8 Potty Trainer Terbaik di Malaysia 2022

‘Potty training’ atau latihan ke tandas adalah salah satu ‘milestone’ atau fasa peralihan yang amat penting untuk ibu bapa kerana inilah masanya untuk melatih anak anda menggunakan tandas. Melalui latihan ini anak anda akan mempelajari bagaimana untuk mendengar isyarat badan mereka apabila tiba masanya untuk membuang air kecil atau membuang air besar. 

Alat yang sering digunakan oleh ibu bapa ketika latihan ke tandas ialah potty trainer. Potty trainer akan membantu anak anda membiasakan diri mereka dengan mangkuk tandas ekoran ia  menyerupai tandas mini. Berikut adalah 8 potty trainer terbaik di Malaysia. 

Apakah kaedah potty trainer yang boleh digunakan? 

Pada zaman ini, ibu bapa menggunakan pelbagai teknik latihan ke tandas. Terdapat kaedah latihan ke tandas berorientasikan ‘Brazelton Child-Oriented’, komunikasi penyingkiran serta latihan 3 hari. 

Bilakah ibu bapa harus memulakan latihan ke tandas?

Ibu bapa biasanya akan memulakan latihan tandas ketika anak berusia sekitar 18 bulan hingga 2 tahun. Walau bagaimanapun, ia mungkin tidak berlaku seperti yang dirancang jika anak anda tidak bersedia untuk menjalani latihan ke tandas. Oleh itu, amat penting untuk memastikan anak anda bersedia untuk dilatih dan bukannya memaksa mereka. Hal ini boleh menyebabkan anak anda tidak suka pergi ke tandas. 

8 Potty Trainer Terbaik di Malaysia 2022

1. Realeos Potty Ladder Training Seat

Realeos Potty Ladder Training Seat
Kredit gambar: Shopee

Realeos Potty Ladder Training Seat ini merupakan peranti latihan ke tandas yang dibina dengan tangga bagi memudahkan anak anda mencapai tempat duduk tandas tanpa tergelincir atau jatuh. Ia juga dilengkapi dengan penutup tempat duduk tandas yang sesuai dengan anak anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membersihkannya dengan hanya menggunakan air kosong.

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: Satu Saiz

Kelebihan:

Terdapat dalam pelbagai warna
Mudah untuk dibersihkan
Tapak antigelincir

Harga: RM30.80 – RM34.98

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

2. Zeppy Frog Design Potty Trainer

Zeppy Frog Design Potty Trainer
Kredit gambar: Shopee

Zeppy Frog Design Potty Trainer didatangkan dalam bentuk katak untuk menarik perhatian si kecil anda semasa mereka pergi ke tandas. Potty trainer ini dicipta khas untuk kanak-kanak lelaki. Potty trainer ini direka bertujuan untuk menggalakkan anak anda membuang air kecil sendiri tanpa menggunakan lampin. Selain itu, ia mempunyai pemisah alur bagi memudahkan anda untuk membersihkannya.

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: Satu Saiz

Kelebihan:

Dibuat untuk kanak-kanak lelaki
Pemisahan alur untuk memudahkan pembersihan
Reka bentuk katak

Harga: RM10.80

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

3. Mas Baby Moomoo Potty Seat

Mas Baby Moomoo Potty Seat
Kredit gambar: Shopee

Potty Seat Mas Baby Moomoo ini didatangkan dengan kusyen lembut yang boleh ditanggalkan bagi memudahkan anda membersihkan tempat duduk tandas. Selain itu, ia juga mempunyai penyandar untuk melindungi tulang belakang si manja anda serta memberikan keselesaan ketika mereka menggunakan tandas. Ia juga dilengkapi dengan tangga bagi membolehkan anak anda mencapai tempat duduk tandas dengan mudah.

Spesifikasi:

  • Bahan: PP 
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: Satu Saiz

Kelebihan:

Mempunyai bangku tangga
Reka bentuk anti-percikan
Cangkuk ‘self-contained’

Harga: RM28.88 – RM48.88

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

4. Eplas Baby Toilet Seat

Eplas Baby Toilet Seat
Kredit gambar: Shopee

Eplas Baby Toilet Seat ini sesuai digunakan oleh kanak-kanak yang berumur 18 bulan ke atas. Potty trainer  ini mempunyai ‘splash guard’ bersepadu bagi mengelakkan sebarang tumpahan air kencing di dalam bilik mandi. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan tapak antigelincir bagi memastikan anak anda selamat semasa menggunakannya.

Spesifikasi:

  • Bahan: PP 
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: Satu Saiz

Kelebihan:

Permukaan antigelincir
Bahagian belakang ditinggikan
Mempunyai ‘splash guard’ bersepadu

Harga: RM17.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

5. Elianware Potty Toilet Trainer

Elianware Potty Toilet Trainer
Kredit gambar: Shopee

Elianware Potty Toilet Trainer ini didatangkan dengan ciri tahan lasak dan mudah alih bagi memudahkan anda untuk membawanya ketika melancong mahupun semasa berada di luar rumah. Potty trainer ini diperbuat daripada bahan bukan toksik yang menjadikannya selamat digunakan untuk anak anda. 

Spesifikasi:

  • Bahan: PP 
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: Satu Saiz

Kelebihan:

Mudah alih
Tidak berbau
‘High stiffness’

Harga: RM8.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

6. Holabebe Baby Real Potty Trainer

Holabebe Baby Real Potty Trainer
Kredit gambar: Holabebe

Holabebe Baby Real Potty Trainer ini sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 1 tahun ke atas. Potty trainer ini mempunyai kusyen lembut yang diperbuat daripada getah bagi memastikan anak anda tidak tergelincir. Bukan itu sahaja, bahagian hadapannya juga ditinggikan untuk mengelakkan sebarang tumpahan air kencing. Anda boleh mendapatkan potty trainer ini dalam pelbagai warna seperti kelabu, merah jambu dan biru. 

Spesifikasi:

  • Bahan: PP 
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: Satu Saiz

Kelebihan:

Pelbagai warna
Bahagian hadapan ditinggikan
Kusyen lembut

Harga: RM99.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

7. Babybjorn Toilet Trainer

Babybjorn Toilet Trainer
Kredit gambar: Suchprice

Babybjorn Toilet Trainer ialah tempat duduk tandas yang selamat dan selesa untuk bayi anda gunakan semasa sesi latihan ke tandas. Selain itu, ia juga mudah untuk dipakai dan ditanggalkan sekali gus dapat memudahkan proses pembersihan. Bukan itu sahaja, potty trainer ini juga mempunyai ciri ‘splash guard’ untuk mengelakkan sebarang tumpahan dan kebocoran.

Spesifikasi:

  • Bahan: PP, TPE
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: Satu Saiz

Kelebihan:

Selamat untuk digunakan
Selesa
Mudah untuk dipakai dan ditanggalkan

Harga: RM169.15

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

8. Sweet Cherry Zoo Toilet Seat Trainer

Sweet Cherry Zoo Toilet Seat Trainer
Kredit gambar: Sweet Cherry

Sweet Cherry Zoo Toilet Seat Trainer dilengkapi dengan gesper yang boleh dilaraskan mengikut saiz tandas anda. Selain itu, ia juga mempunyai  pemegang tangan yang boleh digunakan oleh bayi anda untuk meningkatkan kestabilan mereka ketika menggunakan tandas. Potty trainer ini juga didatangkan dalam reka bentuk haiwan bagi mencetuskan minat si kecil anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: PP
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: Satu Saiz

Kelebihan:

Gancu boleh dilaras
Mempunyai pemegang tangan
Reka bentuk haiwan

Harga: RM29.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close