Pengering rambut sememangnya item yang paling penting untuk wanita mahupun lelaki pada masa kini. Dengan adanya alat pengering rambut, ia dapat membantu mempercepatkan pengeringan rambut anda terutamanya selepas mandi. Selain itu, ia juga dianggap sebagai penyelamat bagi memastikan rambut kelihatan rapi dan kemas.
Pengering rambut lazimnya diperbuat daripada plastik dengan elemen pemanasan seramik. Seramik ini berfungsi untuk menyediakan keupayaan pemanasan segera bagi membolehkan proses pengeringan yang lebih cepat. Berikut adalah 11 pengering rambut terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia hari ini!
11 Pengering Rambut Terbaik di Malaysia
1. HAIRDEPOT Air Expert Blu-Ray Negative Ion Hair Dryer (H-2400)

Air Expert Blu H-2400 dilengkapi dengan teknologi ‘Blu-ray’ Ion Negatif yang berfungsi untuk menjadikan rambut kelihatan lebih berkilat, lembut serta mengurangkan rambut keriting. Pengering rambut profesional ini mempunyai kuasa dan ketepatan yang sesuai untuk mengeringkan dan menggayakan pelbagai jenis rambut.
Spesifikasi:
- Kuasa: 2400W
- Saiz: 10 cm x 29 cm x 30 cm
- Berat: 1.2 kg
- Voltan: 220 – 240 V
- Jaminan: 1 Bulan
- Jenis Palam: 3-Pin Malaysia
- Suhu: 3 suhu boleh laras (Sejuk, Suam, Panas)
- Tahap: 3 tahap boleh laras (Off, 1, 2)
Kelebihan:
✅ 2400 W kuasa
✅ Ion Negatif
✅ ‘Blue light’
✅ Tidak mengeluarkan bunyi yang kuat
✅ Angin kencang dan kuat
✅ Pelindung Termostatik
✅ Reka bentuk ringan
✅ Nozzle percuma (untuk gaya rambut lurus)
Harga: RM99.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Khind Hair Dryer HD1400

Pengering rambut Khind ini merupakan salah satu pengering rambut mudah alih terbaik yang anda boleh pilih. Ia dilengkapi dengan 3 tetapan suhu dan kelajuan yang boleh anda laraskan mengikut kehendak anda. Selain itu, ia juga didatangkan dengan ciri automatik ‘off’, di mana pengering akan dimatikan secara automatik sekiranya ia terlalu panas. Anda juga boleh menyimpannya dengan mudah ekoran ia boleh dilipat.
Spesifikasi:
- Voltan: 240 V ~ 50 Hz
- Kuasa: 1400 W
- Panjang Kabel: 1.8 m
- Berat: 0.6 kg
- Warna: Matt Grey
- Jaminan: 1 Tahun
Kelebihan:
✅ Pemegang boleh dilipat
✅ 3 tetapan haba dan kelajuan
✅ Cangkuk ‘All-in-One’
Harga: RM66.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Dyson Supersonic Hair Dryer

Nak keringkan rambut sambil bergaya? Cubalah, Dyson Supersonic™ Hair Dryer ini. Ia dilengkapi dengan 4 tetapan pemanasan dan 1 tetapan ‘cool shot’ untuk dipilih. Selain itu, ia juga mempunyai teknologi yang dapat membantu meningkatkan kelicinan rambut sebanyak 75%, meningkatkan kilauan sehingga 132% serta membantu mengurangkan kekusutan dan keriting rambut sehingga 61%.
Spesifikasi:
- Panjang Kabel: 2.8 m
- Kuasa (watt): 1600 W
- Berat: 0.66 KG
- Saiz: 245 mm x 78 mm x 97 mm (H x W x D)
- Aliran Udara (lps): 41 L/ sesaat
Kelebihan:
✅ Membantu mencegah kerosakan dan melindungi kilauan rambut semula jadi
✅ Cepat kering
✅ Direka untuk keseimbangan
Harga: RM1799.00-RM1999.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Tineco Moda One Smart Ionic Hair Dryer

Gayakan rambut anda dengan pengering rambut pintar MODA ONE. Ia dilengkapi dengan sensor iLOOP yang berfungsi untuk mengagihkan haba dan udara secara sekata bagi mencegah kerosakan rambut. Pengering rambut Moda One ini mempunyai reka bentuk yang ringan, ergonomik dan anti bunyi sekali gus membolehkan anda menggunakannya dengan kerap. Hasilnya, rambut anda akan lebih sihat, berkilat dan lebih terurus.
Spesifikasi:
- Warna: Sangria, Mocha
- Panjang Kabel: 1.5 m
- Jenis Rambut: Semua jenis
- Kuasa: 1400 W
- Palam Keselamatan 3-Pin: Ya
- Jaminan: 2 tahun
- Diperakui Sirim: Ya
Kelebihan:
✅ Teknologi Sensor Pintar iLOOP
✅ Mudah untuk digunakan
✅ Mempunyai sambungan Wifi dan peranti pintar
Harga: RM1,399.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Panasonic EH-NA98 Hair Dryer Nanoe & Double Mineral

Pengering rambut Panasonic ini direka khas untuk memperbaiki kerosakan rambut seperti keriting, kekeringan, hujung bercabang dan kusut. Ia dilengkapi dengan teknologi nanoe yang berfungsi untuk menghasilkan 1,000 kali kelembapan pada rambut berbanding pengering rambut ionik konvensional yang lain.
Spesifikasi:
- Tetapan Kelajuan: 3 kelajuan
- Tetapan Mod: 4 mod
- Kuasa: 1800 W
- Boleh dilipat: Ya
- Voltan: 220 – 240 V
- Saiz: 90 mm x 226 mm x 210 mm
- Berat: 502 g
Kelebihan:
✅ Ringan
✅ Melembapkan rambut
✅ Mencegah kerosakan rambut
Harga: RM899.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Pensonic Amber Chia Series Hair Dryer

Pengering Rambut Pensonic Amber Chia PHD-2100 ini merupakan salah satu pengering rambut pilihan ramai ekoran kualitinya yang tinggi serta harganya yang mampu milik. Ia mampu mengeringkan rambut dengan cepat dan selamat serta dilengkapi dengan perlindungan haba untuk mengelakkannya terlalu panas. Bukan itu sahaja, pengering ini juga mempunyai 3 tetapan haba.
Spesifikasi:
- Voltan: 230 – 240 V
- Frekuensi: 50/ 60 Hz
- Kuasa: 2000 – 2200 W
- Saiz: 243 mm x 88 mm x 253 mm
- Berat: 0.73 kg
Kelebihan:
✅ ‘AC Motor’
✅ Ciri ‘cool shot’
✅ Ciri ionik dengan ‘indicator’ cahaya
✅ 2 suis ‘rocker’ (2 kelajuan & 3 tetapan haba)
✅ Penutup hujung/ Gelung boleh tanggal
✅ Kusyen getah
Harga: RM96.00-RM166.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Philips HP8233 Hair Dryer

Pengering rambut ini sesuai untuk semua jenis rambut. Ia mempunyai kuasa mengering 2200 W serta dilengkapi dengan ion negatif bagi memastikan rambut anda kelihatan terurus dan licin. Tambahan pula, ia juga didatangkan dengan 6 tetapan kelajuan dan suhu fleksibel bagi memberikan pengeringan yang sempurna.
Spesifikasi:
- Model: HP 8233/ 03
- Voltan: 220 – 240 V
- Frekuensi: 50 – 60 Hz
- Kuasa: 2200 W
- Bahan: PC
- Motor: Motor DC
- Panjang Kabel: 1.8 m
- Kepala Palam: 3 pin Malaysia
- Tetapan Kelajuan: 2
- Tetapan Haba: 3
- Kemasan: PC dan matt
- Gelung gantung: Ya
- Cool shot: Ya
- Bilangan item: 2
- Nozzle: Ya
- Diffuser: Ya
- Warna: Hitam Ungu
Kelebihan:
✅ Ciri ionik
✅ Ciri ‘cool shot’
✅ Elemen seramik
✅ Teknologi ‘Thermo Protect Temperature’
✅ ‘Turbo boost’
Harga: RM199.00-RM300.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Panasonic Eh-Na45 Nanoe Hair Dryer Moisture

Pengering rambut ini dilengkapi dengan teknologi ‘moisture nanoe’ bagi mengekalkan kelembapan kulit kepala anda. Ia juga didatangkan dengan ciri keselamatan, di mana bahagian luarnya akan sentiasa sejuk dan boleh dipegang. Pengering ini juga boleh dilipat bagi memudahkan anda untuk menyimpan dan membawanya ke mana sahaja.
Spesifikasi:
- Model: EH-NA45
- Saiz: 226 mm X 235 mm X 84 mm (dengan nozzle)
- Berat: 510 g (Tanpa kord kuasa dan nozzle)
Kelebihan:
✅ Tahan UV
✅ Pemegang boleh dilipat
✅ ‘Nozzle’ cepat kering
Harga: RM353.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. Remington Pro-Air Turbo Ionic Hair Dryer D5220

Pengering rambut ini mampu mengeringkan rambut dengan sempurna serta meleraikan rambut anda daripada kekusutan ekoran ia mempunyai kuasa pengering 2400 W. Jenama ini turut digemari oleh para pedandan salun. Ia mempunyai 3 tetapan kelajuan iaitu perlahan, sederhana dan laju. Anda tidak perlu risau mengenai pemanasan yang melampau kerana ia dilengkapi dengan fungsi perlindungan haba.
Spesifikasi:
- Kuasa: 2400 W
- Penjana ion: 90% lebih banyak ion untuk kilauan bebas keriting
- Kuasa aliran udara: 90 km/ j
- Tetapan: 3 tetapan haba dan 2 kelajuan
- Fungsi: Turbo
- Nozzle: Ya
- Gelung gantung: Ya
- Panjang Kabel: 1.7m
- Jaminan: 2 tahun
Kelebihan:
✅ ’Diffuser’
✅ Mudah dibersihkan
✅ Tahan lama
✅ Ciri ‘cool air’
Harga: RM259.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
10. Hairdepot Hairdryer

Pengering rambut ini diperbuat daripada plastik berkualiti tinggi yang menjadikannya ringan dan tahan lama. Pengering rambut ini berkuasa 1800 hingga 2000 W yang membolehkan proses pengeringan menjadi lebih pantas serta mudah untuk dikendalikan. Ia juga mempunyai kelebihan pelbagai voltan dan mempunyai 2 tetapan haba. Pengering rambut ini sangat sesuai untuk dibawa ketika ‘travel’.
Spesifikasi:
- Kuasa: 1800 W – 2000 W
- Voltan: 220 V – 240 V
- Frekuensi: 50 Hz
- Saiz: 750 g
Kelebihan:
✅ Ringan
✅ Anti bunyi
✅ Berkuasa tinggi
✅ ‘Heavy duty’
Harga: RM160.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
11. Canel&Co Professional Blu Ray Ionic Tech Hair Dryer

Pengering rambut ini didatangkan dalam saiz kecil, ringan dan mudah untuk dimuatkan di dalam beg anda. Selain itu, ia juga mempunyai 3 kawalan suhu yang berbeza dan fungsi ionik yang mampu memberikan kecantikan dan kilauan pada rambut anda ketika proses pengeringan. Ia juga sesuai untuk kegunaan harian.
Spesifikasi:
- Voltan: 220 V – 50 Hz
- Saiz: 25.4 cm X 9.7 cm X 27.5 cm
- Standard: GB4706.1 GB4343.1 GB17625.1
Kelebihan:
✅ Mencipta kemasan seperti salun
✅ Menampilkan teknologi ionik canggih
✅ Rambut lebih lembut dan bebas kusut
Harga: RM40.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.