PRU15 : Cuti Khas Dan Tol Percuma Untuk Rakyat Balik Mengundi

Kredit Gambar: Berita Harian

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Sabri Yaakob telah mengumumkan bahawa tawaran tol percuma oleh 30 syarikat konsesi lebuh raya pada 18 dan 19 November ini. Tambah beliau juga, tindakan ini memudahkan rakyat Malaysia untuk balik mengundi dan menjalankan tanggungjawab mereka dengan berhemah. 

Tol percuma itu bermula pada jam 12.01 tengah malam pada 18 November sehingga jam 11.59 malam pada malam 19 November. Jadi, kesempatan ini dapat digunakan oleh ramai pengundi untuk balik mengundi dengan aman tanpa risau akan kos tol yang perlu dilalui mereka untuk tiba ke kampung halaman.

Selain itu, tindakan seperti ini dilihat dapat meringankan beban kewangan rakyat untuk balik mengundi di kampung halaman memandangkan jarak perjalanan yang jauh perlu ditempuh oleh mereka untuk tiba ke destinasi. 

PRU--

Semalam, Perdana Menteri mengumumkan bahawa pada 18 November dan 19 November 2022 merupakan hari kelepasan am untuk rakyat mengundi. Semua ini dilakukan adalah untuk memberi laluan kepada para pengundi pulang ke kampung halaman yang jauh. Cuti kelepasan am mengundi pada 18 November ini dilihat sebagai satu peluang untuk warga kota berehat sebelum memulakan perjalanan jauh ke kampung halaman masing-masing, 

Kenyataan ini dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada majlis perasmian pecah tanah Wisma CUEPACS Putrajaya semalam. Tambah beliau, pengumuman hari kelepasan dua hari tersebut dibuat berikutan ada kemungkinan syarikat swasta beroperasi pada Sabtu. Jadi, dengan adanya cuti kelepasan am ini, rakyat dapat mengundi dengan selesa. 

Berikutan dengan hal ini, Kementerian Sumber Manusia menegaskan majikan tidak dibenarkan menghalang atau mengenakan sebarang penalti atau memotong gaji pekerja yang tidak hadir bekerja untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 Sabtu nanti.

PRU--

Menteri, Datuk Seri M Saravanan berkata majikan yang tidak mematuhi peruntukan di bawah Subseksyen 25(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5) boleh didakwa dan didenda RM 5,000 atau penjara setahun jika disabitkan kesalahan.

Oleh sebab itu, cuti kelepasan am pada 18 November dan 19 November diberikan bagi memudahkan rakyat untuk menjalankan kewajipan mereka sebagai pengundi. Memandangkan ramai yang balik mengundi, keadaan jalan raya akan mulai sesak dengan kenderaan yang banyak. 

PRU--

Untuk melalui perjalanan yang jauh, pastikan anda periksa terlebih dahulu keadaan kenderaan anda sebelum memulakan perjalanan. Selain itu, pastikan rumah anda berkunci sebelum pulang ke kampung halaman bagi mengelakkan hal yang tidak diingini berlaku.

Langkah keselamatan yang diambil ini sedikit sebanyak boleh meringankan kegusaran di hati. Selain keadaan kereta, keadaan rumah juga perlu dititikberatkan memandangkan anda akan pulang ke kampung halaman. Pelbagai langkah keselamatan dan persediaan menghadapi trafik sesak perlu dilakukan supaya perjalanan anda menjadi lancar dan selesa.  Jadi, bersediakah anda untuk mengundi?

 Sumber: Berita Harian

Apa pendapat anda? Dah baca, share dan like, ok!

Perhatian: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Jadi, segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri. 

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close