8 Pet Carriers Terbaik di Malaysia 2022

Setiap pemilik haiwan perlu memiliki sekurang-kurangnya 1 pet carrier. Hal ini kerana ia dapat memudahkan anda untuk membawa haiwan kesayangan anda dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Ia boleh digunakan untuk beberapa situasi atau keadaan seperti ketika melancong, mendaki dan ke klinik haiwan. Kebanyakan pet carrier mempunyai ruang seperti tingkap kecil bagi membolehkan pengudaraan berlaku dengan baik.

Penggunaan pet carrier juga dapat membantu menenangkan haiwan peliharaan anda sewaktu berada di luar rumah. Terdapat banyak jenis dan reka bentuk pet carrier yang boleh didapati sama ada di kedai atau dalam talian. Berikut adalah 8 pet carrier terbaik di Malaysia.

Apa Yang Perlu Dipertimbangkan Dalam Mencari Pet Carrier  Yang Terbaik?

Terdapat banyak jenis pet carrier yang boleh didapati di kedai fizikal dan dalam talian sehingga membuatkan anda keliru untuk membuat pilihan?  Jangan bimbang, kerana dengan menetapkan jenis, pilihan dan belanjawan boleh membantu anda dalam mencari pet carrier yang terbaik.

1. Jenis

Pet carrier boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan fungsi. Jadi, anda disyorkan untuk menentukan jenis pet carrier yang anda inginkan sebelum membuat pembelian.

2. Pilihan

Pet carrier dipasarkan dengan pelbagai reka bentuk yang menarik daripada jenama yang berbeza. Jadi untuk memudahkan proses pemilihan pet carrier, anda perlulah memilih pet carrier yang mempunyai reka bentuk dan gaya yang berpadanan dengan cita rasa anda.

3. Belanjawan

Pet carrier yang berjenama biasanya dijual pada harga yang lebih tinggi berbanding dengan yang tidak berjenama. Oleh itu, anda disarankan untuk merancang perbelanjaan anda sebelum melakukan pembelian untuk mengelakkan pembaziran berlaku.

8 Pet Carrier Terbaik di Malaysia 2022

1. Solid Pet Carrier

Solid Pet Carrier
Kredit gambar: Lazada

Solid Pet Carrier ini diperbuat daripada bahan tahan lasak yang mampu menampung berat sehingga 8 kg. Ia dilengkapi dengan pintu keluli tahan karat serta sistem kunci bagi memastikan keselamatan haiwan kesayangan anda. Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan dengan tingkap kecil pada bahagian sisi ‘carrier’ bagi membolehkan pengudaraan berlaku dengan baik. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik
  • Warna: Hijau, Merah Jambu, Biru Muda, Biru Tua, Hitam, Coklat, Jingga
  • Saiz: 48 cm x 32 cm x 30 cm

Kelebihan:

Tahan lama
Menawarkan aliran udara yang baik
Boleh menampung beban berat sehingga 8 kg

Harga: RM30.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

2. Arc Handled Pet Carrier

Arc Handled Pet Carrier
Kredit gambar: Shopee

Arc Handled Pet Carrier didatangkan dengan pemegang bagi memudahkan anda untuk membawanya ke mana sahaja. Pet carrier ini sesuai untuk haiwan peliharaan dalam lingkungan berat 6 kg. Selain itu, pet carrier ini turut dilengkapi dengan papan pembahagi yang berfungsi untuk mengelakkan air kencing daripada terkena haiwan peliharaan anda. 

Spesifikasi:

  • Bahan: PP, ABS
  • Warna: Merah Jambu, Biru, Merah
  • Saiz: 47 cm x 31 cm x 32 cm

Kelebihan:

Mudah untuk dibawa ke mana sahaja
Diperbuat daripada bahan tahan lasak
Mempunyai ruang yang besar

Harga: RM26.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

3. Patterned Capsule Pet Carrier

Patterned Capsule Pet Carrier
Kredit gambar: Amazon

Patterned Capsule Pet diperbuat ABS berkualiti tinggi sekali gus menjadikannya tahan lama dan tahan lasak. Selain itu, carrier ini juga dilengkapi dengan 2 bahagian berzip serta memiliki tali bahu boleh laras yang membolehkan anda melaraskan kepanjangan tali mengikut keselesaan anda. Bukan itu sahaja, pet carrier ini juga dipasarkan pada harga yang berpatutan.

Spesifikasi:

  • Bahan: PP, ABS
  • Corak: Pelbagai
  • Saiz: 43 cm x 32 cm x 23 cm

Kelebihan:

Mempunyai 2 lubang tepi untuk aliran udara
Didatangkan dengan zip
Pelbagai corak

Harga: RM37.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

4. Full Transparent Capsule Pet Carrier

Full Transparent Capsule Pet Carrier
Kredit gambar: Doggys Market

Full Transparent Capsule Pet Carrier ini mempunyai reka bentuk bergaya dengan penutup lutsinar yang menyerupai topi keledar angkasawan. Hal ini membolehkan haiwan kesayangan anda untuk melihat persekitaran mereka. Selain itu, pet carrier ini dilengkapi dengan 9 lubang serta diperbuat daripada fabrik mesh bagi membolehkan pengudaraan berlaku dengan baik. Pet carrier ini juga boleh menampung berat sehingga 7 kg.

Spesifikasi:

  • Bahan: APET, Poliester, Mesh
  • Warna: Hitam, Biru, Hijau Tua, Merah, Kuning, Merah Jambu, Kelabu
  • Saiz: 31 cm x 28 cm x 42 cm

Kelebihan:

Penutup lutsinar
Didatangkan dengan lubang pengudaraan yang besar
Sesuai untuk dibawa ketika mendaki

Harga: RM34.58 – RM34.83

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

5. Breathable Pet Carrier

Breathable Pet Carrier
Kredit gambar: Shopee

Breathable Pet Carrier ini diperbuat daripada fabrik mesh bagi membolehkan pengudaraan berlaku dengan baik. Pet carrier ini boleh dibuka dengan 2 cara berbeza iaitu secara menegak dan mendatar. Ia juga boleh dilipat dan disimpan dengan mudah apabila tidak digunakan. Selain itu, ia didatangkan dengan 5 pilihan warna yang boleh anda pilih berdasarkan cita rasa anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: Mesh
  • Warna: Biru, Merah, Hijau, Merah Jambu, Hitam
  • Saiz: M: 42 cm x 26 cm x 25 cm, L: 49 cm x 29 cm x 28 cm

Kelebihan:

Diperbuat daripada fabrik mesh
Didatangkan dalam 2 saiz
Ringan dan mudah untuk dibawa ke mana sahaja

Harga: RM23.50 – RM26.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

6. Foldable Sling Pet Carrier

Foldable Sling Pet Carrier
Kredit gambar: Lazada

Foldable Sling Pet Carrier ini diperbuat daripada kain Oxford yang kalis air serta mempunyai aliran udara yang baik. Ia sesuai digunakan untuk anjing dan kucing yang bersaiz kecil hingga sederhana dengan berat 8 kg atau kurang. Pet carrier ini dilengkapi dengan pemegang dwi-handle yang membolehkan anda membawanya dengan 2 cara.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kain Oxford
  • Corak: Pelbagai
  • Saiz: 52 cm x 22 cm x 29 cm

Kelebihan:

Mudah untuk disimpan
Diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi
Harga yang berpatutan

Harga: RM20.90 – RM22.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

7. Trendy Pet Carrier

Trendy Pet Carrier
Kredit gambar: Shopee

Trendy Pet Carrier merupakan antara pet carrier yang digemari oleh pengguna, ekoran reka bentuknya ringkas dan mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Ia juga mampu menampung berat sehingga 7 kg. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan pemegang yang diperbuat daripada plastik bagi memudahkan anda untuk membawanya. Pet carrier ini didatangkan dengan 1 pilihan saiz sahaja.

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik
  • Warna: Biru, Beige, Merah jambu, Kelabu
  • Saiz: 52 cm x 22 cm x 29 cm

Kelebihan:

Didatangkan bersama pengasing najis
Mudah dibawa
Mempunyai pintu dengan reka bentuk sarang lebah

Harga: RM34.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

8. Oxford Sling Pet Carrier

Oxford Sling Pet Carrier
Kredit gambar: Shopee

Pet carrier ini dilengkapi dengan pemegang ‘dwi-handle’ yang membolehkannya dibawa dengan 2 cara iaitu dengan menyandang pada bahu atau dengan menggunakan pemegang pada bahagian atas carrier. Selain itu, pet carrier ini juga diperbuat daripada fabrik Oxford yang menjadikannya kalis air dan tahan lama. Ia didatangkan dengan 3 pilihan warna untuk anda pilih. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Fabrik Oxford
  • Warna: Biru, Merah Jambu, Kelabu
  • Saiz: 40 cm x 25 cm x 25 cm

Kelebihan:

Penutup kecil lutsinar
Tahan lasak dan kalis air
Mampu milik

Harga: RM22.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

Disclosure: This list was compiled by the team at My Weekend Plan after extensive research and shared opinions to suggest helpful recommendations for the public. The sequence of brands is in no particular order so if you have any other great suggestions too, please email us [email protected] For more information, kindly refer to our copyright, privacy & disclosure policy.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close