10 Penyaman Udara Terbaik di Malaysia 2022

Penyaman Udara atau juga dikenali sebagai AC berfungsi untuk mengeluarkan haba dari ruang tertutup untuk mencapai persekitaran yang lebih sejuk dan selesa. Penyaman udara bermula sejak zaman Mesir purba apabila bangunan mereka menggunakan pelbagai jenis teknik penyaman udara pasif. Hari ini, populariti penyaman udara moden telah meningkat dengan pesat.

Terdapat banyak faedah yang berkaitan dengan penggunaan penyaman udara, salah satunya adalah penyaman udara  boleh menyumbang kepada kualiti udara yang lebih baik ekoran teknologi penapis yang terkandung di dalam penyaman udara. Ia juga mengurangkan risiko untuk mendapat strok haba dan mengimbangi jumlah kelembapan di udara. Penyaman udara moden juga lebih tahan lama kerana ciri perlindungan anti-karatnya. Selain itu, ia juga boleh berfungsi untuk menghapuskan bakteria dan bau busuk. Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenai 10 penyaman udara terbaik di Malaysia.

Apakah ciri yang perlu anda lihat semasa membeli penyaman udara?

Kini boleh dikatakan di setiap kediaman pasti mempunyai penyaman udara. Tidak dinafikan untuk mencari penyaman udara yang berkualiti dan tahan lama agak sukar ekoran terdapat banyak aspek yang perlu dipertimbangkan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa ciri utama yang perlu difokuskan semasa memilih penyaman udara iaitu kapasiti, kecekapan tenaga, kualiti udara, mod dan pemasa serta alat kawalan.

  1. Kapasiti 

Mengetahui bilangan BTU yang diperlukan setiap kaki persegi adalah penting dalam memilih kapasiti penyejukan bagi penyaman udara yang sesuai untuk menyejukkan rumah anda dengan cekap dan berkesan.

  1. Kecekapan tenaga 

Penyaman udara moden lazimnya menggunakan teknologi inovatif untuk mencapai kecekapan yang lebih tinggi tanpa menggunakan kuasa elektrik yang banyak. Hal ini dapat membantu mengurangkan bil elektrik sekaligus mesra alam. 

  1. Kualiti udara

Periksa kualiti dan teknologi yang digunakan untuk setiap unit penapis udara yang terdapat pada penyaman udara. Penapis yang baik dapat menghalang habuk, kotoran, serpihan dan juga bakteria daripada memasuki ruang udara anda.

   4. Mod ‘sleep’

Penyaman udara mempunyai pelbagai fungsi tambahan seperti mod sleep. Memilih penyaman udara yang dilengkapi dengan mod sleep adalah penting untuk anda yang inginkan tidur yang nyenyak. Mod sleep berfungsi untuk mengurangkan bunyi penyaman udara serta mengekalkan suhu ketika digunakan. 

5. Pemasa dan alat kawalan jauh

Mempunyai penyaman udara dengan pilihan alat kawalan jauh memudahkan anda untuk mengawal suhu dari pelbagai sudut di dalam bilik. Selain itu, penyaman udara dengan fungsi pemasa boleh dihidupkan dan dimatikan secara automatik pada masa yang ditetapkan.

10 penyaman udara Terbaik di Malaysia 2022

1. Hisense R32 AN09CBG 

Hisense R ANCBG
Kredit gambar: hisense

Hisense merupakan salah satu jenama barangan elektronik yang semakin meningkat dan mendapat tempat di hati pengguna. Penyaman udara ini dilengkapi dengan teknologi HiSmart Control yang membolehkan anda mengawal penyaman udara dengan hanya menggunakan aplikasi di dalam telefon pintar. Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan dengan mod ‘Smart’ yang berfungsi untuk mengawal suhu secara automatik mengikut cuaca semasa.

Spesifikasi:

  • Bahan: Logam, Plastik, Tembaga
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz : Satu Saiz

Kelebihan:

Tidak mengeluarkan bunyi bising
Fungsi pembersihan automatik
Pelarasan suhu automatik

Harga: RM849.00 – RM1,429.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Panasonic CS-XPU24XKH-1 

Panasonic CS XPUXKH
Kredit gambar: bestdenki

Panasonic CS-XPU24XKH-1 mempunyai teknologi nanoe™ X yang boleh mengurangkan bau dan menghilangkan 99.9% bakteria. Bukan itu sahaja, teknologi ini juga mempunyai keupayaan dalam mencegah kulat pada bahagian penapis penyaman udara meskipun digunakan dalam masa yang lama. Selain itu, penyaman udara ini didatangkan dengan reka bentuk AEROWINGS supaya pengudaraan dan penyejukkan udara boleh berlaku secara menyeluruh. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Logam, Plastik, Aluminium
  • Negara Pengeluar: Jepun
  • Saiz: Satu Saiz

Kelebihan:

Penjimatan tenaga
Mengurangkan bau
Menghilangkan 99.9% bakteria dan habuk

Harga: RM2,049.00 – RM3.599.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Midea 2.5HP MSAG-25CRN8 

Midea .HP MSAG CRN
Kredit gambar: m.gaintwin

Penyaman udara  jenama ini adalah antara penyaman udara yang terbaik dan murah di pasaran. Midea 2.5HP MSAG-25CRN8 didatangkan dengan sistem “Air Magic” yang berfungsi untuk menyegarkan udara serta menghapuskan bakteria. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan Prime Guard™ yang merupakan salutan anti-karat bagi memberikan perlindungan terbaik untuk penggunaan jangka masa yang lama. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Logam, Plastik, Aluminium
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz : Satu Saiz

Kelebihan:

Membersihkan udara
Mempunyai salutan anti karat

Harga: RM868.00 – RM2,728.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Samsung S-Essential AR09TGHQABUNME 

Samsung S Essential ARTGHQABUNME
Kredit gambar: samsung

Samsung S-Essential AR09TGHQABUNME dilengkapi dengan kuasa motor 1.0HP.  Penyaman udara eco-friendly ini beroperasi dengan senyap tanpa mengganggu tidur malam anda. Ia dapat menyejukkan ruangan kediaman anda dalam masa hanya beberapa minit sahaja. Selain itu, ia juga didatangkan dengan Sistem The X-Fan yang secara automatik dapat menyingkir lebihan lembapan apabila penyaman udara ditutup.  Sekaligus ia juga dapat menyingkirkan bakteria dan bau hapak naik pada permukaan bilik.  Penyaman udara ini mempunyai alat kawalan jauh dengan fungsi I-Feel yang dapat mengawal suhu penyaman udara mengikut suhu badan anda. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Logam, Plastik, Aluminium 
  • Negara Pengeluar: Korea Selatan
  • Saiz: Satu Saiz

Kelebihan:

Pelbagai mod sejuk
Mempunyai penapis jenis HD
Pelarasan suhu secara automatik

Harga: RM859.00 – RM899.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. CHiQ R32 12000KBTU 

CHiQ R KBTU
Kredit gambar: portugaliastore

CHiQ R32 12000KBTU mempunyai mod penyejukan pantas yang membolehkannya menyejukkan ruang kediaman anda dalam masa beberapa minit sahaja. Selain itu, ia juga didatangkan dengan pelbagai pilihan mod lain seperti mod pembersihan automatik dan mod sleep. Bukan itu sahaja, penyaman udara  ini juga adalah salah satu penyaman udara inverter yang jimat elektrik di mana sebanyak 62% elektrik dapat dijimatkan berbanding penyaman udara konvensional yang lain dengan menggunakan sensor pergerakan pintar (Intelligent Motion Sensor). Sensor ini berupaya untuk mengesan kehadiran pengguna dan akan mengaktifkan inverter mengikut kesesuaian.

Spesifikasi:

  • Bahan: Logam, Plastik, Tembaga
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz: Satu Saiz

Kelebihan:

Tidak mengeluarkan sebarang bunyi
Mod pembersihan automatik
Mod penyejukan pantas

Harga: RM849.00 – RM1,069.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Daikin 2.5HP FTV60PB 

Daikin .HP FTVPB
Kredit gambar: banhuat

Daikin 2.5HP FTV60PB dilengkapi dengan struktur aliran udara 3D yang membolehkan pengudaraan berlaku dengan baik di dalam bilik anda. Rekaan penyaman udara ini sangat ringkas dan sesuai untuk semua ruang di rumah. Penyaman udara ini didatangkan dengan kuasa 1.0 horse power membolehkannya menyejukkan ruangan kediaman anda dalam masa yang singkat. Ia juga mempunyai Teknologi iPlasma yang berfungsi untuk menghasilkan udara yang lebih sihat.

Spesifikasi:

  • Bahan: Logam, Plastik, Aluminium 
  • Negara Pengeluar: Jepun
  • Saiz: Satu Saiz

Kelebihan:

Penyejukan pantas
Membersihkan udara
Penjimatan tenaga elektrik

Harga: RM1,100.00 – RM3,080.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Mitsubishi MS-JR10VF 

Mitsubishi MS JRVF
Kredit gambar: mitsubishielectricmalaysia

Mitsubishi MS-JR10VF didatangkan dengan penapis nano platinum yang menyingkirkan bakteria, bau dan habuk. Selain itu, ia mempunyai ‘dual barrier coating’ yang  membantu menghalang habuk dan kotoran berminyak daripada masuk ke dalam penyaman udara. Ia juga mempunyai alat kawalan jauh dengan fungsi I-Feel yang dapat mengawal suhu penyaman udara mengikut suhu badan anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: Logam, Plastik, Aluminium  
  • Negara Pengeluar: Jepun
  • Saiz: Satu Saiz

Kelebihan:

Penyejukan yang sekata
Mudah dibersihkan
Menghapuskan bakteria dan bau

Harga: RM1.078.00 – RM1,169.00

*Harga mungkin berbeza di masa pembelian

8. Haier HSU-10LPB21 

Haier HSU LPB
Kredit gambar: bestdenki

Haier merupakan salah satu pengeluar barangan elektrik dari negara China yang semakin meningkat naik dan dipercayai. Penyaman udara model ini menggunakan teknologi Smart Clean di mana ia membekukan 30% kelembapan dan menyahkan kotoran. Selain itu, Haier HSU-10LPB21 ini dilengkapi dengan ciri asas seperti Energy Saving dan Turbo Mode. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai fungsi Turbo Airflow yang akan memberi aliran udara yang lebih kuat berbanding penyaman udara konvensional lain. Ia sangat sesuai diletakkan di ruang yang agak luas seperti ruang tamu atau master bedroom. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Logam, Plastik, Aluminium
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz: Satu Saiz

Kelebihan:

Anti-karat
Menghapuskan bakteria dan bau
Didatangkan dengan jaminan (umum) 3 tahun dan jaminan (compressor) 5 tahun

Harga: RM830.61 – RM849.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. Sharp 2.5 HP AHXP24YMD 

Sharp . HP AHXPYMD
Kredit gambar: my.sharp

Sharp 2.5 HP AHXP24YMD didatangkan dengan reka bentuk yang bergaya dan ringkas menjadikannya sesuai untuk diletakkan di pelbagai ruang kediaman anda. Apa yang hebat tentang penyaman udara ini adalah dikuasakan dengan motor jenis DC yang beroperasi secara senyap dan berupaya untuk menggunakan tenaga elektrik secara efisien (low starting current).  Selain itu, ia juga mempunyai pemasa selama 12 jam dan fungsi auto restart untuk kemudahan tambahan.

Spesifikasi:

  • Bahan: Logam, Plastik, Tembaga
  • Negara Pengeluar: Jepun
  • Saiz: Satu Saiz

Kelebihan:

Membersihkan udara
Fungsi pembersihan automatik
Fungsi auto- restart

Harga: RM3,299.00 – RM3.499.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. Acson A3WM10N 

Acson AWMN
Kredit gambar: bslelectrical

Acson A3WM10N ialah penyaman udara yang dilengkapi dengan alat kawalan jauh yang memudahkan anda untuk mengendalikannya. Ia juga mempunyai fungsi penyejukan pantas yang membolehkannya mengekalkan suhu walaupun semasa cuaca panas. Penyaman udara ini mempunyai kadar penjimatan tenaga sebanyak 70% dan 40% untuk penyejukan pantas. Selain itu, jika anda gemar membersih penyaman udara, bahagian panel penyaman udara dan penapis boleh ditanggalkan dan dicuci. Namun, jangan risau kerana penyaman udara ini tidak mudah kotor ekoran ia mempunyai tiga lapisan penapisan iaitu high density filter, active carbon filter dan ionizer filter.  

Spesifikasi:

  • Bahan: Logam, Plastik, Tembaga
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: Satu Saiz

Kelebihan:

Mod senyap
Penyejukan pantas
Auto -restart

Harga: RM980.00 – RM1,017.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close