8 Permainan Seram untuk PC Terbaik di Malaysia 2022

Pada era yang serba canggih ini, permainan video bukan lagi sesuatu yang asing terutamanya dalam kalangan remaja, kanak-kanak dan tidak kurangnya juga orang dewasa. Pada pendapat anda, genre permainan apakah yang paling mendapat perhatian peminat permainan video? Ramai yang mengatakan bahawa ‘Player Unknown Battleground (PUBG)’ dan ‘Mobile Legend’. Tetapi tahukah anda, genre seram juga turut mendapat perhatian terutama dalam kalangan Youtuber dan tidak kurangnya juga kepada masyarakat biasa yang ingin mencabar diri untuk merasai sendiri perasaan takut tersebut. Di sini kami kongsikan beberapa permainan video bergenre seram yang popular untuk dimainkan.

Bagaimanakah cara hendak mencari permainan seram yang terbaik?

Tidak dinafikan memilih permainan seram yang sesuai dengan anda boleh mengelirukan apatah lagi terdapat pelbagai jenis permainan yang ditawarkan di pasaran. Sebelum anda membuat pembelian atau pilihan, terdapat beberapa aspek penting yang anda perlu mengambil kira seperti harga, jalan cerita, dan grafik.

1. Harga

Permainan seram boleh didapati dalam pelbagai harga, daripada harga yang murah sehinggalah kepada harga yang mahal, bergantung pada populariti sesuatu permainan tersebut. Oleh itu, anda perlu merancang perbelanjaan semasa membeli permainan seram supaya anda tidak membazir. 

2. Jalan cerita

Walaupun ia mempunyai genre yang sama, namun setiap permainan seram didatangkan dengan jalan cerita yang berbeza. Oleh itu, anda disarankan untuk memilih permainan yang mempunyai jalan cerita yang boleh anda nikmati untuk jangka masa panjang.

3. Grafik

Lazimnya, kebanyakan permainan akan mempunyai tetapan atau nada yang tersendiri dalam menyampaikan jalan cerita permainan tersebut. Jadi, anda perlulah memilih grafik permainan yang terbaik dan sesuai dengan jangkaan anda. 

8 Permainan Seram Terbaik untuk PC di Malaysia 2022

1. Outlast II

Outlast II
Kredit gambar: Steam

Jika anda peminat permainan ‘survival’, maka Outlast ll ini pilihan terbaik untuk anda. Permainan ini bersifat psikologi, di mana anda diminta untuk berfikir pelbagai strategi untuk melepaskan diri anda tanpa menggunakan sebarang senjata. Dalam permainan ini, anda hanya dilengkapi dengan kamera video yang akan menjadi tetingkap untuk membantu anda dalam mengesan kehadiran musuh.

Spesifikasi:

  • Pemaju: Red Barrels
  • Penerbit: Red Barrels
  • Genre: Survival, aksi, permainan indie
  • Tahun keluaran: 2017

Kelebihan:

Permainan berasaskan cerita seorang jurnalis
Permainan yang mendebarkan
Sesuai untuk orang dewasa

Harga: RM20

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

2. Little Nightmares II

Little Nightmares II
Kredit gambar: Wikipedia

Little Nightmares II ialah permainan pengembaraan, di mana anda akan bermain sebagai Mono yang merupakan seorang budak lelaki yang terperangkap di dalam dunia yang telah diputarbelitkan oleh kuasa jahat. Bersama-sama dengan rakan baharu anda iaitu Six, anda akan memerangi raksasa dan ahli sihir untuk mempertahankan alam semesta daripada ancaman jahat.

Spesifikasi:

  • Pemaju: Tarsier Studios, Supermassive Games
  • Penerbit: BANDAI NAMCO, Namco Bandai Games America Inc.
  • Genre: Aksi, Seram
  • Tahun keluaran: 2021

Kelebihan:

Dunia baharu
Grafik yang menakjubkan
Jalan cerita yang unik


Harga: RM35

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

3. Happy Game

Happy Game
Kredit gambar: Youtube

Bertentangan dengan tajuknya, permainan ini didatangkan dengan grafik dan nada yang sangat menyeramkan. Di dalam permainan ini, anda akan bermain sebagai seorang budak lelaki yang mengalami mimpi ngeri yang sangat aneh dan penuh misteri. Anda perlu mencari cara untuk membuat watak ‘Happy’ tersebut gembira atau ketawa. Jika tidak, anda mungkin akan mati.

Spesifikasi:

  • Pemaju: Amanita Design
  • Penerbit: Amanita Design, smalldream
  • Genre: Permainan video teka-teki, ‘Survival horror’
  • Tahun keluaran: 2021

Kelebihan:

Sesuai untuk kanak-kanak dan remaja
Karya seni yang unik

Harga: RM3

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

4. Martha is Dead

Martha is Dead
Kredit gambar: DLCompare

Martha Is Dead ialah thriller psikologi yang menggambarkan kekeliruan protagonis antara realiti, tahyul dan tragedi perang.  Permainan video ini padat dengan aksi ‘survival’ yang dramatik, sinematik dan plot yang mendebarkan. Dengan permainan ini, anda boleh menguji keberanian dan ketepatan anda dalam membuat keputusan untuk mencapai objektif permainan.

Spesifikasi:

  • Pemaju: LKA
  • Penerbit: Wired Productions
  • Genre: Permainan indie, ‘Survival horror’
  • Tahun keluaran: 2022

Kelebihan:

Permainan berasaskan cerita
Sudut pandangan pemain solo
Pelbagai pengakhiran

Harga: RM15

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

5. Poppy Playtime

Poppy Playtime
Kredit gambar: Youtube

Poppy Playtime ialah permainan video seram ‘survival’ yang dibangunkan dan diterbitkan oleh pembangun indie Amerika MOB Games. Pemain akan membawa watak sebagai bekas pekerja syarikat pembuat mainan Playtime Co yang kembali semula ke kilang mainan tersebut setelah dibiarkan selama 10 tahun untuk menyelesaikan teka-teki mengenai kehilangan seorang pekerja. 

Spesifikasi:

  • Pemaju: MOB Games
  • Penerbit: MOB Games, MaverickLab
  • Genre: Aksi, Indie, ‘survival’, pengembaraan
  • Tahun keluaran: 2021

Kelebihan:

Permainan berasaskan cerita
Sudut pandangan pemain solo
Permainan mini


Harga: RM3

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

6. World War Z: Aftermath

World War Z Aftermath
Kredit gambar: Steam

World War Z: Aftermath ialah permainan video yang dicipta daripada adaptasi filem asalnya, World War Z. Permainan video ini berfokus kepada ‘survival’ pemain sebagai penembak sudut pandang ketiga. Selain itu, anda juga boleh menguji kekuatan dan ketepatan anda dalam menghapuskan setiap ancaman daripada zombi serta kebijaksanaan anda dalam mencapai objektif permainan.

Spesifikasi:

  • Pemaju: Sabre Interactive
  • Penerbit: Sabre Interactive
  • Genre: Aksi, pengembaraan
  • Tahun keluaran: 2021

Kelebihan:

Permainan berasaskan cerita
Sudut pandangan orang ketiga
Diadaptasi daripada filem World War Z

Harga: RM35

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

7. Amnesia: Rebirth

Amnesia Rebirth
Kredit gambar: Youtube

Amnesia: Rebirth merupakan kesinambungan daripada permainan Amnesia: The Dark Descent. Di dalam permainan ini, anda perlu meneroka dunia yang dipenuhi wabak serta memerlukan anda untuk membuat keputusan yang akan mempengaruhi keseluruhan jalan cerita permainan ini. Jika anda membuat pilihan yang salah, maka akan ada watak yang mati!

Spesifikasi:

  • Pemaju: Frictional Games
  • Penerbit: Frictional Games
  • Genre: Aksi, ‘survival’
  • Tahun keluaran: 2021

Kelebihan:

Permainan berasaskan cerita
Sudut pandangan orang ketiga
Plot permainan yang menarik

Harga: RM2

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

8. Dead by Daylight

Dead by Daylight
Kredit gambar: Epic Games Store

Dead by Daylight ialah permainan seram yang perlu dimainkan oleh 5 orang pemain (4vs1). Di dalam permainan ini, seorang pemain akan membawa watak sebagai pembunuh bersiri dan empat pemain lain akan bermain sebagai ‘Survivors’. Mereka harus melarikan diri daripada ditangkap atau dibunuh oleh pembunuh tersebut.

Spesifikasi:

  • Pemaju: Behavior Interactive
  • Penerbit: Behavior Interactive, Starbreeze Studios, Koch
  • Genre: Aksi, ‘survival’ 
  • Tahun keluaran: 2016

Kelebihan:

Sesuai untuk orang dewasa
Grafik yang seram dan mengerikan
Memerlukan 5 orang pemain

Harga: RM35

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close