa Maksimum: 121 minit -180 minit 
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz: 50 cm x 40 cm x 25 cm

Kelebihan:

Mudah dipasang
Pemanasan tiga dimensi
Tidak mengeluarkan sebarang bunyi

Harga: RM299.00 – RM348.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Xiaolang Smart Laundry Clothes Dryer

Xiaolang Smart Laundry Clothes Dryer
Kredit Gambar: Shopee

Pengering Pakaian Xiaolang Smart Laundry ini mempunyai sistem kitaran udara panas 360 darjah yang membolehkan pakaian anda dikeringkan dengan sekata. Pengering pakaian mudah alih ini mempunyai sistem operasi yang ringkas dan mudah untuk dikendalikan. Bukan itu sahaja, pengering pakaian mudah alih ini juga dilengkapi dengan 3 lapisan pensterilan yang berfungsi untuk menyingkirkan bakteria dan hama pada pakaian anda.

Spesifikasi:

  • Voltan: 220 V~50 Hz
  • Penggunaan Kuasa: 650 W
  • Kapasiti: 35 L
  • Berat: 7.6 kg
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz: 320 mmx 320 mm x 740 mm

Kelebihan:

Kitaran udara panas 360 darjah
Sistem pengendalian yang mudah
3 lapis pensterilan

Harga: RM359.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Prestige Clothes Dryer CD-777

Prestige Clothes Dryer CD
Kredit Gambar: Shopee

Prestige Clothes Dryer CD-777 merupakan pengering pakaian dengan pelbagai fungsi yang boleh digunakan untuk mengeringkan pakaian anda dengan cepat. Bukan itu sahaja, ia juga boleh digunakan untuk menyimpan pakaian anda serta dapat memanaskan bilik anda ketika cuaca sejuk. Selain itu, pengering pakaian mudah alih ini turut dilengkapi dengan roda bagi memudahkan anda untuk mengalihkannya ke mana sahaja.

Spesifikasi:

  • Bahan: Oxford Nilon, Keluli Tahan Karat, Getah
  • Warna: Kuning, Biru
  • Voltan: 220 v-240 v / 50 hz
  • Penggunaan Kuasa: 1000 W
  • Berat Maksimum: 20 kg 
  • Berat: 3 kg
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz: 150 CM X 45 CM X 70 CM

Kelebihan:

Pelbagai fungsi
Mengeringkan pakaian dengan pantas
Membunuh bakteria dan hama

Harga: RM69.52 – RM404.77

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Air-O-Dry Portable Laundry Dryer

Air O Dry Portable Laundry Dryer
Kredit Gambar: Amazon.ae

Air-O-Dry merupakan pengering pakaian mudah alih yang ringkas dan mudah untuk dikendalikan. Pengering pakaian mudah alih ini dapat membantu menjimatkan masa anda kerana ia tidak memerlukan sebarang proses pemasangan. Bukan itu sahaja, ia juga diperbuat daripada bahan tahan lasak yang membolehkan anda menggunakannya dalam jangka masa yang lama. Pengering pakaian ini sangat sesuai untuk digunakan pada persekitaran yang sempit atau ketika anda sedang melancong.

Spesifikasi:

  • Bahan: Nilon, ABS, Aluminium
  • Warna: Biru
  • Penggunaan Kuasa: 800 W
  • Voltan: 110-230 V / 50-60 HZ
  • Berat: 2 kg
  • Masa Penggunaan: 2 jam
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz: 55 cm X 55 cm X 90 cm

Kelebihan:

Mengeringkan pakaian dengan pantas
Sistem operasi yang mudah
Pemasangan yang mudah

Harga: RM74.99 – RM179.95

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Ranvoo Laundry Dryer 

Ranvoo Laundry Dryer
Kredit Gambar: Shopee

Ranvoo Laundry Dryer merupakan pengering pakaian yang efektif dan dilengkapi dengan ciri boleh lipat bagi memudahkannya untuk disimpan selepas digunakan. Selain itu, pengering pakaian mudah alih ini juga mudah untuk dibawa ke mana sahaja ekoran reka bentuknya yang ringan dan padat. Bukan itu sahaja, pengering pakaian ini juga mempunyai ciri pensterilan berganda yang membantu untuk menyingkirkan hama, bakteria dan radiasi ultraungu pada pakaian anda.

Spesifikasi:

  • Penggunaan Kuasa: 400 W
  • Voltan Input: 220 V
  • Berat: 1.5 kg
  • Kapasiti Berat: 10 kg
  • Negara Pengeluar: China

Kelebihan:

Boleh dilipat
Ringan
Pensterilan berganda

Harga: RM493.92

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close