8 Photocard Binder Terbaik di Malaysia 2022

Kredit gambar: etsy.com

Industri muzik K-Pop berkembang dengan pesat serta telah membentuk satu budaya baharu dalam kalangan penggemar iaitu mengumpulkan kad foto atau ‘photocard’. Walaupun ia sering dianggap sekadar kertas biasa, namun nilai ‘photocard’ juga boleh mencecah ratusan ringgit terutamanya jika ‘photocard’ tersebut milik ahli kumpulan K-Pop yang paling popular. Oleh itu penggunaan photocard binder sangat penting dalam memastikan ‘photocard’ anda tidak mempunyai sebarang calar, habuk atau kesan lipatan.  Photocard binder didatangkan dalam pelbagai saiz dan reka bentuk yang boleh anda pilih berdasarkan cita rasa anda. Berikut adalah 8 photocard binder terbaik di Malaysia.

Apakah yang perlu anda pertimbangkan sebelum membeli photocard binder?

Memilih photocard binder boleh menjadi sukar ekoran terdapat pelbagai pilihan dan jenama di pasaran. Oleh itu, anda perlu mengambil kira aspek belanjawan, reka bentuk dan kapasiti binder sebelum membelinya.

1. Belanjawan

Anda boleh mendapatkan photocard binder pada harga yang berpatutan. Walau bagaimanapun, adalah lebih baik untuk sentiasa merujuk kepada belanjawan anda untuk mengelakkan perbelanjaan secara berlebihan.

2. Reka Bentuk

Photocard binder boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan saiz yang berbeza. Jadi, anda perlulah memilih photocard binder yang mempunyai reka bentuk dan gaya yang berpadanan dengan cita rasa anda.

3. Kapasiti

Setiap photocard binder didatangkan dengan kapasiti yang berbeza. Jadi adalah lebih baik untuk anda mengetahui jumlah muka surat dan ruang penyimpanan yang bersesuaian dengan jumlah ‘photocard’ anda. 

8 Photocard Binder Terbaik di Malaysia 2022

1. Assorted Photocard Binder

Assorted Photocard Binder
Kredit gambar: Shopee

Photocard binder ini diperbuat daripada bahan PVC berkualiti tinggi yang menjadikannya tahan lama dan kalis air. Selain itu, ia juga didatangkan dengan reka bentuk yang kecil sekali gus memudahkan anda untuk menyimpannya di mana sahaja. Bukan itu sahaja, binder ini juga mempunyai helaian penyimpanan yang dipasarkan secara berasingan yang membolehkan anda membeli mengikut kuantiti yang anda inginkan. 

Spesifikasi:

  • Bahan: PVC
  • Warna: Pelbagai
  • Reka Bentuk : Pelbagai

Kelebihan:

Kalis air
Bahan tahan lasak
Pelbagai warna dan reka bentuk untuk dipilih

Harga: RM3.49 – RM15.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

2. Frosted Photocard Binder

Frosted Photocard Binder
Kredit gambar: Shopee

Frosted Photocard Binder ini mempunyai poket kecil pada bahagian hadapan yang membolehkan anda untuk meletakkan ‘photocard’ yang paling digemari oleh anda. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan tali getah yang berfungsi untuk melindungi dan menutup binder anda dengan kemas. Binder ini mempunyai 20 muka surat dan boleh memuatkan 160 keping ‘photocard’.

Spesifikasi:

  • Bahan: PVC
  • Warna: Pelbagai
  • Reka Bentuk: Pelbagai

Kelebihan:

Bahan tahan lasak
Mempunyai poket kecil pada bahagian hadapan binder
Mempunyai 20 helai muka surat

Harga: RM3.55 – RM22.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

3. Korean Style Mini Photocard Binder

Korean Style Mini Photocard Binder
Kredit gambar: Shopee

Korean Style Mini Photocard Binder ini didatangkan dengan reka bentuk mudah alih yang membolehkan anda membawanya ke mana sahaja. Ia juga mempunyai 20 muka surat serta diperbuat daripada PVC dan PP yang menjadikannya tahan lama dan tahan lasak. Ia dipasarkan dengan pelbagai pilihan warna yang menarik untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: PVC, PP
  • Warna: Pelbagai
  • Reka Bentuk: Pelbagai

Kelebihan:

Mudah alih
Reka bentuk comel
Mempunyai corak ‘cut-off’ pada bahagian hadapan

Harga: RM3.60 – RM12.80

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

4. Colourful Mini Photocard Binder

Colourful Mini Photocard Binder
Kredit gambar: Shopee

Mini Colorful Photocard Binder ini mempunyai pelbagai corak ‘cut-off’ pada bahagian hadapan binder yang boleh anda pilih berdasarkan cita rasa anda. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan ciri anti-calar dan tahan lasak. Binder ini didatangkan dalam saiz A5 sekali gus memudahkan anda untuk membawanya ke mana sahaja. 

Spesifikasi:

  • Bahan: PVC
  • Warna: Pelbagai
  • Reka Bentuk: Pelbagai

Kelebihan:

Mudah alih
Pelbagai reka bentuk dan warna untuk anda pilih

Harga: RM3.75 – RM12.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

5. PVC Zipper Photocard Binder

PVC Zipper Photocard Binder
Kredit gambar: Shopee

Jika anda sedang mencari photocard binder dengan reka bentuk yang ringkas, maka binder ini sesuai untuk anda. Ia didatangkan dengan ruang penyimpanan ‘photocard’ dua hala yang membolehkan anda untuk menyimpan ‘photocard’ sebanyak 200 keping. Bukan itu sahaja, binder ini juga dilengkapi dengan zip bagi melindungi ‘photocard’ anda daripada sebarang calar atau habuk.

Spesifikasi:

  • Bahan: PVC
  • Warna: Ungu, Hitam, Merah Jambu, Biru
  • Reka Bentuk: Pelbagai

Kelebihan:

Mempunyai zip
Bahan tahan lasak
Boleh mengelakkan ‘photocard’ daripada rosak

Harga: RM3.79 – RM14.89

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

6. Varied Photocard Binder

Varied Photocard Binder
Kredit gambar: AliExpress

Varied Photocard Binder menawarkan pelbagai reka bentuk, warna dan saiz untuk anda pilih. Setiap binder mempunyai kapasiti yang besar, namun ia didatangkan dengan saiz A6 yang membolehkan anda meletakkan hanya 1 ‘photocard’ pada 1 muka surat sahaja. Ia juga dipasarkan pada harga yang berpatutan.

Spesifikasi:

  • Bahan: PVC
  • Warna: Pelbagai
  • Reka Bentuk: Pelbagai

Kelebihan:

Kalis air
Harga berpatutan
Kapasiti penyimpanan besar

Harga: RM5.66 – RM13.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

7. Cute Mini Photocard Binder

Cute Mini Photocard Binder
Kredit gambar: Shopee

Photocard binder ini sesuai untuk anda yang menggemari konsep comel. Ia dilengkapi dengan 18 muka surat serta membolehkan anda menyimpan ‘photocard’ sebanyak 72 keping. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai pelbagai corak seperti corak hati, segi empat sama, bujur dan segi tiga yang boleh anda pilih mengikut cita rasa anda. 

Spesifikasi:

  • Bahan: PVC
  • Warna: Biru, Kuning, Hijau, Merah
  • Reka Bentuk: Pelbagai

Kelebihan:

Kalis air
Harga berpatutan
Mudah alih

Harga: RM13.89

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

8. Mixed Designs Mini Photocard Binder

Mixed Designs Mini Photocard Binder
Kredit gambar: Shopee

Mixed Designs Mini Photocard Binder ini diperbuat daripada PVC yang menjadikannya tahan lasak dan kalis air. Binder ini mempunyai kualiti yang tinggi selain dijual pada harga yang berpatutan. Bukan itu sahaja, ia juga dipasarkan dengan 4 pilihan warna untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: PVC
  • Warna: Biru, Kuning, Hijau, Merah
  • Reka Bentuk: Pelbagai

Kelebihan:

Mampu milik
Pelbagai reka bentuk dan warna untuk anda pilih

Harga: RM4.30 – RM11.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close