10 Pressure Cooker Terbaik di Malaysia 2022

Periuk tekanan pertama kali dicipta pada tahun 1679 dengan nama Papin’s Digester. Nama tersebut diambil sempena nama penciptanya yang merupakan ahli fizik kelahiran Perancis, Denis Papin. Periuk tekanan berfungsi memanaskan air untuk menghasilkan wap panas yang memaksa suhu di dalam periuk meningkat lebih tinggi daripada suhu periuk biasa. Tekanan dalam bekas dilepaskan secara perlahan-lahan selepas pemasakan agar ia boleh dibuka dengan selamat.

Anda boleh memasak pelbagai jenis masakan dengan hanya menggunakan periuk tekanan. Oleh kerana tahap tekanannya yang tinggi, anda boleh memasak bahan yang keras seperti kacang tanah atau chickpeas dalam masa kurang dari satu jam. Namun, terdapat beberapa makanan yang tidak disarankan untuk dimasak menggunakan kaedah ini seperti mi, pasta, beri jenjang, bijirin dan oat ekoran ia mempunyai tekstur mengembang dan akan menyebabkan lohong pengeluaran wap tertutup. Adakah kami telah menarik minat anda? Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenai 10 periuk tekanan terbaik di Malaysia.

Apa Yang Perlu Anda Pertimbangkan Semasa Membeli Periuk Tekanan?

Memilih periuk tekanan yang terbaik boleh mengelirukan ekoran terdapat banyak aspek yang perlu dipertimbangkan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa aspek utama yang perlu difokuskan semasa memilih periuk tekanan iaitu harga, saiz, tetapan tekanan, indicator tekanan dan sistem keselamatan. 

1. Harga

Memandangkan periuk tekanan boleh mencecah harga ratusan malah ribuan ringgit. Jadi, adalah lebih baik untuk sentiasa merujuk kepada belanjawan anda supaya tidak membazir.

2. Saiz

Saiz periuk merupakan perkara penting yang harus diutamakan. Anda disarankan untuk memilih saiz periuk yang bersesuaian dengan kegunaan harian anda.

3. Tetapan tekanan

Setiap periuk tekanan didatangkan dengan ciri tetapan yang berbeza. Jadi anda disyorkan untuk menentukan ciri tetapan yang anda inginkan sebelum membuat pembelian.

4. Indicator tekanan

Anda perlulah memilih periuk tekanan yang dilengkapi dengan indicator tekanan bagi memudahkan anda untuk mengetahui waktu yang tepat untuk membuka penutup periuk. 

5. Sistem Keselamatan

Pastikan periuk mempunyai perincian keselamatan khususnya pada bahagian pelepasan tekanan wap dan kekuatan penutup periuk. Hal ini bagi mengelakkan sebarang kemalangan daripada berlaku. 

10 Periuk Tekanan Terbaik di Malaysia 2022

1. MMX Ewant G60 Cuisiniere Digital Pressure Cooker 

MMX Ewant G Cuisiniere Digital Pressure Cooker
Kredit gambar: Shopee

Periuk Tekanan Digital MMX Ewant G60 Cuisiniere mempunyai kapasiti sebesar 6 L serta dilengkapi dengan fungsi pemasa boleh laras yang membolehkan anda untuk meletakkan had masa mengikut kehendak anda. Selain itu, ia juga didatangkan dengan kunci keselamatan pada bahagian penutup bagi mengelakkan sebarang kemungkinan kemalangan daripada berlaku. Periuk tekanan ini boleh menyediakan pelbagai jenis hidangan termasuklah nasi, sup, bubur, makanan laut, daging, sayur tumis, dan juga rendang.

Spesifikasi:

  • Bahan: Anodized Aluminium
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: 1 Saiz

Kelebihan:

9 mod tetapan
Mod ‘keep warm’
Kunci keselamatan pada bahagian penutup periuk

Harga: RM148.00 – RM334.37

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian 

2. Philips HD2139 Electric Pressure Cooker 

Philips HD Electric Pressure Cooker
Kredit gambar: Lazada

Philips HD2139 Electric Pressure Cooker menampilkan rekaan gaya moden serta dilengkapi dengan 14 menu pre-set memasak. Periuk ini mempunyai ciri tetapan memasak automatik serta pemilihan tekanan yang sesuai untuk semua jenis masakan. Hal ini membolehkannya melembutkan pelbagai bahan masakan hanya dalam beberapa minit sahaja. Periuk ini juga memiliki fungsi ‘keep warm’ untuk memastikan makanan sentiasa hangat walaupun selepas 12 jam dimasak. Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan dengan kemasan emas Whitford yang menjadikannya anti-calar dan tidak melekat.

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli Tahan Karat, Aloi Aluminium 
  • Negara Pengeluar: Belanda
  • Saiz: 1 Saiz

Kelebihan:

Mudah untuk dikendalikan
Mempunyai fungsi ‘keep warm’
Mempunyai paparan LED

Harga: RM315.00 – RM419.00

*Harga mungkin berbeza pada masa pembelian 

3. Primada Special Edition Intelligent Pressure Cooker MPC2550 

Primada Special Edition Intelligent Pressure Cooker MPC2550 1 e1615613673164
Kredit gambar: Shopee

Periuk Tekanan Primada MPC2550 mempunyai 10 pilihan tetapan menu serta dilengkapi dengan fungsi pemasa sehingga 24 jam yang membolehkan anda untuk meletakkan had masa mengikut kehendak anda. Periuk ini sesuai untuk digunakan untuk memasak nasi, daging, tendon, bubur, sup, dan juga pencuci mulut. Bukan itu sahaja, periuk tekanan ini juga didatangkan dengan ciri keselamatan yang membolehkan anda untuk menumis bahan masakan tanpa perlu menutup periuk.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kaca, Keluli Tahan Karat, Plastik
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: 1 Saiz

Kelebihan:

 Penjimatan tenaga
 10 pilihan tetapan menu
 Ciri keselamatan seperti kunci penutup dan butang pelepasan wap.

Harga: RM225.00 – RM229.00

*Harga mungkin berbeza pada masa pembelian

4. Russell Taylors PC-80 Dual Pot Pressure Cooker 

Russell Taylors PC 80 Dual Pot Pressure Cooker 1 e1615613837886
Kredit gambar: Shopee

Jika anda sedang mencari periuk tekanan serba guna, Russell Taylors PC-80 Dual Pot Pressure Cooker ini pilihan terbaik untuk anda. Periuk ini mempunyai kapasiti 8 L, sesuai digunakan untuk pelbagai jenis makanan seperti rebusan, sup, kari, bubur, sayur-sayuran dan banyak lagi. Ia juga dilengkapi dengan sistem pelepasan tekanan automatik untuk memastikan keselamatan sewaktu anda membuka penutup periuk. Periuk tekanan ini didatangkan dengan panel kawalan digital yang mempunyai butang sensor dan LED paparan bagi memudahkan anda mengendalikannya. Bukan itu sahaja, cawan penyukat, spatula dan sudu juga disertakan semasa pembelian.

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli Tahan Karat
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: 1 Saiz

Kelebihan:

✅ Mempunyai ciri keselamatan “child lock”
✅ 2 tahun jaminan
✅ Harga berpatutan

Harga: RM249.99 – RM299.99

*Harga mungkin berbeza pada masa pembelian

5. Tefal Home Chef Smart Multicooker CY601D65  

Tefal Home Chef Smart Multicooker CYD
Kredit gambar: Lazada

Tefal Home Chef Smart Multicooker CY601D65 ini dilengkapi dengan pelbagai pilihan menu masakan yang boleh diubah suai mengikut resepi, suhu dan masa memasak. Selain itu, terdapat 2 fungsi tambahan yang membolehkan anda melaraskan masa dan suhu memasak mengikut kehendak dan jenis masakan anda. Bukan itu sahaja, periuk ini juga juga didatangkan dengan teknologi pemekatan automatik untuk makanan berkuah seperti sup dan sos. Periuk ini juga menawarkan 12 ciri keselamatan serta fungsi ‘keep warm’.

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli Tahan Karat
  • Negara Pengeluar: Perancis
  • Saiz: 1 Saiz

Kelebihan:

Mudah dicuci
Indicator tekanan
Diperbuat daripada keluli tahan karat

Harga: RM479.00

*Harga mungkin berbeza pada masa pembelian

6. Midea MY-12LS605A Pressure Cooker  

Midea MY 12LS605A Pressure Cooker 1 e1615613789135
Kredit gambar: Shopee

Midea MY-12LS605A Pressure Cooker diperbuat daripada keluli tahan karat dengan kemasan keluli yang menjadikannya tahan lasak dan tahan lama. Periuk ini didatangkan dengan kapasiti 6L serta tekanan kerja 70 KPa. Periuk ini menawarkan 11 tetapan menu yang membolehkan anda memasak pelbagai jenis hidangan. Selain itu, terdapat juga fungsi ‘keep warm’ bagi mengekalkan kehangatan masakan anda. Tambahan pula, ia juga disertakan dengan ciri keselamatan, di mana ia akan dimatikan secara automatik apabila tahap air kurang daripada paras pemanas.

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli Tahan Karat
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz: 1 Saiz

Kebaikan:

Pemanasan semula automatik
Paparan LED
Mempunyai 12 ciri keselamatan

Harga: RM179.00 – RM198.00

*Harga mungkin berbeza pada masa pembelian

7. Birkeshire PC-261-M Digital Pressure Cooker   

Birkeshire PC 261 M Digital Multi Pressure Cooker Slow Cooker 1 e1615613745465
Kredit gambar: Shopee

Birkeshire PC-261-M boleh digunakan untuk masakan kukus dan berkuah seperti  sup, rebusan, risotto, kari, tulang rusuk dan puding. Ia juga mempunyai fungsi keep warm sehingga 12 jam dan pemasa yang boleh ditetapkan mengikut kehendak anda. Periuk ini didatangkan dengan teknologi saute yang membolehkan anda memanaskan makanan tanpa menutup penutup periuk. Dengan itu anda boleh menggoreng atau menumis makanan di dalam periuk secara langsung. Periuk ini dipasarkan dengan 1 pilihan saiz sahaja.

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli Tahan Karat
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: 1 Saiz

Kelebihan:

Boleh memanaskan masakan sehingga 12 jam
Mempunyai fungsi pemasa
Boleh digunakan untuk pelbagai jenis masakan

Harga: RM172.04 – RM179.99 

*Harga mungkin berbeza pada masa pembelian

8. Primada PC6010 Pressure Cooker  

Primada PC6010 Pressure Cooker 1 e1615613645860
Kredit gambar: Lazada

Primada PC6010 Pressure Cooker didatangkan dengan kapasiti 6L dan penutup ergonomik bagi memudahkan anda untuk mengendalikannya. Ia juga mempunyai 9 tetapan menu dan pemasa boleh laras yang membolehkan anda untuk meletakkan had masa mengikut jenis masakan anda. Penggunaan periuk ini membolehkan anda memasak nasi dalam masa 10 minit, ayam atau daging dalam masa 12 minit, ikan dalam masa 6 minit, sup dalam masa 25 minit, dan jika anda membakar kek, ia akan siap dalam masa 35 minit sahaja. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli Tahan Karat, Silikon
  • Negara Pengeluar: Malaysia 
  • Saiz: 1 Saiz

Kelebihan:

9 pilihan menu
Mudah dibersihkan
Masa memasak lebih cepat

Harga: RM379.00 – RM385.00

*Harga mungkin berbeza pada masa pembelian

9. Sharp KQ-A60-RD Pressure Cooker 

Sharp KQ A60 RD Pressure Cooker 1 e1615613715284
Kredit gambar: Shopee

Sharp KQ-A60-RD mempunyai kapasiti 6L serta dilengkapi dengan teknologi yang mampu menetapkan tekanan secara automatik ketika memasak. Dengan periuk tekanan ini, anda boleh memasak sup, bubur, daging, ayam, nasi, dan juga makanan rebusan. Ia juga mempunyai fungsi ‘keep warm’ untuk memastikan makanan anda sentiasa hangat. Bukan itu sahaja, periuk ini juga didatangkan dengan Prime Guard™ yang merupakan salutan anti-karat bagi memberikan perlindungan terbaik untuk penggunaan jangka masa yang lama.

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli Tahan Karat
  • Negara Pengeluar: Jepun 
  • Saiz: 1 Saiz

Kelebihan:

Fungsi pembersihan automatik
Fungsi keep warm
Mudah dikendalikan

Harga: RM399.00 – RM699.00

*Harga mungkin berbeza pada masa pembelian 

10. HETCH PSC-1603-HC Smart Pressure Cooker  

HETCH PSC 1603 HC Smart Pressure Cooker 1 e1615613859273
Kredit gambar: INKUIRI

HETCH PSC-1603-HC ialah periuk tekanan dengan kemasan berus logam berkualiti tinggi serta dilengkapi dengan sensor sentuhan panel kawalan dan paparan LED. Ia mempunyai 16 tetapan menu termasuklah memasak nasi, daging lembu, kambing, daging, rusuk, bubur, ikan, sup dan banyak lagi. Periuk ini juga boleh digunakan untuk menggoreng, ‘slow cook’, dan juga membakar kek. Bukan itu sahaja, periuk ini juga mempunyai fungsi ‘keep warm’ selama 8 jam dan kunci keselamatan penutup untuk tujuan keselamatan.

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli Tahan Karat
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: 1 Saiz

Kelebihan:

Kunci penutup keselamatan
Pemegang tahan haba
16 tetapan menu

Harga: RM550.00

*Harga mungkin berbeza pada masa pembelian

SEMAK HARGA DI LAZADA

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close