8 Permainan Video Kanak-kanak Terbaik Terbaik di Malaysia 2022

Permainan video telah menjadi satu fenomena global serta telah berjaya menarik minat orang ramai daripada pelbagai peringkat umur untuk menyertai industri ‘gaming’. Jika diperhatikan konsol permainan seperti ‘Xbox’, ‘Playstation’ atau ‘Gameboy’ merupakan antara platform yang disediakan untuk memudahkan anda mengakses pelbagai permainan video.

Namun, tidak dinafikan bahawa permainan video kanak-kanak juga mudah untuk diakses atau dibeli sama ada di kedai fizikal mahupun dalam talian. Permainan kanak-kanak kebanyakannya dilengkapi dengan jalan cerita yang ringkas, grafik yang menarik dan bunyi yang ceria agar ia boleh dinikmati untuk jangka masa panjang.

Bagaimanakah hendak memilih permainan video kanak-kanak yang sesuai?

Memilih permainan video yang sesuai untuk kanak-kanak kadangkala boleh mengelirukan ekoran treler yang ditunjukkan tidak menampilkan keseluruhan kandungan sesuatu permainan video tersebut. Sudah pasti, kita tidak mahu berlaku lagi insiden seperti permainan “Sausage Party”, di mana poster permainan tersebut menunjukkan visual seakan mesra keluarga namun pada dasarnya ia mempunyai kandungan eksplisit. Oleh kerana itu, terdapat 3 kriteria yang perlu anda pertimbangkan sebelum membeli permainan video kanak-kanak. 

1. Harga

Sama seperti permainan video yang lain, permainan video kanak-kanak juga boleh didapati dalam pelbagai harga. Oleh itu, anda perlu merancang perbelanjaan semasa membeli permainan video supaya anda tidak membazir. 

2. ‘Rating’ usia

‘Rating’ usia merupakan perkara penting yang harus diutamakan. Anda disarankan untuk memilih permainan video yang bersesuaian dengan umur anak anda.

3. Kesukaran

Memandangkan kebanyakan kanak-kanak hanya menikmati permainan video berdasarkan seni animasinya dan jalan cerita permainan yang menarik dan ringan. Jadi, anda perlulah memilih permainan dengan jalan cerita yang mudah untuk dimainkan dan diselesaikan.

8 Permainan Video Kanak-kanak Terbaik di Malaysia 2022

1. New Pokemon Snap

New Pokemon Snap
Kredit Gambar: IGN

New Pokémon Snap ialah permainan fotografi yang dibangunkan oleh BANDAI NAMCO Studios dan diterbitkan oleh Nintendo dan The Pokémon Company. Permainan ini boleh dimainkan oleh kanak-kanak berumur 5 tahun dan ke atas. Di dalam permainan video ini, anda perlu menerokai beberapa kawasan untuk menangkap Pokemon yang akan digunakan sebagai tentera untuk menghadapi pertarungan.

Spesifikasi:

  • Pemaju: BANDAI NAMCO Studios
  • Penerbit: Nintendo, The Pokémon Company
  • Genre: pengembaraan
  • Platform: Nintendo Switch
  • Umur: 5 tahun +
  • Tahun keluaran: 2021

Kelebihan:

Permainan bertema fotografi
Pokemon daripada pelbagai generasi

Harga: RM159

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

2. Dragon Quest Builders 2

Dragon Quest Builders x
Kredit Gambar: PlayStation Store

Berkongsi ciri yang sama seperti ‘Minecraft’, permainan ini sesuai untuk kanak-kanak yang meminati permainan video yang melibatkan proses membina dunia. Bukan itu sahaja, permainan ini juga menawarkan hiasan dan pakaian yang boleh disesuaikan dengan dengan konsep binaan anda. Secara tidak langsung, ia memberikan anda suasana seperti di dunia sebenar!

Spesifikasi:

  • Pemaju: Square Enix, Omega Force, Koei Tecmo
  • Penerbit: Square Enix, Nintendo
  • Genre: Aksi, Pengembaraan, Pertempuran, 
  • Platform: Nintendo Switch, PlayStation 4, Xbox One, MicrosoftWindows
  • Usia: 8 tahun +
  • Tahun keluaran: 2018

Kelebihan:

Bebas membina dunia sendiri
Dunia interaktif
Permainan berasaskan cerita

Harga: RM175

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

3. Mario Kart 8

Mario Kart
Kredit Gambar: IGN

Permainan ini merupakan kesinambungan daripada permainan Mario Kart Classic. Pemain akan membawa watak sebagai Mario, di mana anda perlu memikirkan strategi untuk menghalang pihak lawan daripada mendapat kelebihan dalam perlumbaan. Selain itu, permainan ini juga mempunyai 2 mod iaitu mod pemain solo dan mod dalam talian. 

Spesifikasi:

  • Pemaju: Nintendo Entertainment Analysis & Development
  • Penerbit: Nintendo
  • Genre: Perlumbaan Kart, Permainan perlumbaan kereta
  • Platform: Nintendo Switch, Wii U
  • Umur: 7 tahun +
  • Tahun keluaran: 2014

Kelebihan:

Permainan berasaskan cerita
Grafik yang menakjubkan

Harga: RM190

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

4. Subnautica: Below Zero

Subnautica Below Zero
Kredit Gambar: Playstation

Permainan video ini sesuai untuk anda yang menggemari permainan aksi dan pengembaraan. Hal ini kerana, ia didatangkan dengan jalan cerita yang menarik serta pelbagai misi yang mencabar. Anda diminta untuk berfikir pelbagai strategi untuk menyelamatkan diri anda tanpa menggunakan sebarang bantuan. Walaupun ia kelihatan sukar tetapi ia masih relevan untuk dimainkan oleh kanak-kanak.

Spesifikasi:

  • Pemaju: Unknown Worlds Entertainment, Shiny Shoe LLC
  • Penerbit: Unknown Worlds Entertainment
  • Genre: Aksi, Pengembaraan
  • Platform: PlayStation 4&5, Nintendo Switch, Xbox One, MacOS dan Microsoft
  • Umur: 10 tahun +
  • Tahun Keluaran: 2019

Kelebihan:

Permainan dunia terbuka
Permainan berasaskan cerita
Dunia interaktif

Harga: RM180

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

5. Knockout City

Knockout City
Kredit Gambar: IGN

Knockout City merupakan permainan video yang berkonsepkan pertarungan. Permainan ini perlu dimainkan oleh  sekurang-kurangnya 15 orang pemain. Dalam permainan ini, anda boleh membina pasukan anda sendiri yang terdiri daripada ahli keluarga mahupun rakan-rakan anda.

Spesifikasi:

  • Pemaju: Electronic Arts, Velan Studios
  • Penerbit: Velan Studios
  • Genre: Aksi, Sukan, Indie, Permainan simulasi
  • Platform: Nintendo Switch, PlayStation 4, Xbox Series X dan Series S, Microsoft Windows, Xbox Satu, PlayStation 5
  • Umur: 10 tahun +
  • Tahun keluaran: 2021

Kelebihan:

15 orang pemain
Permainan percuma

Harga: RM66

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

6. Ratchet & Clank: Rift Apart

Ratchet Clank Rift Apart
Kredit Gambar: PlayStation

Ratchet dan Clank telah bergabung tenaga bersama satu watak baharu untuk menyelamatkan galaksi daripada pemerintahan pihak musuh. Kuasa dan animasi yang luar biasa pastinya sangat menyeronokkan untuk ditonton dan dimainkan. Anda boleh memilih untuk bermain sebagai Ratchet atau Clank.

Spesifikasi:

  • Pemaju: Insomniac Games
  • Penerbit: Sony Interactive Entertainment
  • Genre: Aksi, Penembak orang ketiga, Pengembaraan
  • Platform: PlayStation 5
  • Umur: 10 tahun +
  • Tahun keluaran: 2021

Kelebihan:

2 watak utama
Permainan berasaskan cerita

Harga: RM209

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

7. Stonefly

Stonefly
Kredit Gambar: Steam

Dalam permainan ini, pemain akan membawa watak sebagai seorang gadis muda yang melakukan pengembaraan pada waktu malam dengan menggunakan mesin terbang ayahnya. Bagaimanapun, mesin tersebut telah dicuri oleh pencuri. Jadi, anda perlu menyelesaikan teka-teki mengenai kehilangan mesin tersebut. 

Spesifikasi:

  • Pemaju: Flight School Studio
  • Penerbit: MWM Interaktif
  • Genre: Pengembaraan, Aksi
  • Platform: Nintendo Switch, Xbox Series X dan Series S, PlayStation 4, Microsoft Windows, Xbox One, PlayStation 5
  • Usia: 8 tahun +
  • Tahun keluaran: 2021

Kelebihan:

Dunia terbuka
Permainan berasaskan cerita

Harga: RM5

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

8. DC Super Hero Girls: Teen Power

DC Super Hero Girls Teen Power
Kredit Gambar: Niche Gamer

DC Super Hero Girls: Teen Power merupakan sebuah permainan video yang diilhamkan daripada filem Teen Power. Ia dipenuhi dengan watak wira-wira DC kegemaran anda. Sertai mereka dalam memerangi raksasa dan ahli sihir untuk mempertahankan alam semesta daripada ancaman jahat.

Spesifikasi:

  • Pemaju: TOYBOX inc.
  • Penerbit: Nintendo
  • Genre: Aksi, Pengembaraan
  • Platform: Nintendo Switch
  • Umur: 8 tahun +
  • Tahun keluaran: 2021

Kelebihan:

Wira-wira ikonik DC
Permainan berasaskan cerita


Harga: RM209

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close