10 Peralatan Mendaki Lelaki Terbaik di Malaysia 2022

Mendaki atau ‘hiking’ boleh menjadi satu bentuk meditasi kerana ia membenarkan kita beriadah sambil menghayati keindahan alam dengan tenang. Ia juga bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal seseorang individu. Malaysia merupakan antara negara di Asia Tenggara yang kaya dengan landskap semula jadi serta banjaran gunung-ganang dan bukit-bukau yang cantik. Hal ini menjadikan Malaysia antara negara pilihan bagi mereka yang menggemari aktiviti mendaki. 

Walau bagaimanapun, sebelum anda melakukan aktiviti ini anda perlulah mempunyai peralatan yang betul bagi menjamin keselamatan anda. Peralatan yang lengkap juga dapat membantu anda bersedia dalam apa jua keadaan. Oleh itu, kami percaya bahawa Decathlon Malaysia mampu menawarkan anda pakaian dan peralatan yang terbaik untuk mendaki. 

Tips untuk memilih peralatan mendaki yang terbaik:

Untuk memilih peralatan mendaki yang terbaik, anda perlulah mempertimbangkan bajet, kualiti dan keselesaan barang tersebut. Jika, anda tidak menemui produk yang memenuhi ketiga-tiga  kriteria tersebut, datanglah ke Decathlon.

1. Bajet

Memilih peralatan mendaki boleh mengelirukan kerana kebanyakan barang kadang kala melebihi bajet anda. Namun anda tidak perlu risau kerana Decathlon juga menawarkan pelbagai pilihan dalam kategori yang sama pada harga yang berpatutan.

2. Kualiti

Untuk memastikan keselamatan anda, peralatan mendaki haruslah berkualiti tinggi, tahan lama dan tahan lasak. 

3. Keselesaan

Mendaki boleh memakan masa yang agak lama, oleh itu anda haruslah memilih peralatan dengan ciri keselesaan yang bersesuaian dengan keperluan anda. 

10 Peralatan Mendaki Lelaki Terbaik di Malaysia 2022

1. Anti-shock Mountain Walking Pole

Anti shock Mountain Walking Pole
Kredit gambar: Decathlon

Untuk aktiviti pendakian yang lebih lancar, anda disarankan untuk menggunakan ‘hiking stick’. Ia berfungsi sebagai sokongan tambahan serta boleh digunakan sebagai alatan keselamatan. Anti-shock Mountain Walking Pole ini boleh didapatkan di cawangan Decathlon yang berdekatan. Dengannya, anda boleh sampai ke puncak dengan lebih mudah dan pantas. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Aluminium, Tungsten
  • Berat: 265 g
  • Warna: Kelabu

Kelebihan:

Cengkaman ergonomik
Boleh dilaras

Harga: RM69

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Hiking Backpack 30L

Hiking Backpack L
Kredit gambar: Decathlon

Beg mendaki merupakan item yang sangat penting kerana ia dapat memudahkan anda untuk membawa pelbagai barangan dalam satu masa. Dengan Backpack Hiking 30 L ini, anda boleh menyimpan atau membawa barangan dalam kuantiti yang banyak. Selain itu, beg ini juga dilengkapi dengan bahagian belakang yang mempunyai jaringan fabrik yang halus dan ringan. Perkara ini membolehkan pengudaraan berlaku dengan baik serta membuatkan badan anda kekal kering semasa atau selepas pendakian yang panjang.

Spesifikasi:

  • Kapasiti: 30 L
  • Berat: 616 g
  • Warna: Biru, hitam dan coklat

Kelebihan:

Tahan lasak
Selesa
Pengudaraan yang baik

Harga: RM59

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Inflatable Hiking or Camping Cooler 35L

Inflatable Hiking or Camping Cooler L
Kredit gambar: Decathlon

Ketika berada di kawasan yang tinggi, agak sukar untuk mengekalkan suhu makanan atau minuman ekoran suhu persekitaran yang lebih dingin. Bukan itu sahaja, waktu mendaki yang panjang juga boleh menyebabkan kopi panas anda menjadi sejuk dan pek ais anda menjadi air mineral. Oleh itu, penggunaan ‘Inflatable cooler’ ini mampu menyelesaikan masalah tersebut.

Spesifikasi:

  • Kapasiti: 35 L
  • Berat: 1.6 kg
  • Warna: Putih

Kelebihan:

‘Isothermal’
Reka Bentuk Kompak

Harga: RM229

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Hiking Trousers Men

Hiking Trousers Men
Kredit gambar: Decathlon

Semasa mendaki anda disarankan untuk memakai seluar yang boleh diregangkan untuk pergerakan tanpa had serta mempunyai ciri tahan lasak untuk mengelakkan sebarang kecederaan. Anda tidak perlu bersusah-payah untuk mencari di pelbagai kedai kerana Decathlon menawarkan seluar yang mempunyai kedua-dua ciri tersebut. 

Spesifikasi:

  • Saiz: 29, 31, 32, 34, 36
  • Warna: Biru dan kelabu gelap
  • Berat: 250 g (Saiz 36)

Kelebihan:

Ringan
Selesa
Reka bentuk anatomi
Cepat kering

Harga: RM49

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Adult Hiking Rain Poncho

Adult Hiking Rain Poncho
Kredit gambar: Decathlon

Walaupun tidak hujan, gunung dan bukit sentiasa mempunyai tahap kelembapan yang tinggi disebabkan oleh pokok-pokok besar di sekeliling kawasan itu. Dalam erti kata lain, anda berkemungkinan besar akan basah ketika mendaki. Oleh itu, untuk mengelakkan anda daripada sebarang ketidakselesaan ketika mendaki, anda boleh memakai baju hujan daripada Decathlon ini. 

Spesifikasi:

  • Saiz: (L) 18 cm x (H) 20 cm x (D) 2 cm
  • Warna: Biru, hitam
  • Berat: 320 g

Kelebihan:

Ringan
Selesa
Kalis air
Cepat kering

Harga: RM29

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Men’s Waterproof Mountain Hiking Shoes

Mens Waterproof Mountain Hiking Shoes
Kredit gambar: Decathlon

Kasut sangat memainkan peranan yang penting dalam melakukan aktiviti mendaki. Selain daripada keselesaan, kasut yang betul dan sesuai juga mampu memberi perlindungan kepada kaki anda. Selain itu, ia juga penting untuk mempunyai kasut dengan cengkaman tambahan bagi membolehkan anda mendaki di kawasan gunung yang curam.

Spesifikasi:

  • Saiz: 39, 40, 41, 42, 43, 44, 55
  • Warna: Kelabu
  • Berat: 405 g (saiz 42)

Kelebihan:

Ringan
Mempunyai kusyen kasut
Kalis air

Harga: RM189

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Men’s Hiking Non-Slip Sandals

Mens Hiking Non Slip Sandals
Kredit gambar: Decathlon

Rimas pakai kasut ketika mendaki? Dapatkan sandal keluaran Decathlon ini. Sandal ini didatangkan dengan ciri cengkaman tambahan serta tapak antigelincir. Ia juga dilengkapi dengan kusyen lembut bagi memberi keselesaan ketika anda mendaki. Walau bagaimanapun, perlu diingati bahawa pemakaian sandal ini hanya sesuai untuk dakian yang mudah dan sederhana.

Spesifikasi:

  • Saiz: 39, 40, 41, 42, 43, 44, 55
  • Warna: Hitam
  • Berat: 270 g (saiz 43)

Kelebihan:

Ringan
Mempunyai kusyen lembut
Kalis air

Harga: RM89

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Men’s Convertible Hiking Trousers

Mens Convertible Hiking Trousers
Kredit gambar: Decathlon

Adakah anda keliru sama ada hendak memakai seluar pendek atau seluar panjang ketika mendaki? Dapatkan seluar mendaki 2 dalam 1 keluaran Decathlon ini. Seluar ini didatangkan dengan zip pada bahagian lutut yang boleh dibuka untuk dijadikan seluar pendek.  

Spesifikasi:

  • Saiz: 29, 31, 32, 33, 34, 35, 36
  • Warna: Hitam
  • Berat: 406 g (Saiz 36)

Kelebihan:

Ringan
‘Breathable’
Reka bentuk anatomi
Cepat kering

Harga: RM139

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. Isothermal Stainless Steel Hiking Flask 1L

Isothermal Stainless Steel Hiking Flask L
Kredit gambar: Decathlon

Membawa beg penyejuk ketika mendaki mungkin agak menyusahkan kerana ia agak besar, berat dan tidak boleh dimuatkan di dalam beg galas mendaki anda. Oleh itu, dapatkan kelalang (flask) Decathlon ini. Ia bukan sahaja dapat memastikan anda terhidrat malah, ia juga boleh mengekalkan suhu minuman anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli tahan karat
  • Berat: 405 g
  • Warna: Khaki

Kelebihan:

‘Isothermal’
Penyelenggaraan mudah
Tahan lama

Harga: RM69

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. Adult Hiking Binoculars with Adjustment

Adult Hiking Binoculars with Adjustment
Kredit gambar: Decathlon

Mendaki bukan sahaja bermanfaat kepada fizikal anda, tetapi juga kepada deria anda. Menyaksikan keajaiban dan keindahan alam semula jadi dapat menaikkan semangat atau ‘mood’ anda sepanjang hari. Untuk meningkatkan tahap penglihatan anda, anda boleh dapatkan teropong mendaki keluaran Decathlon ini. Ia membolehkan anda melihat objek yang jauh dengan jelas.

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik, kaca mineral
  • Berat: 333 g
  • Warna: Hitam

Kelebihan:

Kualiti imej tinggi
Ringan
Tahap penglihatan tinggi

Harga: RM159

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close