6 Pusat Boling Terbaik di Johor 2024

Boling ialah permainan yang menyeronokkan untuk semua orang nikmati tidak kira umur atau kecergasan. Permainan ini mudah difahami di mana anda hanya perlu melontar bola berat dan cuba untuk tumbangakan seberapa banyak pin yang boleh. Namun, permainan ini bukan sekadar mendapatkan mata tetapi penuh dengan gelak ketawa, semangat berpasukan dan keseronokan yang menjadikan kenangan yang indah semasa anda bermain permainan boling ini. Tambahan pula, boling bukan sahaja tentang hiburan tetapi juga aktiviti mampu milik yang boleh diakses sepanjang tahun. 

Anda mungkin berpendapat bahawa semua pusat boling adalah sama, tetapi setiap satu mempunyai persekitaran dan kemudahan yang berbeza. Jadi, perkara yang menyukarkan adalah mencari tempat yang sesuai dengan anda. Cabaran sebenar selalunya terletak pada pemilihan pusat yang bersesuai dengan keperluan anda. Jika anda ingin menghilangkan stres di Johor, kami telah menyenaraikan 6 pusat boling terbaik untuk anda kunjungi. Jadi, marilah melihat sebab boling adalah sukan yang popular. 

Bagaimanakah Pengalaman Di Pusat Boling?

Pengalaman boling di pusat boling yang khusus adalah unik dan tidak seperti pengalaman boling di tempat yang kasual dan tidak khusus. Pusat boling menyediakan pengalaman boling yang komprehensif dan mengasyikkan. Dari saat anda melangkah masuk, anda diselubungi dalam suasana yang meriah dan bertenaga dengan bunyi pin terhempas dan sorakan memenuhi udara. Anda juga mendapat lorong dan peralatan gred profesional untuk meningkatkan prestasi dan keseronokan permainan anda. Lebih-lebih lagi, pusat boling selalunya mempunyai kakitangan yang mempunyai pengetahuan tentang sukan ini untuk memberi bimbingan jika anda perlukan. 

Bagaimana Memilih Pusat Boling Terbaik?

Memilih pusat boling yang sesuai dengan faedah tertentu bergantung pada keutamaan peribadi anda. Berikut adalah beberapa petua untuk membantu anda pertimbangan pilihan yang terbaik:

  1. Kebolehcapaian

Pilih pusat boling yang mudah diakses. Jarak dengan rumah atau tempat kerja anda boleh mengurangkan masa perjalanan secara drastik yang menjadikannya lebih mudah untuk anda meluangkan masa untuk bermain boling walaupun jadual anda sibuk. Pusat boling yang terletak di dalam pusat beli-belah juga boleh menawarkan kemudahan tambahan dengan menyediakan ruang letak kereta yang luas dan akses mudah kepada kemudahan lain seperti pilihan makanan yang membolehkan anda merancang hari anda sekitar aktiviti boling.

  1. Penetapan harga

Apabila bercakap tentang harga, ambil maklum tentang struktur yuran untuk setiap pusat boling. Sesetengah pusat di JB mungkin mengenakan bayaran serendah RM 5.00 bagi setiap pusingan untuk remaja dan RM 6.00 – RM 8.00 untuk dewasa pada hari bekerja sebelum jam 5 petang. Terdapat sedikit peningkatan kepada RM8 – RM 10.00 bagi setiap pusingan bagi orang dewasa selepas jam 5 petang. Pada hujung minggu dan cuti umum, harga setiap pusingan boleh meningkat sehingga RM 10.00 – RM 15.00. Kos tambahan mungkin termasuk penyewaan kasut dan stokin yang biasanya sekitar RM 3.50 bagi setiap satu. Jika anda kerap bermain, anda boleh memilih pusat boling yang menawarkan diskaun keahlian atau kad strike yang mengurangkan kos setiap permainan untuk membantu menjimatkan wang anda dalam jangka masa panjang. 

  1. Kemudahan

Kemudahan yang ditawarkan oleh pusat boling boleh meningkatkan pengalaman boling anda dengan ketara. Cari ciri seperti peralatan boling terkini, sistem pemarkahan automatik, lorong yang diselenggara dengan baik dan bilangan lorong yang mencukupi untuk mengelakkan masa menunggu yang lama. Jika anda merancang untuk membawa kanak-kanak bersama, pilih pusat boling dengan bumper yang boleh menjadikan permainan lebih menyeronokkan untuk pemain yang lebih muda. Beberapa pusat boling juga menawarkan kemudahan tambahan seperti arked, meja biliard dan perkhidmatan makanan dan minuman yang boleh mencipta pengalaman hiburan yang lebih komprehensif.

Untuk lebih banyak pengembaraan sukan di Johor, lihat panduan kami yang lain di sini!

  1. Gelanggang Badminton Terbaik di Johor Bahru
  2. Kolam Renang Terbaik di Johor

6 Pusat Boling Terbaik di Johor 2024

Advertise With My Weekend Plan

1. Daiman Bowl

Daiman-Bowl
Kredit Gambar: Chee Hung Lee
Daiman Bowl
Kredit Gambar: Daiman Bowl

Daiman Bowl merupakan pusat boling yang terkenal di Johor dengan keluasan sebesar 2 ekar yang sangat besar yang menjadikannya sesuai untuk memuatkan lebih ramai pemain boling pada satu masa sekali gus. Pusat boling ini berhasrat untuk meletakkan satu standard baru dan menaikkan tanggapan sukan tersebut di negara ini dengan penyelenggaraan yang baik dan kemudahan yang canggih. Pusat boling ini mempunyai kedai serbaneka, kedai profesional, kafe dan kawasan mandi bagi mereka yang ingin menyegarkan diri selepas perlawanan boling yang sengit. Dapatkan diskaun dan keistimewaan apabila anda menjadi ahli di sini!

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 1:00 pagi (Setiap hari)

Alamat: Taman Johor Jaya, 81100 Johor Bahru, Johor

No. Telefon: 07-351 3399

Google Map:  Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/Daiman-Bowl-168262133196105

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

2. Ampang Superbowl

Ampang-Superbowl
Kredit Gambar: TripAdvisor
Ampang-Superbowl-
Kredit Gambar: TripAdvisor

Ampang Superbowl mempunyai beberapa cawangan di seluruh negara dan salah satu cawangannya terletak di Kluang Mall, Johor. Pusat boling ini tempat yang sesuai untuk menikmati masa santai bersama rakan sekerja anda selepas bekerja kerana pusat ini dibuka sehingga 10 malam yang akan memberikan anda masa untuk bermain beberapa perlawanan tanpa rasa tergesa-gesa. Harganya juga agak berpatutan yang membolehkan anda bermain boling sepanjang bulan walaupun belum tiba hari gaji! 

Waktu Operasi: 
11:00 pagi – 10:00 malam (Isnin – Khamis)
11:00 pagi – 10:00 malam (Jumaat – Ahad)

Alamat: Third Floor, Kluang Mall, Jalan Rambutan, 86000 Kluang, Johor

No. Telefon: 07-777 1531

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

3. Palm Bowl @ Palm Resort, Senai

Palm-Bowl-@-Palm-Resort-Senai
Kredit Gambar: Le Grandeur Palm Resort Johor
Palm-Bowl-@-Palm-Resort-Senai-
Kredit Gambar: Le Grandeur Palm Resort Johor

Le Grandeur Palm Resort Johor menempatkan 8 lorong boling yang selesa, menyeronokkan dan mudah digunakan. Pusat boling ini terletak di pusat sukan dan riadah dengan banyak perkara yang perlu dilakukan tetapi lorong boling tetapi akan menarik perhatian anda. Pusat boling ini mempunyai peralatan dan lorong yang hebat. Ini menjadikannya sesuai untuk mereka yang baru ingin bermain dan pemain profesional. Jika anda ahli kelab, anda juga boleh bermain bowling secara percuma! Pusat boling ini ringkas dan tidak serabut yang menawarkan masa yang baik untuk semua orang yang dapat berkunjung. 

Waktu Operasi: 
10:00 pagi – 8:30 malam (Jumaat – Ahad)
Ditutup pada hari Isnin –

Alamat: Skudai Parade, 06-BA-Level 6 Shopping Complex Batu 10, 01-51 01-52 01-53, Jalan Skudai Batu 10, Skudai, 81300 Skudai, Johor

No. Telefon: 07-599 6222

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

4. Angsana Bowling (Sahara Bowling)

Angsana-Bowling-Sahara-Bowling-
Kredit Gambar: Orners Lee
Angsana-Bowling-Sahara-Bowling
Kredit Gambar: Sahara Bowling

Sahara Bowling yang dahulunya dikenali sebagai Angsana Bowling mempunyai konsep bertema Arab yang unik dengan kafe dan muzik latar untuk meningkatkan pengalaman boling anda. Pusat boling ini dihiasi dengan lampu siling berinspirasikan Arab dan hiasan lain untuk membuatkan anda berasa seperti sedang bermain boling di negara-negara Timur Tengah. Pusat boling ini menjadikan tempat berkumpul untuk keluarga yang menyeronokkan disebabkan oleh lorong yang mencukupi dan tempat duduk yang selesa. 

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 2:00 pagi (Setiap hari)

Alamat: Plaza Angsana, L5-4, Skudai Lbh, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru

No. Telefon: 07-234 0254

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/saharabowljb/

5. Lite SuperBowl JB 2

Lite-SuperBowl-JB---
Kredit Gambar: Shufen Fan
Lite-SuperBowl-JB--
Kredit Gambar: Lite SuperBowl JB 2

Lite SuperBowl JB 2 menawarkan 32 lorong tercanggih, serba baru dengan sistem moden yang memberikan permainan yang lancar setiap kali anda ke sini. Bagi memberikan anda pengalaman permainan yang lebih selesa, pusat boling ini dilengkapi dengan lampu terang tetapi tidak menyakitkan mata. Pusat boling ini juga mengadakan beberapa kejohanan untuk membolehkan pemain boling bersaing antara satu sama lain secara sihat. Luangkan masa berkualiti bersama orang tersayang untuk mencipta kenangan yang tidak dapat dilupakan di sini!

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 1:00 pagi (Setiap hari)

Alamat: Pelangi Leisure Mall, Level 2, Lot 2.09, Jalan Serampang, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru, Johor

No. Telefon: 017-289 8940

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/litesuperbowljb/

6. Pasir Gudang Bowling Centre

Pasir-Gudang-Bowling-Centre
Kredit Gambar: Pasir Gudang Bowling Centre
Pasir-Gudang-Bowling-Centre-
Kredit Gambar: SHAFINAZ ABDUL MUTALIB

Anda teringin untuk bermain bowling di Pasir Gudang, Johor? Anda boleh percaya bahawa Pasir Gudang Bowling Centre akan menjadi pilihan anda. Pusat boling ini menawan dengan kemudahan yang ringkas dan peralatan yang diselenggarakan dengan sempurna untuk menjanjikan pengalaman boling yang lancar. Anda akan menikmati Pasir Gudang Bowling Centre yang sederhana tetapi penuh keseronokan ini. Walaupun tidak begitu berpancaran seperti pusat boling lain, namun pusat boling ini tetapi pilihan yang sesuai untuk anda meluangkan masa yang menyeronokkan bersama keluarga dan rakan-rakan. 

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 12:00 pagi (Setiap hari)

Alamat: Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, L1-12, 81700 Pasir Gudang, Johor

No. Telefon: 07-254 6510

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/pgbowl1/

Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close