PLUS Ramal 1.9 Juta Kenderaan atas Highway Hujung Minggu Ini

Cuti Maulidur Rasul yang jatuh pada hari Ahad dan digantikan pada hari Isnin minggu hadapan bakal menyaksikan ramai yang akan mengambil peluang untuk pulang ke kampung halaman dan menghabiskan cuti bersama keluarga tersayang. 

Menurut PLUS Malaysia Berhad (PLUS), diramalkan bahawa 1.9 juta kenderaan bakal memenuhi lebuh raya pada hujung minggu ini sempena cuti Maulidur Rasul. Berdasarkan kenyataan Ketua Kecemerlangan Operasi PLUS, Mohd Yusuf Abdul Aziz, pihaknya telah merekodkan jumlah trafik harian seperti pra-pandemik yang mencatatkan 1.7 juta kenderaan pada hari biasa sejak negara kita beralih ke fasa endemik dan menyaksikan ramai penduduk di Kuala Lumpur dan Selangor mula keluar bekerja memandangkan sektor perniagaan mula giat berfungsi.

PLUS Ramal . Juta Kenderaan atas Highway Hujung Minggu Ini
Kredit Gambar: wapcar.my

Jumlah ini dijangka meningkat kepada 1.9 juta kenderaan pada hujung minggu dan berterusan pada hari minggu kerana ramai pengguna lebuh raya akan pulang bercuti selama 3 hari di kampung halaman. Oleh sebab itu, PLUS menasihatkan agar pengguna lebuh raya  membuat persiapan awal seperti menambah nilai kad Touch N’ Go dan e-Wallet bagi memastikan perjalanan pulang bercuti lancar tanpa sebarang kesulitan apabila melalui plaza tol. Selain itu, PLUS juga mencadangkan agar pengguna lebuh raya memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan yang baik dan bersedia untuk menghadapi jalan sesak pada hujung minggu ini.

Bagi melancarkan perjalanan ke kampung halaman, orang ramai boleh memuat turun aplikasi PLUS untuk menyemak maklumat trafik terkini dan merancang perjalanan di lebuh raya dengan sistematik. Selain itu, orang ramai juga boleh mengikuti laporan trafik di Twitter @PLUSTrafik, menelefon talian PLUSLine 1800-88-0000, bertanya perkembangan trafik di Chatbot PUTRI atau melihat papan tanda elektronik (VMS) yang berada di lokasi tertentu sepanjang perjalanan ke destinasi. Tambahan pula, aplikasi canggih seperti Waze atau Google Map juga boleh digunakan untuk melihat kepadatan trafik pada waktu itu.

PLUS Ramal . Juta Kenderaan atas Highway Hujung Minggu Ini
Kredit Gambar: straitstimes.com

Memandangkan ramai yang akan pulang ke kampung atau bercuti, kawasan Rehat & Rawat (R&R) bakal sesak dengan pengguna lebuh raya. Oleh sebab itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memberi penerangan berkenaan SOP untuk Pasca Covid-19 yang masih berkuat kuasa dan arahan pemakaian pelitup muka diwajibkan di tempat yang sesak.

Diharapkan pematuhan pemakaian pelitup muka di tempat yang sesak diikuti oleh pengguna lebuh raya bagi menangani penularan Covid-19. Ramai pengguna lebuh raya bakal membuat persiapan awal untuk memulakan perjalanan dengan lancar. Selalulah berhati-hati dan patuhi peraturan lalu lintas yang telah ditetapkan oleh kerajaan.  Selamat bercuti.

Sumber: siakapkeli.my / straitstimes.com / wapcar.my 

Apa pendapat anda? Dah baca, share dan like, ok!

Perhatian: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Jadi, segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close